Anda di halaman 1dari 9

DT50602

KAJIAN TINDAKAN DALAM


PENDIDIKAN

TUGASAN 1

PREPARED BY:
NO MATRIC NAME SECTION
PP1912055T AG MOHD RIDHWAN BIN DAUD 2

PREPARED TO:
LECTURER Profesor Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat

FACULTY OF PSYCHOLOGY AND EDUCATION


1.0 PENGENALAN

... it is difficult to see how teaching can be improved or how curriculum proposals
can be evaluated without self-monitoring on the part of teachers. A research
tradition which is accessible to teachers and which feeds teaching must be created
if education is to be significantly improved. (Stenhouse 1975: 165)

Pengumpulan dan penterjemahan data yang dilakukan di dalam kajian tindakan adalah
bertujuan untuk memudahkan pemahaman seseorang tentang sesuatu permasalahan
atau fenomena yang berlaku di tempat kerja. Tujuan atau matlamat pelaksanaan utama
kajian tindakan ialah untuk memperbaiki amalan seseorang atau mengatasi masalah
yang dihadapi berkaitan sesuatu amalan tersebut dengan membuat tindakan terhadap
penemuan yang didapati atau diperolehi. Menurut Buku Manual Kajian Tindakan
(Edisi Ketiga), kajian tindakan dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting
yang memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik. Dengan kata lain, kajian
tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, sama ada secara
individu ataupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan
sedia ada.

Dalam tugas harian di kalangan guru, pengamalan 'research thinking and


orientation’ dan ‘research-based decision-making' merupakan pendekatan terbaik untuk
meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan, terutamanya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Lazimnya, kajian tindakan merupakan penyelidikan yang dijalankan
oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
guru boleh menyelidik kaedah pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajarannya. Pendekatan ini sangat berkesan dalam membantu guru-
guru menganalisis dan memahami masalah serta menjalankan kajian bagi mendapatkan
jawapan untuk mengatasi sesuatu fenomena atau masalah. Kajian tindakan menjadi
panduan kepada guru-guru untuk bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang
digariskan untuk menjalankan kajian. Oleh itu, kajian tindakan boleh menghubungkan
suatu penyelidikan dengan tindakan supaya tindakan yang diambil oleh guru adalah
tindakan yang berasaskan maklumat atau fakta yang diperoleh melalui penyelidikan
yang dijalankan oleh guru sendiri sebagai pengamal.
2.0 DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang
dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai
penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan
tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti
amalan masing- masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan
itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi,
merancang, melaksanakan dan memerhati.

Terdapat pelbagai definisi kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar
kajian tindakan. Antara pakar-pakar tersebut adalah Corey (1953), Ebbutt (1985), Carr
dan Kemmis (1986), Kemmis dan McTaggart (1992), Cohen dan Manion (1994), dan
Zuber-Skerritt (1996).

2.1 Corey (1953)


… a founding father of action research, argues that action research is a
process in which practitioner study problems scientifically so that they can
evaluate, improve and steer decision-making and practice.
Corey merupakan seorang bapa dan pengasas kepada kajian tindakan. Beliau
berpendapat bahawa kajian tindakan adalah proses di mana pengamal mengkaji
masalah secara saintifik supaya mereka dapat menilai, memperbaiki dan
mengarahkan pengambilan keputusan dan amalan.
Daripada definisi yang disebutkan oleh Corey ini, perkara utama yang
ditekankan oleh beliau ialah pengkaji perlu menjalankan kajian tindakan ini
secara saintifik di mana pengkaji perlu menggunakan kaedah-kaedah saintifik
seperti kualitatif dan kuantitatif. Melalui kaedah saintifik ini, sudah tentu hasil
kajian tindakan ini dapat dinilai dan diperbaiki dengan lebih berkesan. Selain itu,
ia akan membantu pengkaji dalam mengambil langkah dan inisiatif yang tepat
dalam membuat keputusan daripada hasil kaedah saintifik itu. Saranan daripada
Corey ialah kajian tindakan perlu dilakukan secara kritikal dan juga saintifik
kerana ia bertujuan untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian tindakan
supaya langkah yang terbaik dapat dilakukan untuk mengatasi masalah dan
fenomena yang berlaku.
2.2 Ebbutt (1985)
… regards action research as a systematic study that combines action and
reflection with the intention of improving practice.
Ebbut mendefinisikan kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang
sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan
memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta
refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
Melalui definisi ini, apa yang difokuskan oleh beliau ialah sebuah kajian
tindakan perlu dilakukan secara tersusun oleh pengkaji yang ingin menjalankan
kajian berkaitan amalan mereka seterusnya melakukan refleksi daripada tindakan
itu. Contohnya, melalui amalan seorang guru di dalam aspek pendidikan misalnya
kaedah pengajaran mereka sebelum ini, mereka telah membuat refleksi bahawa
terdapat kekurangan dalam amalan tersebut. Maka dengan menjalankan kajian
tindakan, ia pasti akan memberikan kesan dan impak yang positif tentang amalan
pendidikan yang akan mereka jalankan pada masa depan. Beliau mencadangkan
bahawa suatu kajian tindakan perlu dilakukan secara sistematik agar perubahan
dapat dilakukan sesuai dengan hasil kajian tindakan tersebut berdasarkan refleksi
yang dilakukan.

2.3 Carr dan Kemmis (1986)


… regard action research as a form of ‘self-reflective enquiry’ by
participants, which is undertaken in order to improve their understanding of
their practices in context with a view to maximizing social justice.
Carr dan Kemmis pula berpendapat bahawa penyelidikan tindakan sebagai satu
bentuk 'pertanyaan reflektif diri' oleh para peserta dimana ianya dilakukan untuk
meningkatkan pemahaman mereka tentang amalan mereka dalam konteks dengan
tujuan memaksimumkan keadilan sosial.
Intipati utama yang ingin disampaikan oleh Carr dan Kemmis ialah mereka
berpendapat bahawa tujuan utama pelaksanaan sesuatu kajian tindakan ini adalah
melibatkan penambahbaikan daripada beberapa peringkat iaitu penambahbaikan
daripada aspek amalan dan penambahbaikan daripada aspek kefahaman.
Manakala pada peringkat terakhir ialah penambahbaikan terhadap situasi dimana
amalan itu diamalkan. Mereka menggalakkan pengamal melakukan proses
penambahbaikan dalam bidang tugas mereka dimana mereka digalakkan untuk
membuat refleksi bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam diri.

2.4 Kemmis dan McTaggart (1992)


… argue that ‘to do action research is to plan, act, observe and reflect more
carefully, more systematically, and more rigorously than one usually does in
everyday life’.
Kemmis dan McTaggart berhujah bahawa untuk melakukan kajian tindakan
adalah untuk merancang, bertindak, memerhatikan dan mencerminkan dengan
lebih berhati-hati, lebih sistematik, dan lebih ketat daripada yang biasanya
dilakukan dalam kehidupan seharian. Menurut Buku Manual Kajian Tindakan
(Edisi Ketiga), kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri
yang dilakukan secara kolektif, dan dilakukan oleh peserta yang berada dalam
sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-
amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping
meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana
amalan itu dilakukan.
Intipati utamanya ialah mereka berpendapat bahawa beberapa konsep perlu
diambil kira dalam kajian tindakan dimana ianya merupakan suatu pendekatan
untuk menambah baik atau memperbaiki amalan pendidikan dengan cara
melakukan perubahan dan mempelajari kesan atau impak daripada perubahan
tersebut. Kajian tindakan sebenarnya berkesan memperbaiki amalan mereka
sendiri di mana kajian ini melibatkan analisis secara kritikal (critical analysis)
terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem) mereka bekerja. Kajian tindakan
bermula daripada kecil dan kemudian ke arah perubahan yang lebih besar.
Saranan daripada hujah Kemmis dan McTaggart ialah sesuatu kajian tindakan
perlu bermula dengan kitaran kecil yang melibatkan aktiviti merancang,
bertindak, menilai, dan mereflek supaya dapat membantu pengamal untuk
mentafsir isu, idea, dan tanggapan dengan lebih jelas.

2.5 Cohen dan Manion (1994)


… defines action research as a small-scale intervention in the functioning
of the real world and a close examination of the effects of such an
intervention.
Cohen dan Manion pula mendefinisikan kajian tindakan sebagai intervensi kecil
yang berfungsi di dunia nyata dan pemeriksaan rapat kesan campur tangan
sedemikian.
Intipati utama yang ingin disampaikan daripada definisi kajian tindakan
tersebut ialah mereka berpendapat bahawa kajian tindakan ini merupakan
pemilihan dan rawatan awal dalam bidang pendidikan dan merupakan campur
tangan antara dua urusan yang berbeza. Hal ini kerana mereka berpendapat
bahawa kajian tindakan ini sangat berkait rapat dengan penambahbaikan dalam
bidang pendidikan. Saranan daripada hujah Cohen dan Manion tentang kajian
tindakan ini ialah jika penambahbaikan amalan pengajaran ini ingin dijalankan,
maka intervensi kecil perlulah dilakukan agar ianya sedikit sebanyak akan
membawa perubahan yang positif sekaligus mencapai matlamat bidang
pendidikan tersebut.

2.6 Zuber-Skerritt (1996)


… suggests that ‘the aim of any action research project or programme are
to bring about practical improvement, innovation, change or development of
social practice, and the practitioners’ better understanding of their
practices’.
Zuber-Skerritt ini mencadangkan bahawa tujuan mana-mana projek penyelidikan
tindakan atau program adalah untuk membawa peningkatan praktikal, inovasi,
perubahan atau pembangunan amalan sosial, dan pemahaman yang lebih baik
daripada para pengamal.
Intipati daripada definisi mereka ialah setiap kajian tindakan yang
dilakukan oleh seseorang pengamal pendidikan khususnya perlu memberikan
hasil ataupun impak yang positif kepada bidang yang ingin dikaji. Impak positif
tersebut bukan hanya memberikan perubahan terhadap kajian tersebut malah
kepada diri pengkaji itu sendiri. Zuber-Skerritt mencadangkan penyelidik perlu
melakukan penyelidikan secara kolaboratif, lebih bertanggungjawab terhadap
data yang dikemukakan kepada orang lain terutama kepada orang yang
mempunyai kepentingan, mengamalkan refleksi secara bersama, melakukan
penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan permasalahan
untuk meningkatkan profesionalisme secara berterusan.
3.0 DEFINISI KAJIAN TINDAKAN (PEMAHAMAN INDIVIDU)

Daripada definisi-definisi kajian tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar dalam


bidang kajian tindakan tersebut, pada pendapat saya sebagai seorang pelajar, kajian
tindakan ini sebenarnya bersifat lebih kritikal di mana kajian tersebut khususnya dalam
bidang pendidikan haruslah dilakukan dan dilaksanakan secara kritikal dan
menyeluruh. Sebagai seorang bakal guru, kajian tindakan dilakukan adalah bertujuan
untuk mengesan kelemahan atau kelompangan yang wujud dalam aspek amalan
pengajaran seorang guru. Maka oleh itu, kajian tindakan perlu dilakukan dengan kritikal
dan mendalam supaya penyelesaian atau solusi yang terbaik dapat diperolehi dan
dilaksanakan dengan berkesan oleh penyelidik untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
Selain daripada itu, kajian tindakan perlu bersifat lebih saintifik kerana kita
memerlukan kebolehpercayaan yang tinggi di dalam kajian tindakan tersebut. Jika
kajian tindakan yang dilakukan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, sudah pasti
ia akan menjadi panduan terbaik kepada guru khususnya dalam bidang pendidikan.
Cara untuk mendapatkan hasil secara saintifik ini ialah melalui kaedah kualitatif dan
kuantitatif di mana kaedah ini terkenal dalam penyelidikan dan merupakan sebuah
proses dalam penyelidikan untuk mendapatkan sesuatu data kajian yang sahih. Melalui
cara ini, hasil kebolehpercayaan akan menjadi lebih tinggi lantas akan meningkatkan
kemahiran kita dalam aspek penyelesaian masalah. Kajian tindakan ini juga perlu
dilakukan secara teratur iaitu perlu mempunyai prosedur-prosedur tertentu bagi
memenuhi piawaian yang tersendiri. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan proses
kajian ini menjadi tidak teratur yang boleh menyebabkan banyak kelompangan atau
kekurangan sekaligus menjadikannya tidak sah. Oleh itu, prosedur-prosedur yang
mengikut piawaian seperti mengenal pasti masalah, langkah-langkah dan sebagainya
perlu dititikberatkan oleh setiap penyelidik.
Kajian tindakan merupakan refleksi dan penilaian terhadap diri sendiri di mana
pendidik perlu mementingkan refleksi kendiri bertujuan untuk memperbaiki serta
melihat kekuatan dan kelemahan dalam amalan pendidikan sendiri. Pengkaji perlu
melihat amalan-amalan mereka dan bersedia untuk melakukan perubahan dan
penambahbaikkan dengan melihat sebab dan akibat kajian ini dilakukan. Kesedaran
dalam diri untuk melakukan perubahan tentang amalan mereka wajar dilaksanakan
untuk memperbaiki amalan setiap pendidik di masa depan.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan pelbagai definisi tersebut dapat dirumuskan bahawa


kajian tindakan merupakan satu kaedah untuk guru mereflek masalah yang mereka
hadapi, memungut dan menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap
amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi. Tujuan utama kajian
tindakan dilakukan adalah untuk menambahbaik amalan supaya berlangsung secara
sistematik. Setiap tokoh sudah pasti memberikan definisi yang berbeza namun mereka
ini mempunyai mesej yang sama iaitu untuk mereflek diri, mengesan kelemahan diri
sekaligus memperbaiki kelemahan tersebut. Begitu juga dengan definisi yang cuba saya
sampaikan yang berfokus kepada mesej yang sama. Kajian tindakan menjurus kepada
matlamat menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan
guru untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran pembelajaran serta situasi kerja.
Sehubungan dengan itu, guru dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dalam
konteks amalan mereka sendiri. Setiap guru perlu melakukan kajian tindakan untuk
mengatasi masalah-masalah yang berlaku secara umumnya di sekolah dan di dalam
bilik darjah, khususnya. Pelaksanaan kajian tindakan sudah pasti akan membantu guru
mengatasi kelemahan amalan mereka sekaligus meningkatkan tahap professionalisme
mereka dalam bidang pendidikan itu sendiri.
RUJUKAN

Buku Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, (Disember 2008).
https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-
jurnal/penyelidikan/kajian/1376-manualkajian/file (06/04/2020: 4:03 a.m.)

Ary, D., Jacobs, L.C. & Razavieh, A. 2002. Introduction to Research in Education.
Boston: Wadsworth/Thomson Learning.

Gay, L. R, & Diehl, P. L. (1996). Educational research: Competencies for analysis and
application (5th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.


(2005) Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur. BPPDP, KPM.

Anda mungkin juga menyukai