Anda di halaman 1dari 6

Kata Hubung:

1 Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
A tetapi
B bahawa
C supaya
D kerana

2 Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.


A atau
B hingga
C dan
D kecuali

3 Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
A sementara
B manakala
C jika
D kerana

4 Kakinya bengkak _____ disengat oleh seekor lebah.


A kerana
B agar
C tetapi
D kalau

5 Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.


A dan
B lalu
C sambil
D serta

6 Kenneth membaca majalah kesukaanya _______ mendengar radio.


A sambil
B manakala
C atau
D hingga
7 Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
A jika
B tetapi
C walaupun
D meskipun

8 Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak berpuas hati.
A tetapi
B kerana
C kalau
D malahan

9 Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.


A jikalau
B ketika
C lalu
D agar

10 Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.
A seraya
B dan
C hingga
D kecuali

11 Seng Yuk membuat laporan polis ______ mendapat kad pengenalannya hilang.
A sebelum
B setelah
C sungguhpun
D kecuali

12 Setiap murid boleh memilih sama ada menyertai kelab Badminton _____ Kelab Olahraga sebagai aktiviti
kokurikulum mereka.
A dan
B atau
C serta
D tatkala
13 Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ______ dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.
A malahan
B dan
C bahawa
D kerana

14 Klinik itu beroperasi 18 jam setiap hari _____ hari Ahad.


A kecuali
B atau
C dan
D selepas

15 Vishu minum empat gelas air _____ terlalu dahaga.


A meskipun
B tetapi
C kerana
D supaya

16 Pekerja bengkel itu sedang membaiki kereta _____ pengurusnya sedang melayan pelanggan.
A bahawa
B manakala
C atau
D sambil

17 Mesyuarat tergempal itu berlanjutan ______ ke tengah malam.


A selepas
B sebelum
C lalu
D hingga

18 _______ Ji Han miskin, namun demikian dia tetap berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya.
A Sungguhpun
B sekiranya
C Selepas
D Ketika
19 John sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu _____ mereka belum menjelaskan ticket bayaran.
A selagi
B lalu
C selepas
D atau

20 Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.


A melainkan
B semasa
C seraya
D agar

21 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.


A atau
B jika
C agar
D kerana

22 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.


A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun

23 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.


A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya

24 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.


A agar
B ketika
C hingga
D setelah
25 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka

26 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.


A lalu
B agar
C maka
D kerana

27 Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.


A dan
B serta
C tetapi
D malahan

28 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.


A kerana
B sambil
C maka
D lalu

29 Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
A dan
B lalu
C tetapi
D walhal

30 __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.


A Semasa
B Setelah
C Supaya
D Sementara
Jawapan :

1D
2C
3A
4A
5B
6A
7A
8A
9D
10B
11B
12B
13A
14A
15C
16B
17D
18D
19A
20B

Anda mungkin juga menyukai