Anda di halaman 1dari 3

NOTA KOMSAS (BAHARU) TINGKATAN 1

PUISI TRADISIONAL
SYAIR POHON BULUH
(Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh)

Maksud Syair
Rangkap 1
Serumpun buluh digambarkan ibarat sebuah menara yang tinggi yang bertingkat-
tingkat tetapi tidak memiliki bilik dan tangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang
buluh.

Rangkap 2
Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal rumpun buluh hingga puncak
buluh yang paling atas. Secara umumnya, saiz daun buluh adalah sama.

Rangkap 3
Kepelbagaian saiz buluh dalam rumpun yang sama menggambarkan kesatuan yang
kuat.

Rangkap 4
Sifat buluh adalah licin sama ada di luar atau di dalam buluh. Bahagian dalam batang
buluh diumpamakan gelap seperti malam malah boleh menakung air tanpa tumpah.
Rumpun buluh yang banyak menyebabkan kawasan sekitar menjadi teduh.

Tema
Keistimewaan pohon buluh merupakan tema bagi syair Pohon Buluh yang terdapat
dalam puisi tradisional tingkatan satu . Pohon buluh digambarkan hidup dalam
rumpun yang saling membantu dan memberikan manfaat kepada manusia boleh
diumpamakan dengan manusia yang hidup bermasyarakat.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi tradisional ini, antaranya:
i. Persoalan sikap saling melengkapi dalam semua perkara.
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa buluh menjadi kuat kerana setiap batang
buluh berperanan untuk melengkapi batang-batang yang lain.

ii. Persoalan kesamarataan darjat.


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa saiz daun buluh adalah sama dari pangkal
perdu buluh hingga pucuk yang teratas.

iii. Persoalan keteguhan melalui penyatuan.


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa rumpun buluh hidup subur dan kuat
walaupun terdapat saiz buluh yang berbeza-beza di dalam rumpunnya.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA


Munsyi Dewan
SYAIR POHON BULUH
(Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh)

MAKSUD

Rangkap 1
Menggambarkan sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai
bilik dan tidak bertangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.

Rangkap 2
Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncaknya dan
kebanyakkannya sama saiz dan darjat.

Rangkap 3
Jika diperhatikan, jelas kelihatan, buluh hidup dalam satu rumpun yang
menggambarkan kesatuan yang kuat tanpa mengira saiz.

Rangkap 4
Keadaan di dalam dan di luar buluh adalah licin. Bahagian dalam batang, gelap
umpama malam, boleh menakung air tanpa tumpah.

TEMA
Bertemakan kemegahan pohon buluh yang tumbuh dengan subur.

PERSOALAN
1. Keteguhan rumpun buluh menyatakan kesatuan antara pepohonnya.
Contoh:- (rangkap 3) Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya.

2. Ketinggian pohon buluh menampakkan ruas-ruasnya yang banyak.


Contoh:- (rangkap 1) menara tinggi banyak bertingkat.

3. Keseragaman lambaian dedaun buluh umpama kibaran bendera yang berkibar


megah.
Contoh:- (rangkap 2) Yang ada sedia panji-panji bendera.
4. Kelicinan kulit batang buluh menampakkan isi padu yang kukuh .
Contoh:- (rangkap 4) ikatnya licin di luar dan di dalam.

BENTUK
1. Mempunyai empat rangkap
2. Setiap rangkap mempunyai empat baris.
3. Terdiri daripada sembilan hingga 12 suku kata.
4. Terdiri daripada empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
5. Rima akhirnya aaaa.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA


Munsyi Dewan
GAYA BAHASA
1. Asonansi - pengulangan vokal a.
Contoh: mata-mata menjaga segenap pangkat

2. Aliterasi - pengulangan konsonan g.


Contoh: menara tinggi banyak bertingkat

3. Kata ganda - panji-panji, mata-mata,


4. Simile - gelapnya di dalam seperti malam
5. Sinkope - tak
6. Imej alam - kolam, alam
7. Inversi - banyak ada ia bersaudara. ( sepatutnya, ia ada banyak saudara)

NILAI
1. Perpaduan – Dalam serumpun buluh terdapat buluh yang kecil dan yang besar.
Contoh: besar kecil ikat binanya.

PENGAJARAN
1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan tanpa mengira darjat.
Contoh: besar kecil ikat binanya.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA


Munsyi Dewan

Anda mungkin juga menyukai