Anda di halaman 1dari 79

Ramalan

E-BUKU
KARANGAN
TERBAIK
UPSR 2010
Karangan 1
Ramalan
Ramalan

Tulis sebuah karangan yang bertajuk


“Faedah Menonton Televisyen”.

Televisyen merupakan salih satu media elektronik yang begitu


meluas penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini.
Hampir setiap rumah pasti memiliki satu atau mungkin dua
televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa ada banyak
faedah menonton televisyen kepado masyarakat.
Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui
peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di seluruh dunia dengan
mudah dan cepat. Kita boleh menuntun siaran berita yang
memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku di luar
negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih
mengetahui peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan
di luar negare.
Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat
pandidikan yang berguna. Sudah ada banyak program berunsur
pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen bersama-sama
program dokumentari dan sains yang boleh memberi informasi
kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka,
pelajar boleh mempelajari tentang pelajarannya menerusi
progrem televisyen juga.
Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang
seseorang itu dihabiskan dengan begitu berfaedah. Seseorang itu
tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat kerana mereka tidak
perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu,
tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu
menghabiskan masanya dengan bermanfaet.
Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu
tindakan yang berfaedah kepada manusia itu. Kebanyakan siaran
televisyen berupaya untuk menjana pemikiran seseorang menjadi
lebih kritis dan kreatif. Cume kita perlu mengawalnya agar sikap
menonton ini tidak keterlaluan atau terlalu lama untuk satu
tempoh tertentu pula.
Ramalan
Ramalan

Tulis sebuah karangan yang bertajuk


“Komputer dan Peranannya‟.

Komputer sudah menjadi sinonim dengan kehidupan moden


zaman ini. Hampir semua pejabat malah individu memiliki sebuah
komputer untuk menjalani kehidupan hariannya. Jadi, apakah
perana-peranan kumputer yang sebenarnya?
Komputer juga boleh digunakan untuk meningkatkan
prestasi pendidikan pelajar di sekolah. Kalau kita lihat sudah ada
banyak halaman web yang menjadikan subjek pelajaran sekolah
sebagai bahan kandungannya bersama-sama penggunaan
komputer yang semakin meluas dalam kalangan guru ketika
mengajer pelajar. Oleh itu, komputer berperanan untuk mendidik
pelajar dengan kaedah yang lebih mudah dan menarik.
Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudakan
hubungan antara manusia terutama hubungan jarak jauh. Ibu
bapa yang tinggal berjauhan dengan anak mereka kerana anak
melanjutkan pelajaran di loar negara boleh menggunakan
program tertentu di komputer untuk berkomunikasi lalu menjalin
hubungan rapat dengan anak mereka. Jadi, komputer memastikan
hubungan antara sesama manusia itu terus berlaku walaupun
faktor geografi memisahkan mereka.
Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk
mendapatkan apa-apa maklumat terkini dengan cara yang pantas
serta mudah. Semua maklumat sudah siap wujod di dalam
rangkaian internet yang boleh diakses menerusi komputer di
mana-mana tempat pun di donia ini. Jelaslah, komputer
membolehkan seseorang itu memperoleh maklumat yang betul
lalu tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya.
Konklusinya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih
selesa dan mampo mencapai satu tahap yang memuaskan.
Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan
penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan
masyarakat. Rakyot negara ini harus celik komputer jika mahu
bersaing dengan masyarakat luar.
Ramalan

Karangan 3
Telefon merapatkan hubungan dan memudahkan
kehidupan manusia.
Ramalan

Sejak telefon dicipta penggunaannya terus mendapat perhatian


masyarakat dunia. Kalau dahulu hanya satu jenis telefon sahaja
kini pelbagai bentuk, saiz dan jenis telefon terhasil seperti telefon
mudah alih serta telefon awam. Sesungguhnya, telefon berupaya
untuk merapatkan hubungan antara manusia.
Kelebihan utama telefon ialah ciptaan ini boleh menyalurkan
maklumat menerusi suara ke mana-mana tempat di dunia ini
dengan begitu mudah. Seseorang yang berada di Malaysia boleh
berhubung dengan rakannya di Amerika Syarikat dengan begitu
mudah lalu merapatkan hubungan kerana mereka tidak selalu
berpeluang untuk bertemu. Jadi, telefon sememangnya
merapatkan hubungan kerana mampu menghubungkan manusia
di dunia ini.
Selain itu, telefon juga menyediakan pelbagai perkhidmatan
terutama perkhidmatan pesanan ringkas atau lebih dikenali
sebagai sms. Perkhidmatan ini begitu mudah dan unik tetapi
berkesan kerana pengguna hanya perlu menaip lalu
menghantarnya menggunakan telefon kepada rakannya tanpa
menggunakan suara. Maka, perkhidmatan sms sebegini
menjadikan seseorang itu begitu suka untuk berhubung dengan
orang lain.
Harga telefon dan perkhidmatannya yang saban tahun bertambah
murah turut menjad faktor teknologi ini menjadi pilihan
masyarakat untuk berhubungan sesama mereka. Hampir setiap
individu memiliki telefon terutama telefon mudah alih yang boleh
dibawa ke mana-mana lalu senang untuk dihubungi sepanjang
masa pula. Oleh itu, telefon yang murah menjadikannya pilihan
utama kita semua sebagai alat untuk mengeratkan hubungan
pula.
Konklusinya, telefon memang memudahkan perhubungan dua
hala manusia. Semua pihak sudah mula menyedari kelebihan
telefon ini lalu memiliknya pula. Masyarakat kita akan terus
menerima impak positif penggunaannya jika harga telefon dan
perkhidmatannya terus diturunkan dari semasa ke semasa.
Karangan 4
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara
Menghargai Masa”.
Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang
berlalu tidak boleh ditarik semula terutama jika masa itu tidak
Ramalan

digunakan untuk melakukan sesuatu yang bernilai. Manusia yang


bijak ialah individu yang memahami kepentingan
Ramalan

masa lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi,


bagaimanakah cara-cara yang positif untuk membuktikan
seseorang itu menghargai masa?
Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang
ditanamkan dalam jiwa seseorang itu. Rasa keazaman ini
mengingatkan kita bahawa masa perlu dihargai tanpa wujud
sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang
mempunyai keazaman itu sudah memulakan usaha untuk
menghargai masa dengan baik.
Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap
membuat perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini
jiwa seseorang yang menghargai masa akan membuat satu jadual
lalu mematuhi perancangan masa itu dengan sebaik mungkin.
Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya membuktikan
betapa seseorang itu menghargai masanya.
Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia
turut memberikan satu persepsi bahawa seseorang itu
menghargai masanya. Masa seseorang perlulah dipenuhi dengan
aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca
buku dan membantu ibu bapa di rumah. Sesungguhnya, mereka
yang melakukan perkara-perkara positif dalam hidupnya tahu
kepentingan masa kepada manusia itu.
Sebagai kesimpulannya, semua kaedah yang diterangkan di atas
itu boleh dilakukan oleh sesiapa pun yang tahu menghargai masa.
Semua pihak perlulah sedar akan kepentingan masa ini kerana
masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja. Bak kata orang tua-tua
masa itu emas.
Karangan 5
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Jika Aku
Seorang Jutawan”
Aku memang suka menjadi seorang jutawan. Kenapa aku suka
menjadi jutawan? Sudah pasti kerana sebagai jutawan aku akan
memiliki wang yang banyak dan wang itu boleh digunakan untuk
diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Namun, aku sedar usaha
untuk menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah
kerana banyak usaha perit-jerih harus dilakukan.
Ramalan

Jadi untuk berjaya menjadi jutawan, aku akan pastikan diri ini
bersemangat untuk belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan
di sekolah. Kemudian, aku akan melanjutkan pelajaran di
universiti dalam bidang yang diminati pula. Sebaik sahaja aku
menamatkan pengajian di menara gading, aku akan mula bekerja
demi mencari wang untuk merealisasikan impian menjadi
jutawan.
Semua wang yang aku terima menerusi pekerjaan itu akan
disimpan dalam pelbagai bentuk simpanan untuk memastikan
jumlahnya akan bertambah setiap masa. Aku juga akan
memastikan supaya diri ini tidak membelanja sesuka hati tanpa
halangan supaya wang aku digunakan dengan sebaik mungkin.
Aku akan menjadikan wang itu sebagai asas pelaburan jangka
panjangku kelak dalam pelbagai saham syarikat di dunia ini.
Sebaik sahaja aku menjadi jutawan, ahli keluarga terutama ayah
dan ibu akan menerima imbuhannya. Aku akan menanggung kos
kehidupan mereka tanpa banyak alasan lagi. Malah, aku juga
akan memberi sumbangan derma kepada masyarakat terutama
golongan miskin, cacat anggota dan anak yatim piatu supaya
kehidupan mereka lebih ceria serta bermakna.
Aku amat berharap supaya impianku ini menjadi kenyataan
kerana aku memang ingin membantu ibu bapa dan masyarakat di
negara ini. Cuma aku sedar aku perlu lebih rajin berusaha untuk
mencapai impian tersebut kerana aku tidak mahu impianku hanya
sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja. Mudah-mudahan
impianku menjadi kenyataan.
Karangan 6
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Dikejar
Harimau”.
Pada musim cuti sekolah yang lalu, aku dan rakan-rakan telah
pergi menyertai satu perkhemahan pengakap anjuran sekolah.
Aku dan dua rakanku telah berkongsi sebuah khemah yang paling
hampir dengan hutan. Aku dan rakan-rakan sibuk membersihkan
kawasan khemah kami kerana malam hampir menjelang.
Dengan tidak semena-mena, aku ternampak seekor harimau
muncul dari hutan itu dan memandang ke arahku. Bunyi
ngaumannya begitu menakutkan semua yang mendengarnya.
Binatang buas itu terus berlari menuju ke arah khemah kami. Aku
Ramalan

menjerit memberitahu rakan-rakan yang lain. Semua orang


menjadi panik dan lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-
masing.
Aku melompat ke arah pagar yang memagari kawasan
perkhemahan kami itu untuk mengelakkan diri daripada harimau
buas itu. Entah bagaimana aku mampu melepasi ketinggian pagar
itu masih tidak pasti. Sebatang sungai berada di depanku lalu aku
terfikir mungkin harimau tidak akan mengejar aku di sungai itu.
Aku segera memaling ke belakang dan menyedari bahawa
binatang itu masih mengejarku. Aku terus berlari laju ke arah
sungai.
Sebaik sahaja sampai di tebing sungai itu, aku melihat ke
belakang lagi dengan harapan binatang itu sudah tiada. Aku
hampa. Harimau itu hanya berada beberapa meter sahaja
dibelakangku. Aku segera melompat ke dalam sungai itu untuk
menyelamatkan diri. Habis basah seluruh muka dan badanku
akibat percikan air sungai itu. Tiba-tiba aku terasa seolah-olah
sesak nafas pula.
Tidak lama kemudian, aku terdengar satu suara yang sudah biasa
kudengar memanggil namaku dengan kuat. Aku tersedar. Rupa-
rupanya aku bermimpi tadi. Ibu berada disisiku bersama-sama
ayah. Mereka hanya tersenyum tetapi mukaku beransur-ansur
menjadi kemerahan kerana berasa malu pula.
Karangan 7
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Pengalaman
Pahit yang Tidak Mungkin Kulupakan”.
Setiap orang pasti mempunyai pengalaman pahit yang tidak
mungkin dilupakannya. Aku sendiri mempunyai satu kisah yang
mungkin tidak akan dilupakan begitu sahaja. Satu peristiwa pahit
yang berlaku ketika aku berumur 12 tahun. Semuanya bermula
pada suatu pagi ketika aku bersiap hendak pergi ke sekolah
seperti biasa.
Aku segera mencari kunci rantai basikal tetapi masih gagal
menemukannya. Perasaanku bertambah resah kerana masa
semakin suntuk untuk aku sampai ke
Ramalan

sekolah. Wajah pengawas yang garang mula kelihatan dalam


minda ini. Tambahan pula Cikgu Azman sudah berjanji akan
membuat ujian sebentar lagi.
Tanpa berlengah-lengah lagi aku segera mengambil basikal abang
yang tersadai di tepi pagar rumah itu. Abang menjerit ke arahku
tetapi aku hanya melambaikan tangan tanda minta maaf kerana
sudah kesuntukan masa untuk meminta kebenaran tadi. Pasti
abang akan memarahiku sebaik sahaja aku pulang ke rumah
petang nanti. Biarkanlah.
Kayuhanku semakin lama semakin laju kerana masa berdetik
dengan pantas. Sekali-sekala aku memandang ke arah jam
tangan yang seolah-olah tidak memberi peluang langsung
kepadaku untuk sampai tepat pada masanya. Tiba-tiba aku
menuruni jalan yang agak tinggi dan aku cuba membrek untuk
memperlahankan basikal tetapi gagal. Aku terus merempuh pintu
pagar sebuah rumah di tepi jalan itu. Mataku terus gelap selepas
satu bunyi yang kuat kedengaran.
Apabila aku membuka mata, kelihatan wajah abang tersenyum.
Sebelum aku sempat berkata apa-apa, abang memintaku agar
tidak banyaak bercakap. Katanya dia faham sebab aku tergesa-
gesa mengambil basikalnya. Aku menyesal kerana tidak membuat
perancangan awal supaya tidak lewat ke sekolah lagi.
Karangan 8
Lengkapkan perenggan pendahuluan di bawah ini
supaya menjadi cerita yang menarik.
Azman sedang mengulang kaji pelajaran di rumahnya
bersendirian. Jam di dinding menunjukkan pukul 10
malam. Ibu dan ayahnya masih belum pulang dari pasar
malam. Tiba-tiba Azman terdengar jeritan meminta tolong.
Aku segera membuka tingkap rumah. Suara meminta tolong itu
jelas datangnya daripada rumah jiranku, Makcik Siti. Aku
memanggil ayah dan ibu jika mereka sudah pulang tetapi tiada
jawapan dari bilik mereka. Aku terpaksa membuat keputusan
sendiri kerana pasti Makcik Siti dalam kesusahan.
Ramalan

Aku bergegas ke rumah Makcik Siti lalu mengetuk pintu tetapi


tiada jawapan. Aku segera menendang pintu itu sehingga terbuka
dan ternampak Makcik Siti sedang mengerang kesakitan. Muka
perempuan tua itu mengerut menahan kesakitan yang pastinya
begitu menyakitkan. Namun, mataku segera ternampak seekor
ular tedung tidak jauh dari tempat Makcik Siti itu.
Aku mula faham bahawa Makcik Siti menjerit kerana ternampak
ular itu tetapi kini dia pula telah dipatuk dan pastinya bias ular itu
mula memasuki system peredaran darahnya. Aku perlu bertindak
pantas dan tindakan pertama sudah pasti untuk menghalau ular
itu daripada terus menyerang kami berdua. Kayu penyapu di tepi
dinding segera aku capai lalu aku menolak ular itu ke arah pintu
supaya aku boleh memberikan bantuan kepada Makcik Siti.
Aku segera memeriksa denyutan nadi di tangan Makcik Siti dan
mendapati denyutan nadinya masih ada walaupun wanita itu
kelihatan sudah pengsan agak lama. Bunyi kereta di luar
menandakan ayah dan ibu sudah kembali dari Bandar. Aku segera
mendapatkan mereka lalu menceritakan perkara yang sebenar.
Ayah dan aku mengangkat Makcik Siti untuk dibawa ke hospital
dengan kereta ayah.
Sebaik sahaja sampai di hospital, aku segera memberitahu doktor
bahawa Makcik Siti telah dipatuk oleh seekor ular tedung supaya
doktor boleh memberikan ubat anti bisa yang sesuai. Kami
menunggu di bilik menunggu sementara pihak doctor cuba
menyelamatkan jiran kami itu. Hampir sejam kemudian, doctor itu
kembali dan memberitahu bahawa Makcik Siti berada dalam
keadaan baik sambil mengucapkan terima kasih atas kepantasan
aku bertindak terutama memberitahu tentang jenis ular yang
mematuk jiran aku itu.
Ramalan

Karangan 9
Ramalan

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Masalah


Pencemaran Udara di Negara Kita”
Salam sejahtera tuan pengerusi majlis, guru-guru dan pelajar
semua. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Masalah
Pencemaran Udara di Negara Kita”
Hadirin sekalian,
Masalah pencemaran udara yang wujud di negara ini semakin
meruncing. Bukti betapa seriusnya kemelut ini boleh disaksikan
menerusi pelbagai laporan akhbar media massa terutama media
cetak kita. Malah, pencemaran yang berlaku di negara ini bukan
setakat melibatkan udara sahaja tetapi air dan juga di daratan.
Antara faktor yang menyebabkan masalah udara kita tercemar ini
ialah pelepasan asap dari kilang dan kenderaan. Jumlah bilangan
kenderaan di negara ini terus meningkat saban tahun. Manakala
pihak kilang pula secara berleluasa melepaskan asap toksik kilang
mereka tanpa bimbang disaman atau ditahan oleh pihak
berkuasa.
Pelajar-pelajar,
Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan hendaklah bertegas
dengan mereka yang melanggar undang-undang kualiti alam
sekitar di negara ini. Pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman
penjara selain denda yang kadangkala begitu murah untuk
dibayar oleh syarikat-syarikat ini. Satu pemeriksaan mengejut
juga perlulah dijalankan oleh pihak berkuasa dalam usaha
menangani isu ini.
Selain itu, masyarakat juga perlu berubah terutama sikap tidak
peduli mereka itu. Semua ahli masyarakat hendaklah membuat
laporan jika ternampak sebarang tindakan mencemarkan udara
kita seperti pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa. Sikap
seperti inilah yang akan memudahkan pihak berkuasa untuk
memantau tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab
sesetengah pihak itu.
Kesedaran tentang bahaya pencemaran udara ini juga perlu
dipupuk sejak kecil. Kanak-kanak terutama di bangku sekolah
renda hendaklah diterangkan bahawa udara amat bernilai buat
kehidupan manusia. Sikap menanam kesedaran pada peringkat
awal ini pasti memberi impak kepada mereka apabila dewasa
kelak.
Sekian, terima kasih.
Ramalan

Karangan 10
Ramalan

Sekolah anda telah berjaya menjuarai


pertandingan bola sepak. Suatu majlis telah
diadakan untuk meraikan kejayaan pasukan
sekolah anda itu. Selaku ketua pasukan, anda
telah diminta untuk menyampaikan ucapan dalam
majlis tersebut.
Sediakan teks ucapan anda itu.
Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada tuan
pengerusi majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan.
Hadirin semua,
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas
kesudian pihak sekolah untuk mengadakan majlis yang sebegini
meriah untuk meraikan kejayaan kami. Sebenarnya, kami tidak
mengharapkan apa-apa balasan daripada pihak sekolah kerana
kejayaan kami ini amat kecil jika hendak dibandingkan dengan
perkara yang sudah dilakukan oleh pihak sekolah terhadap pelajar
di sini.
Namun, kejayaan kami menjuarai kejohanan bola sepak peringkat
negeri ini merupakan satu kenangan yang sukar untuk kami
lupakan nanti. Sebelum ini pasukan bola sepak kita hanya mampu
memasuki peringkat separuh akhir sahaja tetapi tahun ini
kejuaraan itu menjadi milik dan kebanggaan kita semua. Buat
kami kemenangan ini merupakan satu kemenangan buat pasukan
bola sepak umumnya dan juga sekolah ini khasnya.
Para hadirin,
Pada masa yang sama tidak kami lupakan untuk mengucapkan
terima kasih atas semua dorongan dan tunju ajar daripada Cikgu
Azman Ali selaku jurulatih pasukan bola sepak sekolah. Beliau
begitu bersungguh-sungguh mahu membentuk satu pasukan
yang kuat dengan mengadakan pelbagai program dan latihan
yang telah membuahkan hasilnya kini.
Ramalan

Begitu juga dengan rakan-rakan sepasukan yang lain kerana


usaha untuk bersaing dengan pasukan bola sepak sekolah lain
bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, semangat bekerjasama
dan ingin berjaya telah menjadikan kami satu pasukan yang
kukuh lalu mampu menjadi juara peringkat neger yang tidak
pernah kita capai sebelum ini.
Semoga dengan kejayaan ini lebih banyak kejayaan lain pula akan
menyusul. Anggap sahaja kejayaan ini sebagai permulaan untuk
kita melangkah lebih jauh bukan sahaja dalam bidang sukan
tetapi juga bidang akademik.
Sekian, terima kasih.
Karangan 11
Ramalan

Anda sebagai wakil pelajar telah dipilih untuk


memberikan ucapan dalam majlis perpisahan guru
anda yang akan berpindah.
Tulis ucapan tersebut selengkapnya.
Yang mulia tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar,
guru-guru, dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan
selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua.
Hadirin semua,
Saya selaku wakil pelajar di sekolah ini amat berbesar hati dan
berbangga kerana telah diberi kesempatan untuk memberikan
sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Sesungguhnya, majlis ini sememangnya bermakna kerana kita
akan kehilangan seorang guru yang amat kita semua kagumi dan
hormati tetapi pada masa yang sama kita turut berasa gembira
kerana guru itu akan bertukar ke sebuah sekolah yang lain pula
untuk meneruskan usahanya mendidik ank bangsa negara ini.
Guru yang saya maksudkan itu ialah Cikgu Azman. Beliau telah
ditawarkan jawatan sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu
kota. Kita semua sedia maklum bahawa Cikgu Azman begitu
inovatif dan kreatif dalam usaha pengajaran dan
pembelajarannya kerana mahu semua pelajarnya berjaya dalam
peperiksaan. Sudah banyak perubahan dibawa oleh beliau ketika
berkhidmat di sekolah kita ini. Lihat sahaja perubahan yang
dibawanya terhadap bilik komputer dan dewan sekolah ini sahaja.
Hadirin yang dihormati,
Pemergian Cikgu Azman pasti menjadi dorongan kepada kita
semua untuk belajar dengan lebih baik supaya dapat melanjutkan
pelajaran ke universiti seperti yang sering dilaungkan oleh Cikgu
Azman ketika mengajar kita di dalam kelas. Selama ini, Cikgu
Azman bolehlah dianggap sebagai pendorong utama kepada kita
untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya melakukan perkara
yang kita impikan pula. Beliau umpama lilin atau obor yang
menerangi hidup kita semua.
Kepada Cikgu Azman, kami doakan semoga cikgu akan terus
menabur bakti kepada anak bangsa walaupun di mana-mana
cikgu bekerja kerana cikgu
Ramalan

mempunyai satu kelebihan dalam mendidik pelajar dengan


berkesan. Sekolah ini pasti akan kehilangan seorang guru yang
berdedikasi tetapi kami yakin penggantinya juga seorang yang
seteraf atau berkemampuan untuk mengisi tempat beliau itu.
Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan semua di sekolah ini
memohon maaf atas semua kesalahan dan kesilapan kami
terhadap cikgu.
Sekian, terima kasih.
Karangan 12
Ramalan

Anda telah menyertai suatu pertandingan


perbahasan yang bertajuk “Ilmu Lebih Penting
daripada Wang Ringgit”.
Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah anda.
Yang mulia tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru besar, guru-guru , barisan pembangkang yang
dikagumi dan rakan sekalian. Sebagai pihak pencadang, saya
menyokong penuh tajuk perbahasan kali ini, yakni “Ilmu Lebih
Penting daripada Wang Ringgit”.
Ilmu dan wang ringgit memang sama penting secara amnya
tetapi pada pandangan peribadi saya, ilmu mengatasi semua
perkara di dunia ini terutama sekali wang ringgit. Atas dasar
apakah saya beranggapan sedemikian?
Bayangkan jika seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan
sudah pasti dia dapat menggunakan ilmunya untuk memperoleh
wang pula. Sebagai contohnya, seseorang yang kaya dengan ilmu
mendidik boleh menggunakan ilmunya untuk mengajar pelajar
supaya lebih berjaya dalam pelajaran. Secara tidak langsung dia
akan memperoleh wang daripada ilmu yang dimilikinya itu.
Selain itu, seseorang yang berilmu juga mempunyai pemikiran
yang berbeza. Biasanya golongan berilmu ini melihat sesuatu
daripada sudut pandangan yang jauh dan rasional. Maknanya
golongan yang berilmu akan bertindak dengan bijak tanpa melulu
atau mengikut perasaan pula terutama untuk urusan kewangan
mereka nanti.
Karangan 13
Ramalan

Tulis sebuah berita tentang kejayaan sebuah sekolah


dalam pertandingan sekolah indah dan bersih peringkat
negeri.
KUALA LUMPUR, 28 September – Sekolah Rendah Kebangsaan
Padang Tembak, di sini telah terpilih menjadi johan pertandingan
sekolah indah dan bersih peringkat negeri Wilayah Persekutuan.
Sekolah itu juga dianggap antara sekolah terbaik dalam prestasi
peperiksaannya.
Semangat bekerjasama antara pihak guru dan pelajar-pelajarnya
merupakan rahsia kejayaan sekolah ini sejak dahulu. Semua pihak
bersetuju bahawa kawasan persekitaran sekolah yang indah dan
bersih menjadikan pelajar-pelajar lebih berminat untuk belajar
lalu mampu meningkatkan prestasi peperiksaan mereka pula.
Menurut Guru Besar Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak, Encik
Azman Mohammad, 48, kejayaan sekolah ini berkat usaha pihak
guru yang sanggup melupakan cuti hujung minggu mereka untuk
merangka program mengindahkan lagi kawasan sekolah.
Manakala pelajar menurut pengetua itu pula telah memberikan
kerjasama dengan turut memberikan idea untuk menjadikan
sekolah mereka antara yang terbaik di negeri ini.
Beliau memberitahu bahawa sejak awal tahun, pihak sekolah
telah merangka satu program yang bertujuan mengekalkan
kebersihan kawasn sekolah. Antara program itu ialah
mengadakan gotong-royong dan melukis kawasan sekolah yang
diadakan sepanjang tahun supaya guru dan pelajar menyedari
kepentingan menjaga sekolah sepanjang masa.
Encik Azman juga memuji sikap ibu bapa yang turut memberi
kerjasama dengan sudi membenarkan anak-anak mereka terbabit
dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Beliau bercadang untuk menggunakan wang hadiah daripada
pertandingan itu untuk membina sebuah trek larian baru yang
boleh digunakan oleh pelajar pada masa hadapan pula.
Karangan 14
Ramalan

Tulis sebuah berita tentang kejadian pelajar mati


lemas.
ALOR SETAR, 29 Februari – Dua pelajar sekolah telah disahkan
mati dalam satu kejadian lemas di Sungai Kedah semalam.
Mereka telah dikenali sebagai Mohd Tarmizi bin Ali, 12 dan Soh
Chin Kung, 12. Kedua-duanya pelajar tersebut merupakan pelajar
dari Sekolah Rendah Alor Setar.
Menurut beberapa rakan mangsa, kejadian itu berlaku pada pukul
3 petang ketika mereka sedang bermain-main di tempat kejadian.
Aras air sungai itu tiba-tiba sahaja naik lalu arus yang deras
membawa kedua-dua mangsa tanpa sempat diselamatkan oleh
rakan-rakan yang lain.
Kata mereka, kedua-dua mangsa hanya berada beberapa meter
sahaja dari tebing sungai ketika kejadian itu berlaku. Kata mereka
lagi, hanya jeritan suara meminta tolong sahaja yang sempat
mereka dengar selepas itu. Pihak polis telah menjumpai mayat
kedua-dua mangsa itu kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian
lima jam kemudiannya.
Kejadian air sungai yang naik secara tiba-tiba itu memang sudah
menjadi kebiasaan kerana hujan yang turun di kawasan hulu
sungai itu tidak kelihatan dari tempat mangsa bermain. Pihak
polis telah memberi amaran agar ibu bapa mengawasi anak-anak
mereka terutama ketika musim hujan begini supaya kejadian
yang serupa tidak akan berulang.
Karangan 15
Ramalan

Tulis sepucuk surat kepada kenalan anda untuk


mengajaknya menyaksikan persembahan
kebudayaan di sekolah anda itu.
Tulis surat untuk menyatakan hasrat anda itu.
Lot 228, Jalan Bola 2,
Taman Desa Petaling,
45000, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
28 September 2010.
Menemui sahabatku, Azman bin Ali yang kini berada di Taman
Kelang, Subang Jaya, Selangor.
Saudara,
Apa khabar saudara sekarang? Saya berharap dan berdoa
semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat
walafiat. Diri saya di sini sihat belaka bersama-sama keluarga
yang tersayang.
Tujuan saya menulis surat ini ialah saya ingin mengajak saudara
untuk menyaksikan satu persembahan kebudayaan yang unik di
sekolah saya. Majlis itu akan diadakan pada 30 Oktober 2010 ini
dan persembahan akan bermula pada jam 8 malam.
Persembahan itu unik kerana inilah kali pertama, sekolah saya
akan menganjurkan satu persembahan yang melibatkan semua
kebudayaan di negara ini pada satu masa. Pihak sekolah saya
juga telah menjemput beberapa wakil kumpulan dari sekolah
berhampiran untuk melibatkan diri mereka juga. Dianggarkan
terdapat 10 persembahan kebudayaan pada malam itu daripada
pelbagai latar belakang kebudayaan di negara ini.
Pihak sekolah saya mengadakan persembahan itu bertujuan
untuk mendidik generasi muda terutama pelajar tentang keunikan
kebudayaan pelbagai bangsa di negara ini. Sememangnya masih
ada pelajar yang tidak mengenali tarian kaum-kaum di negara ini.
Saya juga akan terbabit dalam persembahan tersebut.
Saya amat berharap saudara dan mungkin juga rakan-rakan
saudara dapat hadir ke majlis persembahan tersebut. Kedatangan
saudara bukan sahaja akan memeriahkan
Ramalan

suasana itu tetapi juga memberi sokongan kepada diri saya serta
meningkatkan lagi kemahiran saudara tentang kebudayaan yang
wujud di negara ini.
Baiklah, sampai di sini sahaja surat saya untuk kali ini.
Semoga kita bersua nanti.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Kamal
Karangan 16
Ramalan

Persatuan Pengakap sekolah anda telah


mengadakan satu perkhemahan di sebuah
kawasan taman negara. Selaku setiausaha
persatuan, sediakan laporan tentang aktiviti
perkhemahan tersebut.
Laporan Perkhemahan Persatuan Pengakap Sekolah
Rendah Jalan Padang Tembak
Persatuan Pengakap Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak telah
mengadakan satu perkhemahan pada cuti semester yang lalu
yakni dari 28 September hingga 3 September 2010. Perkhemahan
kali ini telah diadakan di kawasan hutan simpan Endau-Rompin,
Johor. Sebanyak 50 orang ahli pengakap sekolah ini bersama-
sama enam orang guru pengiring.
Perkhemahan tersebut berlangsung selama tiga hari dua malam
bertujuan untuk mendedahkan aktiviti perkhemahan kepada ahli
persatuan. Pada masa yang sama aktiviti sebegini mampu untuk
mengeratkan hubungan antara ahli serta memupuk semangat
bekerjasama antara mereka pula.
Pada hari pertama perkhemahan tersebut, ahli pengakap telah
diuji tentang kemahiran mereka untuk memasang khemah dan
mencari kedudukan dalam peta. Aktiviti ini amat penting buat
mana-mana diri pengakap kerana kedua-dua aktiviti itu mampu
memberikan satu keyakinan kepada pengakap untuk berdikari di
dalam hutan.
Manakala hari kedua pula, satu acara merentas hutan telah
dijalankan. Lima pasukan telah dibentuk dengan setiap pasukan
mempunyai sepuluh orang ahli pengakap dan seorang guru yang
akan berjalan merentas hutan berpandukan peta yang telah
diberikan. Dengan berbekalkan bahan-bahan asas seperti
makanan ringan, kompas, pisau, tali dan ubat-ubatan mereka
terpaksa berjalan hampir 10 km dan kembali ke kawasan
perkhemahan mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini
mewujudkan semangat tabah dan kerjasama antara ahli
pengakap.
Pada hari terakhir, mereka dibenarkan untuk mandi-manda
sebelum bertolak pulang ke Selangor pada sebelah petangnya.
Perkhemahan ini berakhir pada jam 12 tengahari.
Laporan disediakan oleh, 28 SEPTEMBER 2010.
Ramalan

Azman Azali
(AZMAN AZALI)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak.
Karangan 17
Ramalan

Tulis satu laporan aktiviti tahunan persatuan yang


anda merupakan setiausaha persatuan tersebut.
Laporan Persatuan Bahasa Malaysia
Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu
Penaung: Tuan Haji Ahmad Isa
Penasihat: Encik Azlan Kamarudin
Penegrusi: Mohammad Ali Seman
Naib Pengerusi: Suhaidah Yakob
Setiausaha: Azman Ali
Bendaharai: Leow Yee Man
Ahli Jawatankuasa: Mohd Abu Sulaiman Ros Mustafa
Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu telah
ditubuhkan pada bulan Januari 2008. Sehingga kini, dua
mesyuarat agung telah diadakan untuk melantik ahli-ahli
jawatankuasa persatuan untuk melancarkan urusan persatuan
yang semakin penuh dengan pelbagai aktiviti itu.
Pada masa yang sama sambuatn daripada pelajar sekolah begitu
menggalakkan kerana sehingga kini sudah ada 300 pelajar yang
menganggotai persatuan ini dari darjah dua hingga enam. Usaha
untuk menarik lebih banyak ahli persatuan biasanya dijalankan
pada awal tahun ketika pendaftaran pelajar baru bermula
terutama pelajar darjah dua hingga enam.
Bermacam-macam aktiviti telah dijalankan oleh persatuan ini
sepanjang tahun 2008 yang melibatkan semua ahli. Antaranya
ialah:
1.Hari suai kenal dengan ahli baru
2.Pertandingan menulis karangan
3.Minggu Bahasa
4.Lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka

5.Persembahan drama
Semua aktiviti ini berjaya dijalankan kerana kerjasama guru
penasihat persatuan bersama-sama ahli persatuan yang benar-
benar mahu melakukan satu perubahan
Ramalan

besar terhadap persatuan ini. Pada tahun hadapan persatuan


bercadang untuk melakukan lebih banyak aktiviti lagi terutama
yang melibatkan kemahiran menulis dan berbahasa dalam
kalangan pelajar di sekolah ini.
Harapan kami supaya Persatuan Bahasa Malaysia akan lebih aktif
pada masa akan datang setanding dengan persatuan dan kelab
lain di sekolah ini.
Disediakan oleh, 28 SEPTEMBER 2009
Azman Ali
(AZMAN ALI)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Malaysia
Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu.
Karangan 18
Ramalan

Tulis satu berita tentang kejadian kemalangan


yang berlaku.
KUALA LUMPUR, 31 FEBRUARI – Empat orang sekeluarga termasuk
dua kanak-kanak terbunuh apabila sebuah van yang membawa
lima orang penumpang terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di
Kilometer 20 Jalan Rawang kira-kira jam 6 pagi semalam.
Mangsa yang terkorban ialah Mohamad Deli Seman, 30, Sulinda
Kamarudin, 28, Marialinda Mohamad, 11, dan Shukri Mohamad,
10. Kesemua mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan
ke Hospital Rawang. Manakala anak bongsu mereka Jasmin
Mohamad, 8, pula sedang dirawat di unit rawatan kecemasan
tetapi keadaannya dikatakan stabil. Kemalangan tersebut telah
menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sepanjang lima
kilometer.
Van yang dipandu oleh Mohamad Deli itu dipercayai tidak boleh
dikawal setelah satu tayarnya meletup lalu merempuh besi
penghalang jalan sebelum jatuh ke dalam gaung itu. Menurut
saksi, van tersebut berpusing beberapa kali sebelum merempuh
benteng besi tepi jalan itu. Ketika kemalangan itu berlaku, hujan
renyai-renyai yang turut menyukarkan bantuan diberikan kepada
mangsa ketika kejadian tersebut berlaku.
Keluarga itu dikatakan baru sahaja pulang dari kampung mereka
di Tanjung Malim Perak sempena dengan musim cuti sekolah ini.
Mohamad Deli yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di ibu
kota manakala isterinya pula bekerja di sebuah sekolah swasta di
Klang. Kesemua anak mereka bersekolah di sekolah swasta
tersebut.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur berkata, kemalangan itu sesuatu
yang menyedihkan lalu menasihati pengguna yang lain supaya
lebih berhati-hati dan memastikan kenderaan mereka sentiasa
berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan
perjalanan.
Karangan 19
Ramalan

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk


menceritakan pengalaman bercuti anda di sebuah
tempat
Tulis surat itu selengkapnya.
No. 234, Jalan Osman,
Taman Kerjasama Ulung,
46400, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
28 September 2009.
Menemui saudaraku Ali bin Karim yang kini berada di Sungai
Perak, Perak. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat
sejahtera hendaknya.
Saudara,
Surat saudara itu telah pun selamat saya terima pada empat hari
yang lalu dan ribuan terima kasih atas kesudian saudara menulis
itu. Nampaknya percutian saudara bersama keluarga di Pulau
Tioman itu memang menarik untuk dibaca berulang kali.
Jadi, kali ini saya ingin membalas pula dengan menceritakan
pengalaman percutian kami sekeluarga di Pantai Lido, Johor. Kami
sekeluarga telah pergi ke kampung nenek saya yang terletak
berhampiran dengan pantai yang terkenal itu. Sudah lama ayah
merancang percutian ini kerana setiap kali kami sekolah pasti
ayah atau ibu tidak mendapat cuti pula.
Ketika tinggal di rumah nenek, saya dan adik saya telah
berpeluang mengikuti Pak Long pergi menangkap ikan. Awal-awal
pagi lagi kami sudah bertolak ke laut. Kami telah dibawa menaiki
sebuah bot yang agak sederhana besarnya. Kami melihat cara-
cara membuang dan menarik pukat yang begitu besar serta cara
nelayan mengasingkan ikan-ikan mengikut kategori tertentu ke
dalam kotak khas. Saya sendiri tidak pasti jenis-jenis ikan yang
sudah ditangkap itu kerana terlalu banyak.
Kami berada di lautan selama hampir lima jam. Sebaik sahaja
kami sampai di daratan, sudah ada beberapa orang yang sedang
menunggu kami. Rupa-rupanya
Ramalan

mereka membeli ikan daripada Pak Long. Saya ternampak Pak


Long dan peraih itu bercakap-cakap tentang sesuatu. Mereka
kemudiannya berjabat tangan sesama mereka. Semua kotak-
kotak ikan itu kemudiannya diangkat ke dalam lori yang sudah
sedia menunggu.
Ada juga ikan yang kami bawa pulang ke rumah nenek. Mak dan
Mak Long sibuk memasak buat kami. Pada malam itu, kami
sekeluarga duduk makan malam bersama-sama dengan hasil
tangkapan tadi. Makanan itu merupakan makanan malam yang
paling sedap pernah saya alami. Sekali-sekali kedengaran cerita
lucu terutama cerita Pak Long tentang saya dan adik yang
kelihatan begitu kagum dengan nelayan yang menangkap ikan
itu.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Diharap pada cuti
penggal yang akan datang, kita dapat menghabiskan cuti
bersama-sama pula.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Azman
Karangan 20
Ramalan

Anda menjadi pencadang dalam satu perbahasan


yang bertajuk “Sukan memainkan peranan penting
dalam kehidupan pelajar”.
Selamat sejahtera tuan pengerusi majlis, para hakim yang
bijaksana, barisan pembangkang yang dihormati, guru-guru dan
para hadirin sekalian. Saya bagi pihak pencadang menyokong
tajuk perbahasan kita pada hari ini iaitu “Sukan memainkan
peranan penting dalam kehidupan pelajar”.
Hadirin,
Slogan “badan cergas otak cerdas” menjadi satu laungan yang
membuktikan betapa pentingnya aktiviti sukan dalam kehidupan
seseorang itu terutama pelajar. Tanpa badan yang sihat
seseorang itu pasti tidak mampu untuk melakukan apa-apa
tindakan lain terutama untuk belajar dengan sebaik mungkin. Kita
boleh katakan tanpa suka seseorang pelajar itu akan menjadi
lemah lalu menjejaskan prestasi pelajarannya.
Bukan sahaja prestasi pelajar berkaitan dengan sukan tetapi rasa
keyakinan diri pun akan bertambah. Kalau kita kaji kebanyakan
ahli sukan yang berjaya memiliki satu perasaan yakin diri yang
amat tinggi sehingga mereka berjaya memperoleh banyak
kejayaan dalam hidup mereka. Rasa keyakinan ini penting kerana
kehidupan yang tidak ada rasa yakin pasti akan menimbulkan
rasa negatif dalam kehidupan pelajar. Oleh itu, sekali lagi sukan
membuktikan betapa pentingnya aktiviti ini dalam diri pelajar.
Hadirin yang dihormati,
Malah, sukan juga boleh menjadikan interaksi seseorang pelajar
itu lebih matang dan meluas. Sukan melibatkan lebih daripada
seorang pelajar lalu setiap aktiviti sukan pasti melibatkan
interaski yang kemudiannya boleh dijadikan asas persahabatan
buat seseorang itu. Semua interaksi yang berlaku ini menjadikan
kehidupan pelajar lebih bermakna lalu mereka berupaya untuk
melakukan sesuatu yang baik dalam hidup mereka.
Sukan juga menjadikan masa lapang pelajar dihabiskan dengan
bermanfaat sekali. Setiap permainan sukan memerlukan satu
jumlah masa yang agak lama seperti empat puluh minit atau
sejam. Masa yang dihabiskan sebegini menjadikan mereka
Ramalan

mampu menghabiskan masa dengan lebih baik tanpa terbabit


dalam sebarang aktiviti yang tidak sihat pula.
Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya menegaskan
bahawa sukan memainkan peranan penting dalam kehidupan
pelajar. Hanya menerusi sukan pelajar dapat memahami diri
mereka lalu berjaya mencapai matlamat sebenar mereka di dunia
ini.
Sekian, terima kasih.
Karangan 1
Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas
tambahan.
Ramalan

Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.


Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana
banyak faedah yang mereka peroleh apabila mengikuti kelas
sebegini. Kelas tambahan sudah menjadi satu kebiasaan dalam
kehidupan murid-murid kini.
Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas
tambahan ialah pemahaman mereka terhadap pelajaran akan
menjadi semakin kukuh. Kelas ini begitu penting buat murid yang
lemah dalam sesuatu pelajaran.
Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh
memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan
keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga
dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu
pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan
sebenarnya.
Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan
berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut
dalam menghadapi peperiksaan pula. Mereka yang sudah banyak
kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk
menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan
itu.
Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid
memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas
tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa
menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak
sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton
televisyen.
Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalkkan mengikuti
kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah.
Namun, jumlah kelas yang dihadiri oleh murid ini juga harus
dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang masa
dengan menghadiri kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting
daripada kuantiti menghadiri kelas.
Karangan 2
Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada
kita.
Ramalan

Tulis karangan tentang cara-cara menjaga


kesihatan diri.
Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya
mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada
banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam
keadaan baik.
Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga
kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih
serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan
langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa
sahaja.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama
makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi
air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari
untuk menjamin kesihatan yang baik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar
kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan
bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang
itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan
penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut
jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu
mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah
menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung
jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan
yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu
tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri
dan keluarga jua.
Karangan 3
Tulis karangan yang bertajuk, “Faedah Membaca”
Ramalan

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat


membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca
memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang
hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.
Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu
pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan
bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang
itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang
penuh cabaran ini.
Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang
paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang.
Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku
dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka
berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.
Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan
seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan
bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan
seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan
mudah.
Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama
pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin
banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu
untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan
berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.
Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil.
Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi
dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.
Karangan 4
Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas
kemahiran hidup. Tiba-tiba seorang rakan kamu
tercedera.
Ramalan

Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa


tersebut.
Saya dan rakan-rakan sekelas begitu gembira setiap kali kami
menghadiri kelas kemahiran hidup. Kami berasa gembira kerana
kelas ini mengajar kami pelbagai kemahiran hidup yang
memerlukan kreativiti seperti menghasilkan penyangkut baju dan
kotak simpanan pensel.
Namun pada minggu lepas, satu kejadian buruk telah berlaku
ketika kelas kemahiran hidup itu sedang berlangsung. Kejadian itu
berlaku selepas Cikgu Kamal memberikan tugasan kepada kami
semua iaitu untuk menyiapkan rangka gambar. Beliau ketika
kejadian itu berada di luar kelas.
Ali, rakan sekelas saya telah ditimpa kecederaan. Tangannya telah
terluka ketika sedang membantu seorang lagi rakan saya iaitu
Azmi. Kemalangan berlaku apabila Azmi hendak memotong kayu
itu dengan gergaji lalu terkena tangan Ali secara tidak sengaja. Ali
hanya memegang tangannya yang berlumuran darah.
Tanpa melengahkan masa, saya segera memberitahu Cikgu
Kamal yang ketika itu berada di luar kelas bercakap dengan
penolong kanan. Cikgu Kamal segera masuk ke dalam kelas dan
memegang serta mengambil ubat pembasmi kuman lalu
menyapukannya ke atas luka Ali itu sebelum membalutnya
dengan menggunakan kain pembalut luka.
Kemudian, Cikgu Kamal meminta kami semua supaya bertenang
dan berhati-hati apabila menggunakan alat-alat tajam di kelas itu
pada masa hadapan. Beliau membawa Ali ke klinik berhampiran
sekolah untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Karangan 5
Ramalan

Semasa rehat, seorang rakan kamu menyedari


bahawa dia telah kehilangan wang. Dia tidak
mempunyai wang untuk berbelanja dan meminta
pertolongan daripada kamu.
Ceritakan bagaimana kamu membantunya.
Semalam semasa sedang berjalan menuju ke kantin sekolah,
Sulaiman baru menyedari bahawa dia tidak mempunyai wang
belanja. Dia berpendapat kemungkinan wang itu tercicir ketika dia
pergi ke sekolah atau tertinggal di rumahnya.
Sulaiman berasa sedih kerana dia tidak mempunyai wang untuk
makan lagi. Saya memberitahunya supaya tidak berasa risau
kerana saya akan membayar untuk makanannya pada waktu
rehat itu. Kami berjalan bersama-sama menuju ke kantin sekolah.
Wang saku saya ada RM5 dan memberitahu Sulaiman bahawa
kami akan berkongsi wang tersebut untuk membeli makanan di
kantin. Saya menjelaskan kepadanya bahawa wang yang saya
ada itu sudah lebih daripada cukup untuk membayar makanan
kami berdua.
Kemudian, saya membeli dua pinggan mi goreng yang berharga
RM1 sepiring. Saya menghulurkan mi itu kepada Sulaiman.
Sejurus kemudian, saya membeli dua gelas air yang berharga 50
sen dan memberikan segelas kepada Sulaiman juga. Kami makan
bersama-sama sambil bebrincang tentang pelajaran yang baru
sahaja kami dengar tadi.
Selepas makan saya memberikan RM1 kepada Sulaiman untuk
tambang bas ketika balik nanti. Dia hanya tersenyum lalu
mengucapkan terima kasih kepada saya atas bantuan itu.
Sulaiman juga berjanji akan memulangkan semula wang saya
pada esok harinya. Saya herasa gembira kerana dapat membantu
seseorang pada hari itu.
Karangan 6
Ramalan

Tulis karangan berdasarkan peribahasa “seperti


kacang lupakan kulit”
Pak Kamal seorang pesawah yang tidak memiliki pendidikan
tinggi. Dia tidak mahu anak tunggalnya itu menjalani kehidupan
yang serupa dengannya. Pak Kamal lebih suka melihat Ali berjaya
dalam hidupnya dan memiliki pelajaran yang baik.
Jadi, setiap hari Pak Kamal dan isterinua akan bekerja keras di
sawah untuk memastikan Ali mampu ke sekolah. Mereka sanggup
berlapar dan tidak memiliki pakaian yang banyak asalkan anak
mereka itu mampu ke sekolah setiap hari. Mereka sanggup
berkorban apa-apa sahaja demi kejayaan Ali yang merupakan
anak tunggal mereka.
Kini, Pak Kamal dan isterinya boleh berbangga kerana Ali menjadi
satu-satunya penduduk kampung mereka yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ali berjaya dipilih untuk
memasuki kursus perubatan di sebuah universiti terkenal negara.
Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Ali telah berjaya mendapat
kerja sebagai doktor di sebuah hospital swasta yang terkenal. Gaji
bulannya begitu lumayan. Jauh lebih banyak daripada
pendapatan ayahnya itu sehingga Ali sudah mampu untuk
membeli sebuah kereta dan rumah dalam masa tidak sampai
setahun sahaja.
Namun, kebahagian yang dijangkakan oleh Pak Kamal dan
isterinya tidak kesampaian kerana kehidupan di kota telah
menyebabkan Ali lupa tanggungjawabnya kepada keluarga. Dia
tidak lagi pulang melawat ibubapanya di kampung. Dia tidak
mengenang jasa dan pengorbanan ayah serta ibunya itu.
Pak Kamal sedar bahawa anak yang dahulunya disanjung atas
kejayaanya itu kini menjadi seperti kacang lupakan kulit. Apabila
teringatkan anaknya itu, Pak Kamal menangis tetapi dia dan
isterinya masih berdoa agar Ali akan berasa insaf lalu pulang ke
pangkuan mereka.
Karangan 7
Ramalan

Anda telah menyaksikan satu kebakaran. Ceritakan


pengalaman anda menangani situasi tersebut.
Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa kebakaran yang
berlaku pada bulan lepas. Setiap kali membaca akhbar tentang
kejadian kebakaran fikiran ini terus teringat akan kejadian itu.
Masalah ini berterusan kerana aku terlibat secara langsung dalam
peristiwa tersebut.
Peristiwa kebakaran itu berlaku pada waktu petang hari Ahad
minggu terakhir pada bulan lepas itu. Ketika itu, aku berada di
satu simpang jalan menuju ke arah rumahku. Tiba-tiba sahaja,
aku terdengar jeritan orang ramai meminta pertolongan
kemudian perkataan api berulang kali pula berkumandang. Rupa-
rupanya, jeritan itu datangnya dari sebuah rumah di deret rumah
yang berada di tepi jalan itu.
Tanpa membuang masa, aku segera menelefon pihak bomba
dengan menggunakan telefon bimbit yang diberikan oleh ibu tadi.
Kemudian, aku menuju ke rumah yang sedang terbakar itu. Ketika
aku sampai, sudah ada beberapa jiran yang sibuk mengangkat
keluar beberapa peralatan elektrik dari rumah tersebut. Aku
membantu mereka. Ada juga beberapa orang yang hanya duduk
melihat sahaja.
Kemudian kedengaran bunyi siren bomba. Pasukan bomba begitu
pantas bertindak kerana dalam masa tidak sampai 10 minit
sahaja api yang sedang marak di bahagian atas rumah itu sudah
berjaya dipadamkan oleh mereka. Menurut jiran-jiran, kebakaran
itu berlaku akibat litar pintas.
Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa kebakaran
dengan segera membuat panggilan kepada pihak bomba. Semua
penghuni rumah itu dalam keadaan selamat. Hanya bahagian
atas rumah itu sahaja yang terbakar teruk. Aku difahamkan jiran-
jiran kawasan itu telah memberi bantuan kewangan kepada
mangsa kebakaran itu.
Karangan 8
Ramalan

Anda sebagai wakil murid tahun enam dikehendaki


berucap dalam satu majlis perpisahan antara guru
dengan murid-murid tahun enam. Tulis ucapan itu
selengkapnya.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
guru-guru, dan rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera
saya ucapkan.
Ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput
saya sebagai wakil murid tahun enam untuk berucap dalam majlis
yang meriah lagi bermakna ini.
Hadirin,
Guru-guru sekolah ini telah mendidik dan membimbing kami demi
kejayaan pada masa hadapan. Oleh itu, kami akan sentiasa
mengenang dan menghargai jasa guru sekalian. Kami tidak
sekali-kali akan menjadi seperti “kacang lupakan kulit”. Tanpa
guru siapalah kami.
Selain itu, kami berjanji akan terus belajar dengan tekan sehingga
mencapai kejayaan dalam peperiksaan akan datang. Walaupun
kita akan terpisah, harapan kami semua ialah guru-guru tidak
akan melupakan kami begitu sahaja. Bak kata pepatah “jauh di
mata dekat di hati”.
Guru-guru dan rakan-rakan,
Kami berjanji akan mengingati semua nasihat guru terutama
nasihat agar menjadi insan yang berguna buat agama,
masyarakat dan negara ini. Kami berharap agar guru sekalian
sentiada mendoakan kejayaan kami dalam segenap lapangan
yang kami ceburi.
Akhir kata, kami memohon maaf aras semua kesilapan yang kami
lakukan sepanjang kami belajar di sini.
Sekian, terima kasih.
Karangan 9
Ramalan

Sebagai ketua murid, anda telah dipilih untuk


memberi ucapan bersempena dengan sambutan
Hari Guru. Lengkapkan ucapan di bawah.
Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-
guru yang dikasihi serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya
ucapkan.
Hadirin yang dikasihi,
Pada pagi yang penuh bermakna ini, saya mewakili pelajar tahun
enam sekolah ini mengucapkan selamat hari guru kepada guru-
guru yang kami semua kagumi. Didikan guru-guru semua telah
banyak memberi kesedaran kepada kami semua.
Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima aksih kepada guru
yang begitu tekun dan sabar serta dedikasi mendidik kami untuk
memperoleh ilmu pengetahuan. Guru-guru bekerja mendidik kami
tanpa mengharapkan sebarang balasan pun.
Namun, berkat ketekunan guru-guru semua, kami telah berjaya
mencapai kejayaan demi kejayaan dalam peperiksaan kami.
Semua kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa kewujudan guru-
guru semua.
Kami berharap guru-guru akan terus berkhidmat untuk mendidik
anak bangsa yang amat memerlukan bantuan ini. Tanpa
pertolongan guru-guru semua, kami boleh diumpamakan sebagai
anak ayam kehilangan ibu.
Akhir sekali, kami mengucapkan selamat hari guru kepada guru-
guru yang dikasihi.
Karangan 10
Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid
Cemerlang”
Ramalan

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,


guru besar, para guru serta rakan sekalian. Izinkan saya
menyampaikan satu syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid
cemerlang”.
Hadirin,
Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid
tersebut. Oleh itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu
untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini.
Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri
mereka. Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid
menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih mendalam.
Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani
kelemahan tersebut.
Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif.
Kewujudan jadual sebegini menjadikan murid tahu masa yang
sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja
berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting
seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan
mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu
kehidupan belajar yang seimbang.
Hadirin yang budiman,
Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang
berkesan. Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup
dilaksanakan untuk memastikan murid memahami subjek itu
secara mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid
lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.
Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan.
Amalan pemakanan seimbang bersama-sama ketenangan emosi
penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan ini boleh
menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang
cabaran peperiksaan yang muncul.
Ramalan

Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan


mudah sahaja. Semua murid harus berusaha dan mematuhi
amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti
kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.
Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.
Karangan 11
Ramalan

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda akan


mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. Selaku
pengerusi persatuan, anda dikehendaki menulis
sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah anda
untuk meminta kebenaran untuk mengadakan
lawatan tersebut.
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka,
45000, Batu Berendam,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka,
45000, Batu Berendam,
Melaka 28 SEPTEMBER 2009
Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat ke Pulau Pinang
Merujuk perkara di atas, saya selaku Pengerusi Persatuan Bahasa
Malaysia sekolah ini ingin memohon kebenaran daripada pihak
tuan untuk membuat lawatan ke Pulau Pinang pada cuti semester
pertama akan datang ini.
2. Tujuan kami mengadakan lawatan tersebut adalah untuk
melihat tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang.
Lawatan ini juga akan meluaskan lagi pengetahuan murid tentang
kepelbagaian kaum di negara ini. Pulau Pinang merupakan antara
negeri yang memiliki kaum-kaum yang unik untuk dilihat oleh
murid sekolah ini.
3. Rombongan ini akan meliputi 20 orang murid tahun enam dan
diiringi 4 orang guru. Kami berjanji akan mematuhi segala
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kami juga
akan mengikuti semua arahan guru pengiring kelak.
Ramalan

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan


meluluskan permohonan kami ini secepat mungkin. Hal ini kerana
kami memerlukan masa untuk membuat semua persiapan
sebelum mengadakan lawatan tersebut seperti aspek meminta
kebenaran daripada pihak ibu bapa pula.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
azman
(AZMAN MOHAMAD)
Pengerusi,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka.
Ramalan

Karangan 12
Jalan raya di kampung kamu telah rosak. Sebagai
wakil penduduk, anda ingin mengemukakan
permohonan membaiki jalan. Tulis sepucuk surat
kepada Jabatan Kerja Raya untuk menyatakan
permohonan kamu itu.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,
Kampung Pandan Indah Batu 25, 3200, Cheras,
Selangor.
Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Daerah Cheras,
Kompleks Bangunan Sultan Ismail,
Jalan Aman 2,
43200, Cheras,
Selangor. 29 SEPTEMBER 2009.
Tuan,
Memohon Membaiki Jalan Raya
Berhubung perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung
Pandan Indah Batu 25 memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
membaiki jalan raya yang sudah rosak di kampung kami ini.
2. Jalan raya di kampung kami ini telah rosak akibat terlalu
banyak lori berat yang menggunakannya untuk mengangkut pasir
ke kawasan pembangunan di kampung sebelah. Keadaan ini
menjadi semakin serius kerana musim hujan yang baharu sahaja
tamat bulan lalu menjadikan kawasan tepi jalan raya itu berlopak
dan mula berlubang.
Ramalan

3. Akibat kerosakan jalan raya itu beberapa kemalangan kecil


telah berlaku. Malah, kami mula berasa bimbang kerana banyak
anak-anak penduduk kami menggunakan jalan tersebut untuk ke
sekolah mereka. Kami bimbang jika sesuatu
yang buruk akan menimpa mereka kerana keadaan jalan raya
yang sudah begitu teruk itu.
4. Bukan sahaja masalah jalan raya ini menyusahkan pelajar ke
sekolah tetapi juga buat kami yang hendak pergi ke tempat kerja
kerana jalan raya itu merupakan satu-satunya jalan yang
menghubungkan kampung ini dengan kawasan lain. Saban hari
kami terpaksa lebih berwaspada apabila menggunakan jalan raya
itu untuk mengelakkan lubang dan sebagainya.
5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat membaiki jalan
raya di kampung kami ini dengan segera.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
KAMAL AHMAD
( KAMAL AHMAD)
Wakil Penduduk,
Kampung Pandan Indah Batu 25, Cheras.
Karangan 13
Ramalan

Tulis sepucuk surat kepada kenalan kamu di luar negara


untuk menceritakan tentang perayaan yang telah kamu
sambut.
No.227, Jalan Cheras 2/3,
Taman Cheras Aman,
45600, Cheras,
Selangor.
27 September 2009.
Menemui sahabatku, Melisa Kwong yang kini berada di Taiwan
dengan selamatnya.
Saudari,
Surat saudari yang bertarikh 28 Ogos 2009 itu telah lama saya
terima. Maafkan saya kerana terlewat membalas surat saudari itu
kerana kesibukan saya menyambut Hari Raya Adilfitri. Untuk
pengetahuan saudara, saya dan keluarga di sini semuanya dalam
keadaan yang sihat.
Jadi, untuk warkah kali ini saya berhasrat untuk menceritakan
tentang Hari Raya Adilfitri yang telah saya sambut baru-baru ini.
Untuk makluman saudari, umat islam meraya perayaan ini pada 1
Syawal yakni kalendar Islam. Sebelum kami menyambut
perayaan ini, semua umat Islam akan berpuasa selama sebulan.
Pada hari perayaan itu, saya dan ayah serta abang akan bersama-
sama pergi ke masjid yang berdekatan rumah saya untuk
bersembahyang. Biasanya ketika inilah kami meluahkan rasa
syukur kerana berjaya melengkapkan puasa dan mampu
menyambut perayaan pula. Biasanya masjid akan dipenuhi
dengan orang ramai ketika ini.
Satu perkara yang unik tentang perayaan ini ialah umat Islam
akan membuat rumah terbuka yakni semua kaum boleh datang
ke rumah orang Islam dan bersama-sama menyambut perayaan
ini. Jadi, ramai jiran dan sahabat saya yang datang ke rumah saya
pada perayaan tersebut. Biasanya emak saya akan
menyediakan pelbagai juadah makanan untuk dihidangkan
kepada tetamu yang datang sambil berbual-bual.
Ramalan

Saya juga akan pergi melawat rumah kawan-kawan saya pada


hari perayaan itu. Saya berasa gembira kerana perayaan ini
biasanya disambut dalam suasana yang meriah dan ceria lalu
memberikan satu kepuasan dalam hidup.
Itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang perayaan yang
telah saya sambut itu. Semoga kita akan bertemu lagi.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Kamaluddin
Karangan 14
Ramalan

Balas surat kepada rakan anda untuk memberitahunya


tentang persediaan anda menghadapi peperiksaan akhir
tahun.
No.228, Jalan Cheras 12,
Taman Cheras Utama,
45600, Cheras,
Selangor.
29 September 2009.
Ke hadapan saudara Kamal yang kini berada di Pulau Pinang,
semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat
sejahtera.
Saudara,
Surat yang saudara kirimkan itu telah saya terima pada minggu
lalu. Saya berasa amat kagum akan persediaan yang telah
saudara ambil khas untuk mengharungi peperiksaan akhir tahun
pada bulan Oktober nanti. Sememangnya saudara berfikiran jauh.
Untuk makluman saudara, saya juga sudah mula membuat
persediaan dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Tindakan
awal saya ialah dengan membuat jadual belajar di rumah. Semua
masa yang telah ditetapkan dalam jadual itu sudah saya patuhi
agar proses ulang kaji saya lebih berkualiti dan konsisten.
Pada masa yang sama, saya juga mengikuti kelas tambahan yang
disediakan oleh pihak sekolah saya. Kelas ini diadakan setiap hari
Isnin bermula jam 4 petang hingga 6 petang. Kelas tambahan ini
saya gunakan untuk mengukuhkan lagi kemahiran saya untuk
menjawab soalan peperiksaan kelak.
Selain itu, saya juga telah menubuhkan satu kumpulan belajar.
Kumpulan ini terdiri daripada empat pelajar sekelas saya dan
kami bertemu dua kali seminggu yakni pada hari jumaat dan
sabtu setiap jam 8 malam hingga 10 malam di rumah saya. Kami
berbincang dan bertukar-tukar pendapat supaya mampu
menambahkan pengetahuan bersama.
Ramalan

Saya amat yakin jika saya berusaha lebih gigih, saya boleh
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir
tahun kelak lalu memberi sedikit harapan kepada ibu bapa saya.
Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih.
Yang benar,
Yusuf
Ramalan

Karangan 15
Tulis berita tentang satu rompakan yang berlaku di
sebuah kedai runcit.
KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER – Satu rompakan telah berlaku di
sebuah kedai runcit di Jalan Handal, Taman Seri Maju. Rompakan
tersebut telah dilakukan oleh dua lelaki dalam lingkungan umur
30-an pada petang semalam.
Menurut pemilik kedai runcit itu, rompakan itu berlaku ketika dia
sedang melayan seorang pelanggannya. Mereka terkejut apabila
didatangi oleh dua lelaki itu yang bersenjatakan sebilah parang
dan kapak. Perompak-perompak itu berjaya merampas wang hasil
jualan hari itu bernilai hampir RM500. Pemilik kedai runcit itu
pada mulanya enggan menyerahkan wang tersebut tetapi setelah
perompak memberi amaran akan mencederakan pelangganya,
dia terpaksa menyerahkan wang tersebut.
Kejadian yang berlaku dalam masa 10 minit itu merupakan
kejadian pertama yang menimpa kedai runcit tersebut. Pihak polis
yang datang membuat siasatan kemudian mengesahkan bahawa
dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an sedang diburu oleh pihak
polis. Kedua-dua perompak tersebut dipercayai masih lagi
bersembunyi di kawasan berhampiran kerana semua kawasan
keluar dari kawasan itu sudah dikawal oleh pihak polis.
Pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi
pihak polis jika mereka ternampak dua lelaki yang mencurigakan
di kawasan mereka dengan segera.
Ramalan

Karangan 16
Di kawasan tempat tinggal anda satu pasar tani
telah dianjurkan. Gambarkan suasana di pasar tani
tersebut.
Kampung saya, Kampung Merdeka merupakan lokasi pasar tani
sejak beberapa tahun yang lalu. Pemilihan kampung saya
mungkin ada kaitan dengan kedudukannya yang strategik kerana
berdekatan dengan kampung-kampung lain dan juga bandar
Melaka.
Setiap awal pagi Ahad, kampung saya akan dikunjungi para
petani dan peniaga. Semua sudah atau sibuk memasang dan
menyusun barang jualan mereka. Ada juga yang sedang
memasak dan menggoreng pelbagai jenis masakan untuk dijual
kepada pengunjung nanti. Kelihatan juga beberapa kenderaan
terutama van diletakkan di tepi gerai mereka.
Menjelang jam 9 pagi, sudah mula kelihatan pengunjung
memenuhi tapak pasar tani itu. Ketika inilah para peniaga sibuk
berkempen untuk memastikan barangan mereka laris dijual.
Suasana mula menjadi riuh-rendah dengan suara peniag-peniaga
ini. Manakala kawasan lalu lintas di situ mula menjadi sesak
dengan orang ramai berasak-asak membeli-belah.
Kebanyak pengunjung yang datang ke situ suka memilih dan
menawar harga terutama sayur-sayuran dan buah- buahan serta
barangan keperluan harian lain. Ada juga yang hanya datang
untuk menjamu selera sambil beriadah bersama-sama keluarga
mereka. Suasana riuh-rendah tadi akan mula berkurangan
menjelang waktu tengah hari.
Ketika waktu inilah, para peniaga mula mengemaskan barangan
mereka dan pulang ke rumah masing-masing dengan penuh
kegembiraan melihat keuntungan yang diperoleh tadi.
Ramalan

Karangan 17
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda telah
mengadakan lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Selaku
setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu.
Laporan Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron
Pada 28 September 2007, sebanyak 25 orang ahli Persatuan
Bahasa Malaysia, sekolah Kebangsaan Damai, Klang telah
mengadakan lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Kami bertolak
dari sekolah tepat jam 6.30 pagi bersama-sama lima guru
pengiring.
Tempat lawatan kami yang pertama ialah kebun sayur. Kami
begitu kagum melihat keluasan kawasan kebun itu bersama-sama
dengan kepelbagaian jenis sayur yang ditanam. Antaranya ialah
kubis, lobak merah, cili dan sawi. Semua tanaman itu kelihatan
segar dan lebih besar daripada kebiasaan yang kami nampak di
pasar biasa.
Kemudian, kami melawat pula ke bunga. Sebaik sahaja sampai,
semua pelajar berasa begitu gembira kerana melihat keindahan
bunga yang pelbagai warna itu. Puan Erra iaitu salah seorang
guru pengiring kami telah membeli beberapa jambak bunga ros
untuk hiasan di rumahnya kelak. Kami mengambil banyak gambar
di kebun bunga yang memang indah itu.
Lawatan kami yang seterusnya ialah lading teh. Penyelia lading
itu telah membawa kami berjalan ke kawasan ladang sambil
menerangkan jenis-jenis pokok teh dan proses menghasilkan teh.
Penerangan yang diberikan itu telah banyak memberikan
informasi baru kepada kami tentang teh. Ladang itu memiliki
banyak pekerja.
Sebelum balik ke Klang, kami telah menghabiskan masa dengan
berkelah di kawasan air terjun. Di situ, kami sedang mandi-manda
dan menikmati bekalan yang sudah dibawa. Setelah berada
hampir sejam di kawasan itu, bas kami bertolak ke Klang dan
sampai di Bandar itu menjelang jam 8 malam.
Sebenarnya, lawatan ini telah banyak memberi pengetahuan dan
pengalaman baru kepada pelajar semua. Kami bercadang utnuk
melawat ke tempat lain pula sekiranya berpeluang.
Ramalan

Laporan disediakan oleh, 28 Oktober 2008.


Kamal Sulaiman
(Kamal bin Sulaiman)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Damai, Klang.
Karangan 18
Ramalan

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah


Bergoyong-royong:.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar,
guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini,
saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.
Hadirin sekalian,
Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong
membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan
sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini,
sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-
sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.
Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat
dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta
meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah
untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama
melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang
datang memasak atau membina pelamin buat pasangan
pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat
dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.
Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan
berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja
dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan
sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi
ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.
Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu
dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada
pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu
masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan
mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung
kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.
Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus
berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.
Sekian, terima kasih
Karangan 19
Ramalan

Pendidikan masa depan harus berteraskan


teknologi maklumat. Sebagai pencadang, sediakan
teks perbahasan anda.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang Berusaha Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah, uru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif
lagi bijaksana, serta hadirin sekalian.
Pada hari ini, saya selaku pihak pencadang ingin membahaskan
tajuk yang diberikan kepada saya yakni, “Pendidikan Masa Depan
Harus Berteraskan Teknologi Maklumat”.
Hadirin sekalian,
Kita semua sudah sedia maklum bahawa teknologi maklumat
akan menguasai dunia. Semua teknologi yang ada kini pasti
mempunyai kaitan dengan teknologi maklumat yakni
memudahkan manusia untuk mendapatkan sebarang informasi di
hujung jari mereka sahaja terutamanya penggunaan internet.
Lantaran itu, pendedahan akan teknologi maklumat perlulah
diberikan kepada pelajar seawal mungkin.
Cara yang paling mudah adalah menjadikan teknologi maklumat
sebagai perantara utama dalam sistem pendidikan engara.
Pendedahan yang sebegini akan menjadikan pelajar kita sudah
biasa dengan teknologi ini lalu mereka tidak lagi berasa kekok
untuk menggunakannya pada masa hadapan. Pada masa yang
sama semua pelajar ini akan menjadi celik komputer yang
pastinya memudahkan lagi usaha menguasai teknologi maklumat
kelak.
Penggunaan teknologi maklumat terutamanya komputer dalam
pembangunan negara bukanlah sesuatu yang asing terutama
dalam aspek ekonomi. Semua urusan perniagaan kini mampu
dilakukan menerusi komputer dengan begitu mudah dan telur.
Kemampuan mendedahkan pelajar dengan teknologi maklumat di
sekolah bakal menghasilkan satu sumber manusia yang sudah
mahir menggunakan teknologi ini sejak muda lagi.
Ramalan

Sidang dewan yang dihormati,


Kita mesti menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk
menjadikan pendidikan masa depan berteraskan teknologi
maklumat. Tindakan bijak kerajaan ini mampu menjana
pertumbuhan pembangunan negara menjadi lebih rancak dan
stabil pada masa mendatang berbanding negara jiran kita. Pada
masa yang sama wawasan negara untuk menjadi sebuah negara
maju menjelang 2020 pasti tercapai dengan mudah.
Sekian, terima kasih.
Karangan 20
Ramalan

Tulis sebuah berita tentang kejadian pelajar mati


lemas.
KUALA LUMPUR, 2 April – Dua pelajar mati lemas ketika berenang
bersama-sama empat rakan mereka di sebuah tasik di Ampang.
Mereka yang lemas itu dikenali sebagai Ahmad bin Ali dan Kamal
bin Murad. Kedua-duanya berumur 13 tahun dan merupakan
pelajar di Sekolah Menengah Jalan Padang Tembak di sini.
Menurut empat lagi rakan mereka yang berada di tempat itu,
tragedi itu berlaku kira-kira jam 4 petang. Kedua-dua pelajar itu
berenang bersama-sama rakan mereka yang lain di tasik yang
sering dikunjungi oleh orang ramai terutama pada hujung minggu
tetapi ketika kejadian itu tidak ada sesiapa yang datang
membantu mereka.
Keempat-empat rakan mereka cuba memberi bantuan tetapi
gagal untuk menyelamatkan dua mangsa lemas tersebut. Pihak
polis berjaya menjumpai mayat kedua-dua mangsa selepas empat
jam menjalankan operasi mencari kerana tasik itu agak dalam
dan airnya agak keruh. Faktor hujan turut melambatkan operasi
mereka juga.
Tasik itu memang menjadi tempat tumpuan masyarakat terutama
pada hujung minggu. Namun, kawasan tasik itu merupakan
tempat larangan berenang dan kelihatan tanda amaran
diletakkan di beberapa kawasan strategik di tasik tersebut.
Kebanyakan pelajar masih tidak memberi perhatian penting akan
faktor keselamatan diri mereka apabila berenang di tasik
tersebut.
Pihak pengurusan tasik bercadang untuk meningkatkan tahap
kelsematan di kawasan tersebut dengan menempatkan lebih
ramai pengawal keselamatan untuk mengawasi tingkah laku
remaja yang menyalahgunakan kemudahan di tasik tersebut.
Karangan 21
Ramalan

Lengkapkan surat di bawah untuk memberitahu


keluarga anda tentang kehidupan anda di asrama.
Sekolah Teknik Tuanku Jaafar,
Jalan Jejaka 2, Ampangan,
45500, Seremban,
Negeri Sembilan.
28 Ogos 2009.
Menemui ayahanda dan bonda, semoga berada dalam keadaan
sihat sejahtera. Anakanda di sini dalam keadaan sihat jua.
Ayahanda,
Sudah genap sebulan anakanda berada di asrama sekolah ini.
Sepanjang tempoh itu anakanda sering teringat akan kehidupan
bersama-sama dengan ayahanda dan bonda tetapi anakanda
sedar perpisahan ini sementara sahaja.
Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda, pada hujung bulan
April nanti, anakanda akan menduduki peperiksaan sekolah. Oleh
itu, setiap hari anakanda belajar mengulangkaji pelajaran sebaik
sahaja selesai sesi persekolahan biasa. Pada sebelah malam pula
anakanda dan pelajar yang lain wajib menghadiri sesi belajar
yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir asrama ini selama dua
jam setiap hari kecuali sabtu dan ahad.
Anakanda berasa gembira di asrama ini kerana kehidupan di sini
memberikan satu pengalaman baru buat anakanda. Bukan sahaja
anakanda belajar berdikari tetapi anakanda juga mula sedar
bahawa kehidupan pada masa hadapan banyak bergantung
kepada sikap anakanda untuk menghadapi sebarang cabaran.
Rakan-rakan serta guru-guru di sini banyak memberi bantuan.
Hubungan anakanda dengan mereka semua berjalan lancar dan
yakin prestasi pelajaran anakanda akan semakin bertambah baik
nanti.
Ramalan

Akhir kata, doakanlah kejayaan anakanda di sini dan anakanda


akan senantiasa merindui ayahanda serta bonda di sana.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Mustapha Kamal
Karangan 22
Ramalan

Majalah berbentuk komik ada kebaikan dan


keburukannya untuk pelajar. Bincangkan.
Komik merupakan bahan bacaan yang digemari oleh remaja kini.
Amalan membaca komik sudah menjadi sesuatu yang lumrah
sehingga amalan ini membawa pelbagai impak kepada pelajar.
Kebaikan ketara membaca komik ialah pelajar mampu berlibur
yakni berehat untuk menenangkan emosi dan jiwa mereka
dengan tenang. Penggunaan gambar yang menarik dan jalan
cerita yang unik menjadikan pembacaan komik satu amalan yang
menghiburkan Pada masa yang sama, amalan membaca komik ini
juga secara tersirat menjadikan seseorang pelajar itu minat untuk
membaca.
Semakin banyak bahan komik yang dibaca sudah pasti timbul
minat untuk membaca sebarang bahan termasuklah buku teks
yang pastinya memberikan kesan positif kepada pelajar kita.
Namun, komik juga membawa impak negatif yakni harga bahan
bacaan berunsur komik yang begitu tinggi ini. Sudah pasti pelajar
akan menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli
bahan komik ini setiap minggu atau bulan yang boleh digunakan
untuk membeli keperluan penting lain juga.
Komik juga sering dianggap pencetus unsur keganasan kerana
banyak aksi yang dipaparkan melambangkan aspek keganasan.
Tambahan pula, keganasan ini menyebabkan pelajar mudah
terpengaruh lalu berusaha untuk menirunya sehingga
menyebabkan mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat
pula.
Kesimpulannya, pelajar perlu bijak untuk menilai jenis komik yang
sesuai untuk dibaca oleh mereka. Pelajar harus sedar bahawa
sebarang pembacaan perlulah berlandaskan rasa
bertanggungjawab dan memberi informasi yang berguna.
Ramalan

Karangan 23
Andaikan anda seekor arnab. Tulis riwayat hidup
kamu.
Nama saya arnab perang tetapi kadangkala saya mendengar
orang memanggil saya dengan nama sicomel. Kehidupan saya
banyak di sebuah kedai haiwan. Setahu saya, sejak kecil lagi saya
sudah berada di kedai ini.
Saya ditempatkan di dalam sebuah sangkar yang agak besar
bersendirian. Keadaan sangkar itu juga bersih kerana pemilik
kedai ini sering menjaga binatang peliharaannya dengan baik. Di
sebelah sangkar saya tinggal seekor arnab lain yang dikenali
sebagai arnab telinga panjang dan di sebelah kiri saya pula
sangkar seekor arnab berwarna hitam.
Suatu hari saya telah dibawa keluar dari sangkar itu dan dibawa
pulang oleh seorang lelaki. Sebaik sahaja tiba di rumah lelaki itu,
saya terus diberikan kepada seorang budak perempuan. Mungkin
umur budak itu antara 8-11 tahun. Budak itu terus memeluk saya
dengan kuat dan mencium muka saya.
Sejak hari itu saya terus tinggal di rumah besar itu. Kawasan
sangkar saya pula agak besar malah lebih besar daripada tempat
lama saya itu. Setiap hari budak perempuan itu akan memastikan
sangkar saya mempunyai bekalan air dan makanan yang cukup.
Saya juga sering kali dimandikan olehnya. Kadangkala budak itu
menggunakan sejenis cecair yang menyebabkan bulu saya
berwarna wangi.
Sesungguhnya, kehidupan saya di tempat baru ini memang
menarik kerana saya sedar budak itu begitu memahami dan
menjaga keselesaan hidup saya. Mungkin saya akan hidup lama
di rumah ini.
Ramalan

Karangan 24
Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan
syarahan antara kelas. Tajuk syarahan itu ialah
“Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-
kanak.”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif
lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.
Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Keburukan Siaran
Televisyen Kepada Kanak-kanak.”
Hadirin sekalian,
Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua
penduduk negara ini sudah memiliki televisyen di rumah mereka.
Televisyen sudah diketahui mampu bertindak sebagai alat
penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini. Pada
masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen
menerusi penyiaran program dalam dan luar negara itu.
Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut
menyelitkan impak buruk yang ketara kepada kanak-kanak di
negara ini. Kebanyakan program yang ditayangkan itu merupakan
program import yang memaparkan pelbagai unsur ganas yang
tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan
dan pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap
akan menyebabkan kanak-kanak cuba meniru aksi tersebut.
Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan
terlalu banyak masa dengan menonton tanpa membuat sebarang
aktiviti yang berfaedah seperti membuat kerja sekolah mereka.
Alasan menonton program kesukaan mereka sering menjadi
alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu.
Keadaan ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka
menurun lalu menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada kanak-
kanak itu pada masa hadapan pula.
Hadirin yang dihormati,
Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya
sikap mengawal amalan menonton televisyen ini dengan lebih
baik. Ibu bapa harus mengutamakan program yang mampu
menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam diri
kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara
pada masa hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan
televisyen dapat mempengaruhi
Ramalan

fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan


televisyen yang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Sekian, terima kasih.
Ramalan

Karangan 25
Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan
syarahan antara kelas. Tajuk syarahan itu ialah
“Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-
kanak.”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif
lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.
Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Keburukan Siaran
Televisyen Kepada Kanak-kanak.”
Hadirin sekalian,
Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua
penduduk negara ini sudah memiliki televisyen di rumah mereka.
Televisyen sudah diketahui mampu bertindak sebagai alat
penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini. Pada
masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen
menerusi penyiaran program dalam dan luar negara itu.
Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut
menyelitkan impak buruk yang ketara kepada kanak-kanak di
negara ini. Kebanyakan program yang ditayangkan itu merupakan
program import yang memaparkan pelbagai unsur ganas yang
tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan
dan pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap
akan menyebabkan kanak-kanak cuba meniru aksi tersebut.
Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan
terlalu banyak masa dengan menonton tanpa membuat sebarang
aktiviti yang berfaedah seperti membuat kerja sekolah mereka.
Alasan menonton program kesukaan mereka sering menjadi
alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu.
Keadaan ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka
menurun lalu menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada kanak-
kanak itu pada masa hadapan pula.
Hadirin yang dihormati,
Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya
sikap mengawal amalan menonton televisyen ini dengan lebih
baik. Ibu bapa harus mengutamakan program yang mampu
menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam diri
kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara
pada masa
Ramalan

hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat


mempengaruhi fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu,
pilihlah rancangan televisyen yang sesuai untuk ditonton oleh
kanak-kanak.
Sekian, terima kasih.
Ramalan

Karangan 26
Sejak akhir-akhir ini, masyarakat begitu bimbang
tentang masalah salah laku yang melanda pelajar-
pelajar. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara
mengatasi masalah tersebut.
Masalah salah laku dalam kalangan murid memang semakin
membimbaangkan terutama di kawasan bandar. Media massa
sering menjadikan isu salah laku pelajar ini sebagai berita utama
mereka. Pada masa yang sama wujud pelbagai langkah yang
boleh dilakukan untuk mengatasi kemelut sosial yang melanda
golongan muda negara ini.
Tindakan yang paling efektif ialah pelajar-pelajar perlu diberikan
pendedahan motivasi. Langkah ini mampu menguatkan jati diri
pelajar supaya lebih tabah menghadapi dugaan kehidupan remaja
yang penuh cabaran. Pelajar juga boleh diselitkan dengan
pendedahan ilmu keagamaan dan moral yang tinggi.
Malah, pihak sekolah perlu menyediakan perkhidmatan
kaunseling yang berkualiti di sekolah mereka. Semua pelajar yang
sejak awal dikesan bakal mempunyai masalah salah laku perlu
menghadiri sesi kaunseling yang konsisten. Pengawasan sebegini
memastikan gejala ini mampu ditangani sejak awal lagi.
Selain itu, pihak berkuasa turut boleh memainkan peranan
dengan mengawal penyiaran unsur-unsur hiburan yang tidak
bermoral terutama di media massa. Kawalan yang ketat
memastikan media massa tidak menyiarkan sebarang budaya
negatif yang boleh ditiru oleh golongan muda ini pula. Kerajaan
harus memandang jauh dalam usaha menangani kemelut sosial
ini.
Tambahan pula, sikap pelajar itu sendiri perlu berubah. Semua
pelajar harus memiliki jati diri yang utuh untuk menghalang
mereka terjebak ke dalam masalah salah laku ini. Pelajar harus
bijak menilai perkara yang buruk dan baik lalu membuat
keputusan dengan sebaik mungkin.
Kesimpulannya, masalah salah laku dalam kalangan pelajar di
negara ini harus ditangani secara holistik. Semua pihaak perlu
bekerjasama melaksanakan perana mereka baik ibu bapa,
kerajaan dan pelajar itu sendiri. Pelajar merupakan pemimpin
negara pada masa hadapan.
Ramalan

Karangan 27
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara
Menggunakan Masa dengan Bijak”.
Masa amat penting buat seseorang manusia itu. Manusia yang
tidak tahu menggunakan masanya dengan baik sering kali
dikatakan manusia yang tidak bijak. Maka, ada pelbagai cara
yang membolehkan masa seseorang itu habiskan dengan baik.
Tindakan pertama ialah manusia menghabiskan sebahagian besar
masanya dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Antara aktiviti ini ialah bekerja, melakukan hobi atau
menghabiskan masa dengan membaca buku. Semua aktiviti yang
dilakukan ini boleh membawa manfaat kepada seseorang itu.
Selain itu, seseorang itu terutamanya pelajar boleh menggunakan
masanya dengan mengulang kaji pelajarn mereka. Tindakan ini
bukan sahaja memastikan masa mereka dihabiskan dengan
efektif malah aspek pendidikan pelajar itu turut meningkat.
Semakin banyak masa dihabiskan dengan membaca bahan
sekolah semakin baiklah buat pelajar tersebut.
Masa yang ada juga boleh digunakan untuk mempelajari ilmu
keagamaan. Kita semua sedia maklum tanpa benteng agama
sudah pasti seseorang itu mudah melakukan perkara yang tidak
baik. Pada masa yang sama mempelajari ajaran agama
menjadikan seseorang itu insan yang lebih sempurna.
Malah, seseorang itu juga boleh menghabiskan masa dengan
bersenam terutama ketika waktu petang. Amalan yang positif ini
mampu memberikan tahap kesihatan yang baik kepada
seseorang itu dalam jangka masa panjang. Kajian perubatan juga
membuktikan bahawa senaman mampu menjadikan minda
seseorang itu lebih cerdas.
Kesimpulannya, setiap manusia berhak menghabiskan masanya
dengan baik. Mereka yang bijak sahaja mampu memenuhi
masanya dengan amalan yang positif. Mereka yang degil sahaja
pasti akan kehilangan kepentingan masa dalam kehidupan
mereka itu.
Karangan 28
Ramalan

Tulis sebuah karangan yang bertajuk „Jika aku


Seorang Jutawan”. Panjangnya karangan anda
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Aku memang berhasrat untuk menjadi jutawan. Dengan memiliki
wang dan harta yang banyak, pelbagai perkara mampu dilakukan
buaat diriku dan orang lain terutama keluarga tercinta. Semua
impianku pasti akan terlaksana dengan menjadi seorang jutawan
itu.
Namun, usaha menjadi seorang jutawan memerlukan ketekunan
yang tinggi. Langkah awal untuk menjadi jutawan ialah aku perlu
belajar dengan baik sehingga berjaya memasuki menara gading.
Kemudian, aku perlu memiliki satu kerjaya yang baik. Ketika inilah
perancangan amat penting terutama sikap menyimpan wang
harus diamalkan dengan lebih praktikal lagi.
Sebaik sahaja menjadi jutawan, aku akan memberikan derma
kepada badan-badan kebajikan yang amat memerlukan bantuan
seperti rumah anak yatim dan orang tua. Wang derma itu
mungkin mampu menjadikan individu yang bernasib malang ini
lebih ceria dan mampu meneruskan kehidupan harian mereka
dengan baik.
Aku juga akan memberikan sejumlah wang kepada ayah dan ibu
sebagai bekalan masa tua mereka. Wang itu akan disimpan dalam
satu akaun amanah yang akan memberikan wang secara bulanan
kepada ibubapaku dengan lancar. Jasa mereka mendidik aku
ketika kecil sehingga berjaya harus menjadikan tugas menjaga
mereka satu kewajipan yang utama.
Selain itu, aku juga akan mula membuka perniagaan keluarga
pula. Buat masa ini aku belum dapat memikirkan jenis perniagaan
itu tetapi yakin perniagaan itu bakal menjanjikan sumber
pendapatan yang mantap buat diri sendiri dan keluarga untuk
satu jangka masa yang lama. Aku sedar semua perniagaan
mempunyai risiko tetapi aku yakin akan kemampuan diri.
Aku amat berharap dan berdoa agar impianku menjadi realiti.
Sehingga impian itu menjadi kenyataan, aku akan terus berusaha
dengan gigih mencapainya kerana semua impian tanpa usaha
hanyalah satu angan-angan siang hari sahaja.
Ramalan

Karangan 29
Tulis sebuah karangan yang bertajuk „Dikejar
Seekor Harimau”.
Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah mengikuti satu aktiviti
meredah hutan anjuran persatuan pengakap sekolah. Aku dan
beberapa rakan yang lain telah siap mendirikan khemah kami lalu
duduk menikmati makanan di kawasan unggun api. Malam
memang gelap tetapi cahaya api unggun mampu memberikan
sedikit cahaya ketika itu.
Tiba-tiba aku mendapati semua rakan-rakanku hilang satu demi
satu. Aku memandang ke kiri dan ke kanan tetapi tidak
menemukan sesiapun. Mereka soelah-olah ghaib begitu sahaja
ditelan kegelapan malam itu. Aku mula panik dan cuba bangun
untuk menuju ke khemahku. Mungkin di sana aku akan menemui
rakan-rakan semula.
Namun, sebaik sahaja aku memusingkan badan ke arah
khemahku kelihatan satu makhluk di depan khemah dengan
matanya merah menyala. Semakin lama semakin jelas mahkluk
itu. Jantungku terus berdegup kencang kerana menyedari
makhluk itu ialah seekor harimau belang yang begitu besar. Bunyi
ngaumannya menyebabkan aku menutup telinga dengan lama.
Aku berlari dengan kuat ke arah yang bertentangan. Peluh mula
menitis pantas mungkin kerana rasa takut. Larianku tidak
mempunyai arah hanya mahu menyelamatkan diri daripada
haiwan pemangsa yang ganas ini. Tiba-tiba, kakiku tersandung
akar pokok lalu aku tercampak di tengah-tengah hutan itu. Bunyi
tapak kaki harimau semakin lama semakin hampir. Bunyinya
begitu menakutkan. Aku sedar maut sedang berada di depanku
sahaja. Aku terus menjeris kuat dengan mata tertutup rapat.
Tidak lama kemudian, aku terdengar suara orang memanggilku.
Suara yang biasa aku dengar. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku
bermimpi dan ibu sedang berada di sebelahku. Dia hanya
tersenyum tetapi aku terus memandang tepat ke arah gambar
poster harimau yang tergantung di bilikku itu.
Ramalan

Karangan 30
Tulis karangan dengan berdasarkan peribahasa
„genggam bara api biar jadi arang‟. Panjangnya
karangan anda itu tidak kurang daripada 80 patah
karangan.
Dalam budaya Melayu terdapat pelbagai peribahasa yang bukan
sahaja sedap untuk didengar tetapi mempunyai maksud yang
tersirat. Peribahasa „genggam bara api biar jadi arang‟
merupakan antara peribahasa yang menjadi pegangan hidup
masyarakat negara ini kerana peribahasa ini bermaksud jika kita
melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilaksanakan
dengan sabar sehingga berjaya memperoleh manfaatnya.
Peribahasa ini menuntut seseorang supaya melakukan sesuatu
sehingga berjaya jadi peribahasa ini mampu memberikan
panduan kepada kita semua dalam kehidupan. Usaha
mengamalkan peribahasa ini menjadikan seseorang itu berusaha
dengan tekun seperti pelajar yang pastinya akan terus belajar
untuk mencapai impian mereka.
Pada masa yang sama, peribahasa ini turut memberikan
peringatan bahawa dalam usaha mencapai sesuatu itu pasti akan
wujudnya cabaran yang getir. Untuk mendapatkan kejayaan yang
baik seseorang itu hendaklah mampu menahan atau menangani
cabaran yang wujud itu dengan sebaik mungkin. Sama seperti
bara api yang begitu panas tetapi jika digenggam dengan baik
akan menjadi arang yang membuktikan betapa cabaran akan
menjadi mudah jika dihadapi dengan baik.
Selain itu, peribahasa ini turut menegaskan peri pentingnya sikap
tidak berputus asa dalam mencapai cita-cita. Sikap putus asa
bukan sahaja akan melunturkan daya juang seseorang malah
mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang jua. Maka,
peribahasa ini mengajak kita agar tidak mudah mengaku kalah
dan terus berjuang.
Kesimpulannya, peribahasa ini memang sesuatu yang positif
untuk diamalkan. Kita bukan sahaja akan berjaya malah
kehidupan seseorang itu akan menjadi lebih baik jika memegang
utuh maksud peribahasa ini.
Karangan 31
Ramalan

Tulis sebuah cerita yang bertajuk „Belakang


parang sekalipun kalau diasah nescaya akan
menjadi tajam juga‟. Panjangnya karangan anda
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Keputusan peperiksaan penggal pertama yang sudah diumumkan
dua hari lalu. Amirul hanya berdiam diri sahaja sambil tangannya
memegang buku laporannya dengan matanya masih berair
merah. Dia masih berada di tangga terakhir dalam kelas.
Ketika duduk di tepi pintu pagar sekolahnya menanti bas
sekolahnya, dia dihampiri oleh Cikgu Azman. Guru muda itu
memang rapat dengan Amirul lalu memberikan nasihat agar
Amirul tidak bersediah lagi. Cikgu Azman menjelaskan bahawa
semua orang boleh berjaya kerana „belakang parang sekalipun
kalau diasah nescaya akan menjadi tajam juga‟.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata gurunya itu, Amirul bangun
lalu bertekad akan belajar dengan bersungguh-sungguh mulai
hari itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azman lalu
berjalan menuju ke arah bas yang sudah menunggunya itu. Hati
Amirul sudah membuat keputusan untuk mendapat kejayaan
cemerlang dalam UPSR kelak.
Sejak itu Amirul mula belajar dengan tekun. Dia sering
memberikan perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas.
Semua latihan guru dilakukannya dengan segera dan penuh
tumpuan. Semua kelas tambahan yang diberikan oleh gurunya
dihadiri tanpa banyak alasan lagi. Amirul tidak lagi banyak
menghabiskan masanya dengan bermain di padang atau di kelas.
Perubahan sikap Amirul itu mula menyaksikan prestasi
peperiksaan semakin bertambah baik. Guru-guru sekolahnya juga
mula menyedari perubahan sikap Amirul itu lalu mereka terus
memberikan sokongan padu agar perubahan ini berterusan.
Sokongan guru-guru ini menjadikan Amirul semakin bersemangat
untuk melakukan yang terbaik dalam UPSR yang bakal
berlangsung tidak lama lagi.
Apabila keputusan UPSR diumumkan, hati Amirul penuh ceria dan
bangga. Dia berjaya mendapat 4A dan 1B yang merupakan satu
pencapaian yang cemerlang buat dirinya. Kejayaan itu
membuatkan dia semakin yakin untuk terus berjaya terutama
dalam peperiksaan PMR kelak.
Ramalan

Karangan 32
Rakan anda mendapat tawaran melanjutkan
pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Tulis
sepucuk suraat kepada rakan anda itu.
23, Jalan Maharaja 2/2
Taman Desa Maharaja
77660, Jitra,
Kedah.
28 Oktober 2009.
Ke hadapan sahabatku saudara Halim yang kini berada di
Selangor. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saya dan keluarga di sini dalam keadaan sihat belaka.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah
atas kejayaan saudara diterima memasuki sekolah berasrama
penuh di Selangor itu. Kejayaan ini membuktikan bahawa impian
saudara untuk belajar di sekolah berasrama sudah tercapai. Saya
yakin saudara berasa begitu ceria.
Pada masa yang sama saya juga akan kehilangan saudara
sebagai sahabat saya. Walaupun kita akan berjauhan tetapi saya
yakin kita akan terus berhubungan antara satu sama lain.
Kehadiran saudara sebagai sahabat saya telah banyak membantu
saya menjalani kehidupan dengan lebih baik terutama ketika
menghadapi peperiksaan UPSR yang lalu itu.
Saya berharap saudara akan terus berjaya dalam pelajaran dan
impian saudara untuk menjadi seorang doktor kelak. Dalam
mengejar impian itu saya berharap saudara akan terus mengirim
khabar berita buat saya di sini. Begitu juga dengan diri saya akan
terus memaklumkan perkembangan diri saya kepada saudara.
Ramalan

Setakat ini sahaja buat kali ini. Semoga saudara berjaya


menjalani kehidupan baru di sekolah berasrama itu. Saya juga
berharap agar kita mempunyai peluang untuk berrtemu lagi.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Azman
Karangan 33
Ramalan

Sebagai seorang pakar motivasi, anda telah


diundang untuk memberikan ceramah yang
bertajuk, „Sekolahku, Rumahku‟.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Selamat sejahtera buat guru-
guru dan murid-murid sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan
ribuan terima kasih atas jemputan pihak sekolah untuk saya
memberikan ceramah yang bertajuk, „Sekolahku, Rumahku‟.
Sebaik sahaja kita membicarakan mengenai „sekolahku‟ dan
„rumahku‟ kita sebenarnya memperkata perkara yang serupa.
Rumah dan sekolah merupakan tempat yang mampu memberikan
pendidikan kepada pelajar. Justeru, pelajar yang mampu
menganggap sekolahnya umpama rumahnya, sudah psti pelajar
itu mampu belajar dengan lebih baik kerana hubungannya
dengan pihak guru terjalin dengan baik sama seperti hubungan
rapat mereka dengan ibubapa. Hubungan yang positif sebeginilah
yang mampu memberikan impak positif kepada aspek
pembelajaran pelajar itu.
Selain itu, sekolah yang dianggap sebagai rumah sendiri mampu
membentuk sahsiah yang baik kepada pelajar tersebut. Amalan
menjaga kebersihan, sikap menghormati dan berdisiplin yang
diamalkan di rumah dibawa ke sekolah menjadikan murid-murid
lebih berperibadi mulia.
Hadirin sekalian,
Sekolah merupakan gedung ilmu yang hanya menunggu untuk
digunakan oleh pelajar. Maka, pelajar yang selesa untuk
menggunakan kemudahan sekolah ini seperti di rumahnya pasti
akan mendapat banyak manfaatnya. Perasaan keserasian
sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan pelajar di
sekolah itu sesuatu yang seronok dan merangsang minat untuk
belajar.
Saya yakin jika semua informasi yang saya sebutkan tadi dapat
difahami oleh pelajar semua, maka impian kita untuk menjadikan
sekolahku rumahku akan menjadi kenyataan. Sebagai mengakhiri
ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa kejayaan sesuatu usaha
itu banyak bergantung kepada kesungguhan dan kerjasama
semua pihak untuk mencapainya. Sekian, terima kasih.
Karangan 34
Ramalan

„Telefon merapatkan hubungan‟. Tulis sebuah


karangan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Telefon merupakan hasil cipata seorang lelaki yang dikenali
sebagai Alexander Graham Bell. Ciptaan beliau itu kini telah
menjadi salah satu alat telekomunikasi yang popular terutama
kepada generasi muda. Kini akibat perubahan teknologi yang
canggih pelbagai jenis telefon telah muncul seperti telefon talian
tetap, mudah alih dan telefon awam.
Telefon masih menjadi pilihan ramai walaupun kini persaingan
sengit daripada alat telekomuniasi lain mula kelihatan. Alat ini
menjadi pilihan kerana penggunaan yang cepat dan mudah.
Kewujudan alat ini menjadikan komunikasi antara manusia begitu
mudah dilakukan.
Selain itu, teknologi ini juga menjadikan hubungan keluarga dan
manusia menjadi semakin rapat kerana mudah untuk berhubung.
Jarak yang jauh bukan lagi menjadi halangan besar buat manusia
untuk berkomunikasi menerusi telefon. Interaksi manusia menjadi
begitu dekat akibat penciptaan teknologi ini.
Malah, telefon juga memastikan setiap manusia menerima
maklum balas tentang sesuatu perkara dengan segera. Sebarang
keputusan yang diambil oleh seseorang itu boleh disampaikan
kepada orang lain dengan pantas terutama dengan penggunaan
perkhidmatan pesanan ringkas (sms). Keadaan ini memastikan
tindakan yang lebih tepat mampu dilaksanakan kerana maklumat
disampaikan dengan segera.
Bukan sahaja telefon mudah dan moden tetapi kosnya yang
murah menjadikan hampir semua keluarga mampu memilikinya.
Sudah menjadi satu kelaziman remaja kini mempunyai telefon
bimbit yang menjadi lambang peribadi mereka. Harga yang
murah menjadikan alat ini sesuatu yang perlu dalam kehidupan
manusia moden.
Kesimpulannya, telefon memudahkan perhubungan antara dua
hala. Tamadun manusia menerima impak yang positif daripada
teknologi ini. Tanpa telefon kemungkinan interaksi manusia tidak
akan menjadi sebegini intim.

Anda mungkin juga menyukai