Anda di halaman 1dari 2

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 9.30 pagi.

Pada
hari Ahad begini lazimnya kami sekeluarga pergi berjalan-
jalan. Namun, ketika duduk bersarapan di meja makan,
aku keseorangan. Hatiku tertanya-tanya manatah
perginya ahli keluarga yang lain? Aku terus menyapu seri
kaya pada sekeping roti lalu menyuapnya ke mulut. Air
kopi panas yang disediakan oleh Mak Munah kuhirup
perlahan-lahan. Mulakan perenggan seterusnya untuk
menyambung cerita anda berdasarkan perenggan di atas.

Rangka Jawapan

Sebentar kemudian kelihatan kakak keluar dari bilik tidurnya – aku


bertanyakan ayah dan ibu serta adik-adik yang lain – kakak hanya
tersenyum simpul – memberitahu mereka telah keluar awal pagi tadi
– hatiku memberontak kerana tidak diajak bersama – malah, aku
turut berasa hairan apa yang menggelikan hati kakak sehingga dia
tidak habis-habis tersenyum sendirian.

Aku menghabiskan masa membaca novel di dalam bilik – jam sudah


pun menunjukkan pukul 2.30 petang – hatiku panas tidak terkira
memikirkan tindakan mereka meninggalkan aku bersendirian di
rumah bersama kakak – puas aku memujuk kakak supaya membawa
aku berjalan-jalan – pelbagai alasan yang diberikan – aku terpaksa
beralah.

Aku mula naik angin apabila mereka tidak pulang-pulang walaupun


sudah petang – aku mengetuk pintu bilik kakak dengan kuat –
perasaan marahku tidak lagi mampu disembunyikan – kakak
meminta aku bersabar – aku tidak peduli – sama ada dia bawa aku
keluar berjalan-jalan atau aku akan merajuk sepanjang hari – kakak
akur dengan permintaanku – aku tersenyum girang.

Menaiki teksi menuju ke sebuah bukit – kelihatan sebuah hotel


tersergam di atas puncak bukit itu dalam kawasan yang terjaga rapi
– aku mengingatkan kakak bahawa makanan di hotel mahal – kakak
masih belum bekerja – aku ketawa besar apabila dia mengatakan
dia telah menang loteri – pintu hotel terbuka luas – satu sorakan
kedengaran – seluruh ahli keluargaku berada di situ – rupa-rupanya
mereka telah menempah beberapa meja untuk meraikan hari jadiku
– aku terkedu - sambil memeluk ayah dan ibu, air mata kegembiraan
mengalir di pipiku.

Anda mungkin juga menyukai