Anda di halaman 1dari 10

Ke Arah Penyeliaan Sekolah Yang Efektif

Oleh Ahmad Sabu

Mukadimah Kebelakangan ini telah banyak diperkatakan tentang sekolah berkesan atau efektif oleh para cendekiawan dan pendidik sarwarjagat. Pergerakan sekolah berkesan telahpun dipelopori oleh para pendidik di Barat khususnya England dan Amerika Syarikat setelah berlakunya fenomena menganggap bahawa sekolah telah gagal memainkan peranannya sebagai institusi Pendidikan dalam mengajar dan memasyarakatkan murid. Justeru, wujud pemikiran-pemikiran berani supaya dihapuskan sistem persekolahan dalam masyarakat kerana sekolah sebagai institusi Cuma berfokus kepada persijilan dan kelulusan Diploma Disease (Dore, 1976) dan buruknya bila sekolah telah menjadi tempat yang merosakkan dan menggagalkan pelajar-pelajar (Holt, 1969). Namun begitu, selagi tiada cara atau sistem mendidik yang lain dalam masa yang terdekat ini, pesekolahan akan terus wujud dan anak-anak kita akan terus mendapat Pendidikan di sekolah-sekolah walaupun sudah wujudnya kelompok masyarakat yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah, sebaliknya diberi didikan sendiri di rumah oleh ibu bapa masing-masing (Meighan, 1981). Sekolah sebagai sebuah organisasi adalah unik kerana selain mempunyai cirri-ciri tertentu seperti maklamat (Goals), sekolah juga mempunyai aktiviti-aktiviti yang tersusun dan berjalan terus menerus, terdapatnya pengkhususan kerja, dan penyelarasan tenaga-tenaga khursus di kalangan anggota-anggotanya (Dean & Rosalen, 1972). Sebagai sebuah organisasi sekolah mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri lagi unik yakni ia memperoses manusia pelajar-pelajar dan melayan pelanggan-pelanggannya, yakni golongan tertentu dalam masyarakat tertentu dalam masyarakat tertentu di sekitarnya (Hicks, 1972).

Sekolah Efektif Banyak telah diperkatakan tentang sekolah efektif telahpun didedahkan khasnya dalam seminar sekolah efektif yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan di IAB pada

1314 Julai 1995 dan 14-16 November 1996. baru-baru ini Jabatan Pendidkan Perlis pada 3-4 Mac 1998. pada asasnya sekolah efektif dimengertikan sebagai: a school which student progress further than night be expected from consideration under taking (Peter Mortimore,19910 A high performing school, through its well-established system promotes the highest academic and other achievements for the maximum number of students regardless of its socio-economic background of the families,. (Peter Mortimore,1996)

Terdapat banyak cirri sekolah cirri sekolah efektif seperti yang diperolehi daripada dapatan kajian Peter Mortimore (1991) Antara cirinya ialah: Sekolah adalah halatuju dan visi/matlamat Sekeliling yang selamat dan menggalakkan, dan adanya disiplin dan keteraturan di kalangan pelajar dan staf Ada kepimpinan pentadbiran Ada hadiah dan galakan kepada staf dan pelajar Penurunan kuasa kepada staf Sekeliling sekolah yang positif Sekolah mempunyai matlamat dengan gelagat yang jelas Sekolah mempunyai fokus sistemnya tersendiri Pelajar ada peluang memikul tanggungjawab Guru mengamalkan strategi-strategi pengajaran Kekerapan memantau atau memeriksa kerja-kerja pelajar Kurikulum sekolah yang terancang dan bersepadu Kekerapan memantau kerja rumah pelajar Memberi tumpuan kepada masa belajar dan sokongan dan penglibatan masyarakat dalam pembelajaran dan Pendidikan anak-anak.

Sekolah berkesan hendaklah mempunyai proses-proses keberkesanannya. Punkey dan Smith (1983) mengenalpasti ciri-ciri prosesnya seperti berikut: Adanya perancangan secara kolobaratif dan ada hubungan kesejawatan di kalangan kakitangannya Semangat kesepaduan dan kekeluargaan yang tinggi dan mantap di kalangan stafnya Matlamat sekolah jelas difahami dan dihayati oleh semua kakitangan Ada penghargaan yang tinggi terhadap setiap sumbangan kakitangan, dan Sekolah dalam keadaan tenteram dan teratur di mana guru dan murid-murid mempunyai disiplin yang tinggi. Mereka juga berpendapat sekolah sebagai organisasi o o o hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut untuk memastikan keberkesanan: Staf hendaklah stabil dan tidak banyak perubahan dan perpindahan berlaku Pembangunan staf dari segi perkembangan professional dan kendiri hendaklah diberi perhatian Cara dan penekanan pengurusan hendaklah berasaskan sekolah dan bukannya pengalaman asing yang menakutkan dan mengelirukan. Sekolah berkesan biasanya terlahir daripada pengurusan yang berkesan. Ini bermakna pengetua atau guru besar hendaklah berkesan pula orangnya. Mengikut Little dan Bird (1987) pengetua yang berkesan hendaklah mempamerkan kualiti-kualiti kepimpinan yang tinggi dan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk memimpin. Antara lain beliau hendaklah tabah bertindak ketika menghadapi cabaran. Ini bermakna kepemimpinan sekolah menurut kewibawaan dan hemah tinggi pengetuanya. Blumberg dan Greenfield (1986) berpendapat antara ciri penting pengetua yang berkesan ialah bijak dan pintar bertindak dan berinisiatif tinggi. Ini penting andainya sekolah sekolah hendak bergerak maju dan melahirkan pelajar yang berbeza dan berintegriti selepas tamat persekolahan mereka. Ubber dan Hughes (1987) pula menegaskan pengetua yang berkesan hendaklah bekerja keras dengan bijak dan menjadi contoh atau model yang baik kepada stafnya. Ini penting kerana pengetua sebagai model atau contoh hendaklah mempamerkan sikap dan tabiat yang terpuji, beradab, sabar, reda, tawakal, serta pemurah. Inilah yang dimaksudkan oleh Maryam Shafie (1997) sebagai salah satu ciri penting pemimpin yakni menjaga ibadah dan mempertingkatkan keimanan. Seseorang

yang hendak melayakkan dirinya sebagai pemimpin mestilah mempunyai hubungan hati yang kuat dengan Allah s.w.t. Tuhannya. Ini amat penting kerana tanpa bantuan Allah s.w.t., dia akan menghadapi jalan buntu untuk menyelesaikan masalah. Orang yang mencintai Allah s.w.t, atau takut kepada Allah s.w.t., sabar, reda, tawakal, pemurah dan penyayang boleh berlapang dada semasa berhadapan dengan pelbagai macam keadaan sama ada susah atau senang. Dia adalah seorang yang pemaaf dan suka meminta maaf bertolak ansur dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri takwa yang mesti menjadi pakaian seorang pemimpin. Cirri-ciri lain yang beliau syorkan yang perlu ada pada pemimpin ialah: Mesti ada buah fikiran atau idea Mampu menyimpulkan ikatan kasih sayang sesama anak buahnya Peka dengan masalah anak buah dan pandai mengatasinya Bijak menegur kesilapan anak buahnya Faham isu semasa Menjadi penaung

Bennis (1985) pula menambah pengetua yang berkesan hendaklah memberi peluang kepada guru-guru dan sifatnya menonjolkan kepmpinan mereka. Sehubungan ini guruguru hendaklah diberi peluang dan kesempatan untuk memimpin dan dilibatkan dalam membuat keputusan. Bennis juga berpendapat pengetua yang berkesan mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formalnya. Pendek kata pengetua hendaklah bijak memainkan peranannyasbg pemimpin organisasi, dan sebagai seorang professional dan individu. Ciri-ciri lain yang perlu ada pada pengetua berkesan mengikut Bennis ialah pengetua hendaklah mempunyai kemahiran interpersonal, ramah dan baik hati, selain daripada proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tugasnya yakni kebertanggungjawaban profesional. Sekolah merupakan organisasi Pendidikan yang unik dan kompleks. Ini bermakna pengetua hendaklah juga menjadi penyelia yang efektif untuk mempastikan organisasinya berjalan baik dan segala sumber diurus dengan berkesan. Sebenarnya dalam sekolah atau organisasi Pendidikan yang lain banyak aspek negatif yang wujud dan terjadi. Bajuid (1995) mengenal pasti pelbagai aspek negatif dalam organisasi Pendidikan. Antaranya adalah:

Ketidakjelasan matlamat Ketidaklibatan manusia Ketiadaan haluan dan arah Ketidaksegenapan perancangan, perlaksaan, dan tindakan susulan Ketidakteraturan prosedur kerja Ketidakefisienan dan ketidakberkesanan kerja Ketiadaan criteria untuk membuat keputusan Ketiadaan kesenambungan rekod dan ingatan bersama Ketidaktelitian dan ketidakhalusan hasil kerja Ketidakcemerlangan hasil kerja Ketidakhairanan dan keterbiaran sumber serta keadaan Ketiadaan fakta, nadi atau sumber rujukan kepemimpinan (professional) Ketiadaan kepakaran dan sumber kebijaksanaan Ketidakpenghargaan sumbangan dan maruah manusia Ketiadaan cirri-ciri kekucindanan Ketiadaan idealisme dan misi masa depan Ketidakpemupukan kreativiti Ketiadaan pegangan profesinalisme Ketiadaan penilaian dalaman

Semua ini berlaku kerana ketidakberkesan penyeliaan dalam organisasi sekolah. Justeru, penyeliaan yang efektif adalah kritikal supaya ketidaksempurnaan atau kecacatan yang berlakun dalam pengurusan sekolah dapat dihindari dan di atasi.

Penyeliaan Efektif Sekolah berkesan memerlukan pengetua sebagai penyelia yang berkesan kerana sebahagian besar tugasnya sebagai pengetua adalah menyelia. Sebagai penyelia beliau perlu berada di bahagian hadapan pengurusan dan bertanggungjawab terhadap kumpulan pekerja (staf dan guru) dan juga untuk pengurusan lain di peringkat yang lebih tinggi (Andair, 1992). Terdapat banyak faktor yang menyebabkan guru dan kakitangan gagal menyumbang kepada sekolah tempat mereka bertugas. Antaranya:

Tempat kerja yang tidak menyenangkan Takut kepada pembuangan kerja, perubahan dan ketidakcekapan dan sebagainya Kebosanan Kerunsingan peribadi Penyeliaan yang buruk Rasa tidak penting Tiada esentif/galakan Hubungan yang buruk dengan rakan sejawat Kurang maklumat mengenai pekerjaan dan organisasi keseluruhannya

Semua faktor di atas merupakan penghalang kepada penglibatan yang tinggi kepada guru dan kakitangan untuk menyumbang kepada sekolah. Pengetua yang peka dengan masalah anak buahnya tidak akan membenarkan faktor-faktor di atas menghantui guruguru dan kakitangan di bawah jagaannya. Mungkin kita boleh belajar daripada cerita kejayaan seseorang pengetua Geoff Hampton di Northicote School, Wolverhampton, England. Beliau telah berjaya mengubah sekolah itu daripada sebuah sekolah yang merupakan The first in Britain to be named and shamed kepada sebuah sekolah yang berjaya dalam masa 4 tahun. Pada tahun 1998 beliau telah menganugerah gelaran Sir oleh Ratu Elizabeth sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan kejayaan beliau, anugerah penghormatan yang tertinggi dan pertama diterima oleh seseorang pengetua dalam sejarah Pendidikan di England. Apakah ciri-ciri kejayaan Sir itu? Antaranya beliau mengamalkan pengurusan dan penyeliaan dengan keluar dari pejabatnya dan bersama guru-gurunya untuk melaksanakan kawalan ke atas disiplin pelajar. Geoff Hampton mengurus dan menyelia dengan berjalan di kawasan sekolahnya kerana beliau berpendapat the desk is dangerous place to view the world. Ini merupakan konsep management by walking about (MBWA). Pengetua sebagai penyelia hendaklah berusaha untuk mewujudkan suasana kerja yang baik dan betul dan menyediakan peluang kepada setiap individu untuk mencapai kepuasan bekerja. Banyak caranya untuk mencapai tahap sebegini dan di antaranya adalah: Bantu orang bawahan untuk memahami bahawa bekerja boleh memuaskan dan merupakan sebahagiain daripada hidup

Nyatakan tujuan yang jelas di mana sumbangan boleh dinilai Pertimbangan pelbagai galakan (tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit) Pujilah kejayaan staf di mana perlu Maklumkan setiap pembaharuan dan perubahan supaya mereka rasa selamat dalam pekerjaan mereka Hormatilah staf dan layanilah mereka sebagai individu Libatkan mereka dalam keseluruhan kerja, supaya mereka mewujudkan minat terhadap kerja yang mereka buat Peka dengan keadaan tempat kerja dan mohon cadangan untuk memperbaiki keadaan dan wujudkan sistem untuk memperbaiki keadaan dan wujudkan sistem untuk menggalakkan pekerja dan sebagainya.

Antara peranan kritikal pengetua dalam mewujudkan penyeliaan yang berkesan ialah memberi ruang dan kesempatan kepada stafnya untuk memajukan diri. Mengikut Adam (1992:13) terdapat dua cara penyelia boleh memajukan individu yakni dengan menugaskan kerja dan kuasa (delegation) dan penilaian (appraisal). Ramai penyelia percaya mereka telah menurunkan kuasa tetapi sebenarnya mereka Cuma memperuntukkan kerja, kerana penurunan kuasa itu tidak bersama tanggungjawab dan kuasa. Andainya penyelia hendak menurunkan kuasa dengan jayanya penyelia hendaklah membuat keputusan apa yang hendak diserah bersama tanggungjawab dan kuasa. Dalam pengurusan yang efektif pemimpin hendaklah menurunkan tugas, tanggungjawab dan kuasa kerana ia merupakan satu sistem latihan kepimpinan dalam organisasi. Tambahan pula dalam organisasi sekolah adalah penting bagi seseorang pengetua mengurus, mentadbir dan menyelia sekolahnya seorang diri. Beliau mesti menugaskan kerja dan kuasanya apatah lagi dalam sistem pengurusan danpentadbiran sekolah kita kini sudah ada peruntukan untuk jawatan penolong kanan atau penolong guru besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (PK Koku). Komunikasi juga merupakan faktor kritikal dalam pengurusan penyeliaan yang efektif. Pengetua yang mahu berjaya dalam penyeliaan sekolahnya hendaklah berkomunikasi dengan baik dan efektif dengan semua guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar. Adam (1992) mengesorkan 3 cara penyelia boleh berkomunikasi dengan efektif dalam organisasi. Cara-cara yang disyorkan adalah:

Berkomunikasi secara bersemuka Melalui perbincangan dalam mesyuarat staf atau wakil-wakil staf Melalui media massa seperti papan kenyataan, jurnal dalaman dan sebagainya.

Komunikasi dan perhubungan merupakan cirri pengurusan yang tidak boleh dipisah daripada kepimpinan. Kemahiran-kemahiran bercakap bercakap dan mendengar adalah penting tetapi sistem-sistem komunikasi yang efektif tidak boleh dipandang remeh; contohnya taklimat kumpulan. Inilah satu-satunya sistem yang mempastikan setiap penyelia dapat menghimpun orang-orangnya dengan cara yang kerap dan menyampaikan maklumat mengenai perkembangan, dasar dan perkara-perkara yang ada hubungkait dengan kebajikan dan kemajuan individu sebagai pekerja. Kepimpinan bukanlah cara untuk mencari populariti. Sudah mencukupi seandainya seseorang pemimpin itu dihormati dan disegani. Kalau wujudnya pandangan hormat dan harga diri yang tinggi ia merupakan bonus yang menguntungkan dan mengembirakan. Seseorang pemimpin akan mempunyai keberanian moral untuk berhadapan dan menangani keadaan-keadaanya tidak menyenangkan. Justeru, penyelia sebagai pemimpin hendaklah tahu dasar-dasar dan kemahiran-kemahiran yang betul untuk mengambil tindakan tatatertib atau disiplin. Andainya beliau hendak menjadi penyelia yang efektif beliau hendaklah benar-benar mengetahui Perintah Am dan dokumendokumen lain yang ada hubungkait dengan tindakan tatatertib. Hanya dengan cara ini beliau akan berjaya sebagai penyelia, dihormati dan disegani bukannya ditakuti. Barulah beliau dapat mewujudkan semangat bekerja bersama beliau dan bukannya bekerja untuk beliau. Antara masalah yang paling menyakitkan hati pengetua sebagai penyelia ialah tingkahlaku ponteng tugas atau tuang kerja. Sekolah merupakan organisasi di mana ponteng kerja tidak boleh di atasi dengan serta merta apatah lagi untuk mencari guru pengganti. Paling adapun cuma dengan mengarah guru lain yang tidak mangajar untuk memasuki dan mengawal kelas yang tidak mempunyai guru itu. Sebenarnya sikap sebegini tidak professional dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sistem di negara kita belum dapat membolehkan pengetua mengambil guru dengan serta merta untuk menggantikan guru yang tidak dating bertugas kerana pelbagai sebab dan alasan itu. Dalam banyak hal amalan yang sedia ada perlu dikaji semula untuk memastikan sekolah dapat berjalan tanpa adanya guru atau kakitangan yang tidak datang bertugas

atau tuang kerja. Mana-mana organisasi akan menghadapi kesulitan andainya terdapat pekerja yang tidak mempunyai motivasi kendiri untuk bekerja. Penutup Pengetua merupakan pengurus professional yang terlibat secara aktif dalam penyeliaan organisasinya. Justeru, beliau mempunyai tiga aspek tanggungjawab kepimpinan yakni memenuhi tuntutan tanggungjawab, membina organisasinya dan memajukan individu dalam organisasinya. Sehubungan ini sangat perlu bagi pemimpinpemimpin seperti pengetua dan guru besar, bahkan penolong-penolong kanan diberi latihan yang sewajarnya. Kita tidak boleh membiarkan pengetua sebagai penyelia menjaga dan menyelia para guru dan stafnya tanpa diberikan latihan kepenyeliaan dalam kemahiran kepegawaian. Dasar Kementerian Pendidikan melalui IAB untuk melatih para pengetua dan guru besar sebelum mereka dilantik ke jawatan penting bagi mencabar itu merupakan langkah sihat untuk memastikan sekolah-sekolah kita di seluruh negara diuruskan oleh professional-profesional yang berwibawa dan berkesan, bukannya guru-guru yang tidak berpengalaman yang tidak mendapat latihan kepengurusan dan kepenyeliaan. Sekolah-sekolah kita bukan tempat atau organisasi untuk menghimpunkan ketidakcekapan dan ketidakwibawaan pengetua, pengurus, dan penyelia. Sekolah merupakan organisasi yang menuntut pengurusan dan penyeliaan yang cekap, cemerlang dan gemilang.

Sumber : Ahmad Sabu, (1998). Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan, Institut Aminudin Bak Kementerian Pendidikan Malaysiai, Jilid 08, Bil. 01

Rujukan Adam, John. (1992). The Effective Supervisor. Pelanduk Publications, KL Bajunid, Ibrahim Ahmad. (1995). Amalan dan Cabaran Pengurusan Pendidikan di Malaysia, Satu Tinjauan Kritikal Dalam Jurnal Pengurusan Pendidikan. (IAB Dis. 1995) Deal, T. & Rosalen J. (1992). An Organizational Perspective on Planning and Problem Solving in Schools Dore.R. (1976). The Diploma Disease. George Allen & Unwin Ltd Hicks, H.G. (1972) What is an Organization? In the Management of Organizations (New York) Illich, I. (1971) Deschooling Society Mortimore, Peter. (1996). Key Characteristics of Effective Schools. Kertas kerja yang dibentangkan diseminar Sekolah Efektif di IAB 13-14 Julai 1995 Purkey, S. dan Smith, M. (1983). Effective School: A Review Elementary School Journal, 83 (427-452)

Anda mungkin juga menyukai