Anda di halaman 1dari 3

SAMUEL KH’NG

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin
sekalian. Tajuk syarahan saya ialah ‘Mengisi Masa Lapang dengan Aktiviti- Aktiviti
yang Berfaedah’.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

         Masa lapang ialah sesuatu yang sangat berharga. Masa lapang tidak seharusnya
dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkara-perkara yang
berfaedah.

          Ada pelbagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah bersukan dan
bersenam pada masa lapang. Badan kita akan menjadi sihat dan cergas jika kita
selalu bersukan dan bersenam. Malah, otak kita juga akan menjadi cerdas.

        Selain itu, ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang.
Banyak bahan bacaan yang dapat dibaca seperti buku cerita, majalah dan
sebagainya. Ia merupakan satu aktiviti yang paling berfaedah untuk mengisi masa
lapang.

Hadirin sekalian,

Di samping itu juga,kita boleh membantu ibu dan bapa di rumah untuk
meringankan beban mereka. Kita boleh membantu ibu bapa seperti mengemas
rumah,menjaga adik, mencuci kereta dan sebagainya. Kesannya, kita akan lebih
disayangi dan dapat mengeratkan hubungan.

         Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Sebelum berundur, kita mestilah
mengisi masa dengan aktiviti- aktiviti yang berfaedah. Terima kasih !
LEE CHEN ZE

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, dan rakan
sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kebaikan
Menggunakan Komputer".

Hadirin sekalian,                 

Komputer adalah alat elektronik yang banyak digunakan pada masa kini. Di
Malaysia, penggunaan komputer begitu popular tidak kira peringkat usia sama ada
murid sekolah, pelajar universiti atau pun yang sudah bekerja. Komputer banyak
mempunyai kebaikan jika digunakan dengan betul.                 

Kita akan dapat melakukan kerja dengan lebih senang dan cepatjika kita
menggunakan komputer. Kita juga boleh menjimatkan ruang untuk menyimpan
maklumat yang banyak. Kita hanya perlu menyimpan segala maklumat itu di dalam
komputer.

Selain itu, kita juga dapat melakukan pelbagai jenis kerja dengan komputer.
Antaranya menaip, melukis dan mengira. Hasil kerja kita juga akan menjadi lebih baik
dan tepat. Bahkan, kita juga dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli
pelbagai peralatan untuk membuat pelbagai jenis kerja.

Hadirin sekalian,                  

Di samping itu, kita dapat menambah kenalan dari dalam atau luar negara
melalui perkhidmatan internet. Perkhidmatan internet juga dapat menjimatkan
masa kerana kita tidak perlu pergi jauh untuk mencari maklumat tentang sesuatu
perkara.                  

Oleh itu, semua orang mesti belajar menggunakan komputer. Kita akan
mendapat faedah yang banyak dengan menggunakannya. Sekian sahaja syarahan
saya. Terima kasih.
DANI

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada
hari ini, saya ingin mengucapkan sebuah syarahan yang bertajuk “Cara-cara
Memupuk Perpaduan antara Kaum”.

Hadirin yang dihormati, 

Pada masa kini, negara kita semakin maju dan makmur. Namun, masalah
perpaduan telah menjadi semakin serius. Masalah ini telah membimbangkan semua
orang. Oleh itu, apakah yang kita harus lakukan untuk memupuk perpaduan antara
kaum?

Pertama sekali, kita harus kunjung-mengunjungi semasa sambutan perayaan.


Sebagai contohnya, Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan sebagainya.
Dengan cara ini, kita dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Selain itu, kita juga harus menghormati budaya kaum lain. Kita harus
mengenali adat budaya kaum-kaum yang berbeza. Misalnya, orang Cina tidak
menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Hadirin sekalian,

Di samping itu, kita juga boleh mengadakan rumah terbuka pada hari
perayaan. Kita boleh menjemput rakan-rakan yang berkaum lain untuk menghadiri
ke rumah kita. Sebagai contoh, orang Melayu selalu mengadakan rumah terbuka
untuk menjemput rakan-rakan pada Hari Raya.

Kesimpulannya, kita harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
memupuk perpaduan antara kaum.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai