Anda di halaman 1dari 2

Kata disusun, indah bahasa,

Bibir tersenyun, manis bicara


Satu negara,satu bahasa,
Lambang perpaduan, rakyat Malaysia.

Yang dihormati Pengacara Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang penuh
berkarisma dan rakan-rakan sekalian.
Selamat sejahtera awal bicara, Salam muhibah pembuka kata ;
“Bahasa Kebangsaan Inspirasi Perpaduan”, begitulah tajuk syarahan saya pada hari ini.
Bahasa Kebangsaan Inspirasi Perpaduan menampilkan maksud bahawa satu bahasa yang
diterima dan digunakan oleh kebanyakan penduduk merupakan tunjang perpaduan bagi rakyat
yang berbilang kaum di negara kita.

Hadirin yang dihormati,


Cuba fikir sejenak, mampukah rakyat negara kita yang berbilang kaum mengecapi kemajuan dan
kemakmuran tanpa menggunakan satu bahasa? TENTUnya TIDAK!! Faktor utama yang menjadi
teras perpaduan hari ini ialah satu bahasa yang digunakan bersama. Sejarah telah membuktikan
bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi semenjak zaman Kesultanan Melayu
Melaka sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Oleh itu, jelaslah bahawa Bahasa Melayu menjadi komponen penting persefahaman yang
membawa kepada kemerdekaan. Hubungan yang intim akan terjadi apabila semua rakyat
berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan satu bahasa. Hal ini penting bagi
memupuk persefahaman yang seterusnya membawa kepada permuafakatan.
Penggunaan bahasa yang sama dapat membentuk Negara Bangsa, bak kata pepatah Tinggi
Bangsa Kerana Bahasa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berkomunikasi dalam satu bahasa
atas nama perpaduan. Bak kata pepatah “Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.”

Hadirin yang dimuliakan,


Dunia akan begitu kagum apabila rakyat yang berbilang kaum dapat hidup aman damai di bawah
panji Jalur Gemilang. Sejarah talah membuktikan bahawa tanpa perpaduan, negara akan
menemui kehancuran. Perpaduan antara kaum akan menjadi perencah untuk menjana kemajuan
dan kemakmuran negara. Oleh itu, Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu pemangkin untuk
mengintegrasikan warganegara kita untuk menjamin kedaulatan dan kestabilan negara yang
abadi.
Warga dewan yang dihormati,
Dayung sudah di tangan,
perahu sudah di air.
Apalagi yang kita perlu tunggu??

Marilah kita bersatu di bawah panji Satu Bahasa demi keutuhan negara tercinta.
Biarlah gelora ganas membadai,
biar mentari hangus membakar
Namun satu negara, satu bahasa tetap kita julang

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai