Anda di halaman 1dari 1

Gambar tersebut menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum.

Terdapat
pelbagai cara memupuk perpaduan kaum di negara kita.

Antaranya, kita boleh mengadakan aktiviti gotong-royong untuk menyuburkan


semangat kekitaan. Seterusnya, kita harus kunjung-mengunjungi rumah kaum yang berlainan
untuk memahami budaya kaum lain. Selain itu, kita hendaklah menyambut hari keluarga
sekurang-kurangnya sekali seminggu. Aktiviti ini dapat merapatkan hubungan silaturahim
antara keluarga. Di samping itu, kita wajib menyertai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan
untuk memupuk sikap toleransi di kalangan rakan sebaya yang berlainan kaum. Akhir sekali,
kita juga dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui membina semangat
kejiranan.

Kesimpulannya, perpaduan kaum amat penting dalam negara kita kerana bersatu
teguh, bercerai roboh.

Anda mungkin juga menyukai