Anda di halaman 1dari 68

3

KANDUNGAN

NOTA BERHUBUNG DENGAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


Muka surat

Undang-undang

Pengubahsuaian

Padang Permainan

Pengekalan prinsip-prinsip Undang-undang ini, tertakluk kepada persetujuan


Persatuan Kebangsaan berkenaan, Undang-undang ini boleh diubahsuai
dalam pelaksanaannya bagi perlawanan-perlawanan yang melibatkan pemainpemain di bawah umur 16 tahun, wanita, veteran (35 tahun ke atas) dan
pemain-pemain kurang upaya.

15

Bola

17

Bilangan Pemain

20

Alatan Pemain

23

Pengadil

27

Penolong Pengadil

28

Jangkamasa Permainan

29

Permulaan dan Memulakan Semula Permainan

31

Bola di Dalam dan di Luar Permainan

32

10

Cara Menentukan Jaringan

33

11

Ofsaid

34

12

Kesalahan-kesalahan dan Kelakuan Tidak Bersopan

38

13

Sepakan Percuma

42

14

Sepakan Penalti

46

15

Lontaran ke Dalam

48

16

Sepakan Gol

50

17

Sepakan Penjuru

Pindaan-pindaan berikut dibenarkan :

saiz padang

saiz, berat dan bahan bola

jarak antara tiang gol dan palang gol dari tanah

jangka masa permainan

penggantian

Pengubahsuaian lain hanya dibenarkan dengan izin Lembaga Persatuan Bola


Sepak Antarabangsa.

Lelaki dan Wanita


Rujukan kepada jantina lelaki di dalam Undang-undang Permainan berkaitan
pengadil, penolong pengadil pemain dan pegawai adalah mudah dan untuk
lelaki dan wanita.

52

Prosedur untuk Menentukan Pemenang Sesuatu


Perlawanan Timbal Balik

54

Kawasan Teknikal

55

Pegawai Keempat dan Penolong Pengadil Simpanan

57

Tafsiran Undang-undang Permainan dan Garis


Panduan untuk Pengadil

Bahasa Rasmi
Bagi pihak Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA menerbitkan
Undang-undang Permainan dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan
Sepanyol. Jika ada sebarang percanggahan terjemahan, Undang-undang
Permainan dalam Bahasa Inggeris adalah betul dan hendaklah dirujuk.
Petunjuk
Satu garisan tegak di sebelah kiri menunjukkan pindaan terkini Undang-undang
Permainan.

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

Permukaan padang

Ukuran

Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisial


mengikut peraturan pertandingan.

Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.


Panjang (garisan tepi):

minimum 90m (100 ela)

Warna permukaan artifisial mesti berwarna hijau.


maksimum 120m (130 ela)
Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan
pertandingan antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang
bergabung dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa,
permukaannya mesti memenuhi kehendak FIFA Quality Concept for Football
Turf atau International Artificial Turf Standard kecuali persetujuan khas diberi
oleh FIFA.

Lebar (garisan gol):

minimum 45m (50 ela)


maksimum 90m (100 ela)

Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12 sentimeter


(5 inci) lebarnya.

Tanda-tanda padang
Perlawanan antarabangsa
Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan
garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya
sebagai sempadan.
Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang
pendek adalah garisan gol.

Panjang:

minimum 100m (110 ela)


maksimum 110m (120 ela)

Lebar:

Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah


yang bersambung di pertengahan antara dua garisan tepi.

minimum 64m (70 ela)


maksimum 75m (80 ela)

Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan


berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya.

Kawasan gol

Tanda-tanda boleh dibuat di luar padang permainan, 9.15 m (10 ela) daripada
lengkok penjuru dan bersudut tepat dengan garisan gol dan garisan tepi, untuk
memastikan pemain-pemain pertahanan berada pada jaraknya ketika sepakan
penjuru dibuat.

Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter (6 ela) dari
bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam
padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu
garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisangarisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol.

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

Kawasan penalti

Tiang dan palang gol

Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari
bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan
ke dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan
dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh
garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.

Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol.

Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela)
dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya.
Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda
penalti di luar kawasan penalti.

Tiang bendera
Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian
atasnya tidak tajam dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru.
Tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah,
tidak kurang 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.

Lengkok penjuru
Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru
ditandakan di dalam padang permainan.

Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera
penjuru dan dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang. Tiangtiang gol dan palang gol mesti diperbuat daripada kayu, logam atau bahan lain
yang diluluskan. Ia mesti berbentuk segi empat sama, segi empat tepat, bulat
atau bujur dan tidak berbahaya kepada pemain.
Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian
bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki).

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

10

Kedudukan tiang dan palang gol selari di atas garisan gol mestilah mengikut
grafik di bawah.

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama
iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya
dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian
tanah di belakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna dan tidak
mengganggu penjaga gol.
Tiang dan palang gol mesti berwarna putih.

Keselamatan
Jika tiang gol berbentuk segi empat sama (dilihat dari atas), sisi tiang gol
mestilah selari atau serenjang dengan garisan gol. Sisi palang gol mestilah
selari atau serenjang dengan permukaan padang.

Jika tiang gol berbentuk bujur (dilihat dari atas), paksi yang panjang mestilah
selari atau serenjang dengan garisan gol. Paksi palang gol mestilah selari atau
serenjang dengan permukaan padang.

Jika tiang gol berbentuk segi empat tepat (dilihat dari atas), Sisi panjang tiang
gol mestilah selari atau serenjang dengan garisan gol. Sisi panjang palang gol
mestilah selari atau serenjang dengan permukaan padang.

11

Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah. Gol-gol jenis boleh ubah
dibenarkan penggunaannya jika ia memenuhi kehendak ini.

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

Padang permainan

Bendera Penjuru

12

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

Ukuran metrik

Ukuran imperial

13

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

14

UNDANG-UNDANG 2 BOLA

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa

Kualiti dan ukuran

Keputusan 1

Bola:

Di mana kawasan teknikal diwujudkan, ianya mesti memenuhi kehendak yang


diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa yang terkandung dalam
penerbitan ini.

berbentuk sfera

diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai

lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari
68 cm (27 inci)

beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g
(14 auns) pada permulaan permainan.

tekanan udara bersamaan dengan 0.6 1.1 atmosfera


(600 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5 paun/in2 15.6 paun/in2).

15

Penggantian bola yang rosak


Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan:

perlawanan diberhentikan

perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat di mana bola


mula pecah atau rosak tidak sempurna, kecuali jika permainan
diberhentikan di dalam kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di atas
garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling
hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.

Jika bola pecah atau rosak semasa sepakan penalti atau sepakan dari tanda
penalti, selepas bola bergerak ke hadapan dan sebelum bola menyentuh
mana-mana pemain atau palang gol atau tiang gol.

sepakan penalti dibuat semula

Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak mula,
sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau
lontaran ke dalam:

perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya.

Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran pengadil.

UNDANG-UNDANG 2 BOLA

16

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa


Keputusan 1
Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola untuk
perlawanan di dalam pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawalan FIFA atau
gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut:

logo the official FIFA APPROVED

logo the official FIFA INSPECTED

logo the INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN

Bilangan Pemain
Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi
tidak lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu
perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai
kurang dari tujuh pemain.
Bilangan pengganti
Perlawanan-perlawanan rasmi
Sehingga maksimum tiga pengganti boleh digunakan di dalam mana-mana
perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau
persatuan kebangsaan.
Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang boleh
dinamakan, dari tiga hingga maksimum tujuh.

Logo-logo demikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji dengan


rasminya dan didapati memenuhi keperluan spesifikasi teknikal, perbezaan
setiap logo dan tambahan kepada ketetapan minimum yang dinyatakan di
dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan khusus kepada setiap logo
mestilah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa. Institusi yang
menjalankan ujian adalah tertakluk kepada kelulusan FIFA.

Perlawanan-perlawanan lain
Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum enam
pengganti boleh digunakan.

Pertandingan ahli-ahli gabungan juga boleh menetapkan penggunaan bola


yang mempunyai mana-mana satu dari tiga logo ini.

Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar boleh


digunakan dengan syarat:
pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan tentang bilangan
maksimumnya;
pengadil diberitahu sebelum perlawanan dimulakan

Keputusan 2

Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai sebelum


perlawanan, tidak lebih enam penggantian dibenarkan.

Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi perlawanan pertandingan


anjuran konfederasi dan persatuan kebangsaan, sebarang iklan komersil pada
bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang pertandingan, pengelola
pertandingan dan tanda dagangan pembuat yang dibenarkan. Peraturan
pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda tersebut.

17

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN

18

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN

Prosedur penggantian

Pelanggaran dan hukuman

Di dalam semua perlawanan, nama pengganti-pengganti mestilah diserahkan


kepada pengadil sebelum permulaan perlawanan. Mana-mana pengganti yang
tidak diserahkan namanya kepada pengadil ketika ini tidak boleh mengambil
bahagian di dalam perlawanan tersebut.

Jika pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke padang
permainan tanpa kebenaran pengadil:

Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syarat-syarat berikut


mestilah dipatuhi:

19

permainan diberhentikan (namun begitu permainan tidak diberhentikan


dengan
segera jika pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan tidak
mengganggu permainan)

pengadil diberitahu sebelum sebarang cadangan penggantian dibuat

pengadil memberi amaran kerana tidak bersemangat sukan dan


mengarahkan pemain tersebut keluar dari padang.

pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya itu telah keluar
dan setelah menerima isyarat dari pengadil

pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan padang dan


semasa pemberhentian permainan.

jika permainan diberhentikan, permainan dimulakan semula dengan


sepakan percuma tidak terus di tempat bola berada semasa permainan
diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma).

penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang


permainan

dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu
tamat menjadi pemain.

seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh mengambil bahagian di


dalam perlawanan itu seterusnya

semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara pengadil,


sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak

Pertukaran penjaga gol


Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat:

pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat.

pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan.

Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa kebenaran pengadil
sebelum pertukaran dibuat:

permainan diteruskan.

pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning


sebaik sahaja bola di luar permainan.

Untuk kesalahan-kesalahan lain:

pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning.

permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat


oleh pihak lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan
(rujuk Undang-undang 13 Kedudukan sepakan percuma)

Pemain dan pengganti diperintah keluar


Seorang pemain yang diperintah keluar sebelum permulaan permainan hanya
boleh digantikan dengan salah seorang dari pengganti-pengganti yang
dinamakan.
Pengganti yang dinamakan jika diperintahkan keluar sama ada sebelum
permainan dimulakan atau selepas permulaan permainan, tidak boleh
digantikan.

UNDANG-UNDANG 4 ALATAN PEMAIN

20

UNDANG-UNDANG 4 ALATAN PEMAIN

Keselamatan

Pelanggaran dan hukuman

Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang


peralatan yang berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain
(termasuk apa jua barang kemas).

Bagi pelanggaran Undang-undang ini:

Peralatan asas

permainan tidak perlu diberhentikan.

pemain yang bersalah diarah keluar oleh pengadil untuk membetulkan


peralatannya.

pemain tersebut perlu keluar padang sebaik saja bola di luar permainan,
kecuali dia telah membetulkan peralatannya sebelum itu.

pemain yang dikehendaki keluar padang untuk membetulkan peralatannya


tidak dibenarkan masuk semula tanpa kebenaran pengadil.

pengadil akan memeriksa peralatan pemain sebelum membenarkan dia


masuk semula ke padang.

pemain hanya boleh masuk semula ke padang apabila bola di luar


permainan.

Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain ialah:

jersi atau baju berlengan Jika pakaian baju ala dalaman digunakan,
warna lengannya hendaklah sama warna dengan warna utama lengan jersi
atau baju.

seluar pendek jika seluar alas dalaman (seluar pendek thermal) atau
tights digunakan, hendaklah sama dengan warna utama seluar
pendeknya.

stokin

shinguard

alas kaki

21

Seseorang pemain yang dikehendaki meninggalkan padang kerana kesalahan


Undang-undang ini dan yang masuk (atau masuk semula) padang tanpa
kebenaran pengadil akan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning.

Memulakan semula permainan


Shinguard
Jika permainan diberhentikan oleh pengadil untuk memberi amaran:

dilitupi keseluruhannya oleh stokin.

dibuat daripada getah, plastik atau bahan yang sama serta sesuai

boleh memberi perlindungan pada tahap munasabah.

Warna

kedua-dua pasukan mesti memakai warna jersi yang membezakan


pasukannya dan juga pengadil dan penolong pengadil.

setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan


dirinya dari pemain-pemain lain, pengadil dan penolong pengadil.

perlawanan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh


pemain pihak lawan, di tempat bola berada semasa pengadil
memberhentikan permainan (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan
Sepakan Percuma).

UNDANG-UNDANG 4 ALATAN PEMAIN

22

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa

Kuasa pengadil

Keputusan 1

Setiap perlawanan dikawalselia oleh seorang pengadil yang berkuasa penuh


untuk menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan
perlawanan yang dia ditugaskan.

Pemain-pemain tidak boleh menunjukkan baju dalamannya yang mengandungi


slogan atau iklan. Peralatan asas yang wajib mesti tidak mengandungi
sebarang kenyataan politik, agama atau peribadi.
Pemain yang menanggalkan jersinya untuk menunjukkan slogan atau
pengiklanan akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan. Pasukan
pemain yang mempunyai peralatan asas yang wajibnya mengandungi
kenyataan politik, agama atau peribadi akan diambil tindakan oleh Penganjur
Pertandingan atau FIFA.

23

Kuasa dan tugas


Pengadil:

menguatkuasakan Undang-undang Permainan

mengawal perlawanan dengan kerjasama penolong-penolong pengadil


dan di mana berkaitan dengan pegawai keempat.
memastikan mana-mana bola yang digunakan memenuhi syarat-syarat
Undang-undang 2.

memastikan peralatan pemain memenuhi syarat-syarat Undang-undang 4.

bertindak sebagai penjaga masa dan membuat catatan perlawanan.

mempunyai budi bicara untuk memberhenti, menangguh atau menamatkan


perlawanan untuk sebarang pelanggaran Undang-undang.

memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan disebabkan oleh


sebarang bentuk gangguan luar.

berhentikan perlawanan jika pada pendapatnya, seseorang pemain cedera


parah dan pastikan ianya dikeluarkan dari padang permainan.

meneruskan permainan sehingga bola di luar permainan, jika pada


pendapatnya seorang pemain itu hanya cedera ringan.

memastikan pemain yang luka berdarah dikeluarkan dari padang


permainan. Pemain tersebut hanya boleh kembali, setelah menerima
isyarat dari pengadil yang mesti berpuas hati bahawa pendarahan itu telah
berhenti.

meneruskan permainan apabila pasukan yang mana kesalahan dilakukan


ke atasnya akan memperolehi advantej dari situasi itu dan hukumkan
kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan tidak diperolehi pada
masa itu.
menghukum kesalahan yang lebih berat apabila pemain melakukan lebih
dari satu kesalahan pada masa yang sama.
mengambil tindakan disiplin ke atas pemain kerana kesalahan beramaran
dan perintah keluar. Dia tidak perlu mengambil tindakan ini serta merta
tetapi mesti berbuat demikian sebaik saja bola di luar permainan.

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL

24

mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan


tidak bertanggungjawab dan mengikut budi bicaranya, menyingkirkan
mereka dari padang permainan dan kawasan sekitarnya.

bertindak atas nasihat penolong-penolong pengadil terhadap insiden yang


tidak dilihatnya.

jangan membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke padang


permainan.

mulakan semula permainan setelah ianya diberhentikan.

mengemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan laporan


perlawanan yang mengandungi maklumat tentang tindakan disiplin diambil
ke atas pemain, dan/atau pegawai pasukan dan insiden lain yang berlaku
sebelum, semasa atau selepas perlawanan.

Keputusan pengadil
Keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil tentang fakta yang berkaitan
dengan permainan adalah muktamad.
Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari
kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas nasihat penolongpenolong pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan semula atau
menamatkan perlawanan itu.

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL

25

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa


Keputusan 1
Seorang pengadil (atau jika berkaitan, penolong pengadil atau pegawai
keempat) tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana:
sebarang kecederaan ke atas seseorang pemain, pegawai atau penonton
sebarang kerosakan ke atas harta benda
sebarang kerugian yang dialami oleh individu, kelab, syarikat, persatuan atau
badan serupa, kerana atau mungkin kerana keputusan yang dibuatnya
berkaitan dengan Undang-undang Permainan atau mengikut prosedur biasa
yang dikehendaki dijalankan, dimainkan atau bagi pengawalan sesuatu
perlawanan.
Keputusan ini meliputi:
keputusan tentang keadaan padang permainan, kawasan sekitarnya atau
keadaan cuaca yang boleh atau tidak membolehkan sesuatu perlawanan
itu dijalankan.
keputusan untuk membatalkan sesuatu perlawanan dengan apa jua sebab.
keputusan berkaitan keadaan kelengkapan atau alat-alat yang digunakan
semasa perlawanan termasuk tiang-tiang gol, palang gol, tiang penjuru
atau bola.
keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan
kerana gangguan penonton atau sebarang masalah di dalam kawasan
penonton.
keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan
untuk membenarkan pemain cedera dikeluarkan dari padang permainan
untuk rawatan.
keputusan untuk memohon atau menggesa supaya pemain yang cedera
dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan.
keputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan seorang pemain
memakai kelengkapan atau alat tertentu
keputusan (selagi itu menjadi tanggungjawabnya) untuk membenarkan
atau tidak membenarkan sesiapa jua (termasuk pasukan atau pegawaipegawai stadium, pegawai-pegawai keselamatan, juru-juru gambar atau
wakil-wakil media) hadir di persekitaran kawasan padang permainan.
sebarang keputusan lain yang akan dibuatnya mengikut Undang-undang
Permainan atau dalam menjalankan tugasnya untuk mematuhi syaratsyarat FIFA, Konfederasi Persatuan Kebangsaan atau Liga atau Peraturan
-peraturan di bawah mana perlawanan itu dimainkan.

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL

26

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

Keputusan 2

Tugas-tugas

Bagi kejohanan atau pertandingan di mana seorang pegawai keempat dilantik,


peranan dan tugasnya mestilah mematuhi garis panduan yang diluluskan oleh
Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, yang terkandung di dalam
penerbitan ini.

Dua penolong pengadil dilantik di mana tugas mereka tertakluk kepada


keputusan pengadil, ialah untuk memberi isyarat:

apabila keseluruhan bola telah keluar dari padang permainan.

pasukan mana yang berhak untuk sepakan penjuru, sepakan gol atau
lontaran ke dalam.

apabila seorang pemain boleh dihukum kerana berada di kedudukan


ofsaid.

apabila ada permintaan untuk penggantian.

apabila ada salahlaku atau insiden lain di luar penglihatan pengadil.

apabila kesalahan dilakukan di mana penolong pengadil lebih hampir


dengan insiden dari pengadil (ini termasuk, dalam keadaan-keadaan
tertentu, kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam kawasan penalti).

semasa sepakan penalti, sama ada, penjaga gol telah bergerak ke


hadapan sebelum bola disepak dan jika bola telah melintasi garisan itu.

27

Bantuan
Penolong-penolong pengadil juga membantu pengadil mengawal perlawanan
mengikut Undang-undang Permainan. Terutama sekali mereka boleh masuk ke
padang permainan untuk menolong mengawal jarak 9.15 meter.
Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya,
pengadil boleh melucutkan penolong pengadil itu dari tugasnya dan membuat
laporan kepada pihak yang berkenaan.

UNDANG-UNDANG 7 JANGKAMASA PERMAINAN

28

UNDANG-UNDANG 8 PERMULAAN DAN MEMULAKAN


SEMULA PERMAINAN

Tempoh permainan

Definisi sepak mula

Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang sama


iaitu 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara pengadil dan
kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk
mengubah tempoh masa permainan (contohnya untuk mengurangkan setiap
bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan cahaya) mestilah dibuat sebelum
permulaan permainan dan mestilah mematuhi Peraturan Pertandingan.

Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan semula
permainan.

Rehat separuh masa


Pemain berhak untuk masa rehat pada separuh masa.

pada permulaan perlawanan

selepas gol dijaringkan

pada permulaan separuh masa kedua

pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika


berkaitan)

29

Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.

Masa rehat separuh masa mesti tidak melebihi 15 minit.


Peraturan pertandingan mestilah menyatakan jangkamasa rehat separuh
masa.
Tempoh masa rehat boleh diubah hanya dengan persetujuan pengadil.

Prosedur
Sebelum sepak mula pada permulaan permainan atau masa tambahan

lentingan syiling dilakukan dan pasukan yang menang lentingan itu memilih
bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa pertama.

pasukan lawannya akan membuat sepak mula untuk permulaan


perlawanan.

pasukan yang menang lentingan syiling akan membuat sepak mula bagi
permulaan bahagian kedua perlawanan.

Peruntukan masa terbuang


Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa
yang terbuang melalui:

penggantian

menilai kecederaan pemain

mengeluarkan pemain cedera dari padang permainan untuk rawatan

pada separuh masa kedua perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar


tempat untuk menyerang gol yang bertentangan.

membuang masa

Sepak mula

sebab-sebab lain

Selepas sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula akan dibuat oleh
pihak lawannya.

semua pemain berada di dalam kawasannya sendiri.

pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang
-kurangnya 9.15 m(10 ela) dari bola sehingga ia berada di dalam
permainan.
bola diletak tidak bergerak di tanda tengah.

pengadil memberi isyarat.

bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke


hadapan.

penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga ia telah
disentuh oleh pemain lain.

Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara pengadil.


Sepakan penalti
Jika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau dibuat semula, jangkamasa
permainan bagi tiap-tiap separuh bahagian adalah dilanjutkan sehingga
sepakan penalti itu disempurnakan.
Pembatalan perlawanan
Perlawanan yang dibatalkan akan dimainkan semula kecuali Peraturan
Pertandingan menyatakan sebaliknya.

UNDANG-UNDANG 8 PERMULAAN DAN MEMULAKAN


SEMULA PERMAINAN

30

UNDANG-UNDANG 9 BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN

Pelanggaran dan hukuman

Bola di luar permainan

Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain
lain:

Bola berada di luar permainan apabila:

sepakan percuma tidak terus diberi kepada pihak lawan yang dibuat di
tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan
Percuma).

Untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula:

keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di
tanah atau di udara.

permainan telah diberhentikan oleh pengadil

31

Bola di dalam permainan

sepak mula dibuat semula


Bola sentiasa berada di dalam permainan, termasuk apabila:

Definisi jatuhan bola


Jatuhan bola adalah cara untuk memulakan semula permainan selepas
pemberhentian sementara diperlukan, semasa bola di dalam permainan, untuk
apa jua sebab yang tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang
Permainan.

Prosedur
Pengadil membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan
diberhentikan kecuali jika permainan diberhentikan di dalam kawasan gol,
pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari
dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa
permainan diberhentikan.
Permainan dimulakan semula sebaik saja bola mencecah tanah.

Kesalahan dan hukuman


Bola dijatuhkan semula jika;

disentuh oleh pemain sebelum ia mencecah tanah

terkeluar dari padang permainan setelah ia mencecah tanah, tanpa


disentuh oleh mana-mana pemain.

ia melantun dari tiang gol, palang gol atau tiang bendera penjuru dan
berada di dalam padang permainan.

ia melantun dari pengadil atau penolong pengadil ketika mereka berada di


dalam padang permainan.

UNDANG-UNDANG 10 CARA MENENTUKAN JARINGAN

32

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

Jaringan gol

Kedudukan ofsaid

Gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antara tiangtiang gol dan di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran Undangundang Permainan dilakukan sebelum itu oleh pasukan yang menjaringkan gol.

Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan


ofsaid.

33

Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:

dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan
pemain lawan yang kedua terakhir.

Pasukan menang
Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:
Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa perlawanan dikira
pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama,
atau jika tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri.

dia berada di kawasan padang permainannya sendiri atau

dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau

dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir

Peraturan-peraturan pertandingan
Apabila peraturan-peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan
itu sebagai pemenang setelah perlawanan berkeputusan seri, hanya prosedur
berikut, yang telah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa, dibenarkan

Kesalahan

jaringan gol di tempat lawan

Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola
disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat pengadil, dia
terlibat aktif dalam permainan dengan:

masa tambahan;

mengganggu permainan atau

sepakan dari tanda penalti.

mengganggu pemain pihak lawan atau

memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu

Tiada kesalahan
Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:

sepakan gol

lontaran ke dalam

sepakan penjuru

Pelanggaran dan hukuman


Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus
kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat mana kesalahan berlaku. (rujuk
Undang-undang 13 Kedudukan sepakan percuma)

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

34

Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti


berikut:
Sepakan percuma terus
Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika seorang
pemain melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut dengan cara yang
dianggap oleh pengadil sebagai cuai, gegabah atau melibatkan daya yang
berlebihan:

menendang atau cuba menendang pemain lawan

membentes atau cuba membentes pemain lawan

menerjah ke pemain lawan

merempuh pemain lawan

memukul atau cuba memukul pemain lawan

menolak pemain lawan

mentakel pemain lawan

Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain
melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

35

Sepakan percuma tidak terus


Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di
dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat kesalahan
berikut:

mengambil lebih dari enam saat semasa mengawal bola dengan tangannya
sebelum melepaskan dari kawalannya.

memegang bola semula dengan tangan setelah bola dilepaskan dari


kawalannya dan belum disentuh oleh pemain lain.

menyentuh bola dengan tangan setelah ia dengan sengaja disepak oleh


rakan kepadanya.

memegang bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari lontaran


ke dalam oleh rakannya.

Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang
pemain, pada pendapat pengadil:

bermain dengan cara yang berbahaya

menyekat pergerakan pemain lawan

memegang pemain lawan

menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya

meludah pemain lawan

memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di


dalam kawasan penaltinya)

melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam Undang-undang 12,


yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah
keluar pemain.

Sepakan percuma terus dibuat di mana kesalahan berlaku. (rujuk Undangundang 13 Kedudukan sepakan percuma)

Sepakan penalti
Sepakan penalti diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di atas dilakukan
oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa mengira kedudukan
bola, dengan syarat bola itu berada di dalam permainan.

Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan
berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan sepakan percuma)

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

36

Tindakan disiplin
Kad kuning adalah petunjuk bahawa seseorang pemain atau pemain pengganti
atau pemain yang telah digantikan telah diberi amaran
Kad merah adalah petunjuk bahawa seseorang pemain atau pemain pengganti
atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar.
Hanya pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan saja
boleh ditunjukkan kad merah atau ditunjukkan kad kuning.
Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin, dari ketika ia masuk ke
padang permainan hingga ia meninggalkan padang permainan selepas tiupan
wisel penamat
Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar, di dalam
di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap pemain lawan,
rakannya, pengadil, penolong pengadil atau orang lain, dikenakan tindakan
disiplin mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN
Pengganti atau pemain yang telah digantikan diberi amaran dan ditunjukkan
kad kuning jika melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:

bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan

membantah dengan perkataan atau perbuatan

melambat-lambat memulakan semula permainan

Kesalahan-kesalahan perintah keluar


Pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan akan diperintah keluar
dan ditunjukkan kad merah jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan
berikut:

bersalah kerana bermain dengan amat kasar

bersalah kerana berkelakuan ganas

meludah pemain lawan atau orang lain

menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk


menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai
kepada penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri)

menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan


yang menuju ke arah gol lawannya, dengan melakukan kesalahan yang
boleh dihukum dengan sepakan percuma atau sepakan penalti

Kesalahan-kesalahan beramaran
Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan salah satu
dari tujuh kesalahan berikut:

bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan

membantah dengan perkataan atau perbuatan

sentiasa melanggar Undang-undang Permainan

melambat-lambat memulakan semula permainan

gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan


semula dari sepakan penjuru atau sepakan percuma atau lontaran ke
dalam

masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran pengadil

dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran


pengadil

37

menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata


-kata kesat dan/atau geraklaku.
.menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.

Pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan yang diperintah keluar
mestilah meninggalkan persekitaran padang permainan dan kawasan teknikal.

UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA

38

UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA

Jenis-jenis sepakan percuma

Kedudukan sepakan percuma

Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus.

Sepakan percuma di dalam kawasan penalti

39

Sepakan percuma terus atau tidak terus kepada pasukan bertahan.


Sepakan percuma terus

semua pemain pihak lawan berada sekurang 9.15 m (10 ela) dari bola

Bola masuk ke gol

semua pemain pihak lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di
dalam permainan.

jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol lawan,
gol dikira.

bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus melepasi
kawasan penalti

jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol sendiri,
sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.

sepakan percuma yang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat dari
mana-mana tempat di dalam kawasan itu.

Sepakan percuma tidak terus


Isyarat
Pengadil mengisyarat sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat
sebelah tangannya lurus ke atas. Dia mengekalkan kedudukan tangannya
sedemikian sehingga sepakan dibuat dan bola disentuh oleh pemain lain
ataupun keluar dari permainan.

Sepakan percuma tidak terus untuk pasukan menyerang:

semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela)


dari bola sehingga bola di dalam permainan, kecuali mereka berada di atas
garisan gol di antara tiang-tiang gol

bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak

sepakan percuma tidak terus yang diberi di dalam kawasan gol adalah
dibuat dari atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol,
ditempat yang paling hampir di mana kesalahan berlaku.

Bola masuk ke gol


Jaringan gol dikira hanya jika bola disentuh oleh pemain lain sebelum masuk
ke dalam gol.

Sepakan percuma di luar kawasan penalti

jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol
pasukan lawan, sepakan gol diberi

semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela)


dari bola sehingga bola di dalam permainan.

jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol
sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.

bola dikira di dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak

sepakan percuma adalah dibuat di tempat kesalahan berlaku atau dari


tempat bola berada semasa kesalahan berlaku (mengikut kesalahan yang
dilakukan)

Prosedur
Untuk kedua-dua sepakan, terus dan tidak terus, bola mestilah statik apabila
dibuat dan penyepak tidak boleh menyentuh bola untuk kali kedua sehingga ia
telah disentuh oleh pemain lain.

UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA

40

UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA

41

Pelanggaran dan hukuman

Sepakan percuma yang dibuat oleh penjaga gol

Jika, semasa sepakan percuma dibuat, pemain pihak lawan berada hampir
dengan bola dari jarak yang dikehendaki:

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola itu
kali kedua (kecuali dengan tangannya), sebelum bola disentuh oleh pemain
lain:

sepakan dibuat semula

Jika, semasa sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan dalam kawasan
penaltinya, bola tidak disepak terus ke dalam permainan:

sepakan dibuat semula

Sepakan percuma yang dibuat oleh seorang pemain selain daripada


penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola kali
kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum bola disentuh oleh pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma).

