Anda di halaman 1dari 3

PERBAHASAN TELEVISYEN MENDATANGKAN LEBIH BANYAK KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN (PENCADANG) Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan

n pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, barisan pembangkang, seterusnya hadirin yang saya hormati sekalian. Selaku pencadang, saya amat bersetuju dengan tajuk perbahasan kita pada hari ini iaitu Televisyen Membawa Lebih Banyak Kebaikan daripada Keburukan. Hadirin sekalian, Setiap hari kita dapat mengikuti siaran berita yang akan ke udara di kaca televisyen. Ini membolehkan kita mengetahui perkembangan semasa di dalam dan luar negeri. Kita dapat mengetahui pelbagai peristiwa yang berlaku seperti kemalangan, bencana alam, dan kehidupan masyarakat. Hal ini menjadikan kita luas pengetahuan dan tidaklah seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, televisyen juga menayangkan pelbagai rancangan yang dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita. Sebagai contoh, rancangan National Geographics membolehkan kita menambahkan lagi pengetahuan tentang flora dan fauna di seluruh dunia. Program seperti Forum Perdana dan Al-Kuliyyah pula dapat meningkatkan lagi pengetahuan kita tentang agama Islam. Hadirin yang saya hormati, Peluang-peluang pekerjaan dan pendidikan juga sering dihebahkan di televisyen. Oleh sebab itu, orang ramai dapat mengetahui maklumat tentang bidang pekerjaan dan pendidikan yang boleh diceburi. Hal ini dapat mengurangkan masalah pengangguran di negara kita. Taraf pendidikan warga negara kita juga akan meningkat. Di samping itu, televisyen juga merupakan media penting dalam memberikan hiburan kepada kita. Selepas penat belajar atau bekerja, kita dapat merehatkan minda dengan menonton televisyen. Antara rancangan yang dapat merehatkan minda termasuklah drama masyarakat, rancangan-rancangan berbentuk rencana, dan rancangan hiburan. Kesimpulannya, televisyen memang mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Oleh, itu gunakanlah televisyen dengan sebaikbaiknya.

KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH

Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Namun begitu, kita juga boleh membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke sekolah sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kita. Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat menjimatkan wang kita. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh disimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-kelamaan wang tabungan kita akan bertambah, seperti kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh ibu kita semestinya sedap dan berkhasiat. Ini dapat mengelakkan kita daripada terkena keracunan makanan. Kita juga akan lebih berselera untuk menikmati makanan yang dimasak oleh ibu pada waktu rehat. Di samping itu, kita tidak perlu lagi berebut-rebut atau beratur untuk membeli makanan di kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang dibawa dari rumah. Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu, kita masih ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan. Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-kawan kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akan menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang antara kita dan ibu juga akan bertambah erat. Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kita lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.

KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajar sendiri atau belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang pelajaran yang tidak kita fahami. Kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan. Oleh itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta dengan bantuan kawan-kawan kita. Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara berkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan penerangan yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang tidak memahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan memberikan penerangan yang dimintanya. Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk. Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualan dan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu, Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar. Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan kawan-kawan kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Perhubungan kita dengan kawankawan juga akan menjadi lebih erat. Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai