Anda di halaman 1dari 1

Tahun 6 Tarikh: 28/1/2019

Sambutan Hari Lahir

Ceritakan tentang sambutan hari lahir kamu.

1 Pada hujung minggu yang lalu, ibu bapa saya mengadakan majlis hari lahir untuk
menyambut hari lahir saya yang ke-12. Saya menjemput kawan-kawan menghadiri
majlis tersebut.

② Pada pagi itu, abang dan kakak menghiaskan ruang tamu dengan belon-belon
yang berwarna-warni. Ibu saya sibuk menyediakan makanan dan minuman. Bapa saya
pula membeli kek strawberi.

③ Pada malam itu, saya memakai baju yang cantik. Kawan-kawan datang ke rumah
saya dengan membawa hadiah. Saya menyambut kedatangan mereka dengan tangan
terbuka.

④ Majlis hari lahir bermula. Kawan-kawan dan ahli keluarga menyanyikan lagu
‘Selamat Hari Jadi’ untuk saya. Kemudian, saya meniup lilin dan memotong kek. Bapa
mengambil gambar sebagai kenangan.

⑤ Kami menikmati makanan sambil berbual-bual dengan riang. Selepas itu, kami
bermain permainan dengan seronok. Suasana majlis sangat meriah.

⑥ Pada pukul 10.30 malam, majlis hari lahir pun tamat. Kawan-kawan pulang ke
rumah. Saya berasa gembira kerana dapat menyambut hari lahir bersama ahli keluarga
dan kawan-kawan.

Anda mungkin juga menyukai