Anda di halaman 1dari 8

Syarahan: Faedah Menabung

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakanrakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah Menabung.
Hadirin sekalian,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk
keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan
wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita.
Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai
perkara yang penting pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa
diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli
barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita
terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita
akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat
disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada
agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas
sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli
buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan.
Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama
diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk
membelinya.
Hadiri yang dihormati sekalian,
Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang
menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah
membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti
mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkaraperkara yang betul-betul perlu sahaja.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain.


Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk
bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini
akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam
kesusahan.
Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya
menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai
amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan
ini.

Tanggungjawab Sebagai Seorang Anak terhadap Ibu Bapa.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru
besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Pada hari ini saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk Tanggungjawab Sebagai Seorang Anak
terhadap Ibu Bapa.
Hadirin yang dihormati,
Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Tanpa
mereka, kita tidak mungkin wujud di dunia ini. Mereka telah banyak berkorban
untuk kita. Sejak kita lahir sehingga dewasa, merekalah yang membesar dan
mendidik kita tanpa jemu. Jadi, apabila dewasa kita mestilah membalas jasa
mereka walaupun mereka tidak pernah minta dibalas.
Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa. Lebih-lebih lagi di saat mereka
memerlukan kasih sayang seorang anak ketika usia mereka semakin lanjut dan
uzur.

Ketika itulah, perhatian dan kasih sayang kita harus berikan kepada

mereka sebagaimana mereka memelihara kita dengan penuh kasih sayang.


Curahkan kasih sayang tanpa berbelah bagi kepada mereka.
Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, berbaktilah dan hargailah
jasa mereka ketika masih berkesempatan. Kasih sayang mereka tiada ternilai
dengan wang ringgit. Sekian, terima kasih.

Syarahan: Faedah-faedah Kitar Semula.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".
Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan
sebagainya boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh
yang demikian, kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah
digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang
diperbuat daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan boleh
dikumpul dan dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.
Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak
langsung akan juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar. Ini akan dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk
berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita
menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah
kesihatan kita semua.
Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual
kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit
sebanyak akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian.
Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan
kawasan yang luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula,
kita dapat menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu
sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan
perumahan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang
barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah
bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan dengan
mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan
yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sekian, terima kasih.


Syarahan: Menghormati Guru Amalan Mulia
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakanrakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Menghormati guru
amalan mulia.
Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang
berjasa kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai
membaca, menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti
penat dan lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak
memberi dorongan kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam
pelajaran dan sebagainya.
Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa.
Ini kerana hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang
menjaga, memberi nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita
berada di sekolah.
Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka
sanggup mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar
secara suka rela demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian,
Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah
haruslah dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita
berjaya, guru pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi
segala kebaikan seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.
Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita
harus mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup
agar kita terus mendapat keberkatan daripada Allah.
Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru
kepada rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana
kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.
Sekian ,terima kasih.

Syarahan: Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar.


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi
Pencemaran Alam Sekitar".
Hadirin sekalian,
Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah
diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan
berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan
perbuatan itu lagi.
Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen
ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan
radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan
menjaga alam sekitar.
Hadirin sekalian,
Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan
tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotongroyong dapat membantu orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap
penjagaan alam sekitar.
Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan
bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar,
mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang
sewajarnya dapat diambil.
Hadirin sekalian,
Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.
Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup
kita lebih selesa dan sihat.
Sekian, terima kasih.

Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
"Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".
Hadirin sekalian,
Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita
dengan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak
menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan
sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga
keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri.
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan
kosentrasi. Ini tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan.
Antara yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak
kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.
Hadirin sekalian,
Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang
keadaan struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk
juga banyak menyumbang kepada kemalangan.
Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang
ditetapkan. Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang
kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau
mencemaskan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya
sentiasalah berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar
lambat asalkan selamat".
Sekian, terima kasih.

Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
"Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".
Hadirin sekalian,
Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita
dengan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak
menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan
sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga
keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri.
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan
kosentrasi. Ini tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan.
Antara yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak
kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.
Hadirin sekalian,
Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang
keadaan struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk
juga banyak menyumbang kepada kemalangan.
Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang
ditetapkan. Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang
kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau
mencemaskan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya
sentiasalah berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar
lambat asalkan selamat".
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai