Anda di halaman 1dari 2

Karangan Jenis Catatan- Pertandingan Koir sekolah peringkat daerah Gombak.

(7/6)

Sabtu, 22 May 2020

6.00 pagi
Hari ini aku bangun awal. Selepas mandi, aku memakai pakaian sekolah dengan kemasnya.
Kemudian, aku bersarapan bersama-sama keluargaku. Ayah menghantar aku ke sekolah.

7.30 pagi
Aku tiba di sekolah. Aku dan kumpulan koir sekolahku berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.
Nama kumpulan koir sekolah ialah Kumpulan Suara Harmoni. Cikgu Peter merupakan guru penasihat
kumpulan kami.

8.00 pagi
Kami telah tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Puay Chai dengan menaiki van yang dipandu oleh
Cikgu Peter. Setibanya kami tiba di sana, kami terus menuju ke dewan utama sekolah itu99.

9.00 pagi
Acara telah bermula. Kami duduk di dalam dewan. Aku berasa semakin gementar apabila melihat
persembahan koir daripada sekolah lain. Cikgu Peter memberikan kata-kata semangat kepada kami.

10.40 pagi
Masa yang dinanti-nantikan kini tiba. Kini giliran kumpulan kami untuk membuat persembahan.
Emily selaku ketua kumpulan kami memberikan arahan untuk memulakan persembahan. Kami
menerima tepukan gemuruh sebaik-baik sahaja selesai membuat persembahan.

12.00 tengah hari


Majlis kemuncak, iaitu majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Semua peserta
menunggu dengan penuh debaran untuk mengetahui keputusan. Aku bagaikan tidak percaya apabila
kumpulan kami telah menjuarai pertandingan itu.

1.00 petang
Setelah itu, kami pulang ke sekolah dengan perasaan yang gembira.

Karangan Jenis Catatan- Sambutan Tahun Baharu Cina (7/6)

Jumaat, 12 Februari 2021

6.30 pagi
Aku bangun awal pagi. Selapas mandi, aku memakai ceongsam berwarna merah. Kemudian, aku
duduk di ruang tamu bersama-sama ayah, ibu, datuk dan nenek.
8.00 pagi
Kami semua bersarapan sambil berbual-bual. Masakan ibu sungguh enak. Aku makan dengan
berselera sekali.

9.00 pagi
Aku membantu ibu menyusun kuih-muih dan biskut di atas meja untuk santapan tetamu yang
datang. Kuih-muih dan biskut ini merupakan air tangan ibuku.

10.00 pagi
Sanak saudaraku datang ke rumah. Ibu dan ayah melayan mereka dengan mesra. Mereka juga
menikmati kuih-muih dan biskut yang terhidang di atas meja. Aku pula bermain permainan
komputer dengan sepupu-sepupuku.

12.00 tengah hari


Kumpulan tarian singa yang ditempah oleh ayah tiba. Mereka mempersembahkan tarian singa yang
menarik di hadapan kami. Aku sempat merakam tarian tersebut untuk kenang-kenangan.

2.00 petang
Saudara-maraku minta diri untuk pulang. Pak cik dan mak cikku menghulurkan angpau kepadaku.
Aku berasa sangat gembira. Selepas ini, giliran kami sekeluarga pula ke rumah mereka.

Anda mungkin juga menyukai