Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia ________________________.

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar SK Ladang Ulu Remis, Encik Amerudin bin Tahir
Yang Dihormati,
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Irdawati binti Ibrahim,
Penolong Kanan HEM, Encik Roslan bin Rosli,
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Razali bin Yusof
Barisan guru-guru SKLUR yang diraikan,
Serta rakan-rakan sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita
berkumpul pada hari ini dengan meraikan insan yang amat kita sanjungi dalam Majlis
Sambutan Hari Guru 2023 dengan temanya “Guru Insani Pemangkin Generasi
Madani”. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkanselamat menyambut Hari
Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakansambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih
sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru Insani Pemangkin Generasi Madani dipilih
sebagai tema Hari Guru.

Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih berakhlak dan bersahsiah mulia.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian, Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita


sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan
kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu
dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat
membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan
patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.
Rakan sekalian, Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk
rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang
kita fahami dalam pelajaran.

Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di
sekolah. Terima kasih cikgu-cikgu.

Dengan cara apapun kau berbakti di perantauan nun jauh dari yang dikasihi,
di papan tulis, jari jemari mu menari,
di pancuran wuduk ,mengajarku bersuci,
di balapan padang, kau memacu lelah ku berlari
di dalam kereta, mu menjadi nadi aktiviti,
di saat ku jatuh, tersungkur kau suntikkan motivasi
di bilik rawatan, sakit demam ku kau ubati,
di pentas hari kecemerlangan, kejayaan ku dirai

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak
pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami
semua. Terima kasih, cikgu.

Cikgu,
Kalau tinggi Gunung Everest,
tinggi lagi budimu cikgu,
Kalau dalam lautan Atlantik,
dalam lagi jasamu cikgu,
Kalau harum bau kasturi,
harum lagi pengorbananmu cikgu,
Terima kasih cikgu.

Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua murid SKLUR ingin memohon
maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami dan seterusnya ingin mengucapkan
“Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru SKLUR. Segala pengorbanan cikgu
akan kami semat dan hargai selagi hayat dikandung badan.

Selamat Hari Guru,

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai