Anda di halaman 1dari 3

Malam itu sungguh sepi sampai aku tidak dapat melelapkan mata.

Biasanya aku boleh tidur dalam keadaan yang sunyi. Oleh kerana bosan aku mencapai sebuah buku seram lalu membaca kisah Sumpah Bukit Puaka.. Cerita itu membuat bulu romaku berdiri terutamanya bila terbaca Si Saadiah mengilai lalu bertukar wajah menjadi pontianak yang ngeri itu. Tidak lama kemudian aku pun berbaring di atas katilku dan cuba sedaya-upaya untuk melelapkan mataku. Tiba tiba, aku mendapati diriku di pusara yang amat menggerunkan. Pusara itu kelihatan sunyi dan lengang. Tiada orang pun di sana. Kedengaran bunyi burung hantu dan cengkerik memecah kesunyian malam itu. Tiba-tiba, seorang perempuan yang berambut panjang mendekati aku lalu sambil senyum padaku. Mukanya seperti Siti Nurhaliza yang cantik itu membuat hatiku terlonjat-lonjat kerana aku tidak pernah melihat gadis yang sungguh cantik seperti bidadari. Apa? Bidadari di pusara? Peliknya! hatiku terpekik dalam kesunyian. Adik seorang di sini ya! Siapa nama adik? Aku Badrul. kataku dengan gembira. Perempuan itu diam sahaja dan menuding jarinya ke arah batu nisan yang lama itu. Angin yang bertiup dengan kencang itu tiba-tiba menerbangkan daun-daun kering di salah sebuah kubur. Sambil duduk di tepi batu nisan perempuan itu aku bertanya, Kenapa kau berada di tempat yang sunyi lagi sepi ini? Kilat menerangi langit malam yang hitam itu dan aku nampak seorang nenek tua berjalan ke arah kami. Nenek yang tinggal gigi dua itu cuba memimpin tangan Siti itu. Cu, mari pulang, kata nenek itu sambil memegang tangan gadis itu. Tiba-tiba asap putih menyelubungi tanah perkuburan itu. Si nenek dan perempuan cantik itu bertukar wajah menjadi amat hodoh lalu terbang ke atas pokok . Akupun menjerit tolong sambil berlari dengan cepatnya untuk melepaskan diri. Aku tersandung seketul batu lalu rebah ke bumi. Kepala aku pun berlumuran darah dan tidak lama kemudian, aku pun pengsan. Aku terjaga dari tidur dan sedar bahawa semua ini hanya mimpi. Keesokan pagi aku berjalan di Jalan Kubor dan aku nampak seorang nenek tua bersama seorang gadis yang sama rupa itu menjual nasi lemak di sana. Sambil tersenyum, aku melangkah ke gerai itu. Nenek , nasi lemak dan teh tarik, kataku dan dalam sanubariku aku mahu berkenalan dengan si gadis itu. Mungkin lain kali sahaja, bisik hatiku. Sang Suria mulai merangkak ke langit untuk menerangi alam semesta yang kelam itu. Alam semakin riuh-rendah dengan manusia dan segala makhluk ternyata berbeza dengan kesepian malam di sebuah pusara. Badrul meneguk secawan teh sambil bernafas lega di pagi yang sempurna itu.

Tajuk : Mimpi yang menakutkan Malam itu cuaca agak terang. Bulan mengambang di awan. Aku berjalan seorang diri menuju ke rumahku. Aku baru pulang dari kedai kerana membeli gula untuk ibuku. Semasa aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku terasa angin bertiup lembut. Dari kejauhan, terdengar bunyi salakan anjing yang memanjang. Aku tidak menghiraukan keadaan itu. Aku cuba bernyanyi-nyanyi kecil untuk menghangatkan suasana yang mulai dingin. Untuk tiba ke rumahku, aku perlu melalui sebuah rumah usang yang menurut cerita teman-temanku, berhantu. Aku tidak pernah mempercayai kata-kata mereka itu kerana sepanjang aku melalui kawasan rumah itu, aku tidak pernah terjumpa apa-apa. Aku mahu dikenali sebagai anak jantan dan tidak takut menghadapi sebarang cabaran. Sebaik-baik sahaja aku melintasi rumah usang tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Aku agak hairan kerana cuaca yang tadinya baik, tiba-tiba hujan. Mahu tak mahu, aku terpaksa berteduh di rumah usang itu. Sebaik-baik sahaja aku melangkahkan kaki di hadapan rumah itu, tiba-tiba pintu hadapan rumah itu terbuka dengan sendirinya. Aku agak terkejut, namun aku mencuba memberanikan diriku. Apabila aku memandang ke arah pintu tersebut, aku terlihat suatu lembaga yang sungguh hodoh melambai-lambai ke arahku. Kakiku menjadi kaku. Lembaga itu kian menghampiriku. Taringnya sungguh panjang. Kakinya tidak menjejak bumi. Dia seakan-akan hendak mencekikku. Aku pun menjerit sekuat-kuat hatiku. Peluhku mengalir keluar dengan banyak. Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berulang-ulang kali. Aku pun membuka mata. Barulah aku sedar rupa-rupanya aku hanya bermimpi.

CATATAN HARI SUKAN SEKOLAH

Jummaat,24 Jun 20117.30 pagi : Murid-murid tahun 6 berkumpul di kantin, muridmurid tahun 5 berkumpul di kelas murid tahun 6. Pasukan pancaragam dan pesertapeserta rumah berhimpun di dewan manakalaatlet-atlet berada di khemah masing-masing menanti dengan sabar Hari Sukan Sekolahke-9 membuka tirainya. 7.45 pagi : Dif-dif kehormat berduyun-duyun mengambil tempat di bangsal tetamu. Para ibu bapa juga tidak ketinggalan memenuhi tempat duduk yang disediakan di sebelah khemahtetamu. Guru-guru bertungkus-lumus apabila menjalankan tugas yang diamanahkan diastaka di padang. Pengakap membantu cikgu menyediakan alat manakala tunas puterimunyusun pingat-pingat di atas meja. 8.00 pagi : Hari Sukan membuka tirai apabila pasukan pencaragam mengetuai pasukan rumahberarak mengelilingi padang yang dihias dengan panji-panji dan belon-belon yangcitra warna. Peserta-peserta lima buah rumah memberikan tabik hormat kepadaPengerusi Jemaah Pengelala Foon Yew , Dr, Cheng Chen Kiang di astaka semasa lintasanhormat 8.20 pagi : Dr, Cheng Chen Kiang merasmikan Sukan Sekolah ke-9 dan diikuti oleh Chan Qing Junmewakili atlet melafazkan ikrar dengan penuh semangat. Seterusnya, pengakapmenaikkan bendera sukan sekolah. Pasukan pencaragam sekolah telah membuatpersembahan untuk menghiburkan para penonton.8.35 pagi : Acara balapan bermula dengan lompat pagar 80 meter lelaki. Murid-murid mulaberkerumun di tepi lorong untuk memberi sokongan dan dorongan kepada pelari rumahmasing-masing. Pada masa itu,padang diselubungi tepukan dan sorakan apabila setiapacara dipertandingkan. Suasana pada masa itu meriah dan hingar-bingar.11.30 pagi : Lumba lari 100 meter terbuka kepada guru dan ibu bapa sambutan yang hangat. CikguLim menjuarai kategori lelaki manakala kategori perempuan disandang oleh Cikgu Tan.Kemudian, pasukan campuran ibu bapa dan guru menyertai acara tarik talimemuncakkan sukan sekolah. Mereka menarik bermati-matian untuk mencapaikejayaan.12.00 tengah hari: Guru Besar dijemput menyampaikan hadiah.Johan keseluruhan jatuh ke tanganRumah Kuning dan naib johan pula dimenangi oleh Rumah Biru. Atlet-atlet rumahmenerpa ke arah kawan-kawan melonjak kegembiraan. Mereka bergambardengan merakamkan detik kegemilangan ini.12.35 tengah hari : Murid-murid dan guru-guru berkemas dan membersihkan padang bagai aurdengan tebing.

Anda mungkin juga menyukai