Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Wakil Murid/Ketua murid sempena sambutan Hari Guru

2022.
Bissmilahirahmanirahim…
Terima Kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, En. Zulikipli b
Che Mamat, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Sabri b Mohd Noor, En.
Mohd Ruslan b Jusoh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Siti Salha bt
Mustafa, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum, barisan guru-guru, seterusnya rakan-
rakan yang saya sayangi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan salam keluarga Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi
peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ucapan di majlis yang
amat bermakna ini.

Saya mewakili semua murid Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah dengan


berbesar hati ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru
di sekolah ini.

“Selamat Hari Guru , Cikgu”….

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari yang sangat sesuai untuk kita mengadakan sambutan
bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun telah dipilih

sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: Tunjang Sekolah SEJAHTERA,
dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan situasi
negara kita khususnya yang beralih kepada fasa endemik dalam memerangi wabak
Civid 19 yang melanda negara dan dunia hari ini. Segalanya bermula daripada
inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa
guru.

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat
mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan para guru
mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepangang
hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis
dan mengira.

Rakan-rakan sekalian,

Guru juga pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan
patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. Kelak
kita yang rugi.

Rakan-rakan sekalian,

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita agar rajin
belajar sehingga kita berjaya. Mereka amat prihatin dan sedia mendengar segala
masalah yang kita hadapi dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang
sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana
tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada
kami semua.

Terima kasih , Cikgu…

Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak,”Guru Oh Guru”, karya
Sasterawan Negara, Osman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah nagara

Jika hari ini seorang Ulama yang mulia

Jika hari ini seorang Peguam menang bicara

Jika hari ini seorang Penulis terkemuka

Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekian, terima kasih…

Anda mungkin juga menyukai