Anda di halaman 1dari 1

Pada hujung minggu yang lalu, ibu bapa saya mengadakan

majlis hari lahir untuk menyambut hari lahir saya yang ke-10.
Saya menjemput kawan-kawan menghadiri majlis tersebut.
Pada pagi itu, datuk,ayah dan saya menghiaskan ruang tamu
dengan belon-belon yang berwarna-wami. Ibu nenek dan
abang saya sibuk menyediakan makanan dan minuman.
Pada malam itu, saya memakai baju yang cantik. Kawan-
kawan datang ke rumah saya dengan membawa hadiah. Saya
menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka.
Majlis hari lahir bermula. Kawan-kawan dan ahli keluarga
menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi untuk saya. Kemudian,
saya meniup lilin dan memotong kek. Bapa mengambil
gambar sebagai kenangan.
Kami menikmati makanan sambil berbual-bual dengan
riang. Selepas itu, kami bermain permainan dengan seronok
Suasana majlis sangat meriah.

Anda mungkin juga menyukai