Anda di halaman 1dari 2

WONG WEN JING (P105031)

Latihan 1 :

Pengurusan pada abad ke 21 berkembang dengan hebatnya dengan kemajuan berterusan


teknologi baru dan berurusan dengan tenaga kerja yang lebih berpelajaran dan canggih.
Orang sentiasa menjadi tumpuan utama dan akan terus begitu dalam pengajian pengurusan.
Pengajian pengurusan adalah mengenai seseorang membuat keputusan dalam keadaanyang
tak pasti dan berurusan dengan keadaan yang tak diketahui, dalam percubaanmencapai
objektif organisasi dalam apa jua keadaan. Teori Pengurusan Saintifik membawa impak yang
besar kepada bidangan pengurusan dan pentadbiran. Teori ini mengkaji perhubungan di
antara pekerja dan tugas yang dibentuk untuk dilaksanakan oleh pekerja tersebut. Beliau
perupakan pengurus pengeluaran yang kemudiannya menjadi perunding dan mengajar
pengurus-pengurus lain bagaimana untuk melaksanakan teknik pengurusan saintifik.

Teori Pengurusan Saintifik membawa ke arah perkembangan teknik produksi yang


cekap melalui kajian masa dan pergerakan. Selain itu, penekanan terhadap pemilihan
pekerja secara saintifik menyedarkan kepentingan keupayaan dan latihan dalam
meningkatkan keberkesanan pekerja. Perkembangan dalam mereka bentuk kerja
menyebabkan para pengurus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
Taylor menekankan keperluan untuk pemilihan dan kemajuan pekerja secarasaintifik.
Pengurusan seharusnya membangunkan dan melatih setiap pekerjabagi menghasilkan yang
terbaik, melakukan tugas pada tahap yang lebih tinggi, lebih menarik dan lebih
menguntungkan dari masa yang lalu.

Di samping itu, saya juga amat bersetuju dengan cadangan Taylor yang mana
sesuatu kerja dirancang oleh penyelia tetapi dilaksanakan oleh pekerja mengikut caranya
tersendiri. Beliau mencadangkan harus ada seorang penyelia untuk setiap tugas khas.
Penyelia harus member arahan kepada pekerja berdasarkan bidang kepakaran mereka.

Tambahan pula, teori pengurusan Taylor juga mengetengahkan beberapa masalah


yang sedang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya ialah kemajuan dalam kaedah kerja,
peralatan dan mesin berkualiti telah menghapuskan keperluan sebahagian pekerja, yang
sukar mendapat pekerjaan lain disebabkan kemahiran mereka yang terhad. Prinsip- prinsip
yang dikemukakan oleh Taylor seperti mengkaji cara bagaimana pekerja bekerja dan
mencari jalan cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas tersebut, pengkhususan kerja,
pengambilan pekerja yang mempunyai kemahiran dan keupayaan dalam melaksanakan
tugas dan sistem pembayaran gaji yang adil juga boleh kita rujuk dan aplikasi semasa
mengurus sesesbuah organisasi.

Anda mungkin juga menyukai