Anda di halaman 1dari 10

KEBURUKAN INTERNET

Internet merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam


era globalisasi ini. Kebaikan internet banyak tidak terperi, namun internet
juga mendatangkan keburukan kepada kita juga disalahgunakan. Oleh itu,
para pengguna perlu sedar akan keburukan internet supaya tidak
terjerumus ke dalam lembah yang mampu merugikan diri sendiri.

Pertama, tatkala pelajar asyik melayari laman web yang kurang berfaedah
dan bermain permainan video, mereka membazirkan masa yang berharga
dan turut mengabaikan pelajaran. Pelajar akan menghabiskan masa di
depan komputer dan akhirnya gagal dalam pelajaran. Misalnya, remaja
pada masa kini terlalu leka dalam dunia siber dan tidak sanggup membesar
menjadi modal insan yang bermutu.

Selain itu, internet menjadikan kita kurang bersabar. Hal ini disebabkan
pengguna telah biasa memperoleh maklumat yang diingini dan
menyiapkan sesuatu melalui internet dengan pantas. Namun, tatkala
maklumat tidak dapat diproseskan dengan cepat, kita akan mudah
mengalami kegusaran dan emosi kebosanan yang menggelegak. Lantas,
kita akan menjadi insan yang kurang bersabar dalam pergaulan seharian
dan tidak digemari orang kerana senantiasa menginginkan kepantasan
proses dalam kehidupan.

Seterusnya, remaja yang kurang berfikiran matang senang dipengaruhi


oleh unsur-unsur negatif yang dipaparkan dalam laman web internet.
Misalnya, paparan budaya kuning, aksi-aksi keganasan dan lain-lain.
Maka, remaja akan meniru aksi-aksi yang menjejaskan nilai murni yang
telah dipupuk dalam sanubari mereka sejak bangku sekolah.

Tuntasnya, internet merupakan media massa berteknologi yang


mendatangkan keburukan sekiranya disalahgunakan. Ibu bapa harus
berganding usaha dan menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa untuk
memantau anak-anak mereka yang sering melayari internet. Lantas, anak-
anak mereka tidak mudah terjerumus ke dalam lembah kejahatan
FAEDAH MEMBACA

Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah.


Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak
kelebihan dan manfaat.

Seseorang yang suka membaca mempunyai minda


yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah
dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu,
pemikiran kita senantiasa kreatif, kritis dan mempunyai
wawasan.

Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan


perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku
cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas
baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan
meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara
lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, amalan suka membaca boleh


menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka
membaca buku-buku tentang sains dan sejarah yang boleh kita
dapati di perpustakaan. Dengan itu, pengetahuan tentang
konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan
sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak


kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini
sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, "Membaca
Jambatan Ilmu"
KEBAIKAN KEGIATAN KOKO
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat
banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut
termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta
sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai
kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa


lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa
untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang
hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita
daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif
dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu,
kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar


menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti
pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar
menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga
boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal
yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan
belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita


dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk
mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk
berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian
kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan,
bersukan dan sebagainya.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai


kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan
aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-
anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu,
kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
KEPENTINGAN BERJIMAT CERMAT

Berjimat cermat membawa maksud berhemat atau berhati-hati


dalam penggunaan wang, elektrik, air ataupun lain-lain
keperluan seharian kita. Amalan berjimat cermat merupakan
satu amalan yang terpuji dan membawa pelbagai faedah
kepada kita.

Antara faedah amalan ini ialah kita dapat mengurangkan


perbelanjaan harian kita. Sekiranya kita berjimat cermat
sudah tentu perbelanjaan harian kita sekeluarga dapat
dikurangkan dan kita mempunyai lebihan wang. Lebihan wang
ini boleh kita simpan untuk keperluan pada masa kecemasan.

Seterusnya, amalan berjimat cermat dapat memupuk


sikap berdikari dalam diri setiap orang. Hal ini demikian
kerana orang yang mengamalkan sikap berjimat cermat sudah
pasti akan berusaha melakukan sendiri atau menyelesaikan
sendiri sesuatu perkara atau masalah tanpa mengupah orang
lain. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga
menambahkan pengalaman.

Selain itu, amalan berjimat juga boleh membantu negara


menjimatkan sumber. Sebagai contoh, sekiranya kita berjimat
cermat dalam penggunaan elektrik, air, dan petrol sudah pasti
sumber terpenting kehidupan kita ini akan dapat dijimatkan.
Secara tidak langsung kita membantu mengurangkan
perbelanjaan negara
Kesimpulannya, amalan berjimat cermat perlu menjadi amalan
setiap orang. Amalan yang mulia ini jika diamalkan membawa
seribu kebaikan.
KEBAIKAN MENONTON TELEVISYEN

Televisyen merupakan sejenis media yang memainkan


peranan penting dalam kehidupan kita.Pada masa kini,setiap
rumah sekurang-kurang mempunyai sebuah
televisyen.Tambahan pula,terdapat pelbagai kebaikan apabila
menonton televisyen.

Salah satunya ialah kita dapat mengetahui isu-isu


semasa.Ini kerana rancangan berita yang disiarkan melalui
televisyen membolehkan kita mengetahui hal ehwal semasa
yang berlaku di dalam negara dan di luar negara.Kita akan
menjadi lebih peka terhadap perkembangan semasa.Kita juga
boleh mendapatkan maklumat tentang ramalan cuaca apabila
menonton rancangan berita.

Selain itu,kita boleh mengurangkan stres apabila


menonton televisyen.Ini kerana terdapat pelbagai rancangan
yang disiarkan seperti rancangan jenaka,rancangan kartun dan
lain lain lagi.Ini akan membolehkan kita menenangkan fikiran
kita serta hati kita juga.Dengan ini,kita akan tidak berasa stres.

Di samping itu,kita boleh menambahkan


pembendaharaan kata kita.Ini kerana terdapat sesetengah
rancangan seperti Upin dan Ipin yang mempunyai bahasa baik
serta banyak nilai murni yang diperoleh.
Kesimpulannya,televisyen amat berguna dan penting kepada
kita.Kita perlulah pandai memilih rancangan televisyen yang
sesuai agar dapat memanfaatkan kita
KEBURUKAN MENONTON TELEVISYEN
Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang amat
berpengaruh kepada masyarakat masa kini. Hampir di setiap
rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Namun,
pernahkah kita terfikir akan keburukan televisyen ini kepada kita
semua?

Menonton televisyen membawa keburukan kepada kita


terutamanya kanak-kanak. Mereka banyak menghabiskan
masa di hadapan televisyen. Contohnya mereka leka
menonton rancangan-rancangan kartun dan hiburan. Akibatnya
mereka mengabaikan pelajaran dan hubungan sosial di
persekitaran kediaman mereka tidak berkembang.

Di samping itu, penonton juga mudah terpengaruh dengan


apa yang dipaparkan melalui televisyen. Mereka mudah
terpengaruh dengan iklan-iklan dan aksi-aksi yang ganas.
Dengan itu, mereka mudah meniru dan akan menjurus kepada
keruntuhan akhlak mereka.

Tambahan pula , kita turut disajikan dengan rancangan hiburan


di mana artis-artis memakai pakaian yang mendedahkan aurat,
mereka terpekik-pekik menyanyikan lagu-lagu yang
melalaikan, berpeluk-peluk lelaki dan perempuan, menyebut
perkataan-perkataan yang tidak baik seperti mendedahkan
keburukan atau aib orang lain dan banyak lagi.
Kesimpulannya kita hendaklah pandai dalam memilih program-
program yang hendak ditonton. Fikirkanlah keburukan serta
kesan-kesannya kepada kita bukan sahaja dalam jangka masa
pendek tetapi juga dalam jangka masa panjang.
MAKAN GAJI LEBIH BAIK DARIPADA BERNIAGA

Terima kasih diucapkan kepada pemimpin majlis Tuan Pengerusi, barisan


panel hakim yang arif lagi bijaksana menegakkan bahtera keadilan, barisan
para pembangkang yang alpa dengan nikmat duniawi, para hadirin dan warga
dewan yang dihormati sekalian. Berdirinya puteri/putera bijak bestari di sini
sebagai proksi pihak pencadang yang utuh dengan hujah-hujah ampuh akan
menegakkan kebenaran tajuk perbahasan kita pada hari ini. Sebelum langkah
petah bicara sang puteri mengatur tutur kata, izinkan saya mendefinisikan
tajuk perbahasan yang menjadi pentas para pendeta melontarkan hujah
perjuangan penegak keadilan. Lembut bicara pemudah kata, awal bismillah
pembuka kata meniti spesifikasi tajuk perdebatan yang berbunyi “Bekerja
Makan Gaji adalah Lebih Baik daripada Bekerja Sendiri.”Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat tahun 1996 mendefinisikan bekerja sebagai
melakukan sesuatu perbuatan, manakala frasa makan gaji pula diertikan
sebagai bekerja untuk mendapatkan upah atau gaji. Frasa kata lebih baik pula
membawa maksud semakin atau bertambah sempurna, manakala kosa kata
bekerja sendiri memberi pengertian melakukan sesuatu tanpa ada
perhubungan dengan orang lain atau sendiri-sendiri. Nah, sudah jelas lagi
terang-benderang pendefinisian tajuk perbahasan kita pada hari ini
diterjemahkan satu persatu agar jelas pandangan pihak pembangkang
supaya tidak kelabu mengutarakan hujah-hujah mereka kelak. Penterjemahan
sudah, pendefinisian pun sudah, maka sekarang tibalah masanya saya
melancarkan hujah pertama pihak pencadang yang bernas lagi jitu di bawah
naungan kata kemudahan cuti tahunan dan cuti sakit tanpa melibatkan
pemotongan gaji.

Sidang hadirin yang dimuliakan sekalian,

Menelusuri hujah saya yang pertama pasti saja pihak pembangkang


akan teruja dengan kelebihan bekerja makan gaji dan lantas terus saja
memohon jawatan kosong di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam. Hujah saya yang pertama berlandaskan fakta yang hakiki bahawa
kakitangan awam menikmati kemudahan cuti tahunan dan cuti sakit yang
panjang tanpa perlu gaji mereka dipotong. Bunyi saja sudah memikat hati,
apatah lagi merasai nikmat beristirahat bersama dengan keluarga tercinta
sambil bersiar-siar di tempat yang menarik. Penjawat awam mempunyai
jumlah hari cuti tahunan sebanyak 30 hari dalam setahun, tidak termasuk cuti-
cuti umum yang terdapat di Malaysia. Bayangkanlah dengan cuti yang banyak
ini sudah tentu ia dapat membentuk keluarga yang harmonis dan penyayang
sebagaimana kempen kerajaan mewujudkan kempen Keluargaku Syurgaku.
Pepatah Melayu ada mengatakan tak kenal maka tak cinta. Nah sudah jelas
sekarang, jika keluarga bahagia dan harmonis apabila sering bedampingan
dan bersama-sama keluarga, negara juga akan makmur dan berkembang
maju. Cuba saudara dan saudari bayangkan jika saudara bekerja sendiri,
sudah tentu saudara tidak mempunyai masa untuk bersama-sama keluarga,
jauh sekali membawa keluarga pergi melancong atau bersiar-siar atas alasan
kerja yang terlalu banyak. Inikah acuan keluarga idola yang ingin kita bina?
Bilakah masanya ibu bapa dapat berkongsi perasaan dan masalah anak-
anak? Inikah contoh keluarga bahagia yang ingin kita dirikan, jika ketua
keluarga sendiri sering mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap
keluarga. Nanti jangan dipersalahkan anak yang tidak tahu mengurus diri dan
terjebak dalam kancah sosial yang akhirnya membawa kepada fenomena
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Renung-
renungkanlah saudara dan saudari sekalian.

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan sekalian,

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh hamba tak kata.Begitulah


mukadimah bicara saya yang kedua di bawah kata kunci bonus tahunan.
Umum mengetahui bahawa saban tahun kakaitangan awam akan menerima
berita menggembirakan ketika Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Razak membentangkan
belanjawan negara pada hujung tahun. Bagai pucuk dicita ulam mendatang
penjawat awam akan dihadiahkan bonus tahunan yang lumayan sebagai
persiapan atau persediaan menghadapi tahun baharu yang akan datang.
Sebagai contoh konkrit , pada tahun 2012 semua kakitangan awam diberikan
bonus satu bulan setengah yang akan dibayar pada bulan Ogos, November
dan Disember. Perdana Menteri memberitahu, tujuan bonus ini dihadiahkan
kepada penajwat awam adalah untuk menghargai sumbangan dan komitmen
mereka yang telah membantu memajukan pertumbuhan ekonomi negara ini.
Nah sudah terang lagi bersuluh bahawa bekerja makan gaji lebih baik
daripada bekerja sendiri kerana keringat yang dicurahkan di bumi bertuah ini
dihargai dan diiktiraf oleh kerajaan. Berbanding dengan kerja sendiri, walau
pun hujah pihak pembangkang mengatakan taraf ekonomi keluarga dapat
ditambah berlipat kali ganda, namun tiada siapa yang melihat atau
menghargai sumbangan golongan materialistik ini. Apakah sumbangan
golongan narapidana ini kepada pembangunan negara jika nawaitu mereka
semata-mata untuk kesenangan diri sahaja? Tepuk dada tanya selera wahai
barisan pembangkang, manakah pilihan yang terlebih bijaksana antara
kenikmatan duniawi atau ukhrawi. Alang-alang menggengam bara biar
sampai menjadi abu, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal
lengan, alang-alang berpaling tadah, biar sampai kita berpijak di bumi yang
benar. Ayuh, bangkitlah dan sedarlah pihak pembangkang, usah ditegakkan
benang yang basah kerana akhirnya anda juga yang kecewa!

Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang dihormati,

Dua hujah sudah saya lontarkan buat menangkis hujah pihak lawan.
Dua hujah sudah saya utarakan untuk mematahkan semangat juang barisan
pembangkang, kini meniti pula hujah saya yang ketiga di bawah naungan
mutiara kata jaminan hari tua. Yang hilang tumbuh berganti, yang tua disulami
yang muda. Kata-kata mutiara itu mengingatkan kepada kita bahawa kita
semua akan meniti hari tua suatu masa kelak. Tidak ada manusia di muka
bumi ini yang kekal muda selama-lamanya termasuklah pihak pembangkang
sekalian. Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan semua,
buatlah persiapan menjelang hari tua kelak kerana pada masa itu, kita semua
sudah tidak mampu untuk bekerja menyara hidup. Persoalannya,
bagaimanakah kita bersedia dan mengurus hari tua kita pada ketika anak-
anak berjauhan dan sibuk dengan tugas masing-masing? Nah, jawapannya
sudah terang lagi nyata ialah pencen kakitangan awam. Apabila tamat
perkhidmatan di sektor awam, semua pekerja akan dibayar pencen bulanan
mengikut perkiraan tangga gaji terakhir mereka pada masa itu. Secara
mudahnya, penjawat awam akan dibayar pencen separuh daripada gaji akhir
mereka. Cuba bayangkan jika gaji akhir rakan pembangkang bekerja makan
gaji ialah RM10 000.00 sebulan, saudara akan mendapat pencen RM5 000.00
sebulan tanpa perlu bekerja lagi. Bukankah in satu kemudahan yang
disediakan oleh kerajaan kepada kakitangannya yang setia dan tulus
berkhidmat untuk negara. Memang benar pihak pembangkang akan
mengatakan semasa muda carilah wang sebanyak mungkin, tapi sedarkah
wahai pembangkang yang alpa dengan keseronokan duniawi, analoginya
manusia yang lemah dengan godaan syaitan sering boros dan mewah
berbelanja. Ada pepatah mengatakan walau emas setinggi gunung jika tidak
diurus dengan baik ia akan habis juga. Lantas, pada hari tua, mereka akan
kesempitan hidup kerana wang simpanan sudah langsai (kata orang Cina).
Berbanding pencen kakitangan awam yang dibayar secara bulanan akan
memastikan wang tersebut dibelanjakan secara berhemah. Oleh itu,
fikirkanlah wahai pihak pembangkang yang kelihatan goyah dengan hujah-
hujah pihak pencadang, susah dahulu lebih baik atau susah kemudian yang
lebih baik. Jika pihak pembangkang sudah insaf, marilah kita bersama-sama
menyokong tajuk perbahasan kita pada hari ini. Perahu sudah di air,
pendayung sudah di tangan, ayuh kita menuju kebenaran.

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Tamatlah sudah hujah-hujah saya yang bernas lagi jitu bagi


menyatakan kebenaran pihak pencadang bahawa bekerja makan gaji adalah
lebih baik daripada bekerja sendiri. Tidak ada apa-apa yang mampu
mengubah pendirian kami walau pun ribut tsunami yang melanda. Kebenaran
tetap akan terpancar tatkala kebatilan melenyapkan diri akibat ditimpa
musibah kepalsuan. Sekali lagi putera/puteri Kamarul menegaskan, bekerja
makan gaji adalah jauh terlebih baik daripada bekerja sendiri. Sekian, salam
perbahasan serikandi Kamarul mengundur diri. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai