Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti aktiviti Yang Berfaedah Yang Saya Lakukan Pada Hujung Minggu

Sim Xin Jie

6M

Sin Min A

Pada cuti hujung minggu yang lalu, saya telah melakukan pelbagai akitiviti yang
berfaedah. Saya menggunakan masa itu dengan bijak.
Saya meyiapkan segala kerja sekolah yang diberikan oleh guru sehingga selesai. Pada
waktu lapang, saya pun mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh supaya
boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
Saya juga menolong ibu bapa membuat kerja rumah untuk meringankan beban
mereka. Bak kata pepatah, badan cergas minda cerdas. Saya telah membuat senaman di
taman rekreasi agar dapat mengelakkan saya daripada pelbagai penyakit.
Selain itu, saya telah mengajak rakan-rakan berkunjung ke perpustakaan. Di sana,
kami tidak melepaskan peluang emas untuk menambah ilmu pengetahuan. Saya dan
rakan saya juga meminjam beberapa buku cerita yang menarik dan novel kegemaran
kami untuk dibaca pada masa yang terluang.
Di samping itu, kami sekeluarga telah berkelah di pantai Port Dickson pada hujung
minggu yang lalu. Kami pergi dengan menaiki kereta bapa. Pemandangan di pantai Port
Dickson indah nian, kami telah bermain dengan gembira di sana.
Bak kata pepatah, masa itu emas. Saya berasa gembira kerana saya telah
menggunakan masa hujung minggu dengan bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai