Anda di halaman 1dari 3

Bersukan merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan

fizikal. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah


bersukan.

Rangka karangan :

1. Pendahuluan – Bersukan merupakan…… Terdapat


banyak ……
2. Isi penting :
a. Menyihatkan tubuh badan
- dapat menjadikan otak kita cerdas
- dapat belajar dengan lebih baik
b.mengisi masa lapang
- mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah
- dapat menghindarkan diri daripada tabiat
melepak, membuang masa dan sebagainya.
c. Mendapat hiburan
- hidup kita akan lebih ceria, tenang dan bahagia
- dapat mengelakkan diri daripada masalah
tekanan hidup
d.mengeratkan silaturahim
- dapat berkenalan dengan rakan baru
- dapat berkongsi pengalaman yang sama
3. penutup / kesimpulan :
- Kesimpulannya / Konklusinya / Tuntasnya, kita
haruslah bersukan untuk memastikan diri kita
sihat sepanjang hari.

Bersukan merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan


fizikal. Terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi
daripada aktiviti bersukan.

Bersukan dapat menyihatkan


tubuh badan. Bersukan juga dapat menjadikan otak kita
cerdas. Apabila badan kita sihat dan otak kita cerdas ,
kita dapat belajar dengan lebih baik.

Selain itu,dengan bersukan kita


dapat mengisi masa lapang. Kita juga dapat mengelakkan
diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Kita juga dapat menghindarkan diri daripada tabiat
melepak, membuang masa dan sebagainya.

Di samping itu, dengan bersukan


kita akan mendapat hiburan. Apabila kita mendapat
hiburan hidup kita akan lebih ceria, tenang dan bahagia.
Kita juga dapat mengelakkan diri daripada tekanan
hidup.

Akhir sekali, aktiviti bersukan juga


dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Kita akan
dapat berkenalan dengan rakan baru. Kita juga dapat
berkongsi pengalaman yang sama.

Kesimpulannya, aktiviti sukan


banyak memberi faedah kepada kita. Kita haruslah
bersukan untuk memastikan diri kita sihat sepanjang
hari.

Anda mungkin juga menyukai