Anda di halaman 1dari 2

Dua hari sebelum hari raya puasa , saya dan keluarga pulang ke kampung air tawar

3 , iaitu kampung ibu saya yang terletak di Negeri Johor . setelah sampai di
kampung saya membantu datuk saya menangkap, dan menyembelih serta
membersihkan ayam kampung. Pengalaman menangkap ayam merupakan
kenangan yang paling saya tidak dapat dilupakan dalam sejarah hidup saya. Saya
menangkap ayam bersama sepupu saya.
Pada hari tersebut juga, ibu, nenek dan adik beradik saya bergotong-royong
menyediakan juadah hari raya untuk keesokan hari. Mereka mengopek bawang,
mengupas kentang, lobak merah, menyiang ikan bilis, memotong daging dan lainlain lagi.
Hari raya yang dinantikan telah tiba , hari raya pertama kami sekeluarga amat
gembira dengan memakai pakaian baru. Pada pukul 8 pagi saya bersiap-siap pergi
ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya bersama ayah, abang dan
adik.
Selepas pulang dari masjid, kami sekeluarga saling bermaaf-maafan bersama datuk,
nenek serta saudara-mara di ruang tamu secara bergilir-gilir.
Selepas menunaikan solat sunat hari raya puasa , kami sekeluarga menziarahi jiranjiran di rumah datuk dan saling bermaaf-maaf dengan tuan rumah.
Pada pukul 11 keluarga saya bergerak ke kampung jengka 6 yang terletak di Negeri
Pahang , perjalanan kami agak jauh iaitu sejauh 300 kilometer. kami menunaikan
sembahyang jumaat di masjid mersing . selesai solat jumaat , kami sekeluarga
meneruskan perjalanan dan kami sekeluarga makan tengahari di Masjid Endau,
Rompin. Kami membawa bekalan makanan juadah hari raya yang telah dibekalkan
oleh nenek.
Sepanjang perjalanan tersebut, saya dapati jalan raya amat sibuk kerana masingmasing hendak pulang ke kampung. Saya melihat kebanyakan orang ramai
memakai pakaian baju melayu dan baju kurung.
Setelah masuk ke kawasan Pahang banyak kedai-kedai orang asli di tepi jalan ,
mereka menjual barangan keperluan dapur yang diperbuat dari kayu tembusu ,
tongkat aili , kacip fatimah , petai , dan banyak barang menarik yang diperbuat dari
kraftangan orang asli . Pada pukul 7 petang kami sudah sampai ke kampung jengka
6 , Pahang .
Apabila tiba di kampung kami sekeluarga bersalaman-salaman. Selepas kami solat
maghrib, kami makan malam bersama-sama datuk dan nenek serta saudara-mara
yang lain.
Pada malam itu juga, bapa saudara dan emak saudara saya sampai dari Selangor.
Pada hari raya kedua kami sekeluarga menziarahi bapa saudara dan ibu saudara
saya yang sulong yang berdekatan dengan rumah datuk dan nenek saya.

Pada malam raya kedua pula bapa saudara saya membakar mercun untuk
memeriahkan lagi situasi di malam raya .
Pada malam tersebut juga kami dan sekeluarga menonton cerita-cerita hari raya
bersama- sama. Pada malam itu, kami juga menyambut kelahiran ibu saya dengan
memotong kek.
Pada raya ketiga pula kami bersiap-siap untuk balik ke kota tinggi , Johor. Pada
pagi itu, nenek menyediakan sarapan pagi sebelum kami memulakan perjalanan ke
Kota Tinggi.
..

Anda mungkin juga menyukai