Anda di halaman 1dari 13

BAB 1 : GELOMBANG

KERTAS 1

1. Rajah 1 menunjukkan gelombang bunyi yang dihasilkan oleh pembesar suara. Halaju
bunyi di udara ialah 340 m s- 1.

Rajah 1

Berapakah frekuensi bagi gelombang bunyi itu ?

A 204.0 Hz B 283.3 Hz C 341.2 Hz D 408.0 Hz

2. Rajah 2 menunjukkan suatu gelombang dihasilkan oleh satu penggetar yang berfrekuensi
1 Hz.

Rajah 2

Antara yang berikut , yang manakah menunjukkan kedudukan gelombang selepas 0.75
saat kemudian ?
3. Rajah 3 menunjukkan gelombang air merambat melalui satu blok perspek di dalam tangki
riak.

Rajah 3

Corak gelombang manakah yang dilihat semasa gelombang melalui blok perspek itu ?

4. Rajah 4 menunjukkan corak muka gelombang air dihasilkan oleh penggetar yang
diletakkan di bahagian tengah tangki riak.

Rajah 4

Antara yang berikut , yang manakah mungkin keratan rentas tangki riak itu ?
5. Rajah 5 menunjukkan graf sesaran-masa bagi suatu jisim yang berayun di hujung spring.

Rajah 5

Antara titik-titik A , B , C dan D , kedudukan manakah jisim akan bergerak dengan halaju
yang tinggi ?

6. Eksperimen dwicelah Young dijalankan menggunakan cahaya merah monokromatik.


Antara berikut , yang manakah dapat diperhatikan pada pola interferens jika cahaya merah
monokromatik digantikan dengan cahaya biru monokromatik ?

A Kurang pinggir dibentuk dengan bertambahnya jarak pemisah di antaranya.


B Lebih banyak pinggir dibentuk dengan berkurangnya jarak pemisah di antaranya.
C Kurang pinggir dibentuk dengan berkurangnya jarak pemisah di antaranya.
D Lebih banyak pinggir dibentuk dengan bertambahnya jarak pemisah di antaranya.

7. Rajah 6 menunjukkan seorang budak lelaki menepuk tangan dan mendengar gema dari
kedua-dua belah cerun.

Rajah 6

Berapakah sela masa di antara dua gema itu ?


( Laju bunyi dalam udara = 340 m s-1 )

A 0.5 s B 1s C 2s D 3s
8. Rajah 7 menunjukkan satu bola polistirena diletakkan di hadapan suatu pembesar suara.

Rajah 7

Jika pembesar suara itu mula mengeluarkan gelombang bunyi , apakah yang akan
berlaku kepada bola tersebut ?

A Bola itu bergerak menjauhi pembesar suara.


B Bola itu bergetar ke hadapan dan belakang
C Bola itu bergetar ke tepi
D Bola itu tidak bergerak.

SKIMA JAWAPAN

1 B
2 B
3 A
4 A
5 C
6 B
7 B
8 B
KERTAS 2

BAHAGIAN A

1. Rajah 1 menunjukkan perambatan gelombang melalui dua kawasan yang berlainan


kedalaman iaitu PQ dan QR.

Rajah 1

(a) Namakan jenis gelombang yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

.....................................................................................................................................
( 1 markah )

(b) Dari Q ke R , amplitud gelombang itu semakin berkurang.

i) Apakah yang dimaksudkan dengan amplitud gelombang ?

............................................................................................................................
( 1 markah )

ii) Adakah tenaga gelombang itu bertambah , tidak berubah atau berkurang apabila
gelombang itu merambat dari Q ke R ?

...............................................................................................................................
( 1 markah )

iii) Nyatakan satu sebab bagi perubahan di 2 (b) (i).

..............................................................................................................................
( 1 markah )

(c) Jika panjang PQ dan QR adalah 12.0 m dan 12.5 m masing-masing , hitungkan
panjang gelombang pada

i. PQ

ii. QR.

( 2 markah )
(d) Jika frekuensi gelombang di kawasan PQ adalah 5 Hz , cari halaju gelombang pada

i. PQ

ii. QR

( 2 markah )

(e) i. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kedalaman kawasan PQ dan QR?

...................................................................................................................................
( 1 markah )

ii. Jelaskan jawapan anda di 2 (e) (i).

....................................................................................................................................

.......................................................................................................................................
( 1 markah )
BAHAGIAN B

10. Rajah 10.1 dan Rajah 10.2 menunjukkan getaran yang dihasilkan dengan memetik tali
gitar yang mempunyai ketebalan yang berlainan. Sebuah mikrofon digunakan untuk
mengesan gelombang bunyi bagi setiap gitar. Bentuk gelombang yang ditayangkan
pada osiloskop ditunjukkan dalam Rajah 10.1 dan Rajah 10.2.

Rajah 10.1 Rajah 10.2

(a) Nyatakan apakah jenis gelombang bunyi. ( 1 markah )

(b) (i) Dengan menggunakan Rajah 10.1 dan Rajah 10.2 , bandingkan diameter tali
gitar , amplitud gelombang dan bilangan ayunan.

(ii) Nyatakan hubungan antara frekuensi gelombang bunyi dengan diameter tali
gitar.

(iii) Nyatakan hubungan antara frekuensi gelombang bunyi dengan kelangsingan


gelombang bunyi.
( 5 markah )

(c) Rajah 10.3 menunjukkan gelombang bunyi yang dihasilkan oleh getaran tala
bunyi. Gelombang bunyi itu bergerak di dalam udara.

Rajah 10.3

Dengan bantuan Rajah 10.3 , terangkan bagaimana gelombang bunyi dihasilkan.


( 4 markah )
(d) Rajah 10.4 menunjukkan satu sistem radar di sebuah lapangan terbang . Isyarat
akan dipancarkan daripada sistem radar untuk menentukan kedudukan sebuah
kapal terbang.

Rajah 10.4

Cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan untuk memperbaiki sistem


radar tersebut. Anda perlu mengambil kira aspek-aspek berikut di dalam
penerangan anda.

(i) Diameter piring parabola.

(ii) Jarak penerima isyarat dari pusat piring parabola.

(iii) Jenis gelombang yang dipancarkan.

(iv) Tinggi piring parabola dari tanah.

(v) Bahan piring parabola.


( 10 markah )
BAHAGIAN C

12. Rajah 12 menunjukkan suatu gelombang bunyi sedang merambat di udara.

15 cm

Rajah 12

Gelombang bunyi merupakan suatu jenis gelombang membujur.

(a) Apakah itu gelombang membujur ? ( 1 markah )

(b) Berdasarkan Rajah 12,

(i) tentukan panjang gelombang. (1 markah)

(ii) hitungkan frekuensi gelombang bunyi jika halaju gelombang bunyi


Ialah 330 m s -1 . ( 2 markah )

(iii) apakah yang berlaku kepada halaju gelombang bunyi apabila ia


merambat di dalam air ? ( 1 markah )

(c) Terangkan mengapa bunyi dari jauh mudah didengari pada waktu malam.
( 4 markah )

(d) Jadual 12 menunjukkan beberapa system penerimaan dan penghantaran


isyarat yang telah dicadangkan dalam siaran program TV di dalam sebuah
negara.

Sistem Panjang Cara Frekuensi Lokas


penerimaan Gelombang penghantaran gelombang penerima
dan / cm Isyarat/ Hz isyarat
penghantaran
isyarat
K 1.0 x 10-3 Satelit 3 x 10 11 Hz Tinggi
L 1.0 x 10-3 Pantulan
lapisan ozon 3 x 10 11 Hz Rendah
-1
M 1.0 x 10 Satelit 3 x 10 9 Hz Rendah
N 1.0 x 10-1 Pantulan Tinggi
lapisan ozon 3 x 10 9 Hz
Jadual 12
Anda dikehendaki menentukan ciri-ciri kesesuaian bagi sistem penerimaan dan
penghantaran isyarat yang dapat menghantar isyarat dengan berkesan.
Kaji spesifikasi penerimaan dan penghantaran isyarat berdasarkan aspek-aspek
berikut :

 Panjang gelombang
 Cara penghantaran
 Frekuensi gelombang
 Lokasi penerima isyarat

Terangkan kesesuaian aspek-aspek itu dan tentukan sistem yang paling sesuai.
Beri sebab bagi pilihan anda.
( 10 markah)
SKIMA JAWAPAN KERTAS 2

Soalan Jawapan Markah Σ Markah

Bahagian A

1 (a) Gelombang melintang. 1

(b) (i) Sesaran maksimum dari kedudukan 1


Keseimbangan.

(ii) Berkurang. 1

(iii) Tenaga gelombang berkurang. 1

(iv) Amplitud gelombang berkurang. 1

(c) (i) λPQ = 12/3 = 4 m 1

(ii) λPR = 12.5 / 5 = 2.5 m 1

(d) (i) vPQ = 5 x 4 = 20 m s-1 1

(ii) vPR = 5 x 2.5 = 12.5 m s- 1 1

(e) (i) PQ adalah lebih dalam daripada QR. 1

(ii) Halaju gelombang adalah lebih tinggi di 1


kawasan PQ. JUMLAH 11

BAHAGIAN
B (a) Gelombang membujur. 1 1

(b) (i) - Diameter tali gitar dalam Rajah 10.1 lebih 1


kecil dari diameter tali gitar dalam Rajah 10.2
- Amplitud gelombang di Rajah 10.2 adalah 1
sama dengan dalam Rajah 10.2.
- Bilangan ayunan dalam Rajah 10.1 lebih 1
tinggi daripada Rajah 10.2

(ii) Apabila diameter tali gitar meningkat ,


frekunsi gelombang berkurang. 1

(iii) Semakin tinggi frekuensi , semakin tinggi 1 5


kelangsingan gelombang bunyi.
Soalan Jawapan Markah Σ Markah

Bahagian B (c) - Apabila tala bunyi bergetar , molekul udara akan 1


bergetar.
- Apabila tala bunyi bergerak ke depan , 1
udara dimampatkan.
- Apabila tala bunyi bergerak ke belakang, lapisan
udara ditarik berasingan dan menyebabkan 1
renggangan.
- Oleh itu satu siri mampatan dan renggangan akan 1 4
menghasilkan bunyi.
- Tenaga suara disebarkan melalui udara
disekitarnya dalam bentuk gelombang.

(d)

Pengubahah suaian Penerangan


Diameter piring parabola Dapat menerima lebih
perlu besar banyak isyarat 1,1
Sama dengan panjang Semua isyarat yang
fokus piring parabola diterima oleh piring akan 1,1
dipantul ke penerima
isyarat.
Gelombang mikro Mempunyai tenaga yang
tinggi dan halajau yang 1, 1
sangat tinggi
Lokasi yang tinggi Menggelakkan gangguan 1,1
Bahan yang kuat dan Tidak mudah berayun
berketumpatan tinggi atau rosak akibat 1,1 10
daripada tiupan angina
yang kuat.
JUMLAH 20

BAHAGIAN (a) Gelombang yang arah getarannya selari dengan 1


C arah perambatan gelombang.
12 (b) (i) λ = 15/3 = 5 m 1

(ii) f = 330 / 5 = 66 Hz 1,1

(iii) Bertambah 1
Soalan Jawapan Markah Σ Markah

Bahagian C (d) - Lapisan udara yang berhampiran dengan tanah 1


adalah lebih sejuk daripada lapisan yang tinggi
pada waktu malam. 1
- Gelombang bunyi merambat lebih laju di dalam
udara panas.
- Apabila gelombang bunyi yang merambat dari 1
udara sejuk ke udara panas , , ia akan terbias
menjauhi garis normal. 1 4
- Gelombang dapat merambat dengan jarak yang
lebih jauh pada udara panas.

- (d)

Pengubahah suaian Penerangan


Panjang gelombang Kesan pembelauan dapat 1,1
perlu pendek dikurangkan.
Guna satelit untuk Maklumat dihantar ke
menghantar maklumat kawasan yang jauh. 1,1
Frekuensi isyarat yang Mempunyai tenaga yang
tinggi tinggi 1, 1
Lokasi yang tinggi Mengurangkan
gangguan dan mudah 1,1
menerima isyarat.
Sistem K paling sesuai Mengguna gelombang
yuang panjag ,
gelombangnya pendek , 1,1
cara penghantaran 20
satelit, frekuensi
gelombang isyarat tinggi
dan lokasi penerima
isyarat tinggi
JUMLAH 20

Anda mungkin juga menyukai