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja


memegang bola itu dengan tangannya sebelum ianya disentuh oleh pemain
lain:

sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di
tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan sepakan
percuma).

sepakan penalti diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti


penyepak.

sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu
dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan
Sepakan Percuma)

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol dengan sengaja
memegang bola itu dengan tangannya sebelum ianya disentuh oleh pemain
lain:

sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan


berlaku di luar kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan
berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan sepakan percuma)

sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan
berlaku di dalam kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat
kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan sepakan
percuma)

UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI

42

Sepakan penalti dikenakan ke atas pasukan yang melakukan salah satu


daripada sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus di
dalam kawasan penaltinya semasa bola di dalam permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti.
Tambahan masa adalah dibenar untuk sepakan penalti yang akan dibuat pada
akhir setiap bahagian masa atau pada akhir tempoh masa tambahan.

UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI

43

Prosedur

Setelah semua pemain berada di tempat menurut Undang-undang,


pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat

Pemain yang membuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan

Dia tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga bola disentuh oleh
pemain lain

Bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke hadapan

Posisi bola dan pemain-pemain


Bola:

mesti diletakkan di tanda penalti

Pemain yang membuat sepakan penalti:

mesti dikenal pasti

Apabila sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau masa yang
dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk membolehkan sepakan
penalti dibuat atau dibuat semula, jaringan gol adalah diberi jika, sebelum
melintasi di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol:

bola menyentuh satu atau kedua-dua tiang gol dan/atau palang gol
dan/atau penjaga gol

Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah disempurnakan


Penjaga gol bertahan:

mesti berada di atas garisan gol, menghadap penyepak, di antara tiangtiang gol sehingga bola disepak

Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak:

di dalam padang permainan

di luar kawasan penalti

di belakang tanda penalti

sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari tanda penalti

UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI

44

UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI

Pelanggaran dan hukuman

Jika, selepas sepakan penalti dibuat:

Jika pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat, dan sebelum
bola berada di dalam permainan, salah satu dari situasi berikut berlaku:

penyepak menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum


bola disentuh oleh pemain lain:

pemain yang membuat sepakan penalti melanggar Undang-undang


Permainan:

pengadil membenarkan sepakan diteruskan


jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula
jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan permainan dan
mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada
pasukan bertahan di tempat di mana kesalahan berlaku.

pengadil membenarkan sepakan diteruskan


jika bola masuk ke dalam gol, jaringan dibenarkan
jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh


pemain lain:

penjaga gol melanggar Undang-undang Permainan:

45

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan


dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan
sepakan percuma)

bola disentuh oleh anasir luar semasa ianya bergerak ke hadapan:

sepakan dibuat semula

rakan pemain yang membuat sepakan melanggar Undang-undang Permainan:

pengadil membenarkan sepakan diteruskan


jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula
jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan permainan dan
mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada
pasukan bertahan.
jika bola melantun dari penjaga gol, palang atau tiang gol dan disentuh oleh
pemain ini, pengadil berhentikan permainan dan mulakan semula
perlawanan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan
bertahan di tempat di mana kesalahan berlaku.

rakan penjaga gol melanggar Undang-undang Permainan:

pengadil membenarkan sepakan diteruskan


jika bola masuk ke dalam gol, jaringan dibenarkan
jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula

seorang pemain dari kedua-dua pasukan bertahan dan yang menyerang dan
melanggar Undang-undang Permainan:

sepakan dibuat semula

bola melantun ke dalam padang permainan dari penjaga gol, palang gol atau
tiang-tiang gol dan kemudiannya disentuh oleh anasir luar:

pengadil berhentikan permainan

permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat bola disentuh


anasir luar kecuali jika ianya disentuh dalam kawasan gol, maka jatuhan
bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan
garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa
permainan diberhentikan.

UNDANG-UNDANG 15 LONTARAN KE DALAM

46

UNDANG-UNDANG 15 LONTARAN KE DALAM

Lontaran ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar dengan sengaja


memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir
sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama
ada di tanah atau di udara

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan


itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.

sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan


penalti pelontar itu.

47

Prosedur
Lontaran ke dalam oleh penjaga gol
Semasa melontar bola ke dalam, pelontar:

menghadap ke padang permainan

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali
kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

sebahagian dari kakinya berada di atas garisan tepi atau di luar garisan tepi

menggunakan kedua-dua tangannya

melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya

melontar dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi itu

Semua pemain lawan mesti berada tidak kurang 2 m (2 ela) dari tempat di
mana lontaran ke dalam itu dibuat.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol memegang bola
sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika


kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol berkenaan, sepakan
itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam
kawasan penalti penjaga gol berkenaan, sepakan itu dibuat di tempat
kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan sepakan
percuma)

Bola dikira di dalam permainan sebaik ia masuk ke dalam padang permainan.


Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh bola sekali lagi sehingga
ianya telah disentuh oleh pemain lain.

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

Pelanggaran dan hukuman


Lontaran ke dalam oleh pemain selain daripada penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar menyentuh bola kali
kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

Jika seorang pemain lawan dengan cara tidak adil cuba mengganggu tumpuan
atau menghalang pelontar:

dia diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan dan ditunjuk
kad kuning.

Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:

lontaran ke dalam adalah dibuat oleh pemain pasukan lawan

UNDANG-UNDANG 16 SEPAKAN GOL

48

UNDANG-UNDANG 16 SEPAKAN GOL

49

Sepakan gol adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.

Sepakan gol yang dibuat oleh penjaga gol

Sepakan gol adalah diberi apabila keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh
oleh pemain pasukan menyerang, melintasi garisan gol, sama ada di tanah
atau di udara dan gol yang tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali
kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan gol tetapi hanya terhadap gol pasukan
lawan.

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

Prosedur

Bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan gol oleh pemain
pasukan bertahan

Semua pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola berada
di dalam permainan

Penyepak tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ianya disentuh
oleh pemain lain

Jika bola tidak disepak terus melepasi kawasan penalti:


sepakan dibuat semula

Sepakan gol yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola kali
kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika


kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol berkenaan, sepakan
dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan
sepakan percuma)

sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam
kawasan penalti penjaga gol itu, sepakan dibuat di tempat kesalahan (rujuk
Undang-undang 13 Kedudukan sepakan percuma)

Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus melepasi
kawasan penalti

Pelanggaran dan hukuman

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol memegang bola
sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja


memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan


dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan
sepakan percuma)

sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan


penalti penyepak itu.

Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:

sepakan dibuat semula

UNDANG-UNDANG 17 SEPAKAN PENJURU

50

Sepakan penjuru adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.


Sepakan penjuru diberi apabila keseluruhan bola, yang akhir sekali disentuh
oleh pemain bertahan, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara
dan gol yang tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10.

UNDANG-UNDANG 17 SEPAKAN PENJURU

Sepakan penjuru yang dibuat oleh penjaga gol


Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali
kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap gol
pasukan lawan.
Prosedur

Bola mesti diletakkan dalam lengkuk penjuru yang paling hampir dengan
tempat di mana bola melintasi garisan gol

Tiang bendera penjuru tidak boleh dialihkan

Pemain-pemain lawan mesti berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela)


dari lengkuk penjuru sehingga bola berada di dalam permainan

Bola mesti disepak oleh pemain pasukan menyerang

Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak

Penyepak tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ianya telah
disentuh oleh pemain lain

Pelanggaran dan hukuman


Sepakan penjuru yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola kali
kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja


memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan


dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan
sepakan percuma)

sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan


penalti penyepak itu

51

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,


sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol memegang bola
sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika


kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol berkenaan, sepakan
dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan
sepakan percuma)

sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam
kawasan penalti penjaga gol berkenaan, sepakan dibuat di tempat
kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan sepakan
percuma)

Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:

sepakan dibuat semula

PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU


PERLAWANAN

52

Jaringan gol di tempat lawan, masa tambahan dan membuat sepakan dari
tanda penalti adalah tiga cara untuk menentukan pasukan pemenang di mana
peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai
pemenang setelah perlawanan berakhir dengan seri.
Jaringan gol di tempat lawan
Peraturan pertandingan boleh membuat peruntukan di mana pasukan-pasukan
bermain sesama sendiri di tempat sendiri dan di tempat lawan, dan jika
jaringan gol adalah sama selepas perlawanan kedua, maka gol yang
dijaringkan di padang pasukan lawan akan dikira berganda.
Masa tambahan
Peraturan pertandingan boleh menentukan lanjutan dua bahagian tempoh
masa yang sama, tiap-tiap sebahagian tidak melebihi 15 minit untuk dimainkan.
Syarat-syarat Undang-undang 8 hendaklah dipatuhi.

PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU


PERLAWANAN

Sepakan dari tanda penalti


Prosedur

Pengadil memilih gol untuk sepakan dibuat.


Pengadil membuat lentingan syiling dan pasukan yang ketua pasukannya
menang lentingan akan menentukan sama ada untuk membuat sepakan
pertama atau sepakan kedua.
Pengadil membuat catatan berkaitan sepakan-sepakan yang dibuat.
Tertakluk kepada keadaan-keadaan yang diterangkan di bawah, kedua-dua
pasukan akan membuat lima sepakan.
Sepakan dibuat berselang-ganti oleh pasukan-pasukan itu.
Jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, satu pasukan
telah memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawannya walaupun jika
kedua-duanya menyempurnakan bilangan lima sepakan itu, maka sepakan
dari tanda penalti itu tidak perlu diteruskan.
Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, jaringan oleh
kedua-dua pasukan itu adalah sama atau belum membuat jaringan,
sepakan adalah diteruskan mengikut urutan yang sama sehingga salah
satu pasukan memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawan setelah
jumlah sepakan yang sama dibuat.
Penjaga gol yang cedera semasa sepakan dari tanda penalti dibuat dan
tidak berupaya untuk meneruskan tugasnya sebagai penjaga gol boleh
digantikan oleh pengganti yang dinamakan dengan syarat pasukannya
belum membuat bilangan maksimum penggantian yang dibenarkan
mengikut peraturan pertandingan.
Kecuali apa yang dinyatakan di atas, hanya pemain yang berada di dalam
padang permainan pada tamat perlawanan, termasuk masa tambahan jika
ada, dibenarkan membuat sepakan dari tanda penalti itu.

53

Tiap-tiap sepakan adalah dibuat oleh pemain berlainan dan semua pemain
yang layak mestilah membuat sepakan sebelum mana-mana pemain
dibenarkan membuat sepakan kedua.
Mana-mana pemain yang layak boleh bertukar tempat dengan penjaga gol
pada bila-bila masa semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
Hanya pemain-pemain yang layak dan pegawai-pegawai perlawanan
dibenarkan berada di atas padang permainan semasa sepakan dari tanda
penalti dibuat.
Semua pemain mestilah berada di dalam bulatan tengah padang kecuali,
pemain yang sedang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol.
Penjaga gol yang sepasukan dengan penyepak mesti berada di dalam
padang permainan, di luar kawasan penalti di mana sepakan dibuat, atas
garisan gol yang bertemu dengan garisan sempadan kawasan penalti.
Kecuali dinyatakan sebaliknya, Undang-undang Permainan yang
berkenaan dan Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa adalah
dikuatkuasakan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
Apabila suatu pasukan menamatkan perlawanan dengan bilangan pemain
yang lebih dari pasukan lawannya, mereka mestiah mengurangkan
bilangan pemainnya untuk menyamai pasukan lawan dan ketua pasukan
mestilah memberitahu pengadil nama dan nombor pemain yang
dikeluarkan. Mana-mana pemain yang dikecualikan itu tidak boleh terlibat
dalam sepakan dari tanda penalti itu.
Sebelum sepakan dari tanda penalti dibuat pengadil hendaklah
memastikan kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pemain yang sama
berada di dalam kawasan bulatan tengah dan mereka sajalah yang
dibolehkan mengambil sepakan.

KAWASAN TEKNIKAL

54

Kawasan teknikal boleh berbeza di antara satu stadium dengan yang lain,
seperti saiz dan lokasinya, dan nota-nota berikut dikeluarkan untuk panduan
am.
Sungguhpun saiz dan kedudukan kawasan teknikal berkemungkinan berbeza
di antara stadium, nota berikut dikeluarkan sebagai panduan umum:

PEGAWAI KEEMPAT DAN PENOLONG PENGADIL SIMPANAN

55

Pegawai keempat boleh dilantik di bawah peraturan pertandingan dan


menjalankan tugas jika salah seorang daripada tiga pegawai perlawanan
tidak dapat meneruskan tugasnya, kecuali seorang penolong pengadil
simpanan dilantik. Dia akan membantu pengadil pada setiap masa

Sebelum pertandingan dimulakan, pengelola akan menyatakan dengan


jelasnya, jika pengadil tidak dapat meneruskan tugasnya, sama ada
pegawai keempat mengambil alih tugas sebagai pengadil perlawanan atau
sama ada penolong pengadil kanan mengambil alih sebagai pengadil
dengan pegawai keempat menjadi penolong pengadil

Pegawai keempat membantu tugas-tugas pentadbiran sebelum, semasa


dan selepas perlawanan seperti yang dikehendaki oleh pengadil

Dia bertanggungjawab menolong melaksanakan prosedur penggantian


semasa perlawanan

Dia mempunyai kuasa untuk memeriksa peralatan pemain gantian sebelum


mereka masuk ke dalam padang permainan. Jika peralatan mereka tidak
mematuhi kehendak Undang-undang Permainan, dia akan memberitahu
pengadil

kawasan teknikal mengunjur keluar 1 meter (1 ela) dari tiap-tiap sisi tempat
duduk khas dan mengunjur ke hadapan sehingga 1 meter (1 ela) dari
garisan tepi.

adalah digalakkan tanda-tanda dibuat bagi menentukan kawasan ini.

bilangan orang yang dibenarkan berada di dalam kawasan teknikal


dinyatakan di dalam peraturan pertandingan.

mereka yang berada di dalam kawasan teknikal ini dikenal pasti sebelum
permulaan perlawanan selaras dengan peraturan pertandingan.

hanya seorang saja pada satu-satu masa dibenar menyampaikan arahan


taktikal.

jurulatih dan pegawai-pegawai lain mestilah berada di dalam sempadan


kawasan teknikal kecuali dalam keadaan tertentu seperti fisioterapi atau
doktor memasuki padang permainan dengan kebenaran pengadil untuk
menilai kecederaan pemain.

Dia menyelia pertukaran bola apabila perlu. Jika bola perlawanan perlu
ditukarkan semasa perlawanan, dia menyediakan bola lain atas arahan
pengadil, dengan itu mengurangkan kelewatan dengan kadar minimum

jurulatih dan mereka yang berada di dalam kawasan teknikal mestilah


berkelakuan penuh tanggungjawab.

Dia membantu pengadil untuk mengawal perlawanan menurut Undangundang Permainan. Walau bagaimanapun, pengadil masih berkuasa bagi
permainan tersebut

Selepas perlawanan, pegawai keempat mesti mengemukakan laporan


kepada pihak berkuasa yang berkenaan tentang sebarang salahlaku atau
insiden lain yang pengadil dan penolong pengadil tidak melihatnya.
Pegawai keempat mestilah menasihati pengadil dan penolongpenolongnya tentang sebarang laporan yang dibuat.

Dia mempunyai kuasa untuk memberitahu pengadil sebarang kelakuan


tidak bertanggungjawab oleh mana-mana penghuni kawasan teknikal.

Seorang penolong pengadil simpanan boleh juga dilantik di bawah


peraturan pertandingan. Tugasnya hanya untuk mengambil alih tugas
penolong pengadil yang tidak dapat meneruskan tugasnya atau untuk
mengganti pegawai keempat, seperti diperlukan.

56

57

TAFSIRAN
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
DAN
GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

58

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

59

Tanda-tanda padang

Pengiklanan

Adalah tidak dibenarkan untuk menandakan garis-garis padang permainan


dengan garis terputus-putus atau digali.

Iklan hendaklah sekurang-kurangnya 1 m (1 ela) dari garis sempadan padang


permainan.

Jika pemain membuat tanda-tanda di padang permainan dengan kakinya, dia


mesti diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan. Jika
pengadil melihatnya semasa perlawanan, dia mesti beri amaran kepada
pemain itu kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan sebaik saja bola di
luar permainan.

Tiada sebarang iklan sama ada jelas atau maya, dibenarkan di atas padang
padang permainan, di kawasan dalam lingkungan jaringan gol atau di kawasan
teknikal atau dalam lingkungan 1 m (1 ela) dari garis tepi dari masa pasukan
mula masuk ke padang permainan sehingga mereka keluar darinya, semasa
masa rehat dan dari masa pasukan-pasukan masuk semula sehingga tamat
perlawanan. Iklan juga tidak dibenarkan pada gol, jaring, tiang bendera atau
benderanya dan sebarang peralatan yang tiada berkaitan (kamera, mikrofon
dan sebagainya) dibenarkan dipasangkan pada peralatan-peralatan ini.

Hanya garis-garis yang ditetapkan dalam Undang-undang 1 ditandakan di


padang permainan.
Bagi permukaan artifisial, garisan-garisan lain adalah dibenarkan dengan
syarat ia adalah berlainan warna dan jelas berbeza daripada garisan-garisan
yang digunakan untuk bola sepak.

Tiang dan palang gol


Jika palang gol tercabut atau patah, permainan diberhentikan sehingga ia
dibaiki atau digantikan. Jika palang gol tidak dapat dibaiki, perlawanan
hendaklah ditamatkan. Pengunaan tali bagi menggantikan palang gol adalah
tidak dibenarkan. Jika palang gol boleh dibaiki, perlawanan hendaklah
dimulakan semula dengan satu jatuhan bola di mana bola berada ketika
permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan
gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan
gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan.

Logo dan lambang


Penghasilan logo atau lambang FIFA , konfederasi, ahli-ahli persatuan
bergabung, liga , kelab atau badan-badan lain sama ada jelas atau maya tidak
dibenarkan di padang permainan, jaring-jaring gol dan kawasan lingkungannya,
tiang gol, tiang bendera dan benderanya semasa permainan.

UNDANG-UNDANG 2 BOLA

60

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN

61

Bola tambahan

Prosedur penggantian

Bola-bola tambahan boleh diletakkan di sekeliling padang permainan untuk


kegunaan semasa perlawanan dengan syarat bola-bola itu telah memenuhi
keperluan Undang-undang 2 dan kegunaannya di bawah seliaan pengadil.

Penggantian dibuat ketika pemberhentian permainan

Penolong pengadil memberi isyarat permintaan untuk penggantian

Pemain yang akan digantikan menerima kebenaran pengadil untuk keluar,


kecuali dia telah berada di luar padang permainan untuk sebab-sebab yang
mematuhi Undang-undang Permainan

Pengadil memberi kebenaran untuk pengganti masuk ke padang


permainan

Sebelum masuk ke padang permainan, pengganti menunggu sehingga


pemain yang digantikan itu keluar padang

Pemain yang digantikan tidak wajib keluar melalui garis tengah padang

Kebenaran untuk penggantian boleh dinafikan di bawah keadaan-keadaan


tertentu, contohnya, jika pengganti belum bersedia untuk masuk

Pengganti yang belum melengkapkan prosedur penggantian dengan


memijak di dalam padang permainan tidak boleh memulakan semula
permainan dengan membuat lontaran ke dalam atau sepakan penjuru

Jika pemain yang akan digantikan itu enggan keluar dari padang
permainan, permainan diteruskan

Jika penggantian dibuat semasa rehat separuh masa atau sebelum masa
tambahan, prosedur itu hendaklah dipenuhi sebelum sepak mula separuh
masa kedua atau masa tambahan.

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN

62

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN

63

Orang luar di dalam padang permainan

Pemain di luar padang permainan

Anasir luar
Sesiapa yang tidak dinamakan di dalam senarai pemain, pengganti atau
pegawai pasukan adalah anasir luar sama seperti pemain yang telah diperintah
keluar.

Jika pemain keluar padang permainan untuk membetulkan peralatan yang tidak
menurut undang-undang, menerima rawatan kerana kecederaan atau
mempunyai darah pada peralatannya atau untuk sebarang sebab-sebab lain
dengan kebenaran pengadil, pemain yang masuk semula padang permainan
tanpa kebenaran pengadil mesti:

Jika anasir luar masuk ke padang permainan:

memberhentikan permainan (namun tidak dengan segera jika anasir luar


itu tidak mengganggu permainan atau advantej boleh dilaksanakan)

beri amaran kepada pemain kerana masuk tanpa kebenaran

arahkan pemain itu keluar jika perlu


undang 4)

pengadil hendaklah memberhentikan permainan (namun tidak dengan


tindakan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan)

pengadil hendaklah mengeluarkannya dari padang permainan dan


sempadannya

jika pengadil memberhentikan permainan, dia hendaklah memulakan


semula permainan dengan jatuhan bola di tempat bola berada semasa
permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam
kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas
garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan

(contohnya melanggar Undang-

Jika pengadil memberhentikan permainan, ia dimulakan semula:

dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat bola
berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma) jika tidak ada pelanggaran lain

menurut Undang-undang 12 jika pemain melanggar Undang-undang ini

Pegawai-pegawai pasukan
Jurulatih dan pegawai-pegawai lain yang dicatatkan di dalam senarai pasukan
(dengan dikecualikan pemain-pemain dan pengganti-pengganti) adalah
pegawai pasukan.
Jika pegawai pasukan masuk ke padang permainan:

Jika pemain melintasi garis sempadan padang permainan dengan tidak


sengaja, dia tidak melakukan sebarang perlanggaran. Keluar dari padang
permainan adalah dianggap sebagai sebahagian dari pergerakan pemain.

Pengganti atau pemain yang telah digantikan

pengadil hendaklah memberhentikan permainan (namun tidak dengan


tindakan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau
advantej boleh dilaksanakan)

pengadil hendaklah mengeluarkannya dari padang permainan dan jika


kelakuannya tidak bertanggungjawab, pengadil hendaklah
mengeluarkannya dari padang permainan dan sempadannya

pengadil mesti memberhentikan permainan (namun tidak dengan segera


jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau advantej boleh
dilaksanakan)

jika pengadil memberhentikan permainan, dia hendaklah memulakan


semula permainan dengan jatuhan bola di tempat bola berada semasa
permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam
kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas
garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan

pengadil mesti memberi amaran kepadanya kerana tidak bersemangat


sukan

pemain mesti keluar dari padang permainan

Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk padang permainan
tanpa kebenaran:

Jika pengadil memberhentikan permainan ia dimulakan semula dengan


sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat bola berada
semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 Kedudukan
sepakan percuma)

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN

64

UNDANG-UNDANG 4 PERALATAN PEMAIN

Gol dijaringkan dengan orang tambahan dalam padang permainan

Peralatan asas

Jika, setelah gol dijaringkan, pengadil menyedari, sebelum permulaan semula


permainan bahawa terdapat orang tambahan dalam padang permainan
semasa gol dijaringkan:

Warna:

Jika jersi kedua-dua penjaga gol sama warna dan kedua-duanya tidak ada
jersi untuk ditukar, pengadil hendaklah membenarkan permainan dimulakan

pengadil mesti membatalkan jaringan itu jika:


orang tambahan itu adalah anasir luar dan telah mengganggu permainan
orang tambahan itu adalah pemain, pengganti, pemain yang telah
digantikan atau pegawai pasukan pasukan berkenaan yang menjaringkan
gol itu

65

pengadil mesti membenarkan jaringan itu jika:

Jika pemain secara tidak sengaja tercabut alas kakinya dan kemudiannya
memainkan bola dan/atau membuat jaringan, tidak ada pelanggaran berlaku
dan jaringan itu dibenarkan kerana dia tercabut alas kakinya dengan tidak
sengaja.
Penjaga gol boleh memakai seluar trek sebagai sebahagian dari peralatan
asasnya.

orang tambahan itu adalah anasir luar dan tidak mengganggu permainan
orang tambahan itu adalah pemain, pengganti, pemain yang telah
digantikan atau pegawai pasukan pasukan berkenaan yang menerima
jaringan itu.

Peralatan lain
Pemain boleh menggunakan peralatan selain daripada peralatan asasnya
dengan syarat tujuannya adalah untuk melindunginya secara fizikal dan tidak
mendatangkan bahaya kepada dirinya atau orang lain.

Bilangan minimum pemain


Jika undang-undang pertandingan menyatakan bahawa semua pemain dan
pengganti mesti dinamakan sebelum sepak mula dan satu pasukan
memulakan permainan dengan kurang dari 11 pemain, hanya pemain yang
dinamakan dalam senarai mula boleh melengkapkan 11 pemain itu bila dia
tiba.
Walaupun permainan tidak boleh dimulakan jika mana-mana pasukan
mempunyai kurang dari tujuh pemain, bilangan minimum dalam sesuatu
pasukan yang diperlukan untuk perlawanan diteruskan adalah tertakluk kepada
persatuan gabungan. Walau bagaimanapun, pada pendapat Lembaga
Antarabangsa Persatuan Bolasepak perlawanan tidak boleh diteruskan jika
mana-mana pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain.
Jika sesuatu pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain kerana satu atau
lebih pemain keluar padang permainan dengan sengaja, pengadil tidak perlu
memberhentikan permainan jika advantej boleh dilaksanakan. Di dalam kes
sedemikian, pengadil mesti tidak boleh membenarkan permainan diteruskan
setelah bola berada di luar permainan jika sesuatu pasukan tidak mempunyai
bilangan minimum tujuh pemain.

Semua pakaian atau peralatan selain daripada peralatan asas hendaklah


diperiksa oleh pengadil dan ditentukan agar tidak berbahaya.
Peralatan perlindungan moden seperti alas kepala, topeng dan pelindung lutut
dan siku daripada bahan lembut dan alas ringan tidak mendatangkan bahaya
dan dengan itu adalah dibenarkan.
Menerusi teknologi baru sukan, kacamata sukan diperbuat lebih selamat, sama
ada kepada pemakai atau orang lain, pengadil hendaklah menggunakan
kebijaksanaan dalam membenarkan kegunaanya, terutama bagi pemain muda.
Jika pakaian atau peralatan yang telah diperiksa pada permulaan permainan
dan ditentukan tidak berbahaya menjadi bahaya atau digunakan secara
berbahaya semasa perlawanan, kegunaannya adalah tidak dibenarkan.
Kegunaan sistem perhubungan radio di antara pemain dan/atau kakitangan
teknikal adalah tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG 4 PERALATAN PEMAIN

66

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL

Barang kemas

Kuasa dan tugas

Semua barang kemas (rantai, cincin, gelang, subang, gelang kulit atau getah
dan sebagainya) adalah dilarang dengan kerasnya dan mestilah ditanggalkan.
Penggunaan pita untuk menutup barang kemas tidak boleh diterima.

Pengadil mempunyai kuasa untuk memberhentikan permainan jika, pada


pendapatnya tahap pengcahayaan lampulimpah tidak mencukupi.

Pengadil juga dilarang memakai barang kemas (kecuali jam atau alatan serupa
untuk mencatat masa perlawanan).

67

Jika suatu objek dibalingkan oleh penonton terkena pengadil, penolong


pengadil, pemain atau pegawai pasukan, pengadil boleh meneruskan
permainan, menangguh atau menamatkan permainan mengikut keadaannya.
Dia mesti dalam semua keadaan melaporkan insiden itu kepada pihak yang
berkuasa.

Tindakan disiplin
Pemain-pemain adalah diperiksa sebelum permulaan permainan dan pengganti
sebelum masuk ke padang permainan. Jika pemain didapati memakai alat
kemas atau pakaian yang tidak dibenarkan semasa permainan, pengadil mesti:

mengarahkan pemain menanggalkan peralatan itu

mengarahkan pemain keluar padang sebaik saja bola di luar permainan jika
dia tidak dapat atau enggan menurut arahan

memberi amaran, jika setelah diberitahu untuk menanggalkan peralatan


tersebut, didapati memakainya semula.

Jika permainan telah diberhentikan untuk memberi amaran kepada pemain,


suatu sepakan percuma tidak terus mesti diberi kepada pasukan lawan di
tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma).

Pengadil mempunyai kuasa untuk menunjukkan kad kuning atau merah


semasa waktu rehat separuh masa dan selepas perlawanan termasuk pada
masa tambahan dan sepakan dari tanda penalti, di mana perlawanan masih di
bawah budi bicaranya ketika ini.
Jika pengadil tidak berupaya sementara atas apa jua sebab, permainan boleh
diteruskan di bawah seliaan penolong pengadil sehingga bola di luar
permainan.
Jika penonton meniup wisel dan pengadil menggangap bahawa wisel tersebut
telah mengganggu permainan (contohnya, pemain mengangkat bola di
tangannya, dengan menyangkakan permainan telah diberhentikan), pengadil
hendaklah memberhentikan permainan dan mulakan semula permainan
dengan jatuhan bola di tempat bola berada, kecuali permainan diberhentikan di
dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas
garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan.
Jika bola tambahan masuk ke padang permainan semasa perlawanan,
pengadil hendaklah memberhentikan permainan hanya jika ia mengganggu
permainan. Permainan hendaklah dimulakan semula dengan satu jatuhan bola
di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan
diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah
menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol
yang berdekatan.
Jika bola tambahan masuk ke padang permainan semasa perlawanan tanpa
mengganggu permainan, pengadil hendakah mengeluarkannya seberapa cepat
yang boleh.

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL

68

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL

69

Advantej

Pemain-pemain cedera

Pengadil boleh memainkan advantej apabila sesuatu pelanggaran atau


kesalahan berlaku.

Pengadil mesti mematuhi prosedur berikut ketika menguruskan pemain-pemain


yang cedera:

Pengadil hendaklah mengambil kira keadaan-keadaan berikut dalam


memutuskan sama ada untuk melaksanakan advantej atau tidak:

tahap kekasaran kesalahan: jika kesalahan yang memerlukan perintah


keluar, pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan perintah keluar
pemain tersebut kecuali terdapat peluang menjaringkan gol berikutnya

kedudukan kesalahan berlaku berhampiran dengan gol pasukan lawan, ia


adalah lebih berkesan

peluang segera suatu serangan ke arah gol pasukan lawan

keadaan perlawanan

Keputusan untuk menghukum kesalahan asal mestilah mengambil tempoh


beberapa saat.
Jika kesalahan memerlukan kad kuning diberi, ia hendaklah diberikan pada
pemberhentian berikutnya. Walau bagaimanapun, kecuali ada sesuatu
advantej yang jelas, adalah disyorkan agar pengadil memberhentikan
permainan dengan segera untuk memberi amaran kepada pemain tersebut.
Jika amaran tidak diberikan pada pemberhentian berikutnya, ia tidak boleh
diberikan selepas itu.

permainan diteruskan sehingga bola di luar permainan jika pemain, pada


pendapat pengadil hanya cedera ringan

permainan diberhentikan, jika pada pendapat pengadil pemain cedera


parah

setelah bertanyakan pemain yang cedera, pengadil membenarkan seorang


atau dua doktor untuk masuk ke padang permainan untuk menilai
kecederaan dan menguruskan pemain itu dikeluarkan secepat mungkin dari
padang permainan

pengusung hanya masuk ke padang permainan bersama usungan setelah


menerima isyarat dari pengadil.

pengadil hendaklah memastikan pemain yang cedera dikeluarkan dengan


selamat dari padang permainan

pemain tidak dibenarkan dirawat di dalam padang permainan

mana-mana pemain yang berdarah lukanya mesti keluar dari padang


permainan. Dia tidak boleh masuk semula sehingga pengadil berpuas hati
bahawa pendarahan itu telah berhenti. Pemain tidak dibenarkan memakai
pakaian yang berdarah.

sebaik saja pengadil telah membenarkan doktor masuk ke padang


permainan, pemain mesti keluar dari padang permainan, sama ada di atas
usungan atau berjalan. Jika pemain itu tidak mematuhinya, dia mesti diberi
amaran kerana tidak bersemangat sukan.

pemain yang tercedera hanya boleh masuk semula ke padang permainan


setelah permainan dimulakan semula.

ketika bola dalam permainan, pemain yang cedera mesti masuk semula ke
padang permainan melalui garis tepi. Ketika bola di luar permainan, pemain
yang tercedera boleh masuk semula dari mana-mana garis sempadan.

sama ada bola di dalam atau di luar permainan, hanya pengadil saja
berkuasa untuk membenarkan pemain yang cedera untuk masuk semula
ke padang permainan.

pengadil boleh memberikan kebenaran kepada pemain yang cedera itu


untuk masuk semula jika penolong pengadil atau pegawai keempat
mengesahkan bahawa pemain itu telah bersedia

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL

70

jika, sebaliknya permainan tidak diberhentikan untuk sebarang perkara lain,


atau jika pemain mengalami kecederaan bukan disebabkan oleh sesuatu
pelanggaran undang-undang permainan, pengadil mesti memulakan
semula permainan dengan satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa
permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam
kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas
garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan
pengadil mesti membenarkan masa yang terbuang kerana kecederaan itu
dimainkan sepenuhnya pada setiap separuh masa permainan
apabila pengadil telah memutuskan untuk memberi kad kepada pemain
yang cedera, yang perlu dikeluarkan dari padang permainan untuk
rawatan, mesti menunjukkan kad tersebut sebelum pemain itu keluar dari
padang permainan

GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL

71

Posisi ketika bola di dalam permainan


Syor-syor

Permainan hendaklah antara pengadil dan penolong pengadil yang


berkenaan

Penolong pengadil berkenaan hendaklah dalam penglihatan pengadil.


Pengadil hendaklah menggunakan sistem diagonal yang lebar

Berada di luar dari permainan memudahkan permainan sentiasa berada di


antara penolong pengadil dan penglihatan pengadil

Pengadil perlu berada hampir untuk melihat tanpa mengganggu permainan

Apa yang perlu dilihat tidak semestinya sentiasa berhampiran. Pengadil


hendaklah memberikan perhatian kepada:
pemain yang agresif semasa perebutan jauh dari bola

Pengecualian kepada peraturan ini dilaksanakan hanya ketika:

penjaga gol yang cedera

kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku di tempat


arah tuju bola

penjaga gol dan pemain lain bertembung dan memerlukan perhatian


dengan segera

kesalahan-kesalahan yang berlaku setelah bola


digerakkan darinya

pemain-pemain dari pasukan yang sama terlibat dalam perlanggaran dan


memerlukan perhatian segera

kecederaan yang parah, seperti tertelan lidah, pengsan, kaki patah

Lebih dari satu kesalahan berlaku pada masa yang sama

Kesalahan dilakukan oleh dua pemain dari pasukan yang sama:


pengadil mesti menghukum kesalahan yang lebih berat ketika pemain
melakukan lebih dari satu kesalahan serentak
permainan mesti dimulakan semula mengikut kesalahan yang lebih berat
dilakukan

Kesalahan dilakukan oleh pemain-pemaind dari pasukan berbeza:


pengadil mesti memberhentikan permainan dan mulakan semula dengan
satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan
diberhentikan, jika diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu
pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang
selari dengan garisan gol yang berdekatan

Posisi dalam situasi bola di luar permainan


Posisi terbaik adalah di mana pengadil boleh membuat keputusan yang tepat.
Semua syor tentang posisi adalah berdasarkan kemungkinan-kemungkinan
dan mesti diubahsuaikan dengan menggunakan maklumat khusus tentang
pasukan, pemain-pemain dan kejadian-kejadian di dalam perlawanan sehingga
ketika itu.
Posisi yang dicadangkan dalam grafik berikut adalah asas dan syor kepada
pengadil. Rujukan kepada zon bertujuan untuk menekankan bahawa setiap
posisi yang disyorkan itu sebenarnya adalah kawasan di mana besar
kemungkinan pengadil boleh berkesan secara optimumnya. Zon boleh jadi
besar atau kecil atau berbentuk yang berbeza bergantung kepada kejadian
tertentu.

GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL

72

GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL

1. Posisi ketika sepak mula

3. Posisi untuk sepakan penjuru (1)

2. Posisi ketika sepakan gol

4. Posisi untuk sepakan penjuru (2)

73

GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL

74

GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL

5. Posisi untuk sepakan percuma (1)

7. Posisi untuk sepakan percuma (3)

6. Posisi untuk sepakan percuma (2)

8. Posisi untuk sepakan percuma (4)

75

GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL

76

ISYARAT-ISYARAT PENGADIL

77

9. Posisi untuk sepakan penalti

Sepakan Percuma
Terus

Advantej

Sepakan Percuma
tidak terus

Kad kuning

Kad merah

ISYARAT-ISYARAT PENGADIL

78

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

79

Penggunaan wisel

Tugas dan tanggungjawab

Wisel diperlukan untuk:

Penolong-penolong pengadil membantu pengadil untuk mengawal permainan


menurut Undang-undang Permainan. Mereka juga membantu pengadil dalam
semua perkara berkaitan dengan pelaksanaan perlawanan menurut
permintaan dan arahan pengadil. Perkara-perkara lazim meliputi:

sepak mula (separuh masa pertama, kedua), selepas sesuatu jaringan

memberhentikan permainan untuk:


sepakan percuma atau sepakan penalti
jika permainan ditangguh sementara atau ditamatkan
ketika separuh masa permainan telah tamat kerana tamat masa

memulakan semula permainan ketika:


sepakan percuma ketika mengarahkan benteng ke jaraknya
sepakan penalti

Wisel TIDAK diperlukan untuk:


memberhentikan permainan untuk:
sepakan gol, sepakan penjuru atau lontaran ke dalam
jaringan gol

memeriksa padang permainan, bola yang digunakan dan peralatan pemain

menentukan masalah berkaitan kelengkapan atau pendarahan telah diatasi

memantau prosedur penggantian

menyimpan catatan berkaitan dengan masa, jaringan dan kesalahan


kelakuan tidak bersopan

memulakan semula permainan setelah diberhentikan untuk:


memberi kad kuning atau merah untuk kelakuan tidak bersopan
kecederaan
penggantian

memulakan semula permainan ketika:


sepakan percuma, sepakan gol, sepakan penjuru atau lontaran ke dalam

Wisel yang tidak sepatutnya yang kerap digunakan akan kurang


keberkesanannya ketika keadaan yang memerlukan. Ketika wisel budi bicara
diperlukan untuk memulakan permainan, pengadil hendaklah memberitahu
kepada pemain-pemain bahawa permulaan semula tidak akan berlaku
sehingga isyaratnya.

Bahasa badan
Bahasa badan adalah alat yang pengadil guna untuk:

membantu mengawal perlawanan

menunjukkan kewibawaan dan kawalan diri

Bahasa badan bukan:


satu penjelasan kepada keputusan

Posisi dan kerjasama


1. Sepak mula
Penolong pengadil mesti berada selari dengan pemain pertahanan kedua
terakhir.

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL


UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

81

80
3. Sepakan gol

2. Posisi am semasa perlawanan


Penolong pengadil mesti berada selari dengan pemain pertahanan kedua
terakhir atau bola jika ia lebih hampir dengan garisan gol dari pemain
pertahanan kedua terakhir itu. Penolong pengadil mesti sentiasa menghadap
padang permainan.

1. Penolong pengadil mesti memastikan bola berada di dalam kawasan gol


dahulu
jika bola tidak di tempatnya, penolong pengadil tidak bergerak dari
posisinya, hubungan mata dengan pengadil dan angkat bendera
2. Setelah bola berada di kedudukan yang betul di dalam kawasan gol,
penolong pengadil mesti bergerak ke bahagian atas kawasan penalti untuk
memasikan bola keluar dari kawasan penalti (bola di dalam permainan) dan
pemain penyerang di luar kawasannya:
jika pemain pertahanan kedua terakhir yang membuat sepakan gol,
penolong pengadil hendaklah berada di bahagian atas kawasan penalti
3. Akhirnya, penolong pengadil mesti berada di posisi untuk melihat ofsaid,
yang menjadi keutamaannya

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

82

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

83

4. Penjaga gol melepaskan bola

5. Sepakan penalti

Penolong pengadil mesti berada di posisi selari dengan bahagian atas


kawasan penalti untuk memastikan penjaga gol tidak memegang bola dengan
tangannya di luar kawasan penalti.

Penolong pengadil mesti berada di tempat garisan gol bertemu garisan kawsan
penalti. Jika penjaga gol dengan sengaja bergerak dari garisan gol sebelum
bola disepak dan gol tidak dijaringkan, penolong pengadil mesti mengangkat
benderanya.

Setelah penjaga gol melepaskan bola, penolong pengadil mesti berada di


posisi untuk melihat ofsaid yang menjadi keutamaannya.

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

84

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

85

6 Sepakan dari tanda penalti

7. Situasi gol atau tidak gol

Seorang penolong pengadil mesti berada di tempat garisan gol bertemu


garisan kawasan gol. Tugas utamanya ialah untuk memastikan bola melintasi
garisan:

Ketika gol telah dijaringkan dan tiada was-was terhadap keputusan itu,
pengadil dan penolong pengadil mesti membuat hubungan mata dan penolong
pengadil hendaklah berlari dengan pantas 25 30 meter di garisan tepi ke arah
garisan tengah tanpa mengangkat benderanya.

ketika ia jelas bahawa bola telah melintasi garisan gol, penolong pengadil
mesti melihat ke arah pengadil tanpa sebarang isyarat tambahan
ketika gol telah dijaringkan tetapi ia tidak jelas sama ada bola telah melintasi
garisan, penolong pengadil mesti angkat benderanya dahulu untuk
mendapatkan perhatian pengadil dan kemudiannya mengesahkan jaringan
itu.
Seorang lagi penolong pengadil hendaklah berada di bulatan tengah untuk
mengawal pemain-pemain lain.

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

86

Ketika suatu jaringan dihasilkan tetapi bola kelihatan masih dalam permainan,
penolong pengadil mesti mengangkat benderanya dahulu untuk menarik
perhatian pengadil dan kemudiannya meneruskan prosedur jaringan gol biasa
dengan berlari pantas 25-30 meter di garisan tepi ke arah garisan tengah.

Dalam keadaan ketika bola tidak melintasi garisan gol keseluruhannya dan
permainan diteruskan seperti biasa kerana tiada gol dijaringkan, pengadil
hendaklah membuat hubungan mata dengan penolong pengadil dan jika perlu
berikan isyarat yang tidak ketara.

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

87

8. Sepakan penjuru
Kedudukan penolong pengadil untuk sepakan penjuru adalah di belakang
bendera penjuru selari dengan garisan gol. Ketika di posisi ini dia mesti tidak
mengganggu pemain yang membuat sepakan penjuru. Dia mesti memastikan
bola diletakkan dengan betul di dalam lengkuk penjuru.

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

88

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL

89

9. Sepakan percuma

Geraklaku

Kedudukan penolong pengadil untuk sepakan percuma mesti selari dengan


pemain pertahanan kedua terakhir supaya dapat memastikan garis ofsaid yang
menjadi keutamaannya. Walau bagaimanapun, dia mesti bersedia untuk
mengikut bola dengan bergerak di garisan tepi ke arah bendera penjuru jika
bola ditendang terus ke gol.

Secara amnya, penolong pengadil mesti tidak memberikan sebarang isyarat


tangan yang ketara. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, isyarat
tangan yang tidak ketara boleh memberikan sokongan yang bernilai kepada
pengadil. Isyarat tangan ini perlu ada makna yang jelas. Maknanya hendaklah
telah dibincangkan dan dipersetujui dalam perbincangan pra-perlawanan.

Teknik larian
Secara amnya, penolong pengadil sepatutnya menghadap padang permainan
semasa berlari. Pergerakan sisi ke sisi hendaklah digunakan bagi jarak yang
dekat. Ini penting terutamanya semasa membuat keputusan ofsaid dan
memberikan penolong pengadil suatu penglihatan yang lebih baik.

Isyarat beep
Pengadil adalah diingatkan bahawa sistem isyarat beep adalah isyarat
tambahan yang digunakan, hanya bila perlu untuk mendapatkan perhatian
pengadil.
Situasi ketika isyarat beep adalah berguna termasuk:

ofsaid

kesalahan (di luar penglihatan pengadil)

lontaran ke dalam, sepakan penjuru atau sepakan gol (keputusan kritikal)

situasi jaringan (keputusan kritikal)

ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL

Penggantian

90

Lontaran ke dalam
kepada penyerang

Lontaran ke dalam
kepada pertahanan

ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL

Ofsaid

Ofsaid
berhampiran

Kesalahan oleh Pertahanan


sepakan gol

sepakan penjuru

Ofsaid
di tengah
padang

91

Ofsaid
di hujung
padang

Kesalahan oleh Penyerang

ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL

92

ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL

93

Teknik bendera dan kerjasama sepasukan

Lontaran ke dalam

Bendera penolong pengadil mesti sentiasa dapat dilihat oleh pengadil, terbuka
dan tetap semasa berlari.

Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi hampir dengan posisi penolong
pengadil, dia mesti memberikan isyarat terus menunjukkan arah lontaran ke
dalam.

Ketika memberi isyarat, penolong pengadil mesti berhenti, menghadap ke


padang permainan, membuat eye contact dengan pengadil dan mengangkat
bendera dengan pergerakan yang tetap (bukan gopoh atau berlebih-lebihan).
Bendera adalah lanjutan dari tangan.

Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi jauh dari posisi penolong
pengadil dan keputusan itu pasti ialah lontaran ke dalam, penolong pengadil
mesti memberikan isyarat terus menunjukkan arah lontaran itu.

Penolong pengadil mesti mengangkat bendera dengan menggunakan tangan


yang akan digunakan memberi isyarat seterusnya. Jika keadaan bertukar dan
tangan sebelah lagi diperlukan untuk memberikan isyarat, penolong pengadil
mesti menukarkan bendera ke tangan berikutnya di bawah paras pinggang.

Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi jauh dari posisi penolong
pengadil tetapi bola seolah-olah masih dalam permainan atau jika penolong
pengadil berasa was-was, dia mesti mengangkat bendera dahulu untuk
memberitahu bahawa bola telah keluar, hubungan mata dengan pengadil dan
ikut isyarat pengadil.

Apabila penolong pengadil memberi isyarat bahawa bola di luar permainan, dia
akan terus memberikan isyarat sehingga dilihat oleh pengadil.
Apabila penolong pengadil memberi isyarat untuk kelakuan ganas dan isyarat
tidak dilihat dengan segera:

jika permainan telah diberhentikan untuk tindakan disiplin diambil,


permulaan semula mesti mengikut Undang-undang (sepakan percuma,
sepakan penalti dan sebagainya)

jika permainan telah dimulakan semula, pengadil masih boleh mengambil


tindakan disiplin tetapi tidak menghukum kesalahan itu dengan sepakan
percuma atau sepakan penalti.

Sepakan Penjuru / Sepakan Gol


Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol hampir dengan posisi penolong
pengadil, dia mesti isyarat terus dengan tangan kanannya (penglihatan yang
lebih jelas) untuk menunjukkan sama ada sepakan gol atau sepakan penjuru
diberi.
Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol jauh dari posisi penolong
pengadil tetapi bola seolah-olah masih dalam permainan, penolong pengadil
mesti terlebih dahulu mengangkat bendera untuk memberitahu bahawa bola
berada di luar permainan, kemudiannya menunjukkan sama ada sepakan gol
atau sepakan penjuru diberi.
Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol jauh dari posisi penolong
pengadil, penolong pengadil mesti mengangkat bendera untuk memberitahu
pegadil bahawa bola berada di luar permainan, hubungan mata dengan
pengadil dan ikut keputusan pengadil. Penolong pengadil boleh juga
memberikan isyarat terus jika keputusannya pasti.

ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL

94

ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL

Ofsaid

Kesalahan-kesalahan

Tindakan pertama penolong pengadil selepas suatu keputusan ofsaid ialah


mengangkat benderanya. Dia kemudiannya menggunakan bendera untuk
menunjukkan kawasan padang tempat kesalahan berlaku.

Penolong pengadil mesti mengangkat bendera apabila kesalahan-kesalahan


atau kelakuan tidak bersopan berlaku berdekatan atau di luar penglihatan
pengadil. Dalam semua situasi lain, dia mesti menunggu dan memberikan
pendapatnya jika diperlukan. Jika keadaan sedemikian, penolong pengadil
mesti melaporkan apa yang dia telah lihat dan dengar dan pemain-pemain
mana yang terlibat kepada pengadil.

Jika bendera itu tidak dilihat dengan segera oleh pengadil, penolong pengadil
mesti mengekalkan isyarat itu sehingga ia diterima atau bola jelas dikawal oleh
pasukan pertahanan.
Bendera mesti diangkat dengan tangan kanan, penglihatan lebih jelas kepada
penolong pengadil.

Penggantian
Apabila mengurus penggantian, penolong pengadil mesti terlebih dahulu
dimaklumkan oleh pegawai keempat. Penolong pengadil mesti mengangkat
isyarat ketika perberhentian perlawanan yang berikutnya. Penolong pengadil
tidak perlu bergerak ke garisan tengah ketika pegawai keempat melaksanakan
prosedur penggantian.
Jika tidak terdapat pegawai keempat, penolong pengadil mesti membantu
dalam prosedur penggantian. Dalam hal ini, pengadil mesti menunggu
sehingga penolong pengadil berada di posisinya sebelum memulakan semula
permainan.

95

Sebelum memberikan isyarat untuk sesuatu kesalahan, penolong pengadil


mesti menentukan bahawa:

kesalahan itu di luar penglihatan pengadil atau penglihatannya telah


terhalang

pengadil tidak akan melaksanakan advantej jika dia melihat kesalahan itu

Apabila sesuatu kesalahan atau kesalahan tidak bersopan berlaku, penolong


pengadil mesti:

mengangkat bendera dengan tangan sama yang akan digunakan untuk


isyarat berikutnya, ini memberi petunjuk yang jelas kepada pengadil kepada
siapa kesalahan itu telah dilakukan.

hubungan mata dengan pengadil

menggerakkan sedikit bendera itu (elakkan pergerakan yang keterlaluan


atau agresif)

gunakan isyarat beep elektronik, jika perlu

Penolong pengadil mesti menggunakan teknik tunggu dan lihat untuk


membenarkan permainan diteruskan dan tidak mengangkat bendera ketika
pasukan yang dikasari akan mendapatkan keuntungan darinya. Dalam hal ini,
adalah penting untuk penolong pengadil membuat hubungan mata dengan
pengadil.

ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL

96

ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL

97

Kesalahan-kesalahan di luar kawasan penalti

Jarak benteng

Apabila sesuatu kesalahan berlaku di luar kawasan penalti (berhampiran


dengan sempadan kawasan penalti), penolong pengadil membuat hubungan
mata dengan pengadil untuk melihat posisi pengadil dan apa tindakan yang
diambil. Penolong pengadil mesti berdiri selari dengan kawasan penalti dan
mengangkat bendera jika perlu.

Apabila sesuatu sepakan percuma diberi terlalu hampir dengan garisan tepi
berdekatan posisi penolong pengadil, penolong pengadil boleh masuk ke
padang permainan untuk membantu memastikan benteng diposisikan 9.15 m
dari bola. Dalam hal ini, pengadil mesti menunggu sehingga penolong pengadil
kembali ke posisinya sebelum memulakan semula permainan.

Dalam situasi serang balas, penolong pengadil seharusnya boleh memberikan


maklumat sama ada kesalahan itu telah berlaku dan sama ada telah dilakukan
di dalam atau di luar kawasan penalti, yang menjadi keutamaan dalam apa
juga keadaan dan tindakan disiplin yang sepatutnya diambil.

Kesalahan-kesalahan di dalam kawasan penalti


Apabila sesuatu kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti di luar
penglihatan pengadil, terutama berhampiran posisi penolong pengadil,
penolong pengadil mesti terlebih dahulu membuat hubungan mata dengan
pengadil untuk melihat posisi pengadil dan apa tindakan yang telah diambil,
penolong pengadil mesti mengangkat bendera ke atas dan gunakan beep
eletronik dan bergerak dengan jelas pada garisan tepi sehingga ke bendera
penjuru.

Konfrontasi ramai
Dalam situasi konfrontasi ramai, penolong pengadil yang paling hampir boleh
masuk ke padang permainan untuk membantu pengadil. Penolong pengadil
yang lain mesti melihat dan mencatat butir-butir insiden itu.

Rundingan
Apabila mengurus isu-isu disiplin, hubungan mata dan isyarat tangan asas
yang tidak ketara dari penolong pengadil kepada pengadil mungkin memadai
dalam sesetengah kes.
Dalam keadaan yang memerlukan rundingan terus, penolong pengadil boleh
bergerak 2 3 meter ke dalam padang jika perlu. Apabila bercakap, kedua-dua
pengadil dan penolong pengadil mesti menghadap padang permainan untuk
mengelakkan dari didengari orang lain.

UNDANG-UNDANG 7 JANGKAMASA PERMAINAN

98

UNDANG-UNDANG 8 PERMULAAN DAN PERMULAAN SEMULA


PERMAINAN

99

Peruntukan masa terbuang

Jatuhan bola

Kebanyakan dari pemberhentian dalam permainan adalah biasa (contohnya,


lontaran ke dalam, sepakan gol). Peruntukan diberi hanya apabila kelewatan ini
adalah keterlaluan.

Mana-mana pemain boleh berebutkan bola (termasuk penjaga gol). Tidak ada
bilangan pemain minimum atau maksimum yang diperlukan untuk berebut
dalam sesuatu jatuhan bola. Pengadil tidak boleh menentukan sesiapa yang
boleh atau tidak boleh berebut dalam sesuatu jatuhan bola.

Pegawai keempat mengisyaratkan tambahan masa minimum yang diputuskan


oleh pengadil pada minit terakhir setiap tempoh masa permainan.
Pengumuman tambahan masa itu tidak menunjukkan jumlah masa tertinggal
yang tepat di dalam perlawanan itu. Masa boleh ditambahkan jika pengadil
berpendapat sesuai tetapi tidak dikurangkan.
Pengadil mesti tidak boleh menambahkan kesilapan penjagaan masa semasa
separuh masa pertama dengan menambah atau mengurangkan tempoh masa
permainan di separuh masa kedua.

UNDANG-UNDANG 9 BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN

100

UNDANG-UNDANG 10 CARA MENENTUKAN JARINGAN

101

Bola di dalam padang permainan menyentuh orang selain dari pemain

Gol tidak dijaringkan

Jika bola yang berada di dalam permainan menyentuh pengadil atau penolong
pengadil yang berada sementara di dalam padang permainan, permainan
diteruskan kerana pengadil dan penolong pengadil adalah sebahagian dari
perlawanan.

Jika pengadil mengisyaratkan satu jaringan gol sebelum keseluruhan bola


melintasi garisan gol menyedari kesilapan itu, permainan hendaklah dimulakan
semula dengan jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan
diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan
itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang
selari dengan garisan gol yang berdekatan

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

102

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

103

Definisi

Kesalahan-kesalahan

Huraian makna Undang-undang 11 Ofsaid, definisi berikut dikuatkuasakan:

Apabila sesuatu kesalahan ofsaid berlaku, pengadil memberikan satu sepakan


percuma tidak terus yang dibuat dari posisi pemain bersalah itu ketika bola
akhir sekali dimainkan oleh rakannya.

lebih hampir ke garisan gol pihak lawan bermaksud bahawa mana-mana


bahagian kepala, badan atau kaki pemain berada lebih hampir dengan
garisan gol pasukan lawan dari kedua-dua bola dan pemain lawan kedua
terakhir. Lengan tidak termasuk dalam definisi ini

mengganggu permainan bermaksud memain atau menyentuh bola yang


dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukan

mengganggu pemain lawan bermaksud menghalang pemain lawan dari


memain atau berpeluang untuk memainkan bola dengan menghalang
secara jelas penglihatan atau pergerakan pemain lawan atau
menggunakan geraklaku atau gerakan yang pada pendapat pengadil
menipu atau mengelirukan pemain lawan

mendapatkan keuntungan dari kedudukannya bermaksud memainkan


bola yang melantun kepadanya dari tiang atau palang gol setelah berada di
dalam posisi ofsaid atau memainkan bola yang melantun kepadanya dari
pemain lawan setelah berada dalam kedudukan ofsaid

Mana-mana pemain pertahanan keluar dari padang permainan untuk sebarang


sebab tanpa kebenaran pengadil adalah dianggap berada di dalam garisan gol
atau garisan tepinya bagi tujuan ofsaid sehingga pemberhentian permainan
berikutnya. Jika pemain itu keluar padang permainan dengan sengaja, dia
mestilah diberi amaran ketika bola di luar permainan berikutnya.
Adalah tidak menjadi satu kesalahan jika pemain yang berada dalam
kedudukan ofsaid melangkah keluar padang permainan mengisyaratkan
kepada pengadil yang tidak terlibat dalam permainan aktif. Walau
bagaimanapun, jika pengadil berpendapat bahawa dia telah keluar dari padang
permainan atas seab-sebab taktik dan telah memperolehi keuntungan yang
tidak adil dengan memasuk semula padang permainan, pemain ini mesti diberi
amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan. Pemain ini perlu
meminta kebenaran pengadil untuk masuk semula ke padang permainan.
Jika pemain menyerang berdiri tetap antara tiang-tiang gol di dalam jaring gol
semasa bola masuk ke dalam gol, jaringan itu mesti dibenarkan. Walau
bagaimanapun, jika pemain menyerang mengelirukan pemain lawan, jaringan
itu mesti dibatalkan, pemain itu diberi amaran kerana berkelakuan tidak
bersemangat sukan dan permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola di
kedudukan bola semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan telah
diberhentikan di dalam kawasan gol. Dalam hal ini, pengadil menjatuhkan bola
di atas garisan kawasan gol selari dengan garisan gol hampir dengan
kedudukan bola semasa permainan diberhentikan.

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

104

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

105

Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A), tidak mengganggu pemain


lawan, menyentuh bola.
Penolong pengadil hendaklah mengangkat bendera apabila pemain itu
menyentuh bola.

Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) lari menuju ke bola dan
rakan sepasukan yang berada di kedudukan tidak ofsaid juga lari menuju
bola dan memainkannya. Pemain (A) tidak boleh dihukum kerana dia tidak
menyentuh bola.

Penyerang yang berada di kedudukan (A), tidak mengganggu pemain lawan,


tidak menyentuh bola..
Pemain ini tidak boleh dihukum kerana dia tidak menyentuh bola.

Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) boleh dihukum sebelum


memain atau menyentuh bola jika, pada pendapat pengadil, tiada rakan
sepasukan yang berada di kedudukan tidak ofsaid mempunyai peluang untuk
memainkan bola.

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

106

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

107

Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju bola dan tidak
menyentuh bola.
Penolong pengadil mesti memberi isyarat sepakan gol.

Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) tidak menghalang


penglihatan penjaga gol atau melakukan sesuatu geraklaku atau pergerakan
yang menipu atau mengelirukannya.

Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) menghalang penglihatan


penjaga gol. Dia mesti dihukum kerana menghalang pemain lawan dari
memainkan bla atau berpeluang memainkan bola.

Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju bola tetapi tidak
menghalang pemain lawan memainkan bola atau berpeluang memainkan bola.
(A) tidak melakukan sebarang geraklaku atau pergerakan yang menipu atau
mengelirukan (B)

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

108

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

109

Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju bola


menghalang pemain lawan (B) dari memainkan bola atau berpeluang
memainkan bola. (A) melakukan sebarang geraklaku atau pergerakan yang
menipu atau mengelirukan (B).

Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari penjaga gol. (B) yang tidak
berada di kedudukan ofsaid memainkan bola. (C) yang berkedudukan ofsaid
tidak dihukum kerana dia tidak mendapat keuntungan dengan berada di
kedudukan ofsaid kerana tidak menyentuh bola.

Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari penjaga gol kepada
penyerang (B) yang dihukum kerana memainkan bola yang sebelum ini
berada di kedudukan ofsaid.

Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari pemain lawan kepada
penyerang (B) yang dihukum kerana memainkan bola yang sebelum itu
berada di kedudukan ofsaid.

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

110

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

111

Keperluan asas untuk sesuatu kesalahan


Keadaan-keadaan berikut hendaklah dipenuhi untuk sesuatu kesalahan
ditentukan sebagai salah:

ia dilakukan oleh pemain

ia berlaku di dalam padang permainan

ia berlaku apabila bola berada di dalam permainan

Jika pengadil memberhentikan permainan kerana kesalahan itu berlaku di luar


padang permainan (apabila bola dalam permainan), permainan mesti
dimulakan semula dengan jatuhan bola di kedudukan bola berada apabila
permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan
gol. Dalam hal ini, pengadil menjatuhkan bola di garisan kawasan gol yang
selari dengan garisan gol berhampiran dengan tempat bola berada apabila
permainan diberhentikan.
Penyerang (C) yang berada di kedudukan ofsaid, tidak mengganggu pemain
lawan apabila rakan sepasukan (A) menghantar bola kepada pemain (B1) yang
berlari dari kedudukan tidak ofsaid menuju ke gol lawan dan menghantar bola
itu pula kepada rakan sepasukan (C).
Penyerang (C) tidak boleh dihukum kerana apabila bola dihantar kepadanya
dia berada di kedudukan tidak ofsaid.

Cuai, gegabah, menggunakan daya yang berlebihan


Cuai bermaksud bahawa pemain menunjukkan kekurangan tumpuan atau
pertimbangan apabila membuat rebutan atau dia bertindak tanpa was-was.

Tiada tindakan disiplin diperlukan jika suatu kesalahan dianggap sebagai


cuai.

Gegabah bermaksud bahawa pemain bertindak tanpa mengambil kira


langsung bahaya atau implikasinya terhadap pemain lawan

Pemain yang bermain secara gegabah mesti diberi amaran.

Menggunakan daya yang berlebihan bermaksud bahawa pemain melampau


dalam penggunaan daya yang diperlukan dan mendatangkan bahaya untuk
kecederaan pemain lawan.

Pemain yang menggunakan daya yang berlebihan mesti diperintah keluar.

Merempuh pemain lawan


Tindakan merempuh adalah suatu rebutan untuk ruang dengan menggunakan
sentuhan fizikal dalam jarak permainan tanpa menggunakan lengan atau siku.
Ia adalah suatu kesalahan untuk merempuh pemain lawan:

secara cuai
secara gegabah
dengan menggunakan daya yang berlebihan

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

112

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

113

Memegang pemain lawan

Memegang bola

Memegang pemain lawan termasuk tindakan menghalangnya bergerak


melepasinya dengan menggunakan tangan, lengan atau badan.

Memegang bola melibatkan tindakan pemain yang sengaja membuat sentuhan


pada bola dengan mengunakan tangan atau lengan. Pengadil mesti mengambil
pertimbangan berikut:

Pengadil adalah diingatkan untuk membuat tindakan awal dan mengurus


kesalahan-kesalahan memegang dengan tegas terutamanya di dalam kawasan
penalti ketika sepakan penjuru dan sepakan percuma.

pergerakan tangan ke arah bola (bukan bola ke arah tangan)

jarak di antara pemain lawan dengan bola (bola yang tidak dijangkakan)

Untuk mengatasi situasi-situasi ini:

kedudukan tangan tidak semestinya bermaksud bahawa kesalahan berlaku

pengadil mesti mencegah mana-mana pemain yang memegang pemain


lawan sebelum bola berada dalam permainan

menyentuh bola dengan objek yang dipegangnya (but, shinguard dll)


dianggap sebagai suatu kesalahan

memberi amaran kepada pemain jika kesalahan memegang itu berterusan


sebelum bola berada dalam permainan

memukul bola dengan objek yang dibaling (pakaian, shinguard dll.)


dianggap sebagai suatu kesalahan

berikan sepakan percuma terus atau sepakan penalti dan amaran kepada
peman jika ia berlaku setelah bola berada dalam permainan

Jika pemain pertahanan mula memegang penyerang di luar kawasan penalti


dan terus memegangnya di dalam kawasan penalti, pengadil mesti
menghukumnya dengan sepakan penalti.

Tindakan disiplin

Amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan mesti diberikan


kepada pemain yang memegang pemain lawan untuk menghalangnya
mendapatkan bola atau bergerak ke posisi yang lebih menguntungkan

Pemain mesti diperintah keluar jika dia menggagalkan suatu peluang jelas
menjaringkan gol dengan memegang pemain awan

Tiada tindakan seterusnya mesti diambil dalam situasi lain memegang


pemain lawan.

Memulakan semula permainan

Sepakan percuma terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undangundang 13 Kedudukan sepakan percuma) atau sepakan penalti jika
kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti.

Tindakan Disiplin
Terdapat keadaan-keadaaan amaran diberi kerana kesalahan tidak
bersemangat sukan diperlukan apabila pemain dengan sengaja memegang
bola, contohnya apabila pemain:

dengan sengaja dan jelas memegang bola untuk menghalang pemain


lawan mengawal bola

cubaan membuat jaringan dengan sengaja memegang bola

Walau bagaimanapun, pemain diperintah keluar jika dia menghalang suatu


jaringan atau peluang jaringan yang jelas dengan memegang bola. Hukuman
ini tertimbul bukan kerana tindakan pemain dengan sengaja memegang bola
tetapi kerana gangguan tidak adil dan tidak boleh diterima yang menghalang
suatu jaringan diperolehi.
Permulaan semula permainan

Sepakan percuma terus dari kedudukan kesalahan berlaku (lihat Undangundang 13 Kedudukan sepakan percuma) atau sepakan penalti

Di luar kawasan penalti, penjaga gol mempunyai sekatan untuk memegang


bola seperti pemain lain. Di dalam kawasan penalti, penjaga gol tidak dihukum
kerana kesalahan memegang bola yang dihukum dengan sepakan percuma
atau kesalahan tidak sopan kerana memegang bola. Walau bagaimanapun dia
boleh dihukum kerana beberapa kesalahan memegang yang dihukum dengan
sepakan percuma tidak terus.

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

114

Kesalahan-kesalahan oleh penjaga gol


Penjaga gol tidak dibenarkan untuk mengawal bola dalam tangannya lebih dari
enam saat. Penjaga gol dianggap mengawal bola:

semasa bola berada antara tangannya atau antara tangannya dengan


mana-mana permukaan (contohnya, tanah, badannya)

semasa memegang bola dengan tapak tangan terbuka

semasa bertindak melantunnya ke lantai atau melambungkannya ke udara

Apabila penjaga gol telah mengawal bola di dalam tangannya, dia tidak boleh
dirempuh oleh pemain lawan.
Penjaga gol tidak dibenarkan untuk menyentuh bola dengan tangannya di
dalam kawasan penaltinya dalam keadaan-keadaan berikut:
jika memegang bola semula setelah ia telah dilepaskan dari kawalannya
dan belum disentuh oleh pemain lain

penjaga gol dianggap telah mengawal bola dengan menyentuhnya


dengan mana-mana tangan atau lengannya kecuali jika bola melantun
darinya, contohnya , setelah dalam cubaan menyelamatkan golnya
kawalan bola termasuk penjaga gol dengan sengaja menyentuh bola

jika dia menyentuh bola dengan tangan setelah ditendang dengan sengaja
kepadanya oleh rakannya

jika dia menyentuh bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari
suatu lontaran ke dalam oleh rakannya.

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

115

Kesalahan-kesalahan terhadap penjaga gol

Adalah menjadi satu kesalahan bagi pemain menghalang penjaga gol


melepaskan bola dari tangannya

Pemain boleh dihukum kerana bermain secara berbahaya jika dia


menyepak atau cuba menyepak bola yang dipegang oleh penjaga gol
yang dalam proses melepaskannya

Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyekat pergerakan penjaga gol


dengan menghalangnya, contohnya semasa sepakan penjuru

Bermain secara berbahaya


Bermain secara berbahaya didefinisikan sebagai mana-mana tindakan semasa
cuba memainkan bola, boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain
(termasuk pemain itu sendiri). Ia dilakukan ketika pemain lawan berhampiran
dan mengahalang pemain lawan memainkan bola kerana takutkan kecederaan.
Suatu sepakan gunting atau basikal adalah dibenarkan jika, pada pendapat
pengadil ia tidak berbahaya kepada pemain lawan.
Bermain secara berbahaya tidak melibatkan sentuhan fizikal antara pemain.
Jika terdapat sentuhan fizikal, tindakan itu menjadi suatu kesalahan yang boleh
dihukum dengan satu sepakan percuma terus atau sepakan penalti. Dalam hal
sentuhan fizikal ini, pengadil hendaklah berhati-hati untuk mempertimbangkan
kemungkinan besar bahawa kelakuan tidak bersopan telah dilakukan.

Tindakan Disiplin
Permulaan semula permainan

Sepakan percuma tidak terus di tempat kesalahan (liha tUndang-undang


13 Kedudukan sepakan percuma)

Jika pemain bermain secara berbahaya dalam rebutan biasa, pengadil


hendaklah tidak mengambil tindakan disiplin. Jika tindakan itu dibuat
dengan risiko yang jelas untuk mencederakan, pengadil hendaklah
memberi amaran kepada pemain itu.
Jika pemain menggagalkan suatu peluang jelas menjaringkan gol dengan
bermain secara berbahaya, pengadil hendaklah memerintah keluar pemain
itu.

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

116

Permulaan semula permainan

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

117

Amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan

Sepakan percuma tidak terus di tempat kesalahan berlaku (lihat Undangundang 13 Kedudukan sepakan percuma)

Terdapat keadaan-keadaan yang berbeza apabila pemain mesti diberi amaran


kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan, contohnya, jika pemain:

Jika terdapat sentuhan fizikal, kesalahan lain telah dilakukan yang


dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus atau sepakan penalti.

melakukan secara gegabah salah satu dari tujuh kesalahan yang dihukum
dengan sepakan percuma terus

melakukan kesalahan dengan tujuan taktik bagi mengganggu atau


mematahkan suatu serangan yang baik

memegang pemain lawan dengan tujuan taktik bagi menarik pemain lawan
dari bola atau menghalang pasukan lawan mendapatkan bola

memegang bola bagi menghalang pemain lawan mendapatkannya untuk


mengaturkan serangan (selain daripada penjaga gol di dalam kawasan
penaltinya).

memegang bola dalam cubaan untuk menjaringkan gol (tanpa mengambil


kira cubaan itu berjaya atau tidak)

cuba menipu pengadil dengan berpura-pura cedera atau


berpura-pura seolah-olah dikasari (simulasi)

menukar tempat dengan penjaga gol semasa bola dalam permainan atau
tanpa kebenaran pengadil

bertindak secara tidak menghormati permainan

memainkan bola ketika bergerak keluar setelah diberi kebenaran untuk


keluar dari padang permainan

menggunakan suara, mengganggu pemain lawan semasa permainan atau


ketika permulaan semula

membuat tanda-tanda yang tidak dibenarkan di atas padang permainan

menggunakan helah secara sengaja semasa bola dalam permainan untuk


menghantar bola kepada penjaga golnya dengan menggunakan kepala,
dada atau sebagainya untuk mempermainkan undang-undang, tanpa perlu
diambil kira sama ada penjaga gol meyentuh bola dengan tangan atau
tidak.Kesalahan ini dilakukan oleh pemain dalam cubaan untuk
mempermain-mainkan maksud dan hakiki Undang-undang 12 dan
permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus

menggunakan helah yang sengaja untuk menghantarkan bola kepada


penjaga gol bagi mempermain-mainkan Undang-undang ketika membuat
sepakan percuma (setelah pemain diberi amaran, sepakan percuma mesti
dibuat semula)

Menyekat pergerakan pemain lawan


Menyekat pergerakan pemain lawan bermaksud bergerak di laluan pemain
lawan untuk menghalang, menghadang, memperlambatkan atau memaksa
pemain lawan menukar arah semasa bola tidak dalam jarak permainan.
Semua pemain berhak kepada kedudukannya di dalam padang permainan,
dengan berada di laluan pemain lawan tidak sama dengan bergerak ke arah
laluan pemain lawan.
Menghadang bola adalah dibenarkan. Pemain yang meletakkan dirinya antara
pemain lawan dengan bola atas sebab-sebab taktik tidak melakukan sesuatu
kesalahan selagi bola berada dalam jarak permainan dan pemain itu tidak
memegang pemain lawan dengan lengan atau badannya. Jika bola berada
dalam jarak permainan, pemain itu boleh dirempuh dengan adil oleh pemain
lawan.

Melambat-lambatkan permulaan semula permainan kerana kad diberi


Apabila pengadil memutuskan untuk melayangkan kad, sama ada amaran
atau perintah keluar, permainan mesti tidak boleh dimulakan semula sehingga
tindakan disiplin telah dilaksanakan.

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

118

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

119

Meraikan sesuatu jaringan

Melambat-lambatkan permulaan semula permainan

Walaupun dibenarkan untuk mempamerkan kegembiraan semasa meraikan


sesuatu jaringan, keraian ini mesti tidak boleh secara berlebih-lebihan.

Pengadil mesti memberi amaran kepada pemain yang melambat-lambatkan


permulaan semula permainan dengan taktik seperti:

Keraian yang munasabah adalah dibenarkan, tetapi melakukan koreograf


keraian adalah tidak digalakkan kerana hasilnya pembuangan masa yang
berlebihan dan pengadil diarahkan untuk menghalang dalam hal sedemikian.

membuat sepakan percuma di tempat yang salah dengan tujaun memaksa


pengadil mengarahkan sepakan dibuat semula

seolah-olah akan membuat lontaran ke dalam tetapi tiba-tiba


meninggalkannya kepada rakannya untuk mengambilnya

menyepak bola atau membawa bola dengan tangan dari tempatnya setelah
pengadil memberhentikan permainan

melambat-lambat satu lontaran ke dalam atau sepakan percuma secara


keterlaluan

melambat-lambatkan bergerak keluar dari padang permainan apabila


digantikan

menimbulkan konfrontasi dengan sengaja menyentuh bola setelah


pengadil memberhentikan permainan

Pemain mesti diberi amaran jika:

pada pendapat pengadil, dia menggunakan geraklaku yang mengapiapikan, menyinggung atau menimbulkan kemarahan

dia memanjat pagar sempadan untuk meraikan jaringan yang dilakukannya

dia menanggalkan baju atau menutup kepala dengan bajunya

dia menutup kepala atau mukanya dengan topeng atau bahan yang serupa

Meninggalkan padang permainan untuk meraikan satu jaringan bukanlah


dengan sendirinya satu kesalahan yang boleh diberi amaran tetapi adalah
penting bahawa pemain kembali ke padang permainan dengan seberapa
segera yang boleh.

Pengadil adalah diharapkan untuk bertindak secara mencegah dan


menggunakan budibicara dalam menangani kejadian meraikan sesuatu
jaringan.

Pengadil hendaklah bertindak dengan cara untuk mencegah dan menggunakan


kewarasan dalam menangani keraian satu jaringan.
Kesalahan berulang-ulang
Membantah dengan perkataan atau perbuatan
Pemain yang bersalah kerana membantah (secara lisan atau tidak lisan)
terhadap keputusan pengadil mesti diberi amaran.
Ketua pasukan tidak mempunyai status khusus atau keistimewaan di bawah
Undang-undang Permainan tetapi dia mempunyai tahap tanggungjawab
terhadap kelakuan pasukannya.

Pengadil hendaklah sentiasa berwaspada terhadap pemain yang berulangulang melakukan kesalahan Undang-undang. Terutamanya, mereka mesti
sedar bahawa, walaupun jika pemain itu melakukan beberapa kesalahan yang
berbeza, dia mesti diberi amaran kerana berulang-ulang melakukan kesalahan
Undang-undang.
Tidak ada bilangan kesalahan khusus yang membentuk konsep berulangulang atau kewujudan sesuatu ini adalah satu perkara pengadilan dan mesti
ditentukan dalam konteks pengurusan permainan yang berkesan.

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

120

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

121

Bermain secara amat kasar

Berkelakuan ganas

Pemain bersalah kerana bermain dengan amat kasar jika menggunakan daya
yang berlebihan atau keganasan terhadap pemain lawan apaila berebut untuk
bola semasa bola dalam permainan.

Pemain bersalah kerana berkelakuan ganas jika dia menggunakan daya yang
berlebihan atau keganasan terhadap pemain lawan ketika tidak berebut untuk
bola.

Suatu takel yang membahayakan keselamatan pemain lawan hendaklah


dihukum sebagai bermain dengan amat kasar

Dia juga berkelakuan ganas jika dia menggunakan daya berlebihan atau
keganasan terhadap rakan sepasukan, penonton, pegawai perlawanan atau
mana-mana orang lain.

Mana-mana pemain yang menerjah ke arah pemain lawan dalam perebutan


untuk bola dari hadapan, tepi atau belakang, menggunakan satu atau keduadua kakinya dengan daya yang berlebihan dan membahayakan keselamatan
pemain lawan bersalah kerana bermain dengan amat kasar.
Advantej tidak harus dilaksanakan dalam situasi yang melibatkan permainan
amat kasar kecuali terdapat satu peluang jelas menjaringkan gol berikutnya.
Pengadil mesti memerintah keluar pemain tersebut kerana kesalahan bermain
dengan amat kasar apabila bola seterusnya berada di luar permainan.
Pemain yang bersalah kerana bermain dengan amat kasar hendaklah
diperintah keluar dan permainan dimulakan semula dengan satu sepakan
percuma terus di tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma) atau satu sepakan penalti (jika kesalahan itu
berlaku di dalam kawasan penalti pemain yang bersalah itu).

Kelakuan ganas boleh berlaku di dalam padang permainan atau di luar


sempadannya, sama ada bola di dalam atau di luar permainan.
Advantej tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan yang melibatkan kelakuan
ganas kecuali terdapat peluang jelas menjaringkan gol terhasil berikutnya.
Pengadil mesti perintah keluar pemain yang bersalah kerana berkelakuan
ganas apabila bola seterusnya keluar dari permainan.
Pengadil-pengadil adalah diingatkan bahawa kelakuan ganas lazimnya
membawa kepada konfrontasi yang besar, oleh itu mereka mesti cuba
menghindarinya dengan campur tangan yang aktif.
Pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan yang bersalah kerana
berkelakuan ganas mesti diperintah keluar.

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

122

Permulaan semula permainan

Jika bola berada di luar permainan, permainan dimulakan semula mengikut


keputusan sebelumnya

Jika bola berada dalam permainan dan kesalahan berlaku di luar padang
permainan:
jika pemain itu telah berada di luar padang permaian dan melakukan
kesalahan itu, permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola di
tempat bola berada apabila permainan diberhentikan, kecuali permainan
diberhentikan di dalam kawasan gol, dalam hal ini pengadil hendaklah
menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan
garisan gol yang berhampiran dengan tempat bola berada ketika
permainan diberhentikan.
jika pemain keluar dari padang permainan untuk melakukan kesalahan
itu, dimulakan dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat bola
berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

123

Kesalahan-kesalahan objek (atau bola) dilontar


Jika ketika bola di dalam permainan, pemain, pengganti atau pemain yang
telah digantikan melontarkan objek kepada pemain lawan atau orang lain
secara gegabah, pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan beri
amaran kepada pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan itu.
Jika ketika bola berada di dalam permainan, pemain, pengganti atau pemain
yang telah digantikan melontarkan bola kepada pemain lawan atau orang lain
dengan daya yang berlebihan, pengadil hendaklah perintah keluar pemain,
pengganti atau pemain yang telah digantikan itu.

Permulaan permainan

Jika bola berada di dalam permainan dan pemain melakukan suatu


kesalahan di dalam padang permainan:

Jika pemain berdiri di dalam kawasan penaltinya melontarkan objek kepada


pemain lawan yang berdiri di luar kawasan penaltinya, pengadil memulakan
semula permainan dengan sepakan percuma terus kepada pasukan lawan
di tempat objek itu terkena atau mungkin kena pemain lawannya

terhadap pemain lawan, permainan dimulakan semula dengan sepakan


percuma terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma) atau sepakan penalti (jika berada di dalam
kawasan penaltinya)

Jika pemain berdiri di luar kawasan penaltinya melontarkan objek kepada


pemain lawan yang berada di dalam kawasan penaltinya, pengadil
hendaklah memulakan semula permainan dengan sepakan penalti.

Jika pemain berdiri di dalam padang permainan melontarkan objek kepada


mana-mana orang yang berada di luar padang permainan, pengadil
memulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di tempat bola
berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 Posisi
Sepakan Percuma)

Jika pemain berdiri di luar padang permainan melontarkan objek kepada


pemain lawan yang berada di dalam padang permainan, pengadil
memulakan semula permainan dengan sepakan percuma terus kepada
pasukan lawan di tempat objek itu mengenai atau mungkin mengenai
pemain lawan atau dengan sepakan penalti (jika berlaku di dalam kawasan
penalti pemain yang bersalah itu)

Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan yang berada di luar
padang permainan melontarkan objek kepada pemain lawan yang berada
di dalam padang permainan, pengadil memulakan semula permainan
dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan, di tempat
bola berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13
Posisi Sepakan Percuma)

terhadap rakan sepasukan, permainan dimulakan semula dengan


sepakan percuma tidak terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat
Undang-undang 13 Kedudukan sepakan percuma)
terhadap pengganti atau pemain yang telah digantikan, permainan
dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat bola
berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma)
terhadap pengadil atau penolong pengadil, permainan dimulakan semula
dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat
Undang-undang 13 Kedudukan sepakan percuma)
terhadap orang lain, permainan dimulakan dengan jatuhan bola di tempat
bola berada apabila permainan diberhentikan, kecuali permainan telah
diberhentikan di dalam kawasan gol, dalam hal ini pengadil hendaklah
menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan
garisan gol yag berhampiran dengan tempat bola berada ketika
permainan diberhentikan.

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN


KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

124

UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA

Menggagalkan suatu jaringan atau peluang jaringan

Prosedur

Terdapat dua kesalahan perintah keluar yang berkaitan dengan insiden


menggagalkan pemain lawan satu peluang jelas untuk menjaringkan gol.
Adalah tidak diperlukan kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti.

Bola berada dalam permainan apabila disepak dan bergerak.

Jika pengadil melaksanakan advantej ketika peluang jelas menjaringkan gol


dan gol telah dijaringkan, walaupun pemain lawan memegang bola atau
mengkasari pemain lawan, pemain itu tidak boleh diperintah keluar tetapi masih
boleh diberi amaran.
Pengadil hendaklah mengambil kira keadaan-keadaan berikut apabila
membuat keputusan sama ada pemain diperintah keluar kerana menggagalkan
suatu jaringan atau peluang jelas menjaringkan gol:

jarak di antara kesalahan dengan gol

kemungkinan mengawal atau menguasai bola

arah tuju permainan

kedudukan dan bilangan pemain pertahahan

kesalahan yang menggagalkan pemain lawan peluang jelas menjaringkan


gol mungkin adalah kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma
terus atau tidak terus

125

Sepakan percuma boleh dibuat dengan mengangkat bola dengan kaki atau
kedua-dua kaki serentak.
Mengacah untuk membuat sepakan percuma untuk mengelirukan pemain
lawan adalah dibenarkan dalam bola sepak. Walau bagaimanapun jika pada
pendapat pengadil, tindakan itu dianggap sebagai tidak bersemangat sukan,
pemain mesti diberi amaran.
Jika pemain, sambil membuat sepakan percuma secara betul, dengan sengaja
menendang bola ke arah pemain lawan supaya dapat memainkan bola semula
tetapi tidak secara gegabah atau menggunakan daya berlebihan, pengadil
hendalah meneruskan permainan.
Sepakan percuma tidak terus mesti dibuat semula jika pengadil gagal untuk
mengangkat lengannya untuk mengisyaratkan sepakan itu adalah sepakan
percuma tidak terus dan bola ditendangkan terus ke dalam gol. Sepakan
percuma tidak terus asal itu tidak dibatalkan oleh kerana kesilapan pengadil.

Jarak
Jika pemain membuat keputusan untuk membuat sepakan percuma dengan
pantas dan pemain lawan yang berada kurang 9.15 m dari bola menyerkapnya,
pengadil mesti meneruskan permainan.
Jika pemain membuat keputusan untuk membuat sepakan percuma dengan
pantas dan pemain lawan yang berdekatan dengan sengaja menghalangnya
membuat sepakan, pengadil mesti memberi amaran kepada pemain itu kerana
melambat-lambatkan permulaan semula permainan.
Jika sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan di dalam kawasan
penaltinya, seorang atau lebih pemain lawan berada di dalam kawasan penalti
kerana pemain pertahanan membuat keputusan untuk menendang dengan
pantas dan pemain lawan tidak sempat keluar dari kawasan penalti itu,
pengadil hendaklah meneruskan permainan.

UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI

Prosedur

126

UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI

Kesalahan Selepas wisel dan sebelum bola dalam permainan

Mengacah ketika berlari untuk membuat sepakan penalti bagi mengelirukan


pemain lawan adalah dibenarkan dalam bolasepak. Walau bagaimanapun,
mengacah menyepak bola setelah pemain itu menamatkan larian dianggap
sebagai tidak bersemangat sukan serta pemain itu mesti diberi amaran.

Persediaan untuk sepakan penalti


Pengadil mesti memastikan keperluan-keperluan berikut sebelum sepakan
penalti dibuat:

penyepak dikenal pasti

bola diletakkan dengan betul pada tanda penalti

penjaga gol berada di atas garisan gol di antara tiang-tiang gold an


mengadap penyepak

rakan-rakan penyepak dan rakan-rakan penjaga gol berada:


di luar kawasan penalti
di luar garis lengkuk penalti
di belakang bola

127

Hasil sepakan
Kesalahan kerana
menceroboh

Gol dijaringkan

Gol tidak dijaringkan

Pemain menyerang

Sepakan dibuat semula

Sepakan percuma tidak


terus

Pemain bertahan

Jaringan dikira

Sepakan dibuat semula

Kedua-duanya

Sepakan dibuat semula

Sepakan dibuat semula

UNDANG-UNDANG 15 LONTARAN KE DALAM

128

UNDANG-UNDANG 16 SEPAKAN GOL

129

Prosedur Kesalahan-kesalahan
Prosedur Kesalahan-kesalahan
Pengadil adalah diingatkan bahawa pemain lawan tidak boleh berada kurang 2
meter dari tempat lontaran ke dalam. Bila perlu, pengadil mesti mengingatkan
mana-mana pemain yang berada dalam jarak ini sebelum lontaran ke dalam
dibuat dan beri amaran kepada pemain yang kemudiannya gagal untuk beredar
ke jarak yang betul. Permainan dimulakan semula dengan lontaran ke dalam.
Jika pemain, sambil membuat lontaran ke dalam yang betul, dengan sengaja
melontarkan bola ke arah pemain lawan agar dapat memainkan bola itu semula
tetapi tidak secara gegabah atau menggunakan daya berlebihan, pengadil
mesti meneruskan permainan.
Jika bola masuk ke gol lawan terus dari lontaran ke dalam, pengadil mesti
memberikan sepakan gol. Jika bola masuk ke gol pelontar terus dari lontaran
ke dalam, pengadil mesti memberikan sepakan penjuru.
Jika bola tersentuh tanah sebelum masuk ke dalam padang permainan,
lontaran ke dalam hendaklah dibuat semula oleh pasukan yang sama dari
tempat yang sama dengan syarat lontaran telah dibuat mengikut prosedur yang
betul. Jika lontaran ke dalam tidak dibuat mengikut prosedur yang betul,
lontaran dibuat semula oleh pasukan lawan.

Jika pemain yang telah membuat sepakan gol dengan betul dengan sengaja
memainkan bola kali kedua setelah bola keluar dari kawasan penalti sebelum
ia disentuh oleh pemain lain, sepakan percuma tidak terus diberi kepada
pasukan lawan di tempat sentuhan kedua itu berlaku (lihat Undang-undang 13
Kedudukan sepakan percuma) Walau bagaimanapun, jika pemain itu
menyentuh bola dengan tangan, dia hendaklah dihukum dengan sepakan
percuma terus dan tindakan disiplin jika perlu.
Jika pemain lawan masuk ke kawasan penalti sebelum bola berada dalam
permainan dan dikasari oleh pemain pertahanan, sepakan gol hendaklah
dibuat semula dan pemain pertahanan itu boleh diberi amaran atau diperintah
keluar mengikut kesalahan itu.

UNDANG-UNDANG 17 SEPAKAN PENJURU

130

PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG


PERLAWANAN TIMBAL-BALIK

Prosedur Kesalahan-kesalahan

Sepakan dari tanda penalti

Pengadil adalah diingatkan bahawa pemain lawan hendaklah berada 9.15 m


(10 ela) dari garis lengkuk penjuru sehingga bola berada dalam permainan
(tanda opsyenal di luar padang permainan digunakan sebagai bantuan). Bila
mana perlu, pengadil mesti mengingatkan mana-mana pemain yang berada
dalam jarak ini sebelum sepakan penjuru dibuat dan beri amaran pemain itu
jika dia selepas itu gagal beredar ke jarak yang betul.

Prosedur

Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain
lain, sepakan percuma tidak terus diberikan di tempat sentuhan kedua berlaku
(lihat Undang-undang 13 Kedudukan sepakan percuma)
Jika pemain, sambil membuat sepakan penjuru dengan betul, dengan sengaja
menendang bola ke pemain lawan agar dapat memainkan bola semula tetapi
tidak secara gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan, pengadil mesti
meneruskan permainan.
Bola mesti diletakkan di dalam garisan lengkuk penjuru dan berada dalam
permainan apabila ditendang oleh itu bola tidak perlu keluar dari garisan
lengkuk penjuru untuk berada dalam permainan.
Rajah berikut menunjukkan kedudukan yang betul dan tidak betul.

131

Sepakan dari tanda penalti bukan sebahagian dari perlawanan

Kawasan penalti untuk sepakan dari tanda penalti itu boleh ditukar hanya
jika kawasan gol atau permainan tidak dapat dimainkan lagi

Sebaik saja semua pemain yang layak telah membuat sepakan dari tanda
penalti, turutan yang sama tidak perlu diikuti seperti dalam pusingan
pertama

Setiap pasukan bertanggungjawab untuk memilih pemain dari mereka yang


berada di dalam padang permainan pada akhir perlawanan dan giliran
untuk membuat sepakan.

Pemain selain daripada penjaga gol yang cedera tidak boleh digantikan
semasa sepakan dari tanda penalti.

Jika penjaga gol diperintah keluar semasa sepakan dari tanda penalti itu,
dia mesti digantikan oleh pemain yang telah menamatkan perlawanan itu.

Pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan boleh diberi amaran
atau diperintah keluar semasa sepakan dari tanda penalti.

Pengadil mesti tidak membatalkan perlawanan jika satu pasukan


mempunyai kurang dari tujuh pemain semasa sepakan dari tanda penalti.

Jika pemain cedera atau diperintah keluar semasa sepakan dari tanda
penalti dan pasukan itu kurang seorang pemain, pengadil tidak perlu
mengurangkan bilangan pemain dari pasukan lawan yang membuat
sepakan dari tanda penalti. Bilangan pemain yang sama bagi setiap
pasukan hanya diperlukan pada permulaan sepakan dari tanda penalti.

VII. ANNEXE

133

VII. ANNEXE

135

6. If a referee or assistant referee fails one trial out of the six, then he is given
one more trial (and one only) immediately after the sixth trial. If he fails two
trials, the match official has failed the test.

Test 2: Reference times


1. Reference times for men:

Test 1: Reference time

1. A maximum of 6.2 seconds for category 1 referees, 6.0 seconds for


category 1 assistant referees, for each of the six fast runs
2. A maximum of 6.4 seconds for category 2 referees, 6.2 seconds for
category 2 assistant referees, for each of the six fast runs
3. A maximum of 6.6 seconds for category 3 and 4 referees, 6.4 seconds for
category 3 and 4 assistant referees, for each of the six fast runs
4. A maximum of 6.6 seconds for category 1 women referees, 6.4 seconds for
women international assistant referees, for each of the six fast runs
5. A maximum of 6.8 seconds for category 2, 3 and 4 women referees,
6.6 seconds for category 2, 3 and 4 women assistant referees, for each of
the six fast runs
NB: The time in between Test 1 and Test 2 should be 6-8 minutes.

a) Category 1 referees must cover the 150 m in 30 seconds and the 50 m


walking in 35 seconds.
b) Category 1 assistant referees must cover the 150 m in 30 seconds and
the 50 m walking in 40 seconds.
c) Category 2 referees must cover the 150 m in 30 seconds and the 50 m
walking in 40 seconds.
d) Category 2 assistant referees must cover the 150 m in 30 seconds and
the 50 m walking in 50 seconds.
e) Category 3 and 4 referees must cover the 150 m in 35 seconds and the
50 m walking in 40 seconds.
f) Category 3 and 4 assistant referees must cover the 150 m in 35
seconds and the 50 m walking in 50 seconds.

Anda mungkin juga menyukai