Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Pengacara Majlis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Yang Berusaha Puan Fauziah binti Othman, Guru Besar SK Convent
Father Barre
Yang dihormati Puan Hjh. Norlaila binti Omar, Penolong Kanan
Pentadbiran
Encik Asri bin Amir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Noor Haslinda binti Ramli, Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Nor Hasimah binti Ismail, Penolong Kanan Petang
Yang diraikan semua guru SK Convent Father Barre
Dan rakan-rakan sekalian
Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari
Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Rakan-rakan sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun
ini, GURU INSANI PEMAGKIN GENERASI MADANI dipilih sebagai
tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia
pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang
lebih berakhlak dan bersahsiah mulia.
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan
sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru yang sanggup
menghadapu cabaran untuk melahirkan murid yang lebih kritis dan
kreatif dalam PAK 21.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu,
marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita
dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjungi. Kesabaran dan
kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya
jasa itu dikenang sepanjang hayat.
Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca,
menulis dan mengira. Bukan itu sahaja, namun guru membantu kita dari
pelbagai sudut. Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di
sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.
Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi.
Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.
Guru banyak berkorban masa demi kita,jadi kita sebagai murid haruslah
menghargai pengorbanan guru.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin
belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah
yang kita fahami dalam pelajaran.
Guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar
kita di sekolah. Oleh itu, berikan tumpuan sepenuhnya dalam
pembelajaran agar semua ilmu yang disampaikan dapat kita perolehi.
Akhir kata untuk para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami
ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar.
Jasamu sungguh bererti kepada kami semua.
Terima kasih, cikgu.
Saya akhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun:

Buah Limau Buah Tembikai


Beli Rambutan Jual Ciku
Hari ini moh ramai ramai
Kita Meriahkan Sambutan Hari Guru

Terima Kasih Cikgu.


Kami Sayang Cikgu.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai