Anda di halaman 1dari 9

SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS TINGGI

Faedah Menonton Televisyen


Televisyen merupakan salah satu media
elektronik yang begitu meluas penggunaannya
dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir
setiap rumah pasti memiliki satu atau mungkin
dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan
bahawa ada banyak faedah menonton televisyen
kepada masyarakat.

Faedah yang pertama ialah seseorang itu


dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting
yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah
dan cepat. Kita boleh menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting
yang berlaku di luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahui
peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna.
Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen
bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi informasi kepada
pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka, pelajar boleh mempelajari tentang
pelajarannya menerusi program televisyen.

Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan


dengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat kerana
mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu, tindakan
menonton televisyen memastikan seseorang itu menghabiskan masanya dengan bermanfaat.

Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang berfaedah


kepada manusia itu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjana pemikiran
seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Cuma
kita perlu mengawalnya agar sikap menonton ini
tidak keterlaluan atau terlalu lama untuk satu
tempoh tertentu.

Komputer dan Peranannya


Komputer sudah menjadi sinonim dengan
kehidupan moden zaman ini. Hampir semua
pejabat malah individu memiliki sebuah komputer untuk menjalani kehidupan hariannya.
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS TINGGI
Jadi, peranan-peranan komputer yang sebenarnya perlu dikaji secara mendalam untuk
mengetahuinya secara lebih lanjut.

Komputer juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi Pendidikan pelajar di


sekolah. Sudah ada banyak halaman web yang menjadikan subjek pelajaran sekolah sebagai
bahan kandungannya bersama-sama penggunaan komputer yang semakin meluas dalam
kalangan guru ketika mengajar pelajar. Oleh itu, komputer berperanan untuk mendidik
pelajar dengan kaedah yang lebih menarik.

Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudakan hubungan antara manusia
terutama hubungan jarak jauh. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan anak mereka kerana
anak melanjutkan pelajaran di luar negara boleh menggunakan program tertentu di
komputer untuk berkomunikasi. Jadi, komputer memastikan hubungan antara sesama
manusia itu terus berlaku walaupun faktor geografi memisahkan mereka.

Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk mendapatkan apa-apa


maklumat terkini dengan cara yang pantas serta mudah. Semua maklumat sudah siap wujud
di dalam rangkaian internet yang boleh diakses menerusi komputer di mana-mana tempat di
dunia ini. Jelaslah, komputer membantu memperoleh maklumat yang betul lalu tidak
melakukan kesilapan dalam keputusannya.

Konklusinya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mampu


mencapai satu tahap yang memuaskan. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk
memastikan penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat
negara ini harus celik komputer jika mahu bersaing dengan masyarakat luar.

Telefon Merapatkan Hubungan dan Memudahkan Kehidupan


Manusia
Sejak telefon dicipta penggunaannya terus mendapat perhatian masyarakat dunia.
Kalau dahulu hanya satu jenis telefon sahaja kini pelbagai bentuk, saiz dan jenis telefon
terhasil seperti telefon mudah alih serta telefon awam. Sesungguhnya, telefon berupaya
untuk merapatkan hubungan antara manusia.

Kelebihan utama
suara ke mana-mana tempat di dunia ini. Seseorang yang
berada di Malaysia boleh berhubung dengan rakannya di
Amerika Syarikat dengan begitu mudah lalu merapatkan
hubungan kerana mereka tidak selalu berpeluang untuk
bertemu. Jadi, telefon sememangnya merapatkan hubungan
kerana mampu menghubungkan manusia di dunia ini.

Selain itu,
pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai sms. Perkhidmatan
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS TINGGI
ini begitu mudah dan unik tetapi berkesan kerana pengguna hanya perlu menaip lalu
menghantarnya menggunakan telefon kepada rakannya tanpa menggunakan suara. Maka,
perkhidmatan sms sebegini menjadikan seseorang itu begitu suka untuk berhubung dengan
orang lain.

Harga telefon dan perkhidmatannya yang saban tahun bertambah murah turut
menjadi faktor teknologi ini menjadi pilihan masyarakat untuk berhubung sesama mereka.
Hampir setiap individu memiliki telefon terutama telefon mudah alih yang boleh dibawa ke
mana-mana dan diguna sepanjang masa. Oleh itu, telefon yang murah menjadikannya
pilihan utama kita semua sebagai alat untuk mengeratkan hubungan pula.
Konklusinya, telefon memang memudahkan perhubungan dua hala manusia. Semua
pihak sudah mula menyedari kelebihan telefon ini lalu memiliknya pula. Masyarakat kita
akan terus menerima impak positif penggunaannya jika harga telefon dan perkhidmatannya
terus diturunkan dari semasa ke semasa.

Cara-cara Menghargai Masa


Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh
ditarik semula terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu yang
bernilai. Manusia yang bijak ialah individu yang memahami kepentingan masa lalu
menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah cara-cara yang positif untuk
membuktikan seseorang itu menghargai masa?

Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman


kuat yang ditanamkan dalam jiwa seseorang itu. Rasa
keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu
dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya.
Maka, mereka yang mempunyai keazaman itu sudah
memulakan usaha untuk menghargai masa dengan baik.

Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan


menerusi sikap membuat perancangan masa yang
sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang
menghargai masa akan membuat satu jadual lalu mematuhi
perancangan masa itu dengan sebaik mungkin. Jelaslah,
sikap membuat jadual dan mematuhinya membuktikan
betapa seseorang itu menghargai masanya.

Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut memberikan
satu persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya. Masa seseorang perlulah dipenuhi
dengan aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca buku dan membantu
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS TINGGI
ibu bapa di rumah. Sesungguhnya, mereka yang melakukan perkara-perkara positif dalam
hidupnya tahu kepentingan masa kepada manusia itu.

Sebagai kesimpulannya, semua kaedah yang diterangkan di atas itu boleh dilakukan
oleh sesiapa pun yang tahu menghargai masa. Semua pihak perlulah sedar akan kepentingan
masa ini kerana masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja bak kata orang tua-tua masa itu
emas. Lantaran, kita perlu merancang segala aktiviti secara sistematik agar tidak
menghabiskan masa secara sia-sia.
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS TINGGI

Cara-cara Menjaga Kesihatan


Diri
Semua individu perlu menjaga kesihatan
mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan
yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak
cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Kesihatan
yang baik membantu setiap individu melakukan aktiviti seharian.

Cara yang pertama dan mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan
diri. Aktiviti mandi dengan bersih dan memakai pakaian yang bersih serta
memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling
praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kebersihan diri perlu dijaga kerana
kuman tidak akan berjangkit pada badan yang bersih.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutamanya makanan


yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam
kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Setiap
individu perlu merancang amalan pemakanan berdasarkan piramid makanan.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang


baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang
mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang
serangan penyakit. Setiap individu perlu meluangkan masa untuk bersenam.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di
peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah
dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab yang


harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang
penuh ceria.

Kacang Melupakan Kulit


Pak Kamal merupakan seorang pesawah yang tidak memiliki pendidikan
tinggi. Dia tidak mahu anak tunggalnya itu menjalani kehidupan dan kesusahan
yang serupa dengannya. Pak Kamal lebih suka melihat Ali berjaya dalam
hidupnya dan memiliki pelajaran yang baik.
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS TINGGI

Jadi, setiap hari Pak Kamal dan isterinya akan bekerja keras di sawah untuk
memastikan Ali mampu ke sekolah. Mereka sanggup
berlapar dan tidak memiliki pakaian yang banyak
asalkan anak mereka itu mampu ke sekolah setiap
hari. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi
kejayaan Ali yang merupakan anak tunggal.

Kini, Pak Kamal dan isterinya boleh berbangga


kerana Ali menjadi satu-satunya penduduk kampung
mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ali berjaya dipilih
untuk memasuki kursus perubatan di sebuah universiti terkenal negara.

Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Ali telah berjaya mendapat kerja sebagai
doktor di sebuah hospital swasta yang terkenal. Gaji bulannya begitu lumayan.
Jauh lebih banyak daripada pendapatan ayahnya itu sehingga Ali sudah mampu
untuk membeli sebuah kereta dan rumah dalam masa tidak sampai setahun sahaja.

Namun, kebahagian yang dijangkakan oleh Pak Kamal dan isterinya tidak
kesampaian kerana kehidupan di kota telah menyebabkan Ali lupa
tanggungjawabnya kepada keluarga. Dia tidak lagi pulang melawat ibubapanya di
kampung. Dia tidak mengenang jasa dan pengorbanan ayah serta ibunya itu.

Pak Kamal sedar bahawa anak yang dahulunya disanjung atas kejayaanya itu
kini menjadi seperti kacang lupakan kulit. Apabila teringatkan anaknya itu, Pak
Kamal menangis tetapi dia dan isterinya masih berdoa agar Ali akan berasa insaf
lalu pulang ke pangkuan mereka.

Pengalaman Menangani Situasi


Kebakaran
Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa
kebakaran yang berlaku pada bulan lepas. Setiap
kali membaca akhbar tentang kejadian kebakaran
fikiran ini terus teringat akan kejadian itu. Masalah
ini berterusan kerana aku terlibat secara langsung
dalam peristiwa tersebut.

Peristiwa kebakaran itu berlaku pada waktu petang hari Ahad minggu terakhir
pada bulan lepas itu. Ketika itu, aku berada di satu simpang jalan menuju ke arah
rumahku. Tiba-tiba sahaja, aku terdengar jeritan orang ramai meminta pertolongan
kemudian perkataan api berulang kali pula berkumandang. Rupa-rupanya, jeritan
itu datangnya dari sebuah rumah di deret rumah yang berada di tepi jalan itu.
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS TINGGI

Tanpa membuang masa, aku segera menelefon pihak bomba dengan


menggunakan telefon bimbit yang diberikan oleh ibu tadi. Kemudian, aku menuju
ke rumah yang sedang terbakar itu. Ketika aku sampai, sudah ada beberapa jiran
yang sibuk mengangkat keluar beberapa peralatan elektrik dari rumah tersebut.
Aku membantu mereka. Ada juga beberapa orang yang hanya duduk melihat
sahaja.

Kemudian kedengaran bunyi siren bomba. Pasukan bomba begitu pantas


bertindak kerana dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja api yang sedang marak
di bahagian atas rumah itu sudah berjaya dipadamkan oleh mereka. Menurut jiran-
jiran, kebakaran itu berlaku akibat litar pintas.

Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa kebakaran dengan segera


membuat panggilan kepada pihak bomba. Semua penghuni rumah itu dalam
keadaan selamat. Hanya bahagian atas rumah itu sahaja yang terbakar teruk. Aku
difahamkan jiran-jiran kawasan itu telah memberi bantuan kewangan kepada
mangsa kebakaran itu.
Genggam Bara Api Biar Jadi Arang
Dalam budaya Melayu terdapat pelbagai peribahasa yang bukan sahaja sedap
untuk didengar tetapi mempunyai maksud yang tersirat. Peribahasa ‘genggam bara
api biar jadi arang‟ merupakan antara peribahasa yang menjadi pegangan hidup
masyarakat negara ini kerana peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan
sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilaksanakan dengan sabar sehingga
berjaya memperoleh manfaatnya.

Peribahasa ini menuntut seseorang supaya melakukan sesuatu sehingga


berjaya. Jadi, peribahasa ini mampu memberikan panduan kepada kita semua
dalam kehidupan. Usaha mengamalkan peribahasa ini menjadikan seseorang itu
berusaha dengan tekun seperti pelajar yang pastinya akan terus belajar untuk
mencapai impian mereka.

Pada masa yang sama, peribahasa ini turut memberikan peringatan bahawa
dalam usaha mencapai sesuatu itu pasti akan wujudnya cabaran yang getir. Untuk
mendapatkan kejayaan yang baik seseorang itu hendaklah mampu menahan atau
menangani cabaran yang wujud itu dengan sebaik mungkin. Sama seperti bara api
yang begitu panas tetapi jika digenggam dengan baik akan menjadi arang yang
membuktikan betapa cabaran akan menjadi mudah jika dihadapi dengan baik.

Selain itu, peribahasa ini turut menegaskan peri pentingnya sikap tidak
berputus asa dalam mencapai cita-cita. Sikap putus asa bukan sahaja akan
melunturkan daya juang seseorang malah mampu menjejaskan keyakinan diri
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS TINGGI

seseorang jua. Maka, peribahasa ini mengajak kita agar tidak mudah mengaku kalah
dan terus berjuang menghadapi cabaran.

Kesimpulannya, peribahasa ini memang sesuatu yang


positif untuk diamalkan. Kita bukan sahaja akan berjaya malah
kehidupan seseorang itu akan menjadi lebih baik jika memegang
utuh kepada maksud peribahasa ini. Segala cabaran boleh diatasi
maka, setiap individu wajar memastikan jiwa sentiasa kental.

Pukul 10 Malam
Aku sedang mengulang kaji pelajaran di
rumahnya bersendirian. Jam di dinding menunjukkan
pukul 10 malam. Ibu dan ayahnya masih belum pulang
dari pasar malam. Tiba-tiba, aku terdengar jeritan
seseorang meminta tolong. Aku segera membuka
tingkap rumah. Suara meminta tolong itu jelas datangnya
daripada rumah jiranku, Makcik Siti. Aku memanggil
ayah dan ibu jika mereka sudah pulang tetapi tiada
jawapan dari bilik mereka. Aku terpaksa membuat
keputusan sendiri kerana pasti Makcik Siti dalam kesusahan.

Aku bergegas ke rumah Makcik Siti lalu mengetuk pintu tetapi tiada jawapan. Aku
segera menendang pintu itu sehingga terbuka dan ternampak Makcik Siti sedang mengerang
kesakitan. Muka perempuan tua itu mengerut menahan kesakitan yang pastinya begitu
menyakitkan. Namun, mataku segera ternampak seekor ular tedung tidak jauh dari tempat
Makcik Siti itu.

Aku mula faham bahawa Makcik Siti menjerit kerana ternampak ular itu tetapi kini
dia pula telah dipatuk dan pastinya bisa ular itu mula memasuki peredaran darahnya. Aku
perlu bertindak pantas dan tindakan pertama sudah pasti untuk menghalau ular itu daripada
terus menyerang kami berdua. Kayu penyapu di tepi dinding segera aku capai lalu aku
menolak ular itu ke arah pintu supaya aku boleh memberikan bantuan kepada Makcik Siti.

Aku segera memeriksa denyutan nadi di tangan Makcik Siti dan mendapati denyutan
nadinya masih ada walaupun wanita itu kelihatan sudah pengsan agak lama. Bunyi kereta di
luar menandakan ayah dan ibu sudah kembali dari Bandar. Aku segera mendapatkan mereka
lalu menceritakan perkara yang sebenar. Ayah dan aku mengangkat Makcik Siti untuk
dibawa ke hospital dengan kereta ayah.

Sebaik sahaja sampai di hospital, aku segera memberitahu doktor bahawa Makcik Siti
telah dipatuk oleh seekor ular tedung supaya doktor boleh memberikan ubat antibisa yang
sesuai. Kami menunggu di bilik menunggu sementara pihak doktor cuba menyelamatkan
jiran kami itu. Hampir sejam kemudian, doktor itu kembali dan memberitahu bahawa Makcik
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS TINGGI

Siti berada dalam keadaan baik sambil mengucapkan terima kasih atas kepantasan aku
bertindak terutama memberitahu tentang jenis ular yang mematuk jiran aku.

Faedah-faedah Mengikuti Kelas


Tambahan
Kelas tambahan merupakan sesi pengajaran yang
membantu murid untuk memahami topik yang cikgu ajar
dalam waktu sekolah secara lebih mendalam Murid-
murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan
kerana banyak faedah yang mereka peroleh apabila
mengikuti kelas sebegini.

Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan
ialah pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh.
Penjelasan yang diberi semasa kelas di waktu persekolahan boleh boleh difahami
dengan jelas. Kelas ini begitu penting khususnya kepada murid yang lemah dalam
pelajaran.

Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak
latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab
soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu
pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.

Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya


memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan
pula. Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa
yakin untuk menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan itu.

Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa


dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu
sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak
sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalakkan mengikuti kelas


tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang
dihadiri oleh murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan
sepanjang masa dengan menghadiri kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting
daripada kuantiti menghadiri kelas.

Anda mungkin juga menyukai