Anda di halaman 1dari 2

Batuk ialah perbuatan mengeluarkan nafas dari paru-paru

dengan kerasnya dan bising bunyinya. Kita mestilah mengetahui etika ketika
berbatuk.
Jika batuk, kita sepatutnya memakai penutup mulut dan
hidung. Dengan berbuat begitu, virus dan bakteria tidak akan merebak
kepada orang lain. Cara ini dapat menjaga keselesaan orang lain.
Selain itu, kita bolehlah menutup mulut dan hidung dengan
lengan atau siku ketika batuk. Etika ini mengelakkan kuman daripada
bersebar ke udara. Cara ini juga digalakkan oleh doktor pakar kesihatan.
Di samping itu, kita harus menutup mulut dan hidung dengan
tisu ketika batuk. Cara ini bukan sahaja lebih sopan, malah menunjukkan
bahawa kita juga mempunyai etika batuk yang baik.
Selepas batuk dengan menggunakan tisu, kita haruslah
membuang tisu ke dalam tong sampah. Janganlah pula kita membuang tisu
tersebut ke merata-rata.
Kemudian, kita haruslah mencuci tangan dengan
menggunakan sabun dan air mengalir. Sewaktu mencuci tangan, luangkan
masa sekurang-kurangnya 20 saat agar tangan dapat dicuci dengan
bersihnya.
Kesimpulannya, pelbagai etika ketika batuk perlu kita amalkan.
Dengan amalan ini, kita dapat menjaga kesihatan diri dan kesejahteraan
hidup bersama kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Bersin ialah perbuatan mengeluarkan udara dgn tiba-tiba lagi
keras dari mulut dan hidung akibat sesuatu rangsangan di saluran pernafasan.
Oleh sebab itu, kita harus mengetahui etika bersin.
Sewaktu membersih, kita haruslah memakai penutup mulut dan
hidung. Cara ini dapat mengelakka bakteria daripada tersebar ke udara.
Selain itu, kita haruslah memalingkan muka daripada orang lain dan makanan.
Etika ini penting agar bakteria atau kuman tidak memasuki makanan atau
tersebar ke muka orang lain. Di samping itu, kita haruslah mengelakkan diri
daripada pergi ke tempat yang sesak kerana kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai.. Oleh sebab itu, kita haruslah melakukan
kuarantin diri atau berehat di rumah jika menghidap demam selesema. Oleh
sebab itu, langkah kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) ialah langkah yang paling sesuai untuk mengelakkan penularan wabak
COVID-19. Seterusnya, janganlah kita berkongsi sapu tangan dengan orang
lain. Hal ini dikatakan demikian kerana wabak mudah berjangkit melalui
barangan peribadi. Elakkan juga daripada menyentuh muka, hidung, dan muka
jika kita mengalami selesema. Jika menggunakan tisu ketika membersin,
buanglah tisu itu ke dalam bakul sampah dengan cara yang betul.
Sebagai kesimpulan, kita mestilah mengetahui dan mempelajari
etika ketika bersin demi keselesaan semua.

Anda mungkin juga menyukai