Anda di halaman 1dari 39

PROFIL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

NAMA : ANIS AFIFAH BINTI HAMZAH


NO. ANGKA GILIRAN : 2021172400030
NO. KAD PENGENALAN :
KELAS : D2.3
KOD & NAMA KURSUS : PRKA2031 (PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH)
NAMA PENSYARAH : PUAN NUR DIYANA BINTI DAUD
TARIKH HANTAR : 4 DISEMBER 2021

1.0 SURAT PENEMPATAN PBS

1
2.0 BIODATA

2
NAMA IPGK : INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS
ILMU KHAS
NAMA PELAJAR : ANIS AFIFAH BINTI HAMZAH
NO. KAD PENGENALAN : 960414-03-6002
ALAMAT TETAP : NO 15, JALAN TH 4, TIARA HEIGHTS, 43900
SEPANG, SELANGOR.
NO. TELEFON DAN E-MEL : 017-2582517 /
anis07-1332@epembelajaran.edu.my
AMBILAN DAN : AMBILAN JUN 2021 / PROGRAM DIPLOMA
PENGKHUSUSAN PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
AMBILAN JUN 2021
TAHUN DAN SEMESTER : Tahun 2021 Semester 2
TARIKH PBS : 8/11/2021 – 4/12/2021

3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI

Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu program yang dijalankan


oleh pihak Badan Pendidikan Guru Melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal tentang alam persekolahan daripada
perspektif seorang guru dan ia bertujuan untuk penambahbaikan dan pendedahan awal
kepada guru pelatih tentang alam persekitaran terutama berkaitan dengan prasarana,

3
peranan seorang guru didalam bilik darjah, iklim, sistem pengurusan disekolah, pengurusan
bilik darjah, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komunikasi
disekolah, suasana sekolah dan juga tingkah laku pelajar. Semua guru-guru pelatih
diwajibkan untuk menjalani PBS ini untuk mengetahui sikit sebanyak tentang sekolah dan
pelajar-pelajarnya. Program ini juga adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal
kepada guru pelatih tentang perspektif seorang guru.

Saya telah menjalankan PBS ini di Sekolah Kebangsaan Jenderam di Dengkil.


Bermula 8 November 2021 sehingga 4 Disember 2021. Saya ditempatkan disekolah ini
kerana saya salah seorang guru interim disini dan sekaligus memudahkan urusan PBS ini
dijalankan. Di sekolah ini hanya saya seorang sahaja guru interim disini dan tugasan yang
dilakukan adalah secara individu. Saya telah membuat penyelidikan secara individu untuk
mendapatkan maklumat berkaitan sekolah dari segi sejarah dan pentadbiran serta
maklumat-maklumat lain. Saya mendapatkan maklumat melalui wakil pentadbir sekolah,
guru penolong kanan, guru-guru dan selainnya. Data-data yang diperoleh dan analisis ini
dikumpul dan dijadikan satu portfolio. Saya berharap dengan tugasan yang saya lakukan ini
dapat memberi saya mengenali dengan lebih dekat tentang sekolah ini, pelajar-pelajar dan
komuniti disini. Dan juga saya berharap dengan tugasan ini dapat memenuhi kehendak
pensyarah yang terlibat.

3.1 Pernyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan, taklimat


berkaitan dengan PBS daripada Encik Ahmad Najmuddin bin Azmi iaitu penyelaras
PBS daripada Unit Praktikum telah disampaikan kepada semua guru pelatih yang
bakal terlibat dalam PBS. Taklimat PBS dijalankan melalui platform Google Meet
secara maya disebabkan wabak covid-19. Sebagai pengalaman buat pertama kali
kepada semester 2 melibatkan diri dalam PBS, taklimat sebegini amat membantu
untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan yang
sebenar dan membentuk pemikiran perspektif seorang guru. Sebelum menjalankan
PBS di SK Jenderam, saya telah meneliti dan merancang perkara-perkara yang
perlu dilakukan dalam usaha untuk mencapai objektif PBS di sekolah. Berikut adalah
perancangan saya:

a. Mengenal Pasti Fokus Utama Tugasan

Melalui tugasan yang diberi, bagi tugasan 1 iaitu portfolio PBS, saya
dikehendaki untuk menjalankan PBS selama dua minggu di sekolah. Skop

4
utama tugasan yang dijadikan sebagai objektif PBS yang perlu saya penuhi
berdasarkan garis panduan yang diberi oleh IPGKIK adalah untuk
mempelajari secara terperinci berkenaan dengan pengurusan pentadbiran
yang utama di sekolah, iaitu:

(i) kurikulum
(ii) ko-kurikulum dan;
(iii) maklumat umum dan prasarana sekolah.

Bagi bahagian (i) kurikulum, saya akan mencari maklumat berkenaan


pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik dan pengurusan hal
ehwal murid. Sementara itu, bagi bahagian (b) ko-kurikulum, saya akan
memenuhkan jaringan dapatan maklumat berkenaan pengurusan
kokurikulum, kelab dan persatuan, unit beruniform, sukan dan permainan, ko-
akademik serta program 1 Murid 1 Sukan. Kedua-dua aspek tersebut akan
saya dapatkan maklumat daripada para Guru Penolong Kanan. Manakala,
bagi bahagian (c) iaitu maklumat umum dan prasarana sekolah, saya akan
mendapatkan info berkaitan dengan peranan komuniti di situ dengan
menemu bual Guru Besar sekolah ini. Untuk bahagian ini, saya akan
menumpukan kepada peranan PIBG dan cabaran mengurus sumber manusia
kerana mereka adalah sebahagian daripada komuniti sekolah yang
memainkan peranan penting di dalam konteks prasarana di sekolah.

Selain itu, bagi Tugasan 2, iaitu laporan pemerhatian, secara individu,


saya dikehendaki menganalisis pelaksanaan pengurusan komuniti, budaya,
peraturan dan pengurusan disiplin sekolah. Saya perlu menganalisis tentang
peranan PIBG dalam menyokong dan menangani masalah PdPR yang
dihadapi semasa penutupan sekolah, bagaimana pihak sekolah memantau
kehadiran murid semasa PdPR secara dalam talian dan SOP pembukaan
semula sekolah dan pengurusan PdP dan PdPR murid. Saya dikendaki untuk
membuat temu bual bersama pihak pentadbir sekolah untuk mendapatkan
maklumat mengenai isu yang dinyatakan di atas dan semua perbincangan
perlu direkodkan dalam Rekod Kolaboratif seperti Lampiran 1-4 dalam Garis
Panduan Pelaksanaan Amalan Profesionalisme PDPP (Pengalaman
Berasaskan Sekolah) Edisi Disember 2020.

Manakala, bagi tugasan 3, refleksi terhadap semua aktiviti yang


dilaksanakan sepanjang dua minggu PBS perlu dibuat bagi menyemai
kembali pemahaman tentang tugas dan tanggungjawab seorang guru.

5
Berdasarkan kepada amalan refleksi tersebut, saya dikehendaki membuat
satu kajian kes yang berfokus kepada pelaksanaan PdP semasa di sekolah.
Ini merupakan salah satu instrumen penilaian kendiri bagi mendapat
pengajaran daripada hasil PBS yang dijalankan. Dengan mengemukakan
kerja yang lengkap dan kemas, saya juga akan memberikan gambar-gambar
yang diambil sebagai sebahagian bukti relevan yang boleh saya lampirkan di
dalam portfolio ini untuk diserahkan kepada pensyarah kursus untuk disemak.

b. Mengenal Pasti Tujuan Tugasan

Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan


Sekolah (PBS) adalah untuk mendokumentasikan kemahiran dan
pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS. Hal ini akan membantu
memperkembangkan nilai profesionalism guru pelatih yang mana akan
mengajar mereka untuk membudayakan proses pengumpulan maklumat dan
dokumen secara sistematik dan profesional. Saya merancang untuk
menjalankan pemerhatian, temu bual dan membuat perbincangan tentang
pengurusan harian di sekolah serta persoalan yang diperlukan dalam tugasan
kerja kursus kali ini. Tugas hakiki yang sudah pasti adalah melengkapkan
portfolio seperti mana garis panduan yang disenaraikan oleh Unit Praktikum.
Lantaran itu, sebelum menjalani PBS, saya perlu mengenal pasti borang-
borang penting yang perlu difahami dan diisi bagi memudahkan proses
semasa PBS berlangsung nanti.

c. Merancang Strategi Pelaksanaan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama dua


minggu di sekolah yang guru pelatih sedang berkhidmat. Disebabkan jangka
masa yang singkat, bagi melicinkan proses pengumpulan maklumat, saya
telah menyenaraikan beberapa perancangan. Di antara perancangan yang
saya lakukan adalah:

 Berjumpa dengan Guru Besar dan para guru Penolong Kanan yang lainnya.
 Menyediakan senarai semak yang ingin diperoleh.
 Menyediakan soalan-soalan yang akan ditanya kepada pihak yang berkaitan
bagi memudahkan sesi temubual.
 Berkenalan dengan semua warga SK Jenderam bagi mendapatkan maklumat
berkenaan peranan komuniti luar di dalam pembangunan sekolah.

6
 Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar sebagai bukti
relevan portfolio.
 Mencatat aktiviti harian yang telah dijalankan.

d. Melakukan Instrumen Penilaian Kendiri

Di dalam tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini,


instrument penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan kajian adalah
dengan menyediakan senarai semak, pemerhatian dan soalan temubual.
Setiap instrumen yang digunakan ini haruslah mengikut kehendak soalan
dalam menyiapkan portfolio. Refleksi juga akan dibuat sebagai salah satu
instrument penilaian kendiri untuk PBS ini. Refleksi akan dijadikan sebagai
Laporan Pemerhatian PBS.

3.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus


PERANCANGAN SEMASA PBS
a. Melaksanakan Tugasan / Strategi Yang Dirancang

Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya


telah merujuk kepada perancangan awal yang telah saya rancang. Berpandukan
persediaan dan nota yang telah saya rancangkan dalam penyataan profesional,
saya merancang perjalanan pendokumentasi mengikut maklumat dan dapatan
yang diperlukan.

Pada hari pertama PBS, saya bertolak pada jam 7.00 pagi dan sampai ke
perkarangan sekolah pada jam 7.15 pagi. Di sana, saya bertemu dengan GPK
Pentadbiran iaitu En. Mohd Fadzli Bin Mansor untuk pelaporan diri dan
menjelaskan keberadaan saya pada dua minggu ini untuk menyiapkan portfolio
ini. Ketika minggu PBS, saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Guru
Besar kerana beliau telah dijangkiti penyakit Covid-19 dan dikuarantin. Jadi,
segala urusan untuk perbincangan saya berjumpa dengan GPK Pentadbiran.
Disebabkan musim covid-19, segala aktiviti dijalankan dengan mengikut SOP. Di
samping itu, saya mengambil peluang untuk berkenalan dengan para pentadbir
sekolah dan rakan-rakan guru dengan lebih rapat. En. Fadzli memberikan saya
sedikit info dan maklumat berkenaan sekolah. Pada masa yang sama, En. Fadzli
juga memperkenal saya dengan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum dan Hal
Ehwal Murid sebagai pentadbir sekolah yang boleh saya rujuk. Sekolah ini

7
diuruskan oleh empat orang pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam
memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan
penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong kanan Hal Ehwal
Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru wanita dan seorang
guru lelaki. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru
wanita.

Apabila sesi suai kenal tamat, pada hari pertama PBS itu juga, saya
meninjau kawasan sekolah untuk memahami iklim persekitaran dan prasarana
yang terdapat di sekolah. Saya telah mengambil gambar-gambar persekitaran
sekolah untuk dimasukkan di dalam portfolio. Gambar-gambar yang diambil
adalah berkenaan dengan kemudahan sekolah, pembelajaran dan pengajaran
dalam bilik darjah, susun atur bilik darjah dan bilik-bilik khas di sekolah. Tidak
hanya itu, saya juga telah berkesempatan untuk menolong guru SPBT
menguruskan buku teks yang baru tiba pada hari tersebut.

Pada hari kedua PBS, saya mempelajari sendiri bagaimana pengurusan


bilik darjah dilakukan, beserta penggunaan ICT di dalam bilik darjah dan bahan
bantu mengajar yang boleh digunakan di dalam bilik khas. Selain itu, saya juga
turut memerhati dan bertanyakan kepada dua orang guru yang saya dapat
berjumpa secara santai untuk berkongsi maklumat berkenaan budaya warga
sekolah ini. Setiap hari saya akan memasuki kelas 4 Cemerlang kerana saya
adalah guru kelas mereka. Saya akan memastikan susun atur kelas dalam
keadaan baik demi menjaga SOP.

Pada hari ketiga PBS, saya telah memohon kebenaran untuk mencari
maklumat dengan berkolaborasi di antara guru-guru sekolah dengan
menemubual para pentadbir untuk mendapatkan dapatan mengenai tugasan
PBS ini. Tugasan PBS ini adalah berfokus kepada pengetahuan tentang
pengurusan harian sekolah yang berfokus kepada tiga aspek, iaitu: (a) kurikulum,
(b) kokurikulum dan (c) prasarana sekolah. Untuk hari ketiga ini, saya akan
mendapatkan data sekolah dengan para guru pentadbir untuk kejelasan
maklumat.

Pada hari keempat, barulah saya pergi pula kepada aspek prasarana
sekolah yang mana saya mengambil kesempatan untuk menemubual Guru
Penolong Kanan Pentadbiran. Bagi bab prasarana sekolah, saya membuat
keputusan untuk bertanyakan kepada GPK Pentadbiran kerana beliau yang arif

8
dan aktif berhubung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi
penglibatan komuniti sekolah selain daripada Guru Besar.

Pada hari kelima sehingga minggu kedua terakhir di sekolah, saya


melengkapkan portfolio, membuat analisis pelaksanaan pengurusan komuniti,
budaya, peraturan dan pengurusan disiplin sekolah serta juga kajian kes secara
keseluruhan sepanjang minggu PBS. Kajian kes tersebut penting untuk saya
cuba memahami di mana potensi dan kekuatan sesebuah sekolah dalam usaha
untuk mencungkil bakat pelajar. Pada hari terakhir inilah baru saya menyerahkan
borang penilaian sahsiah guru kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk
dinilai.

Sebelum pulang, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga


sekolah terutamanya Guru Penolong Kanan Pentadbiran kerana membenarkan
saya untuk menjalankan PBS di sekolah ini. Sepanjang dua minggu saya berada
di sini, saya tidak mempunyai masalah kerana warga sekolah tidak lokek dalam
memberikan ilmu untuk berkongsi. Saya juga turut berterima kasih kepada warga
sekolah yang lain yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan
ini.

b. Mengumpul Dan Merekod Maklumat

Dalam fasa mengumpul maklumat, saya telah mengambil inisiatif untuk


mendapatkan maklumat pengurusan sekolah mengikut fokus pentadbiran di
sekolah. Segala fail-fail sekolah dan data sekolah akan saya dokumentasikan.
Gambar-gambar sebagai bukti juga saya letakkan sebagai sebahagian bukti
relevan untuk dilampirkan di dalam portofolio. Dalam menyelesaikan tugasan
PBS, data yang dikumpul itu akan dijadikan senarai semak yang telah dibekalkan
oleh pihak institut. Tugasan mendapatkan data ini adalah untuk melatih guru
pelatih untuk menjadi proaktif. Data yang dikumpul termasuklah mengenai
organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan di sekolah.
Pengetahuan ini penting untuk melatih kepekaan saya sebagai guru pelatih.
Sesudah maklumat sekolah yang asas telah dikumpul, saya menembual pihak
pentadbir untuk menganalisis pelaksanaan pengurusan komuniti, budaya,
peraturan dan pengurusan disiplin sekolah ini. Berdasarkan isi perbincangan
yang dilakukan, saya dapat mengetahui apakah pengalaman dan masalah
pengurusan yang mereka hadapi dan cara bagaimana mereka sebagai pentadbir
menyelesaikan masalah tersebut. Perbincangan dua hala seperti ini dapat

9
melatih kemahiran interpersonal saya sebagai guru pelatih untuk bersikap berani
untuk bergaul dengan masyarakat.

PERANCANGAN SELEPAS PBS

a. Menilai

Untuk fasa ini, saya akan mengumpul maklumat dan dapatan yang
telah didapati dan didokumentasikan di dalam portfolio. Untuk hal ini,
analisis akan dilakukan untuk dinilai. Dengan menganalisis pelaporan
harian secara keseluruhan untuk Tugasan 3, ia akan dijadikan fokus
kepada kajian kes di sekolah ini. Dalam masa yang sama, saya
mendapati bahawa saya telah mendapat banyak pengetahuan berguna
untuk digunakan di masa hadapan kelak. Sebagai contohnya, teknik
berkomunikasi yang baik dan mendapatkan data melalui kaedah
temubual adalah merupakan satu kemahiran. Para pelajar harus
mempunyai kemahiran interpersonal ini untuk memahirkan diri mereka
dalam mana-mana Kajian Tindakan yang akan dijalankan kelak. Teknik
bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat
yang saya perlukan dengan cepat dan mudah.

b. Melapor

Selepas menyiapkan portfolio, tugasan ini akan dihantar kepada


penyelia untuk dinilai. Saya akan menyerahkan portfolio ini untuk disemak
dan tindakan selanjutnya oleh pihak IPG.

4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


4.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS, saya memilih untuk menggunakan kaedah


pemerhatian. Di antara soalan yang saya peruntukkan untuk pemerhatian adalah:

a) Apakah budaya yang diamalkan di sekolah ini?


b) Apakah kemudahan yang terdapat di sekolah?
c) Bagaimanakah keadaan prasarana di sekolah?
d) Adakah persekitaran kelas dan sekolah kondusif?
e) Apakah program aliran akademik yang terdapat di sekolah?
f) Bagaimanakah kemudahan untuk OKU diletakkan di sekolah?

10
g) Bagaimanakah peranan komuniti di sekolah membantu tahap
pencapaian akademik murid?
h) Apakah unit beruniform, sukan dan persatuan yang ada di sekolah?
i) Bagaimanakah pengurusan sumber manusia dan hal-ehwal murid di
sekolah diselaraskan untuk kelicinan pengurusan sekolah?
j) Apakah cabaran dalam pentadbiran pengurusan di sekolah ini?

4.2 Senarai semak


 Saya telah menyediakan satu senarai semak yang telah disediakan
oleh pihak IPG bagi melengkapkan portfolio PBS ini.
 Sebarang aktiviti yang dijalankan adalah mengikut pencarian
maklumat yang telah dilakukan.
 Senarai semak dimasukkan mengikut sub-tugasan.
 Senarai semak ini akan dimasukkan di dalam lampiran.

4.3 Temu bual

Kaedah temu bual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan


maklumat secara menyeluruh berkenaan tajuk tugasan PBS. Saya membuat
keputusan untuk turut memasukkan kaedah temu bual di samping kaedah
pemerhatian. Temu bual yang dijalankan dapat dijadikan sebagai idea bagi
menjelaskan kajian kes portfolio ini. Memandangkan fokus tugasan portfolio PBS
adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengurusan harian sekolah,
temu bual ini dijalankan kepada para pentadbir sekolah. Semasa menjalankan
temubual ini, ianya membantu saya untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
saya.

Antara guru yang ditemubual adalah:

 En. Fadzli Bin mansor (GPK Pentadbiran) – berkenaan dengan


maklumat umum sekolah dan prasarana sekolah dan berkenaan
dengan portfolio pentadbiran sekolah.
 Pn. Nazirah bt Mohamed Nordin (GPK Hal-Ehwal Murid) – berkenaan
fortfolio pentadbiran HEM
 Pn. Nurazizah bt Isa @ Puteh (GPK Ko-kurikulum) – berkenaan
dengan portfolio ko-kurikulum
 Pn. Nor Saidah bt Mat Said (Guru Bimbingan Kaunseling) –
berkenaan dengan hal-ehwal Bimbingan dan Kaunseling di sekolah

11
 En. Muhammad Iqbal b Mohamad Yusoff (Setiausaha PIBG)

4.4 Soal selidik

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang
memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah.
Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas
menjalankan soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai
murni di kalangan murid-murid.

Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam
seseorang. Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat,
keberanian, rasional, kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran,
baik hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setia kawan
dan sebagainya. Terdapat murid-murid yang rajin membantu guru. Bukan itu sahaja,
kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang
sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan
para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba
mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti.

5.0 KOLABORATIF
5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah
(i) PN. NOORIAH BINTI KASAH (GURU BESAR SKJ)

Disebabkan pengurus sekolah saya telah dijangkiti Covid-19 dan


dikuarantin, perbincangan pertama yang saya lakukan adalah melalui
Google Meet dengan Guru Besar iaitu Pn. Nooriah Binti Kasah yang
sangat terbuka dengan memberikan maklumat berkaitan dengan
maklumat umum dan prasarana sekolah. Temubual yang dijalankan
adalah penting bagi mendapatkan maklumat untuk disimpan sebagai
bukti. Bagi topik perbincangan berkenaan maklumat umum sekolah dan
prasarana sekolah, akan dibincangkan bersama Guru Besar sekolah ini.

a) Latar belakang Guru Besar

Beliau telah berkhidmat sebagai guru sehingga menjadi guru


besar selama 33 tahun bermula pada 3.1.1989. beliau telah
berkhidmat di SK Bandar Baru Seri Petaling, SK Convent
Butterworth, SRK Jalan Pasar 1, SK Batu 8 Kuatan, SK Subang,

12
SK Seri Sentosa, SK Tmn Putra Perdana, SK Klia, SK Baharu
Lanjut, SK Bukit Tadom, SK Methodist dan akhir sekali akan
berpencen di SK Jenderam.

b) Maklumat umum sekolah

Berkenaan dengan maklumat umum di sekolah ini, SKJ


merupakan Sekolah TS25. Sekolah Kebangsaan Jenderam atau
nama ringkasnya SK Jenderam (SKJ), merupakan sebuah
Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Besar, Kampung
Jenderam Hulu. Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Jenderam
memiliki 282 orang pelajar secar keseluruhan. Ia mempunyai
seramai 26 orang guru dan 5 orang staf sokongan.

Sekolah ini yang terletak di kawasan luar bandar merupakan


sebuah sekolah lama yang berusia 95 tahun. SKJ merupakan
sekolah yang terawal sekali didirikan pada tahun 1926 iaitu nama
asalnya Sekolah Melayu Sungai Jenderam. Kedudukannya
terletak di sebelah klinik kerajaan yang ada sekarang. Sekolah ini
kebanyakannya terdiri dari anak-anak kampung Jenderam Hulu
dan Kampung Jenderam Hilir. Sekolah ini hanya mempunyai satu
sesi persekolahan iaitu sesi pagi sahaja.

Fokus sekolah adalah untuk melahirkan pelajar yang bermoral


dan mampu membuat pertimbangan berdasarkan tindakan
mereka. Di sekolah, para pelajar akan diasingkan mengikut umur,
kebolehan dan keupayaan masing-masing.

Di sini, bilangan pelajar di dalam satu kelas paling ramai


adalah sebanyak 44 orang. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai
Kelas Pemulihan bagi murid yang lambat dalam pembelajaran.

c) Prasarana di sekolah

Di sekolah ini, saya memerhatikan bahawa prasarana di


sekolah adalah agak kurang kondusif yang mana, keadaan fizikal
sekolah tidak memuaskan oleh sebab kelas yang tidak mencukupi.
Terdapat kelas yang perlu menggunakan makmal sains dan bilik
khas selain bilik darjah. Selain itu tedapat kelas yang muridnya

13
terlalu ramai sehingga boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (pdp). Hal ini disebabkan oleh keluasan bilik darjah
hanyalah sebanyak 2 buah bangunan kerana sepatutnya untuk
lebih selesa, sekurang-kurangnya terdapat 3 buah bangunan
dibangunkan di sekolah ini. Selain itu, sekolah ini juga tidak
mempunyai kemudahan untuk pelajar OKU kerana tiada murid
OKU. Satu tarikan yang boleh dibanggakan adalah sekolah ini
dihiasi dengan pelbagai tanaman di sekeliling sekolah. Sekolah ini
juga mempunyai padang yang sangat luas tetapi tidak mempunyai
kawasan yang berbumbung sekiranya hujan dan tidak dapat
melakukan aktiviti di tempat lain selain padang.

d) Peranan PIBG di sekolah

Beliau mengatakan bahawa pihak PIBG banyak membantu


dalam meningkatkan prestasi sekolah melalui:

 Tabung Kebajikan Murid


 Menaik taraf prasarana sekolah
 Sumbangan kepada program sekolah dalam bentuk
wang, idea dan tenaga
 Gotong menyiapkan bangunan tambahan (galleria
sekolah)
 Sumbangan wang untuk makmal komputer, keceriaan
sekolah dan program PDPR

e) Peranan komuniti

Komuniti sekolah banyak memberikan kerjasama dalam


pelaksanaan program sekolah dari segi wang, idea dan tenaga
(melalui penyediaan makan minum para pelajar yang mana
sekolah bekerjasama dengan bantuan operator kantin; dan ketika
hari pentaksiran dijalankan, semua guru bersama ibu bapa akan
bekerjasama menyiapkan program tambahan bagi para pelajar.
Sokongan dan penglibatan para ibu bapa sebagai komuniti di luar
sangat menggalakkan.

14
f) Cabaran mengurus sumber manusia di sekolah

Berkenaan dengan cabaran mengurus sumber manusia, dari


aspek Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu penolong pengurus
sekolah, beliau menghadapi cabaran pengurusan seperti yang
berikut:

 Mengikuti perkembangan teknologi terkini untuk


meningkatkan kecekapan dalam teknologi maklumat.
 Meningkatkan produktiviti pengurusan guru dan staf untuk
cemerlang dalam organisasi.
 Menyusun latihan dalam pembangunan potensi guru-guru
dan staf sokongan dengan matlamat untuk melahirkan
pekerja berintegriti.
 Menyesuaikan kehendak guru-guru dan staf agar seiring
dengan kehendak KPM.
 Menjaga kebajikan guru-guru dan staf yang mengalami
pelbagai masalah.
 Meningkatkan kualiti guru agar dapat bersaing dengan
sekolah yang lebih hebat.
 Menjaga keselamatan warga sekolah daripada sebarang
ancaman dan bahaya

(ii) PN. NAZIRAH BT MOHAMED NORDIN (GPK HEM)

Perbincangan kedua adalah dengan menemu bual Pn. Nazirah bt


Mohamed Nordin iaitu Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid di sekolah
ini. Topik perbincangan yang dibincangkan adalah berkait dengan
pengurusan hal ehwal murid. Setelah diteliti, di bawah portfolio HEM,
ianya adalah portfolio yang agak besar dan memerlukan ketelitian yang
tepat kerana ianya merangkumi pengurusan murid. GPK HEM harus
memastikan kelancaran pengurusan murid di sekolah yang banyak
melibatkan bantuan kerajaan, biasiswa, pendaftaran murid, pengurusan
kantin dan sebagainya.

a) Latar belakang GPK HEM

Beliau berumur 42 tahun. Beliau mula bertugas pada tahun 2000


sehingga sekarang. Sekolah pertama beliau adalah SK Bukit
Gemuroh di Terengganu pada tahun 2000 sehingga bulan Mei 2003.

15
Kemudian beliau bertukar ke SK Cyberjaya bermula bulan Jun pada
tahun 2003 sehingga bulan Oktober tahun 2010. Seterusnya beliau
bertugas di PPD Sepang sebagai Pegawai Pembangunan Sukan
pada bulan 0ktober 2010 sehingga bulan Disember tahun 2013.
Kemudian beliau menjadi GPK Kokurikulum di SK Jenderam bermula
bulan Jan 2014 sehingga tahun 2019 dan kini beliau bertugas sebagai
GPK HEM bermula tahun 2019 sehingga 2021 di sekolah yang sama.

(b) Aspek pentadbiran

Bagi aspek bidang HEM, portfolio ini adalah merupakan bidang


yang sangat luas meliputi semua perkara yang melibatkan murid, guru
dan pentadbir. Cabaran yang pertama adalah mengorganisasikan
guru-guru mengikut bidang tugas sebagaimana yang disenaraikan
dalam modul pengurusan sekolah, iaitu pengurusan sekolah,
pengurusan guru iaitu peringkat organisasi. Manakala, peringkat yang
kedua adalah peringkat operasi iaitu pengurusan murid. Ideanya
adalah bagaimana kita menyampaikan ke bawah iaitu peringkat
pentadbiran, peringkat pemegang taruh (stakeholder) yang di tengah
iaitu para guru sebagai penyelaras dan sasaran kita adalah murid-
murid, yang di peringkat bawah. Cabaran di sini adalah bagi
memastikan semuanya sentiasa dioperasikan di dalam keadaan yang
sangat lancar dan berkesan.

(c) Gaya kepimpinan

Berkenaan dengan gaya kepimpinan dalam portfolio HEM, beliau


mengatakan kita harus mengaplikasikan semua gaya kepimpinan.
Ada masanya, beliau terpaksa tidak autokratik terutama dalam
membentuk team work. Untuk membentuk pasukan kerja yang
mantap haruslah ada demokrasi, tetapi ada keadaan yang
memerlukan, contohnya yang terkini APDM yang perlu dikemas kini
itu tiada kompromi jadi beliau terpaksa memilih menjadi autokratik
kerana yang penting adalah tugasan itu selesai dan APDM dapat
dikemaskinikan seperti yang sepatutnya.

(d) Budaya kerja bersama HEM

Berkenaan dengan budaya kerja di sekolah, semua guru dan


pentadbir mengamalkan budaya kerja berpasukan. Hal ini kerana isu-

16
isu dalam HEM ini memerlukan penekunan yang sangat teliti kerana
berkait rapat dengan komuniti. Ini penting untuk memberikan
semangat kerjasama kerana ia melibatkan semua pihak. Contohnya
isu kantin – kebiasaannya akan dipantau dari segi standard kualiti
makanan oleh pihak Jabatan Kesihatan Daerah (JKD) supaya tidak
ada isu yang boleh menyebabkan ketidaklancaran sistem.

(e) Perkaitan antara PIBG dan HEM

Di samping itu, berkenaan dengan HEM, beliau mengatakan


bahawa peranan PIBG adalah sebagai satu entiti yang merupakan
turut sama menyumbang kepada pembangunan sekolah. Jadi, dalam
kes HEM, kerjasama PIBG sangat penting, terutamanya daripada segi
menyalurkan maklumat-maklumat jika ada isu yang kritikal seperti kes
ponteng tegar, ataupun kes yang melibatkan penderaan di rumah.
Jika komuniti tidak menyalurkan maklumat, sekolah tidak tahu apatah
lagi jika ia berkait dengan kes-kes jenayah yang melibatkan pelajar.
Jadi, komuniti PIBG adalah entiti yang sangat penting kepada sekolah
supaya pendidikan di sekolah menjadi pendidikan yang sangat holistik
dan mencapai matlamat. Walaupun boleh dilihat peranan PIBG di
dalam portfolio ini adalah cenderung kepada keselamatan, tetapi
beliau lebih suka menyifatkannya sebagai ‘kesejahteraan murid’
sewaktu di rumah. Kesejahteraan akan membentuk mood murid untuk
datang ke sekolah.

(f) Cabaran utama HEM mengurus sumber manusia

Sementara itu, bagi maklumat berkait cabaran utama dalam


mengurus sumber manusia adalah, beliau mengatakan bahawa
sumber-sumber di bawah HEM (guru-guru) mempunyai pelbagai latar
belakang akademik, pendidikan dan lokaliti. Hal ini perlu dikenal pasti
terlebih dahulu kerana di dalam perbezaan-perbezaan ini, terdapatnya
persamaan yang boleh disatukan supaya boleh diorganisasi dan
dioperasikan. Sebagai guru, saya mendapati bahawa latar belakang
yang berbeza tersebut adalah amat menarik kerana hasilnya
(outcome) yang datang kemudiannya adalah daripada punca-punca
yang kita tidak jangkakan disebabkan oleh kepelbagaian latar
belakang tersebut.

17
(iii) EN. MOHD FADZLI BIN MANSOR (GPK PENTADBIRAN)

Perbincangan ketiga adalah bersama dengan Guru Penolong


Kanan Pentadbiran SKSMI. Perbincangan tersebut adalah lebih berfokus
kepada pengurusan akademik di sekolah. Portfolio ini bertanggungjawab
menyimpan segala data sekolah dan peratus berkait kadar prestasi
akademik sekolah dan juga penglibatan aktif para pelajar yang
melibatkan kedua-dua komponen: kokurikulum dan kurikulum.

(a) Aspek pentadbiran

Apabila ditanya skop portfolio yang manakah yang paling kena


dengan jiwanya, beliau mengatakan bahawa apabila dilihat
daripada tiga bidang tugas portfolio tersebut, pada beliau jiwanya
adalah pada GPK HEM, kerana beliau lebih suka mendekati
keluarga murid-murid dan juga cuba untuk menyelami masalah
yang dihadapi di sekolah. Tetapi, beliau menambah, apabila
berada di dalam lingkungan pentadbiran di sekolah, kita juga perlu
berubah daripada satu portfolio kepada portfolio yang lain.
Sebagai guru interim, itu adalah prosedur yang saya harus tahu
iaitu, langkah-langkah yang berada di bahagian pengurusan /
pentadbiran yang mana apabila kita melibatkan diri dalam bidang
pentadbiran, kita biasanya akan bermula sebagai GPK Ko-
kurikulum, kemudian dinaikkan sedikit kepada GPK HEM dan
seterusnya GPK Pentadbiran sebelum seseorang itu melangkah
sebagai Guru Besar.

(b) Gaya kepimpinan

Apabila ditanya berkenaan dengan corak kepimpinan, beliau


mengatakan bahawa sisinya adalah lebih kepada demokrasi,
namun ada ketikanya perlu kepada autokratik. Tujuan autokratik
itu adalah untuk mendapatkan satu jawapan yang tepat yang tidak
ada pilihan yang mana semua guru perlu mengikut satu arahan
atau pekeliling yang sedia ada, manakala, demokrasi lebih
memberi peluang kepada para guru untuk memilih langkah atau
kaedah yang terbaik yang sesuai dengan mereka.

18
(c) Budaya kerja sekolah bersama GPK

Di sekolah ini juga, beliau menyebut tentang budaya sekolah


ini menggalakkan hubungan antara guru dan pentadbir sekolah
adalah agak rapat yang mana mereka sering bekerjasama dalam
apa jua situasi. Namun, kadang-kala perlu juga ada ‘gap’ sedikit
supaya guru tidak terlalu bebas atau terlalu berani melakukan
sesuatu yang di luar daripada kebenaran yang sepatutnya diikut.
Sepatutnya sebagai penjawat awam, kita adalah terikat dengan
pekeliling dan dasar-dasar pendidikan supaya ada panduan dan
tidak lari daripada kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

(iv) PN. NURAZIZAH BINTI ISA@PUTEH (GPK KO-KURIKULUM)

Perbincangan keempat bersama pentadbir sekolah adalah bersama


dengan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Portfolionya
membincangkan tentang pengurusan ko-kurikulum, kelab dan persatuan,
unit beruniform, sukan dan permainan, ko-akademik dan 1 Murid 1
Sukan (1M1S).

(a) Aspek pentadbiran dan aktiviti ko-k sekolah

Dari segi ini, portfolio ini lebih kepada menjaga hal ehwal ko-
kurikulum di sekolah. Sebarang program samada yang melibatkan ko-
kurikulum dan ko-akademik haruslah dipertanggungjawabkan di
bawah portfolio ini. Di sekolah ini, terdapatnya tiga jenis badan unit
beruniform yang dominan di sekolah, di antaranya ialah Puteri Islam
(PPIM), Pengakap dan juga Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Di
samping itu, permainan yang terdapat di sekolah ini adalah bola
jaring, bola sepak dan juga badminton. Seorang murid tahun 6 telah
terpilih untuk menduduki Ujian TID melalui MSN untuk mereka
mencari pelapis negara bagi sukan bola jaring.

(b) Budaya kerja di sekolah bersama GPK Ko-K

Beliau menekankan aspek kerjasama dalam satu pasukan untuk


bergerak dan melicinkan pentadbiran sekolah, dengan matlamat untuk
memberi fokus kepada pelbagai pihak berkepentingan bagi
meningkatkan prestasi sekolah. Mengikut tema yang disarankan oleh
JPN Perak, ‘Strive Together Toward Excellence’, beliau memberi
ruang kepada para guru untuk menonjolkan bakal dan potensi pelajar

19
dari aspek ko-kurikulum. Selain itu, beliau juga menggalakkan
perkongsian idea dan amalan terbaik dalam kalangan guru untuk
menyumbang bakat bersama pelajar di sekolah.

(c) Gaya kepimpinan

Beliau juga berfokus kepada demokrasi dan memberi kebebasan


kepada guru untuk menyumbang bakat dan potensi masing-masing
dalam minat mereka di dalam ko-kurikulum. Walaupun beliau akui ada
ketikanya untuk membuat pembaharuan adalah sukar kerana juga
melibatkan ‘orang lama’ di sekolah, tetapi itulah cabaran bagi beliau
sebagai pentadbir baru di sekolah. Beliau mempunyai visi dan
semangat sebagai pencetus kepada anjakan paradigma di sekolah
dengan bermatlamat untuk mengubah ko-kurikulum sekolah ke arah
yang lebih baik.

5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain


(i) PN. NOR SAIDAH BINTI MAT SAID (GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING)

Bagi fokus sub topik ini, saya memilih untuk menemubual seorang guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah ini. Rasional mengapa saya
berbuat demikian adalah GBK adalah guru yang banyak menyimpan data
pelajar selain GPK HEM. Segala kerahsiaan pelajar adalah di bawah
kelolaannya. Jadi saya boleh merujuk kepadanya untuk bertanyakan perihal
suasana sekolah dan peranan guru untuk menghadapi cabaran di sekolah.
Kemahiran interpersonal ini sangat penting bagi para guru interim untuk tahu
apakah pula kedudukan dan kepentingan kaunseling dalam menentukan hala
tuju dan pencapaian pelajar di sekolah.

(a) Latar belakang GBK

Bagi Pn. Saidah, beliau telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai Guru
Bimbingan. Beliau merupakan guru opsyen PRS-Muzik. Beliau pernah
berkhidmat di SK Jalan Semenyih 2 pada tahun 1998 – 2002. Kemudian
beliau berpindah ke sekolah Sk Dato Bakar Baginda pada tahun 2003 –
2010. Dari tahun 2011 sehingga kini, beliau berkhidmat di SK Jenderam.

20
Beliau mengatakan bahawa bimbingan individu dan kelompok ada
dijalankan juga tetapi disebabkan kekangan masa sekarang, bimbingan
hanya dijalankan di dalam kelas semasa kelas ganti.

Bagi Pn. Saidah, beliau telah berkhidmat di SKJ hampir 12 tahun dan
memegang jawatan bimbingan dan kaunseling selama 12 tahun.
Walaupun memegang jawatan bimbingan kaunseling, hanya bimbingan
kaunseling lantikan sekolah tetapi bukan sepenuh masa (kaunselor).
Antara program yang telah dilaksanakan adalah Kursus Kepimpinan
Pelajar bersama unit disiplin, Program Transformasi Diri, Program Guru
Penyayang dengan menyambut kedatangan murid dengan mengucapkan
Selamat Datang Muridku Sayang dan juga membuat Sambutan Hari Lahir
serta mengadakan Program mentor mentee. Tambahan pula, beliau juga
telah menjalankan Program intelek asuhan rohani dgn Kerjasama AADK
Sepang. Selain itu, Program 'I Am Awesome’ (beri salam) serta Ziarah
Cakna dengan membuat lawatan ke rumah murid atau berhubung secara
dalam talian whatsapp atau video call telah belia laksanakan.

(b) Perbezaan tugas GBK lantikan sekolah & sepenuh masa

Manakala, Guru Kaunseling sepenuh masa (kaunselor) wajib


mengadakan kaunseling individu, kaunseling kelompok dan menjalankan
program yang sepatutnya diadakan di setiap minggu atau bulan. Mereka
tidak akan masuk ke kelas untuk mengajar tetapi mereka akan berkongsi
dengan murid-murid berkaitan motivasi, cara belajar dan teknik belajar
dan sebagainya. Dalam pekeliling kementerian, seorang kaunselor boleh
ditempatkan di sesebuah sekolah jika murid melebihi 350 orang, samada
di sekolah rendah atau menengah. Akan tetapi jika kurang daripada
bilangan itu, kaunselor tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang
mempunyai bilangan murid yang melebihi 350 ke atas.

Disebabkan itu, cara bekerja Guru Kaunseling lantikan sekolah ini


tidak memerlukan kaunseling kelompok atau individu yang perlu ada
rekod kecuali kes itu benar-benar berat seperti rogol, gangsterism atau
dadah. Dengan itu, Guru Kaunseling akan bergabung dengan para
pentadbir sekolah dan pihak polis bagi berkongsi maklumat berkenaan
pelajar bermasalah tersebut kerana setiap sekolah akan mendapat
seorang pegawai Polis Perhubungan Sekolah. Selain itu, beliau juga
mengatakan bahawa harapannya sebagai Guru Kaunseling lantikan

21
sekolah akan dinaik taraf menjadi Guru Kaunseling sepenuh masa kerana
sekolah ini kurang bilangan murid – jadi beliau telah memesan kepada
pentadbir sekolah untuk terus menerima pelajar agar cukup sehingga 350
orang supaya tugasnya lebih berfokus.

Jika beliau mendapat Guru Kaunseling sepenuh masa, maka beliau


boleh terus menumpukan kepada kerja-kerja kaunseling dan program
yang melibatkan sekolah tanpa perlu mengajar di sekolah. Dengan itu,
tugasnya sebagai Guru Kaunseling akan lebih berfokus dan bermatlamat
serta kurang bebanan kerja. Akan tetapi, di sekolah ini saya mendapati
bahawa tiadanya bilik khas bagi Bimbingan & Kaunseling. Hal ini kerana
memandangkan Pn Saidah adalah Guru Kaunseling lantikan sekolah,
maka bilik khas itu tidak ada melainkan sekolah dapat menyediakan
prasarana yang baik kerana tugas Guru Kaunseling sepenuh masa
adalah memerlukan mereka untuk menyimpan fail, soal-selidik, data dan
segala rekod kaunseling di sekolah.

(c) Cabaran sebagai GBK

Dari segi cabaran bekerja sebagai guru Bimbingan & Kaunseling,


mereka harus melengkapkan diri dengan ilmu psikologi dan kaunseling
kerana profesion ini memerlukan mereka untuk berhadapan dengan
emosi dan kelakukan kanak-kanak di sekolah. Seorang Guru Kaunseling
harus memiliki kemahiran psikologi, teknik-teknik kaunseling serta mampu
digunakan dengan baik agar kaedah kaunseling ini berkesan kepada
pelajar. Dalam kes Pn Saidah, Guru Kaunseling lantikan sekolah tidak
didedahkan dengan teknik-teknik kaunseling. Jadi, mereka harus belajar
sendiri dan rajin menambahkan pengetahuan bagi memahirkan diri di
dalam bidang kaunseling.

5.3 Perbincangan dengan warga sekolah


(a) APAK & ABANG MON – Pegawai sekuriti sekolah & Tukang kebun

Bagi temubual warga sekolah, saya telah berusaha untuk berbincang


secara santai bersama dengan pegawai sekuriti sekolah yang ditugaskan
untuk menjaga kawalan keselamatan dan luar masuk sekolah. Beliau lebih
mesra dikenali sebagai Apak dan amat dihormati oleh para warga sekolah.

22
Manakala, Abang Mon pula adalah tukang kebun yang mempunyai
pengetahuan dalam sistem pendawaian elektrik. Jadi, beliau memberikan
khidmat kepada sekolah bagi aspek pendawaian domestik ketika
berlangsungnya program-program penting di sekolah. Abang Mon membantu
meringankan beban para guru dalam aspek hiasan lampu dan pendawaian
elektrik. Kerja-kerja tersebut biasanya dilakukan bersama-sama para guru
lelaki di sekolah ini.

5.4 Perbincangan dengan wakil komuniti


(a) Puan Huda (ibu bapa kepada 3 orang anak di SKJ)

Bagi wakil komuniti pula, saya menemubual Puan Huda iaitu wakil ibu
bapa yang mempunyai 3 orang anak yang bersekolah di SKJ. Soalan yang
diajukan adalah bagaimana dia dapat membantu anaknya belajar di musim
pandemik ini ketika PDPR dan PDP. Beliau menyatakan bahawa perlu
membahagikan masa dengan betul dan membuat atu rutin untuk membantu
anaknya supaya tidak keciciran di dalam pelajaran.

5.5 Interaksi dengan murid


(a) Qisya Qairina (murid 4 Cemerlang)

Saya juga berinteraksi dengan seorang murid Bernama Qisya Qairina dari
kelas 4 Cemerlang. Qisya merupakan murid yang sangat komited ketika
PDPR. Dia tidak pernah terlepas untuk menghantar setiap tugasan yang
diberi oleh guru ketika PDPR malahan dia merupakan murid yang paling awal
menghantar tugasan bagi semua subjek. Hal ini kerana bantuan daripada
ibunya yang mengambil berat tentang pelajaran anaknya walaupun musim
pandemic.

6.0 ILMU /PENGETAHUAN BARU


6.1 Pemerhatian

Berdasarkan kaedah pemerhatian yang dijalani di sekolah sewaktu


menjalankan PBS, saya berjaya mendapatkan pengalaman tentang suasana dan
budaya di sekolah masing-masing. Saya perhatikan, setiap sekolah mempunyai
budaya sekolah mereka yang tersendiri, yang juga bergantung kepada cara budaya
bekerja para guru, cara pentadbir menguruskan sekolah dan cara manusia bersosial

23
dan duduk di dalam lingkungan sekolah termasuklah ideologi dan kepercayaan.
Tetapi, walaupun mereka mempunyai perbezaan tersebut, pelaksanaan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) dari peringkat induk Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) memberi satu hala tuju yang berkesan dalam menjalankan tugas
dengan komited.

Dalam pada itu, saya juga dapat mempelajari aspek pentadbiran dan
kepimpinan di sekolah apabila menyenaraikan kelemahan dan kelebihan warga
sekolah. Kelebihan sekolah itu bergantung kepada kepakaran guru dan juga
sokongan sepenuhnya daripada pihak pentadbir. Jika tiada sokongan yang padu,
anak-anak buah akan menghadapi masalah untuk merealisasikan program yang
dirancang di sekolah bersama-sama dengan efektif. Hasil pemerhatian mendapati,
pentadbiran yang mengambil kira aspek budi bicara yang baik dan demokratik dalam
membuat keputusan memberikan suasana yang positif dalam pentadbiran dalaman
sekolah. Saya dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna
membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang
lemah atau pasif.

Saya juga mendapati bahawa guru-guru di sekolah menunjukkan sikap positif


dan komited kepada tugas yang dipertanggungjawabkan. Pada musim covid-19 yang
sangat mencabar ini, guru-guru tetap berdisiplin untuk menyiapkan kerja hakiki dan
menyiapkan bahan pengajaran secara online menggunakan aplikasi power point,
video, canva, youtube dan sebagainya. Para guru juga tidak berputus asa untuk
mencari murid yang keciciran pelajaran sehingga murid tersebut kembali belajar
seperti biasa. Para guru dilihat menepati masa untuk hadir ke sekolah walaupun
sekolah saya masih menggunakan ‘punch card’.

Tidak hanya itu, prasarana dan persekitaran sekolah juga turut menarik
perhatian saya. Saya mendapati bahawa, landskap sekolah yang indah dapat
menarik minat pelajar untuk mengubah suasana / mood belajar kepada yang lebih
baik yang mana ia mampu merangsang pelajar untuk fokus ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Melalui pemerhatian saya, landskap sekolah yang
menarik dengan adanya penanaman tumbuh-tumbuhan hijau yang ditanam di sekitar
sekolah dapat memperindah kawasan sekolah, malah mereka juga dilabel sebagai
tanaman herba. Usaha ini sebenarnya adalah merupakan serampang dua mata yang
mana ianya dapat memupuk semangat cintakan alam semulajadi dan kelestarian
dalam kalangan pelajar di sekolah ini.

24
6.2 Senarai semak

Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah belajar untuk menggunakan


senarai semak dengan betul dan mengikut susunan yang diberikan. Senarai semak
ini perlu digunakan kerana ia dapat membantu saya untuk melengkapkan maklumat
berhubung tugasan ini. Senarai semak itu harus dipenuhi dengan melengkapkan
maklumat umum sekolah, pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana sekolah
dan kurikulum. Manakala, setiap bahagian ini mengandungi tajuk-tajuk kecil yang
perlu saya dapatkan maklumat berkenaan dengannya iaitu seperti kemudahan
sekolah, kurikulum dan kokurikulum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pelan fizikal
sekolah, kemudahan sekolah, buku rekod pengajaran dan lain-lain. Saya mendapati
bahawa di dalam proses mencari dan mengumpul maklumat, senarai semak
menjelaskan kekaburan saya mengenai penulisan format PBS di sekolah. Jadi,
senarai semak ini akan memudahkan pencarian maklumat agar tidak tercicir dan ini
juga akan dimasukkan di dalam lampiran.

6.3 Temu bual

Kaedah temu bual juga digunakan ketika menjalankan tugasan ini. Bagi
melengkapkan PBS, saya telah menemubual responden seperti Guru Besar (secara
dalam talian) kerana telah dijangkiti Covid-19 dan dikuarantin, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (Ko-K) dan Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid (HEM), Guru Bimbingan & Kaunseling serta pekerja am sekolah
seperti pegawai sekuriti dan tukang kebun sekolah. Sewaktu proses temubual ini,
saya akan merekodkan maklum balas para responden untuk proses
menterjemahkan maklumat yang didapati di dalam portfolio ini dan seterusnya
mendapat jawapan yang diinginkan. Sepanjang proses temubual, para responden
memberikan kerjasama yang sangat baik dan tidak kedekut dalam ilmu pengurusan.
Mereka menjawab soalan yang diberi dengan baik dan tidak kedekut dalam
memberikan dokumen-dokumen perjalanan harian sekolah untuk dilampirkan
sebagai dokumentasi di dalam PBS ini. Laporan dokumentasi sewaktu temubual
diletakkan di bahagian lampiran.

7.0 PANDUAN PENULISAN REFLEKSI (Rujuk Lampiran 1-5)

25
8.0 AMALAN REFLEKSI (Rujuk Lampiran 1-6)
A. PENGENALAN
Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan subjek yang dianggap tidak begitu penting di
sekolah oleh sesetengah pihak yang cetek pengetahuannya. Hal ini demikian kerana,
melalui Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah tidak mendapat sambutan dan
hasil pembelajaran yang optimum sama ada oleh murid mahupun tenaga pengajarnya.
Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilalui selama sepuluh hari
bermula 8 November 2021 sehingga 19 November 2021, pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dapat diperhati serta dianalisis. Maklumat yang diperoleh hasil
daripada pemerhatian dan soal jawab amat penting dalam menghasilkan laporan kritis
terhadap inovasi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang
dilaksanakan oleh guru perlu diinovasi atau divariasikan lagi agar murid mendapat manfaat
atau mencapai objektif yang telah guru tetapkan dengan berkesan. Inovasi dapat dinyatakan
sebagai satu proses yang mana boleh dikaitkan dengan pemilihan kreatif, organisasi,
penggunaan sumber manusia dan bahan dengan cara yang baru serta unik yang akan
menghasilkan tahap pencapaian yang lebih tinggi untuk matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan (Richland, 1965). Melalui itu, PdP akan lebih berkesan bagi melahirkan murid
yang mampu mengembangkan potensi diri dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial untuk memenuhi keperluan abad ke-21 serta keperluan negara pada masa akan
datang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah ditetapkan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

B. KEKUATAN
Proses PdP bagi Pendidikan Jasmani dilaksanakan pada waktu pertama sehingga
waktu keempat persekolahan yang mana dijalankan secara sistematik oleh guru. Murid
dijemput dari kelas oleh guru dan dibawa ke padang dengan alatan yang telah dikeluarkan
dari stor sukan oleh guru. Pengurusan masa dan pergerakan yang sangat terkawal oleh
guru ini dapat memastikan keselamatan murid dijaga dengan baik. Dalam pada itu, guru
bersama-sama murid melaksanakan aktiviti memanaskan badan dengan permainan musang
dan ayam serta melakukan aktiviti regangan secara tidak langsung mengaplikasikan konsep
yang dinyatakan oleh Duane Knudson. Menurut Duane Knudson (2013) dalam Kok Lian Yee
(2013), konsep memanaskan badan adalah aktiviti yang dilakukan secara aktif (intensiti
rendah) dan regangan pasif yang mampu meningkatkan kadar nadi rehat dan mempercepat
peredaran darah ke seluruh badan. Salah satu tujuannya adalah menyediakan tubuh badan

26
murid dari aspek fizikal dan fisiologi untuk melakukan aktiviti yang lebih tinggi intensitinya.
Guru menggunakan gaya pengajaran arahan dalam PdP dimana guru mendemontrasi
perlakuan atau kemahiran pada awalnya dan murid akan melakukan meniru perlakuan yang
guru lakukan selepas arahan diberikan. Gaya pengajaran arahan merupakan satu daripada
sepuluh gaya pengajaran bagi mengajar Pendidikan Jasmani (Mosston M. & Ashworth S,
2002). Gaya arahan sangat sesuai untuk murid tahap satu kerana kaedah penerangannya
yang ringkas, jelas dan tepat. Keseluruhannya, guru mempunyai kawalan kelas yang sangat
efisyen dan melancarkan proses Pdp selama 30 minit. Secara tidak langsung murid akan
sentiasa dalam pengawasan guru serta dapat melakukan kemahiran dengan baik.

C. KELEMAHAN
Berdasarkan permerhatian serta soal jawab bersama beberapa orang murid, mereka
kurang minat bahkan tidak melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti PJ. Dalam hal ini
sepatutnya, guru perlu menggalakkan murid untuk turut serta dalam aktiviti PJ kerana
menurut Jean Piaget (1962), main akan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk
meluahkan idea, perasaan dan emosi. Murid ini hanya berpakaian baju sekolah lengkap dan
alasan tidak memakai pakaian PJ apabila ditanya adalah “baju hilang, baju belum
dicuci,baju tertinggal dirumah”. Perkara sedemikian secara amnya telah merencatkan
proses PdP untuk melibatkan murid dalam PJ secara menyeluruh. Seterusnya, murid bebas
untuk melakukan aktiviti kerana guru tidak menetapkan kawasan yang sepatutnya sesuatu
PdP PJ itu dijalankan. Disebabkan itu, murid tidak mempunyai hala tuju dan menyukarkan
guru untuk mengawal murid semasa aktiviti dijalankan. Aspek keselamatan murid mahupun
guru perlu dititikberatkan dari awal sehingga selesai satu tempoh PdP PJ yang dijalankan.
Tragedi yang boleh dikaitkan berlaku pada murid tingkatan dua di sesubuah sekolah di
Kelantan yang mana maut dihempap tiang gol ketika bermain bola pada waktu PJ (petikan
dari BH Online, 2016). Sewaktu melaksnakan PdP guru kurang prihatin terhadap alatan
yang akan digunakan sama ada masih lagi selamat digunakan atau tidak dan kurang
memenuhi ciri-ciri keselamatan yang baik. Sebagai contoh, kedudukan kaki pagar kecil (mini
hurdles) yang diletakkan bertentangan dengan arah murid memulakan aktiviti akan
membahayakan murid ketika melepasi pagar tersebut. Ditambah pula keadaan kawasan
yang tidak selamat apabila mendapati meja (bucu meja) di hadapan kawasan aktiviti. Dari
aspek peralatan pula, guru sangat meminimumkan penggunaan alatan walaupun terdapat
banyak peralatan di dalam stor sukan. Wajarkah dua biji bola sahaja digunakan untuk murid
yang seramai 30 orang apabila mengajar kemahiran menyangga dalam permainan bola
tampar? Sedangkan masih banyak bola yang mampu digunakan oleh guru untuk
memaksimumkan alatan yang ada bagi tujuan PdP. Kesilapan ini jika dilihat datangnya dari

27
guru yang bukan opsyen PJ serta tidak mempunyai pengetahuan tentang kemahiran asas
sesuatu permainan dan kaedah pengajaran yang tidak sesuai diaplikasikan telah
menyebabkan murid mendapat peluang yang terhad untuk mencuba dan memperbaiki
kesilapan yang telah mereka lakukan. Murid-murid ini tidak akan dapat memahami dan
menguasai kemahiran jika mereka hanya sekadar diberi dua kali percubaan sahaja
sepanjang 30 minit waktu PdP. Pengurusan terhadap stor sukan perlulah dikemaskini agar
ianya lebih sistematik dan tidak digunakan untuk tujuan yang lain. Kemudahan yang sangat
optimum perlu dimanfaatkan oleh guru dengan memberi peluang kepada murid untuk
meneroka kemahiran secara berulang-ulang agar murid menguasai kemahiran dengan
teknik yang betul seterusnya mencapai objektif yang guru tetapkan. Untuk itu, murid
berkeupayaan memupuk pembelajaran kendiri dan mengembangkan kreativiti tanpa
bergantung pada orang lain (Gage dan Berliner, 1991).

D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Proses PdP Pendidikan Jasmani di sekolah perlulah mengikut Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran (DSKP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kandungan DSKP yang telah dirangka secara terperinci serta sistematik dalam
melahirkan murid yang mampu memenuhi enam elemen Aspirasi Murid serta selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dilaksanakan oleh guru disetiap sekolah
tanpa gagal. Guru perlu menetapkan dalam rancangan pengajaran tahunan bagi setiap
tahun agar sukatan DSKP dapat diselesaikan dengan berjaya. Namun demikian, kekangan
masa yang telah diperuntukkan bagi aktiviti PJ iaitu selama 30 minit pada satu sesi
sememangnya tidak mencukupi. Situasi yang dihadapi adalah guru akan menjemput dan
menghantar murid ke kelas yang mana sudah kira-kira 5 minit. Sebelum dan selepas murid
menjalankan aktiviti, murid akan melakukan aktiviti memanas dan menyejukkan badan yang
mengambil masa lebih kurang 5 minit. Jika perlakuan ini tidak diambil berat, risiko
kecederaan amat tinggi dialami oleh murid semasa aktiviti. Maka, masa yang tinggal hanya
20 minit untuk sesi penerangan, demonstrasi guru, pembetulan kesalahan murid-murid. Jika
dikaitkan dengan penggunaan alatan yang tidak memuaskan, mampukah objektif guru pada
hari tersebut tercapai? Penggunaan alatan yang paling maksimum amat penting dalam
proses pembelajaran murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Kemahiran akan dikuasai
jika dilakukan secara berulang-ulang dengan bimbingan oleh individu yang mahir dengan
kemahiran tersebut. Kaedah pengajaran guru perlu dipelbagaikan agar murid tidak bosan
seterusnya menghilangkan rasa minat murid untuk melibatkan diri dalam PJ. Guru perlulah
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan terhadap gaya pengajaran melalui buku yang dikarang
oleh Muska Mosston & Sara Ashworth, 2002 yang berjudul Teaching Pysical Education

28
serta menguasai kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam DSKP dengan teknik yang
betul. Dengan itu, murid akan menunjukkan rasa minat dan kembali melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti PJ di sekolah. Akhir sekali, perkara yang tidak patut ditegah oleh guru
adalah dengan membiarkan murid kekal seronok dengan bunyi jeritan sokongan rakan-
rakan mereka, gelak tawa dan muzik atau lagu. Adalah tidak wajar jika memaksa murid
untuk diam ketika bermain dengan alasan mengganggu proses PdP kelas lain. Dimana
kepuasan yang patut murid kecapi ketika aktiviti PJ? Jika suasana yang ditimbulkan oleh
sesebuah kelas PJ itu meriah dan seronok, sudah tentu murid di kelas lain juga tertarik
dengan aktiviti PJ seterusnya meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti PJ di sekolah.
Dengan ini, masalah dan kelemahan di atas dapat diatasi secara dasarnya kerana untuk
menarik minat murid dalam aktiviti PJ, inovasi dalam kaedah pengajaran perlu diperbaiki
serta dipertingkatkan dalam diri setiap guru khususnya guru yang bukan dari opsyen PJ di
sekolah. Golongan ini perlu mengajar subjek Pendidikan Jasmani akibat kekurangan guru
opsyen PJ yang ditempatkan disesebuah sekolah.

E. KESIMPULAN
Kejayaan atlet negara kita dalam sesuatu sukan tidak lari daripada Pendidikan
Jasmani yang mana kemahiran asas sesebuah sukan tersebut mula diajar dibangku sekolah
lagi. Namun demikian, masih ramai masyarakat yang mengkritik pelaksanaan PJ di sekolah.
Golongan ini perlu diberi pendedahan secara berterusan agar mereka akan terus
memahami sehingga ke akar umbi. Ini kerana, mereka hanya mementingkan akademik
murid semata-mata tanpa melibatkan kemahiran psikomotor yang mana asas kepada
sesuatu perkembangan fizikal. Maka, gurulah yang bertanggungjawab dalam mengatasi
masalah ini dengan cara yang sesuai agar pihak-pihak berkenaan tidak terus-menerus
menghentam pelaksanaan PJ di sekolah. Guru perlu menghasilkan produktiviti yang terbaik
bukan sahaja dalam bidang akdemik malah kokurikulum juga agar ianya mampu menutup
mulut golongan yang tidak mengetahui kepentingan PJ yang dijalankan di sekolah pada
dasarnya. Untuk itu, keberkesanan boleh dipertingkatkan dengan cara guru PJ
mengaplikasikan serta menginovasikannya dalam proses PdP mereka melalui model STEP
(Black & Stevenson, 2012). S yang membawa maksud space (ruang) dimana guru
menetapkan kawasan yang sepatutnya dijalankan bersesuaian dengan aktiviti dan bilangan
murid. T pula bermaksud task (tugasan/aktiviti) yang akan diberikan oleh guru kepada murid
mengikut tahap keupayaan murid atau cara pengelolaan guru terhadap sesuatu aktiviti yang
dijalankan. Seterusnya, E membawa maksud equipment (alatan) yang mana bilangan,
kesesuaian aktiviti dan keselamatan alatan adalah amat penting dalam pelaksanaan
sesuatu tempoh Pdp. Huruf yang terakhir, P bermakna people (orang/murid) yang

29
merangkumi bilangan, latar belakang dan keupayaan murid dalam sesuatu aktiviti. Keempat-
empat eleman ini saling berkait antara satu sama lain bagi membentuk sebuah PdP
Pendidikan Jasmani yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi. Secara
keseluruhannya, inovasi dalam proses PdP Pendidikan Jasmani memainkan peranan dalam
melahirkan murid yang mampu memenuhi keperluan negara pada masa akan datang
selaras dengan Aspirasi Murid yang terkandung di dalam PPPM serta matlamat yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dicapai dengan jayanya.

9.0 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH (Rujuk Lampiran 1-7)

10.0 CONTOH FORMAT PENYEDIAAN (Rujuk Lampiran 1-8)

11.0 KAJIAN KES

Kemahiran Larian Dengan Lakuan Yang Betul Tahun 3 Bestari

Kemahiran larian di dalam subjek Pendidikan Jasmani sememangnya satu kehamiran yang
mudah dilihat tetapi ia sukar dilakukan jia tidak melakukannya dengan Teknik yang betul.
Mereka menganggapnya sebagai satu kemahiran yang mudah dilakukan tetapi hakikatnya
ia mestilah mengikut Teknik yang betul. Selalunya mereka tidak akan dapat menguasai
kemahiran larian yang sempurna dan betul. Semua murid boleh berlari tetapi apa yang
membezakan mereka adalah larian yang dilakukan adalah betul dan salah. Pasti akan ada
kesilapan melakukan kemahiran larian dek kerana menganggapnya terlalu mudah. Ini
menyebabkan larian yang dilakukan oleh murid tidak mengikut biomekanik badan yang
sebetulnya. Hal ini mungkin boleh menyebabkan pergerakan lokomotor atau keseimbangan
badan tidak dapat dilihat dengan baik. Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran
menghafal larian, dan memilih 32 orang murid Tahun 3 Bestari sebagai kumpulan sasaran.
Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian melalui perlakuan
yang dilakukan. Perasaan negatif yang mengambil sambil lewa terhadap Teknik larian
mungkin disebabkan sikap dan suara saya yang kurang jelas di padang atau kurang tegas.
Setelah dinilai melalui Latihan yang dilakukan, hanya 40% murid yang berjaya melakukan
larian dengan lakuan yang betul tetapi tidak sempurna. Aktiviti yang dilakukan adalah
Latihan larian 100 meter dimana setiap murid akan mlakukan larian dengan Teknik yang
betul dan jika murid melakukannya dengan sangat baik, saya berikan ganjaran hadiah

30
kepada mereka. Aktiviti ini dapat memastikan murid melakukan Teknik larian dengan betul.
Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan amat
memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai kemahiran larian telah
meningkat kepada 80%. Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian tindakan ini
adalah tepat dan berkesan. Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang
melaksanakan kajian ini, saya berasa cukup berpuas hati apabila melihat murid yang paling
nakal dan suka bermain di dalam kelas ini turut melibatkan diri dan menyatakan
semangatnya untuk bersaing dengan rakan-rakan lain.

Anis Afifah Binti Hamzah

anis07-1332@epembelajaran.edu.my

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN


Sekolah Kebangsaan Jenderam merupakan sebuah sekolah yang tergolong dalam
kategori sekolah luar bandar. Apa yang hendak saya luahkan di sini adalah, mata pelajaran
Pendidikan Jasmani sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif
yang tidak penting dan hanya boleh bermain. Ini kerana, pada anggapan mereka mata
pelajaran Pendidikan Jasmani adalah satu mata pelajaran yang sangat mudah dan senang,
murid lebih kearah untuk mengambil sambil lewa dan banyak bermain kerana tiada ujian
penting.

Isu yang dijadikan fokus sasaran adalah murid tidak menguasai kemahiran larian
dengan betul menyebabkan kesalahan ketika membuat sesuatu larian. Isu ini berlanjutan
apabila tidak dibendung sejak murid berada di tahap 1 lagi. Merujuk kepada refleksi semasa
PdP, saya mendapati suku dari kelas sahaja yang dapat membuat larian dengan betul tetapi
masi hada yang tidak sempurna. Melalui temubual saya bersama murid berkenaan, dia
mengatakan bahawa dia tidak dapat melakukan kemahiran larian dengan betul kerana dia
hanya ingin bermain ketika waktu PJ. Melalui pemerhatian saya, murid-murid ini tiada sifat
berdaya saing antara satu sama lain.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN


Isu yang sering timbul ialah murid tidak melakukan kemahiran larian dengan betul
menyebabkan satu larian yang dilakukan menjadi tidak sempurna dan saya tidak dapat
menggilap potensi yang ada di dalam diri murid. Puncanya adalah kerana murid sering

31
mengambil sambil lewa dan banyak bermain bagi subjek PJ dan mereka tidak ada
semangat persaingan antara satu sama lain. Jika isu ini tidak ditangani, ia akan
menyukarkan murid untuk menggilap potensi dan bakat yang ada di dalam diri sehingga
masuk ke tahap 2 dan seterusnya masuk ke sekolah menengah. Mereka akan menjadi
murid yang tidak aktif di dalam sukan. Cara untuk saya menangani isu ini adalah dengan
mengadakan pertandingan larian mengikut kelas dimana setiap murid akan melakukan
larian 100 meter. Murid yang berjaya menguasai kemahiran larian dengan sempurna akan
diberi ganjaran hadiah peralatan sukan. Hal ini akan memberi murid berasa ingin bersaing
antara satu sama lain demi mendapat ganjaran di samping memperoleh kualiti larian yang
diingini dan potensi dapat digilap sejak mereka berada di tahap 1 lagi. Cadangan saya untuk
penambahbaikkan yang akan dilaksanakan untuk menangani isu ini adalah dengan melatih
setiap murid ketika waktu PJ.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran PJ
khususnya dalam khususnya dalam kemahiran larian kerana dengan larian, murid boleh
bermain dan bergiat aktif dalam pelbagai sukan. Objektif khusus yang murid akan capai
ialah murid akan dapat menggilap potensi diri dan bakat sejak dari tahap 1 untuk menjadi
seorang pelari yang terbaik.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid tahun 3 Betari dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini dengan lebih
memfokuskan kepada 10/32 orang murid tahun 3 Bestari yang gagal dalam aktiviti larian
yang dilakukan oleh guru. Murid-murid ini terdiri daripada 16 orang murid lekaki dan 16
orang murid perempuan serta rata-rata mereka adalah kaum Melayu.

5.0 METODOLOGI KAJIAN


5.1 TINJAUAN MASALAH
5.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian yang dilakukan adalah berdasarkan tingkah laku murid
yang saya dapat lihat. Melalui pemerhatian saya, murid yang tidak menguasai
kemahiran larian ini sering malas dan sering berbual dan tidak menumpukan
perhatian di dalam kelas atau padang Ketika saya menerangkan Teknik dan

32
lakuan yang betul. Murid ini juga tidak mahu melakukan aktiviti yang
dilakukan.

5.1.2 Temubual
Dengan cara menemubual, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas
dan dekat kenapa murid ini bermasalah. Mereka lebih cenderung untuk
berasa bosan dengan guru, tidak faham apa yang diajar, tidak minat dengan
subjek.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH


5.2.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian, saya mendapati 1 orang murid akan berkhayal
tengok di tempat yang lain tsemasa guru menerangkan teknik larian, 5 orang
murid akan berbual semasa PdP PJ, 3 orang murid tidak fokus semasa PdP
dan 7 orang murid tidak ingin melakukan larian.

5.2.2 Temubual
Melalui temubual yang dilakukan, saya mendapati 20% bosan dengan
cara guru mengajar, 50 % tidak faham apa yang diajar dan 30% tidak minat
dengan subjek.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Tindakan yang saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan
mengadakan program ”‘sifir situ sana sini’ dimana setiap murid akan ada buku
semakan hafalan sifir yang ditandatangani oleh guru. Murid yang berjaya menghafal
semua sifir akan diberi ganjaran badge sifir. Saya juga akan mengajar murid cara
menyelesaikan operasi darab dan bahagi yang paling mudah serta menerapkan
keseronokan ketika sesi PdP.

5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK


MENANGANI ISU
5.4.1 Pertandingan larian 100 meter mengikut kelas
 Murid perlu membuat larian 100 meter.
 Guru menyediakan jarak sebelum murid melakukan larian.

33
 Murid menunjukkan semangat yang berkobar-kobar dan membuat larian
yang baik.
 Guru menilai larian melalui pemerhatian.
 Murid yang berjaya melakukan larian dengan teknik yang betul akan
diberi ganjaran hadiah peralatan sukan.

PEMERHATIAN

 Hasil daripada pemerhatian saya, murid didapati lebih bersemangat dan


bermotivasi untuk melakukan larian yang terbaik dan sempurna apabila
mereka tahu akan ada ganjaran. Hal ini mendorong mereka untuk
mengasah potensi dalam diri murid seterusnya murid dapat mengaktifkan
diri dalam pelbagai suka.

REFLEKSI

 Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk membuat


larian. Ini memberikan kepuasan kepada saya.

5.5 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN


(i) Pencapaian murid
- Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada
Latihan yang diberikan kepada murid, prtandingan larian 100 meter
semasa sesi PdP didapati mempunyai peningkatan yang
memberangsangkan.

(ii) Aktiviti yang dijalankan


- Murid dilihat tertarik dan lebih yakin untuk melakukan larian dengan
Teknik yang betul setelah diajar dengan jelas dan ditunjukkan
demonstrasi kepada murid.

(iii) Kajian tindakan ini.


- Saya amat yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi manfaat
kepada murid-murid. Ini juga membantu saya melihat kejayaan murid dan

34
seterusnya memberikan kepuasan kepada saya setelah melihat murid
berjaya.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang sering
dihadapi oleh saya dalam proses PdP. Masalah ini sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi
murid-murid saya. Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan
kepada cara-cara untuk melakukan Teknik sepakan bola yang betul. Ini kerana, melalui
pemerhatian saya, saya dapati masih ramai murid belum mempunyai pengetahuan yang
tinggi tentang sukan bola sepak dan hanya tahu bermain sahaja apabila diberikan bola
sepak. Dengan kajian ini, saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut dan dapat
membantu murid menguasai lebih banyak kemahiran dan Teknik sepakan bola sepak.

7.0 RUJUKAN
Baba, N. (2014, June 5). Kajian pelaksanaan pbs 2014. Kajian pelaksanaan pbs.
https://www.slideshare.net/norzamzilababa/kajian-pelaksanaan-pbs-2014
G. (2021, March 4). PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (AutoRecovered) -
PDFCOFFEE.COM. Pdfcoffee.Com. https://pdfcoffee.com/pengalaman-berasaskan-
sekolah-autorecovered-pdf-free.html
Black & Stevenson (2012). A model for inclusion in physical education and sport. Retrieved
24 August 2017, from http://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=
http://www.englandathletics.org/shared/getfile.ashx%3Fitemtype%3Ddocument%26id
%3D10176&ved=0ahUKEwiPlciWyYjWAhXCOY8KHavzAXsQFgiaATAS&usg=AFQj
CNE6XB2UPaOobH7ZHWB 6oS8kRUIiTA
Gage, N. & Berliner, D. (1991). Educational Psychology (Edisi Kelima). Boston: Houghton,
Mifflin.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Retrieved 22 August 2017, from Pelan
PembangunanPendidikanMalaysia:http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/
articlefile/2013/articlefile_file_003 107.pdf
Mosston, M & Ashworth, S. (2002). Teaching Physical Education. Retrieved 24 August 2017,
from https://books.google.com.my/books?redir_esc=y&id=LdjtAAAAMAAJ&focus=
searchwithinvolume&q=style
Piaget, J. (1962). Play, Dream & Imitation in Childhood. New York: Norton

35
Richland. (1965). Management of Educational Innovation. Retrieved 23 August 2017, from
http://eprints.ioe.ac.uk/19053/1/261060.pdf
Yee, K. L. (2013). Manual Kecergasan Fizikal. Retrieved 23 August 2017, from
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Nota%201B.pdf

LAMPIRAN

36
Sesi kolaboratif Bersama GPK Pentadbiran Sesi kolaboratif Bersama GPK HEM

Sesi kolaboratif Bersama GPK Koku Sesi kolaboratif Bersama Guru Bimbingan

Prasekolah Tempat letak kenderaan guru

37
Bengkel RBT Bilik Guru

Bilik SPBT Pejabat Sekolah

Kelas $ Cemerlang Papan Kenyataan 4 Cemerlang

38
Bangunan sekolah (atas) Tapak Perhimpunan

Bilik gerakan Makmal Komputer

Tandas Guru Makmal Sains

Kantin Sekolah Padang Sekolah

39

Anda mungkin juga menyukai