Anda di halaman 1dari 5

Syarahan: Faedah Menabung

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis. Guru Besar, guru-guru serta rakan-
rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah Menabung.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk


keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan
wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita.
Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai
perkara yang penting pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa


diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli
barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita
terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita


akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat
disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada
agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas


sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli
buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan.
Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama
diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk
membelinya.

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang


menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah
membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti
mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-
perkara yang betul-betul perlu sahaja.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain.


Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk
bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini
akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam
kesusahan.

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya
menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai
amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan
ini.

Sekian, Terima kasih.


Syarahan: Menghormati Guru Amalan Mulia
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Menghormati guru amalan
mulia.

Hadirin sekalian,

Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa
kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca,
menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan
lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi
dorongan kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran
dan sebagainya.

Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini
kerana hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang
menjaga, memberi nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita
berada di sekolah.

Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup
mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara suka
rela demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.

Hadirin sekalian,

Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah
haruslah dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita
berjaya, guru pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi
segala kebaikan seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.

Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus
mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar
kita terus mendapat keberkatan daripada Allah.

Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada
rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana
kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.

Sekian ,terima kasih.

Syarahan: Faedah-faedah Kitar Semula.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".

Hadirin sekalian,

Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya
boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian,
kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan
tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat
daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan
dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.

Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung


akan juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini
akan dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di
sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih
bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.

Hadirin sekalian,

Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas,
surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak
akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian.

Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan
yang luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat
menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh
dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan
sebagainya.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang
barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita
mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan
dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula
menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran
alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains


Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 2015. Anggota-
anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun
Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu
,melalui persatuan ini, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran
masing-masing.

Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2016.


Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan
pertama yang kami jalankan ialah Peraduan Menulis Esei Tentang Sains.
Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan.
Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin, pelajar Tahun Enam Perdana.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik. Ceramah


ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak. Selain itu, kami
turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami
memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam belbagai jenis bunga
dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

Pada cuti penggal kedua persekolahan, kami mengadakan lawatan ke


Taman Orkid di Kuching. Sebagai hasil lawatan ini, kami banyak memperolehi
pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut
Penyelidikan Pertanian Malaysia di situ.

Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang


kami jalankan. Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Rosmin
Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh, 25 Februari 2017.

Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains,
Sekolah Kebangsaan Pueh,
Lundu, Sarawak.
LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU

Pada 15 hingga 22 Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah


mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan
oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut , Encik Ahmad Harif.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa


baku di kalangan murid-murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk
memupuk minat pelajar mendalami bahasa kebangsaan.

Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-
murid Tahun 4, 5 dan 6 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei
telah dianjurkan. Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan
pertandingan membaca sajak dan bercerita.

Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana
kempen ini telah berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan
telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.

Disediakan oleh, 26 Februari


1997.
Osman

( OSMAN BIN JUSOH )


Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.

Anda mungkin juga menyukai