Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Basikal

Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku


dibuat di sebuah kilang di negara maju itu. Badanku terdiri
daripada besi, getah, kaca dan plastik.

Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan


kawan-kawanku yang lain ditempatkan di sebuah bilik di
kilang itu sementara menunggu untuk dipasarkan. Aku
berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan
memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku


dihantar ke sebuah pelabuhan untuk menaiki sebuah
kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila
mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui
perbualan beberapa orang kelasi kapal itu, aku dengar
ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memiliki kami. Aku
semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal


yang kami naiki karam setelah dipukul ombak besar. Aku
dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar laut. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu
badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan
kawan-kawanku naik ke daratan. Akhirnya kami dihantar
ke kilang kitar semula.

Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi


bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku
kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak penting
kerana aku yakin semuanya adalah ketentuan Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai