Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha Encik xxxxxxxxxx, Guru Besar Sekolah Kebangsaan xxxxx, Yang dihormati

Encik xxxxxxxx, Penolong Kanan Kurikulum, xxxxxxxx, Penolong Kanan Kokurikulum,


xxxxxxxxx, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid dan xxxxxx, Pen. Kanan Petang. Yang diraikan, para
guru Sekolah Kebangsaan xxxxxx serta rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Saya sebagai
wakil murid ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Pada tahun ini, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini
amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang. Guru perlu memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan sebuah sekolah yang aman, tenang, selamat dan terpelihara daripada
segala gangguan atau anasir yang tidak sihat terhadap murid-murid. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Guru merupakan insan yang telah mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga
kita dapat mencapai kejayaan, haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka dalam
mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak
pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan
sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.
Wahai guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah
jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih
cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun.

Dianyam ketupat daun palas,


Anyam bersama orang dewasa;
Bakti guru tak minta dibalas,
Cukup setakat mengenang jasa.

Masuk ke hutan pergi berburu,


Kerana gelap bawa pelita;
Terima kasih duhai guru,
Tanpa mereka siapalah kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai