Anda di halaman 1dari 3

Mimpi yang Menakutkan

Pada suatu malam,saya sedang mengulang kaji de ruang tamu sendirian. Jam dinding
menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Selepas mengulang kaji, saya menonton cerita
yang seram sambil menunggu ibu bapa balik dari majlis perkhawinan saudara.
Pada masa itu, suasana sangat sunyi-sepi kerana jiran-jiran saya sudah tidur. Udara
sangat sejuk kerana hujan turun dengan lebat di luar rumah.Oleh itu,saya minum secawan
milo panas untuk memanaskan badan saya.
Tiba-tiba, bekalan elektrik terputus, keadaan di rumah saya menjadi gelap-gelita.
Selepas itu, saya terdengar bunyi ketukan dari pintu rumah saya. Saya menyangka ibu
bapa saya sudah pulang dari majlis perkhawinan saudara. Saya berlari menuju ke arah
pintu untuk membuka pintu.
Apabila pintu terbuka, saya melihat seorang perempuan yang sangat cantik seperti
puteri raja.Tiba-tiba, perempuan itu bertukar menjadi seorang ahli sihir yang sangat
hodoh.Dia berambut pendek seperti penyapu, bermata merah dan kukunya panjang.
Perempuan itu ingin makan daging saya dan minum darah saya. Dia terbang dengan
menggunakan penyapunya yang berwarna hitam untuk mengejar saya.Saya berasa sangat
takut lalu berlari dengan pantas. Tetapi ahli sihir berjaya menangkap saya dan mencekik
leher saya. Saya pun menjerit dengan kuat untuk meminta tolong.
Apabila saya membuka mata, saya mendapati ibu sedang mengejutkan saya. Ruparupanya saya hanya bermimpi. Saya berasa lega kerana saya hanya bermimpi.Saya
berharap mimpi seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Sambutan Hari Jadi saya


Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang
ke-12. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di Taman Intan Baiduri.
Saya telah menjemput ramai kawan untuk memeriahkan majlis hari lahir saya pada hari
itu.
Sebelum majlis sambutan hari jadi saya bermula, Saya sibuk membuat persiapan di
ruang tamu. Antaranya menghias dan menggantung belon yang berwarna-warni dan juga
menyusun kerusi dan meja. Kemudian, saya membantu kakak menghidang pelbagai jenis
makanan.
Tidak lama kemudian, masanya telah pun tiba. Semua kawan sampai di rumah saya.
Suasana di rumah saya riuh-rendah. Ibu meletakkan kek di atas meja. Selepas itu, rakanrakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya. Mereka turut memberikan
hadiah kepada saya. Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan
yang memberi hadiah kepada saya.
Kemudian, kami pun menikmati lauk-pauk yang terhidang di atas meja. Antara
juadah tersebut seperti nasi beriani, ayam goreng, kuih-muih dan kek. Mereka makan
dengan gelogok kerana perut sudah lapar.
Setelah beberapa minit menikmati hidangan, beberapa orang rakan saya telah
membuat persembahan nyanyian. Kami juga bermain permainan yang seronok seperti
kami telah menyusun kerusi dalam bentuk bulatan untuk mengadakan aktiviti bermain
kerusi muzik. Sesiapa yang gagal duduk di kerusi apabila muzik dihentikan, akan
terkeluar daripada pertandingan tersebut. Kami tertawa geli hati apabila melihat pelbagai
aksi rakan-rakan kami yang lucu semasa bermain permainan.
Kira-kira pada pukul 11 petang, kawan saya pun balik ke rumah masing-masing. Saya
berasa amat gembira dan berharap boleh mengadakan majlis sambutan hari jadi sekali
lagi. Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan berpuas hati
dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Pasti majlis ini akan menjadi kenangan
terindah dalam hidup saya.

Anda mungkin juga menyukai