Anda di halaman 1dari 2

Contoh karangan Fakta UPSR

Karangan Fakta : Faedah Bergotong-Royong


Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah
amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat


dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara
beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim.


Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran antara satu
sama lain. Malahan kita juga dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan


badan. Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan
surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat
mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang


seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak


faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.
Karangan Fakta : Kebaikan Perpustakaan
Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan.

Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku


cerita, majalah dan sebagainya. Perpustakaan juga dikenali sebagai pusat
sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah mempunyai perpustakaan
sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan bacaan di perpustakaan sekolah.
Banyak kebaikan jika kita menggunakan perpustakaan sekolah.

Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan akan


memupuk semangat membaca

kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah,


buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya.

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan perkara


yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan.
Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini juga boleh mencegah kita
daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat sperti merokok, merempit,
melepak dan sebagainya.

Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpustakaan. Bahan
bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk membacanya. Kita tidak perlu
membeli buku rujukan atau buku cerita. Kita juga tidak perlu membeli buku
yang mahal-mahal, contohnya buku 'Harry Potter' kerana ia terdapat di
perpustakaan.

Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat kerja


sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita booleh membuat perbincangan
berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di perpustakaan. Ini akan
meningkatkan kemahiran belajar kita.

Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan


pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik mungkin.

Anda mungkin juga menyukai