Anda di halaman 1dari 5

2021172400030 PJMS2063R

ISU DALAM PENDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Skrip Penulisan Video Pembentangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Puan Noor Marlina Binti


Mohamed Nor selaku Pensyarah bagi matapelajaran PJMS2063R (Kurikulum PJPK
SK). Terlebih dahulu, saya akan memperkenalkan diri sebelum meneruskan
pembentangan saya. Nama saya Anis Afifah Binti Hamzah dari kelas D1.3. Pada
hari ini, saya akan mengulas tentang isu dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
(Slide 1)

Dalam tugasan ini, saya memilih isu yang sering berlaku dalam matapelajaran
Pendidikan Kesihatan. Isu yang saya pilih dan ingin ditekankan ialah berkenaan
dengan pendedahan secara praktikal tentang Pertolongan Cemas. (Slide 1)

Mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi


matapelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 6, murid akan mempelajari tentang peti
pertolongan cemas dan cara mengaplikasi. Persoalannya, adakah murid betul-betul
diberi pendedahan cara untuk melakukan bantuan awal secara praktikal? Isu
tentang pendedahan secara praktikal tentang Pertolongan Cemas akan timbul
apabila murid tidak dapat praktikkan apa yang telah dipelajari. Murid tidak diberi
pendedahan secara praktikal dalam melaksanakan bantuan kecemasan. (Slide 2)

Dalam DSKP matapelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 6, bagi tajuk


Pertolongan Cemas, Standard Kandungannya ialah; 3.3 Mengetahui asas
pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi. Bagi
Standard Pembelajaran pula; 3.3.1 Mengenal pasti kandungan peti pertolongan
cemas yang lengkap serta fungsinya. 3.3.2 Mengaplikasikan penggunaan peti
pertolongan cemas dalam bantu mula. 3.3.3 Mengaplikasikan penggunaan bahan
alternatif dalam bantu mula sekiranya tiada peti pertolongan cemas. Dan yang
terakhir, bagi Standard Prestasi pula; pada tahap penguasaan 1, murid berupaya
untuk melabelkan bahan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas. Bagi tahap
penguasaan 2pula, murid dapat menerangkan kegunaan bahan yang terdapat dalam
peti pertolongan cemas. Pada tahap penguasaan 3, murid boleh menunjuk cara
penggunaan bahan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas mengikut situasi
2021172400030 PJMS2063R

kecederaan. Jika murid dapat menjelaskan melalui contoh penggunaan bahan


alternatif dalam bantu mula sekiranya tiada peti pertolongan cemas, murid berada di
tahap penguasaan 4. Pada tahap penguasaan 5, murid boleh mengesyorkan bahan
alternatif yang sesuai dalam bantu mula mengikut situasi. Murid akan mendapat
tahap penguasaan 6 apabila Berjaya menghasilkan karya mengenai kecederaan dan
cara bantu mula. (Slide 3)

Melalui DSKP, kurikulum mestilah seiring seperti dalam Buku Teks. Disini
saya sertakan gambar Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 6 muka surat 59
sehingga 65. Dalam Unit 10 yang bertajuk ‘Bijak Memilih’ pada muka surat 59
sehingga 61, murid akan mempelajari subtopik ‘Setiap Isi Ada Isi’ dimana murid
diberi pengenalan tentang item yang ada di dalam peti pertolongan cemas.
Seterusnya, pada muka surat 63, murid akan diajar cara untuk menggunakan item di
dalam peti pertolongan cemas dalam subtopik ‘Aksi Si Penyelamat’. Akhir sekali,
murid akan diberi pendedahan tentang penggunaan item ke atas beberapa
kecederaan dalam subtopik ‘Bantu Mula Menyelamatkan Nyawa’ pada muka surat
62. Murid juga akan diajar cara untuk mengaplikasikan peralatan jika tiada peti
pertolongan cemasa dalam subtopik ‘Tiada Rotan, Akar pun Berguna’ pada muka
surat 64 dan 65. (Slide 4)

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang isu ini, saya akan
terangkan konsep pertolongan cemas secara ringkas terlebih dahulu. Apa itu
Pertolongan Cemas? Pertolongan Cemas diertikan sebagai Bantuan Permulaan
atau Bantu Mula atau Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang
mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut
atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans,
doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. (Slide 5)

Apabila kita sebut tentang Pertolongan Cemas, sudah semestinya aka nada
tujuannya. Apakah tujuan Perolongan Cemas? Tujuan Pertolongan Cemasa sudah
semestinya untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit. Dengan Pertolongan
Cemas juga, ia akan mengurangkan kesakitan pesakit. Seterusnya, Pertolongan
Cemas dapat mengelakkan daripada keadaan menjadi bertambah teruk dan juga
akan membantu pesakit untuk mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit
ke hospital. (Slide 6)
2021172400030 PJMS2063R

Baiklah, seterusnya saya akan mengulas kembali tentang isu yang ingin
ditekankan disini. Isu yang sering timbul ialah, murid hanya belajar secara teori di
dalam kelas tanpa menunjukkan cara lakuan secara praktikal. Kebanyakan guru
sering membuat pengajaran secara teori berdasarkan buku teks tanpa menunjukkan
teknik lakuan secara demonstrasi tentang bagaimana untuk mengaplikasikan item
dan peralatan pertolongan cemas mengikut situasi dan kecederaan yang berbeza.
(Slide 7)

Hal ini akan memberi kesan kepada murid. Yang pertama, murid tidak akan
mendapat pengetahuan yang luas tentang bantuan kecemasan. Murid hanya akan
tahu melalui teori sahaja tetapi mereka tidak tahu untuk mengaplikasikannya
mengikut situasi kerana tidak pernah dipraktikkan secara praktikal. Kesan yang
kedua kepada murid ialah murid akan menjadi tidak mahir untuk menggunakan
peralatan di dalam peti bantuan kecemasan. Mungkin akan ada murid yang tidak
pernah lihat sekalipun peti pertolongan cemas secara fizikal apatah lagi untuk
menggunakan setiap item di dalam peti pertolongan cemas tersebut. Kesan yang
ketiga, murid tiada kemahiran dan teknik serta cara lakuan yang betul untuk
melakukan bantuan kecemasan. Apabila tidak didemonstrasikan secara praktikal,
murid tidak pernah merasa untuk membuat pertolongan cemas lalu ia tidak dapat
dipraktikkan kemahiran tersebut jika berlaku sebarang kecemasan atau mungkin
boleh menyebabkan kecederaan menjadi lebih serius apabila tiada kemahiran
praktikal. (Slide 8)

Dalam setiap isu pasti akan ada masalah yang dihadapi. Satu masalah yang
sering dihadapi oleh guru ialah peralatan yang tidak mencukupi untuk digunakan
ketika memberi pendedahan secara praktikal. Hal ini akan menjadi sebab utama
guru tersebut tidak dapat mengajar atau mendemonstrasikan secara praktikal.
Tetapi, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. (Slide 9)

Untuk mengatasi masalah atau isu ini berlaku, yang pertama sekali, peranan
guru adalah untuk menunjukkan dan menerangkan bahan maujud kepada murid
iaitu peti bantuan kecemasan supaya murid boleh pegang dan lihat dengan mata
kasar setiap item yang ada di dalam peti pertolongan cemas tersebut. Yang kedua,
guru berperanan untuk menerangkan setiap fungsi peralatan di dalam peti bantuan
kecemasan. Apabila sudah ditunjukkan setiap item di dalam peti kecemasan, guru
2021172400030 PJMS2063R

perlu menerangkan semula apa kegunaan bagi setiap item di dalam peti pertolongan
cemas tersebut. Yang ketiga, guru perlu menunjukkan cara penggunaan peralatan
tersebut secara praktikal. Setelah menerangkan fungsi, guru boleh membuat
demonstrasi cara penggunaan kepada murid supaya murid boleh ikut demonstrasi
tersebut. Murid boleh dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk melakukannya
Bersama rakan. Yang keempat, guru perlu memberi contoh situasi dan murid perlu
lakukan secara praktikal. Setelah murid membuat demonstrasi dari apa yang guru
tersebut ajari, guru boleh memberi beberapa contoh situasi kecemasan atau
kemalangan seterusnya murid boleh cuba untuk mengaplikasikan secara praktikal
tentang apa yang telah dipraktikkan. (Slide 10 – 11)

Ketika waktu kecemasan dan tiada Kit Pertolongan Cemas, kita perlu bertindak
pantas dan menggunakan apa sahaja yang ada di hadapan mata kita untuk
menyelamatkan nyawa. Sebagai info tambahan, jika terdapat masalah seperti tiada
peralatan, guru boleh gantikan peralatan yang sedia ada contohnya jika tiada kain
anduh, boleh gunakan baju dan jika tiada splint boleh gunakan kotak. (Slide 12)

Apa yang saya dapat rumuskan disini, pertolongan cemas pada masa kini
bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ianya sudah mula menjadi perhatian dan berada
dalam pandangan umum. Tidak seperti zaman dahulu di mana pertolongan cemas
dianggap sebagai satu bidang tugas bagi doktor atau pegawai perubatan sahaja.
Pendedahan Pertolongan Cemas sangat penting diberi sejak di sekolah rendah lagi
kerana murid bukan hanya akan mengaplikasikan di sekolah, tetapi kemahiran ini
akan tetap dipakai di luar bilik darjah. Kini, pertolongan cemas merupakan satu
keperluan bagi setiap anggota masyarakat. Ini kerana, ia mendatangkan pelbagai
manfaat yang berguna dan menguntungkan, bukan sahaja bagi individu itu sendiri
malahan kepada masyarakat di sekelilingnya. (Slide 13)
2021172400030 PJMS2063R

Anda mungkin juga menyukai