Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya
sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru
di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang
dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada
tahun ini, GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI dipilih sebagai tema Hari
Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih berakhlak dan bersahsiah mulia. Segalanya
bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan
mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai
kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah
besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu
mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi.
Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.

Terima kasih cikgu-cikgu


Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah
jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima
kasih, cikgu.

Cikgu,
Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu,
Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu,
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu cikgu,
Terima kasih cikgu.
Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua murid SJK(T) SAINT MARY’S
ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami dan seterusnya ingin
mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru SJKT SAINT MARY’S. Segala
pengorbanan cikgu akan kami semat dan hargai selagi hayat dikandung badan.

Selamat Hari Guru,

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai