Anda di halaman 1dari 24

.

FOKUS PT3 STRUKTUR DAN ESEI TINGKATAN 1

BAB 1 : MENGENALI SEJARAH


1. KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH / SEBAB MATA PELAJARAN SEJARAH DIWAJIBKAN
DI SEKOLAH
Apakah kepentingan mempelajari sejarah?
 Sejarah mampu memberi kefahaman kepada kita tentang masyarakat, negara dan dunia

 Mampu memupuk semangat nasionalisme dan perpaduan

 Menjadi iktibar supaya kita berhati-hati

 Mengenal Asal Usul :  Dapat mengenali asal usul keluarga & negara

 Dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa

 Menjadi Iktibar supaya tidak mengulangi kesilapan lalu

 Memupuk Patriotisme

 Mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati generasi akan datang

 Ia akan meyemai perasaan cinta akan negra

 Mengukuhkan Perpaduan

 Membantu untuk meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum

 Menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga & meneruskan adat resam &

tradisi hidup

 Membangunkan Negara Dan Bangsa : melaluinya kita dapat kekalkan kegemilangan yg telah dicapai

 Membolehkan kita lebih memahami budaya dulu & sekarang untuk dijadikan perbandingan

untuk membangunkan negara pada masa akan datang.

 Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah :  Melaluinya, pemikiran kritis & analitis dpt
ditingkatkan.

 Membolehkan kita membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa.

 Mendorong seseorang memahami sejarah secara lebih empati

2. BAGAIMANAKAH MATA PELAJARAN SEJARAH BOLEH MENYEMAI SEMANGAT


PATRIOTISME / SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DI KALANGAN PELAJAR
 Mengajar kita menghargai warisan negara utk dihayati generasi akan datang

 Melaluinya pelajar akan menghayati pengorbanan pemimpin dan menghargai jasa pemimpin

 Ia juaga menyedarkan pelajar tentang kesukaran untuk mendapatkan kemerdekaan dan seterusnya

akan berusaha untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

 Dengan belajar sejarah kita dpt fahami keadan hidup penduduk Tanah Melayu yang sukar semasa

pendudukan Jepun serta akan lebih rajin berusaha untuk memajukan negara

3. KAEDAH : NYATAKAN KAEDAH KAJIAN SEJARAH DAN CIRI-CIRINYA


i. Kaedah bertulis :  Dapat maklumat dr sumber dipahat & tulis
 Biasanya ia terdapat di dinding gua, atas batu, kulit kayu, gading dan daun lontar

 Juga terdapat dlm bentuk catatan harian, fail rasmi, catatan pengembara.

ii. Kaedah Lisan :  Maklumat diperolehi melalui temu bual atau ucapan dr orang sumber. Orang
sumber memberi maklumat melalui pemerhatian atau pengalaman sendiri.

iii. Kaedah Arkeologi:  Merupakan kaedah saintifik utk mencari maklumat melalui bahan tinggalan.
Antar bahan yg ditemui melalui gali cari ialah spt fosil, tembikar, bahan logam & binaan batu.

4. MAKSUD SEJARAH : 1. Nyatakan maksud sejarah mengikut :


a. Dalam Bahasa Melayu :
 Asal dr Bahasa Arab “ SYAJARATUN” = Pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul

b. Kamus Dewan :  Asal usul (Keturunan), salasila


 Peristiwa lampau yg benar2 berlaku, kisah, riwayat dan tambo.  Kajian ttg peristiwa yg telah berlaku

c. Dalam bahasa Inggeris (History) : Bermaksud : cerita ttg seseorang


 Asal dr perkataan Yunani : HISTORIA bermaksud penyelidikan

d. Herodotus : “Penceritaan ttg tindakan manusia yg ptg & mengkagumkan serta sebab berlaku
sesuatu peristiwa”  Penyelidikan ttg peristiwa yg telah berlaku

 Penulis buku “HISTORIES” @ Sejarah Perang Parsi (The Persian War)

e. E.H. Carr :
 “Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yg tidak
berkesudahan antara masa kini dengan yg lampau”

 Sejarah = Tindak balas pembaca terhadap fakta2 yg ditulis oleh sejarawan

 Menulis buku “ What Is History”


f. Ibn Khaldun :
 Sejarah membicarakan perkara ttg msykt manusia, peradaban dunia dan perubahan2 yg berlaku pd

sifat-sifat msykt itu”

 Tulis buku “Muqaddimah” yang Menceritakan ttg kehidupan manusia dr primitive hingga ke bandar

g. Khoo Kay Kim :


 Sej merujuk kpd apa2 yg pernah berlaku. Ia mendorong kita lebih memahami apa2 yg berlaku pd

masa kini. Ia jg menjamin kesilapan yg sama tdk berulang. Sej merupakan ibu kpd semua bidang”

h. Muhd Yusof Ibrahim

 Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sej jg mrpkn catatan @ rekod ttg sesuatu peristiwa yg lalu

 Penulis buku : “Sejarawan & Persejarahan Melayu : Tradisi dan Transformasi”

BAB 2: ZAMAN AIR BATU


1. Nyatakan ciri-ciri empat tahap zaman air batu berikut:-
a. ZAMAN MIOSEN (23-5 juta tahun dahulu)
 Gunung yg ada pd hari ini telah terbentuk  Mamalia, hidupan di laut dan air telah wujud

 Suhu dunia panas dan kering

b. ZAMAN PLIOSEN ( 5.3 – 2.6 juta tahun dahulu)


 Berlaku penyejukan global Zmn Miosen yg lebih panas.

 Penyejukan & pengeringan global membawa pembentukan padang rumput dan savanna

 Membentuk jambatan darat Panama antara Amerika Utara dan Selatan

 Mendorong penghijrahan tumbuhan dan haiwan ke habitat baru

 Terbentuk dataran tinggi spt di Colorado, US (Grand Canyon)

c. ZAMAN PLEISTOSEN (2.5 – 10,000 tahun dahulu)


 Glasier utama berlaku 11 kali  manusia telah mencipta api

 Binatang yg wujud zmn ini kekal hingga kini

 Manusia telah sampai ke Australia melalui jalan darat A. Teng (Pentas Sunda) 50,000 tahun dulu.

d. ZAMAN HOLOSEN (10000 – KINI) :  Kehidupan lebih maju & menghasilkan makanan melalui
pertanian Roda dan tulisan kuneiform telah dicipta.

 Manusia maju dlm aspek keagamaan, pendidikan, pentadbiran dan undang-undang


2. Nyatakan maksud, punca dan kesan pengglasieran.
a. Maksud : Peningkatan suhu bumi menyebabkan kecairan air batu (Pengglasieran) yg mengubah
BMB

b. Punca :  Peningkatan suhu bumi

c. Kesan:  Peningkatan pras air laut. Kesannya : bukit bukau, tanah tinggi, tasik, pulau terbentuk.

 Pembentukan tasik & pulau telah memisahkan haiwan dan tumbuhan mengikut kawasan.

3. Apakah punca, kesan dan langkah mengatasi masalah peningkatan suhu dunia

a. Punca :  Aktiviti manusia seperti pertanian, perindustrian, pembakaran terbuka, penebangan

Pokok, pembakaran minyak dlm enjin

b. Kesan :  Kecairan air batu (Pengglasieran)

 Ini boleh menyebabkan kenaikan paras laut  Banjir di kawasan rendah

c. Langkah :  Kurangkan aktiviti seperti di atas (Sebut aktiviti) pertanian, perindustrian, pembakaran

terbuka penebangan pokok, pembakaran minyak dlm enjin

 Mencari tenaga alternatif yang lebih mesra alam (Bagi cth) (MANA-MANA MUNASABAH)

3. Nyatakan ciri-ciri zaman air batu akhir

a. Aras Laut :

 Permukaan laut membeku  Paras air laut rendah

 Pulau2 bersambung dengan tanah besar  Manusia & binatang mudah bermigrasi

b. Ciri Fizikal (Bentuk Muka Bumi):  Dilitupi salji  BMB juga berubah akibat kecairan air batu

 Kawasan rendah tengelam menjadi tasik  Paras air laut meningkat pada hari ini

c. Binatang :  Mamot berbulu, badak, kuda, singa  Tinggal di tanah pamah yg sejuk

d. Tumbuhan :  Rumput & pokok renek menjalar

e. Suhu :  Terlalu sejuk  Dunia dipenuhi salji (Kutub & Eropah)

f. Kehidupan manusia :  Tinggal di tanah pamah  Hidup nomad & memburu

 Benua di utara dan selatan masih sejuk

 Asia mulai panas  Manusia berhijrah ke Asia

4. Apakah kesan radiasi bumi?

Peningkatan suhu bumi (BOLEH TULIS KESAN PENINGKATAN SUHU)

5. Apakah binatang zaman Pleistosen dan akhir zaman Holosen yang pupus pada zaman air
batu akhir?

Pleistosen : Mamot, Sloth & Harimau Bertaring

Holosen : Binatang bersaiz besar spt Stegodon (gajah) & Pachycrocuta (dubuk

BAB 3 : ZAMAN PRA SEJARAH


1. Apaka maksud zaman prasejarah?  Zaman sebelum ada tulisan

2. Zaman prasejarah dalam bahasa Sanskrit dikenalai sebagai “NIRLEKA” Apakah maksud Nirleka

dalam bahasa Sanskrit?  Nir (Tdk ada) + Leka (Tulisan)

3. HURAIKAN CIRI-CIRI ZAMAN BATU: Menggunakan teknologi batu dlm kehidupan harian

 Terdapat 3 zaman : Peleolitik (Zmn Batu Lama), Mesolitik (Zmn Batu Pertengahan) & Neolitik

(Zmn Batu Baru)

(i) Zaman Paleolitik (2.5 juta tahun – 8000 SM):  Zaman yg mencabar

 Manusia perlu meneruskan hidup dng guna teknologi batu yg serba ringkas

 Mereka jg gunakan peralatan yg diperbuat dr tulang haiwan dlm aktiviti harian

(ii) Zaman Mesolitik (12,000 – 4000 SM): Cara hidup makin berkembang  Cuaca tidak terlalu sejuk

 Memburu & menangkap ikan sbg sumber makan

(iii) Zaman Neolitik (10000 – 2000 SM)

 Perkembangan teknologi & cara hidup lebih baik

 Wujud petempatan yg mengamalkan aktiviti pertanian, penternakan & membuat tembikar

4. HURAIKAN CIRI-CIRI ZAMAN LOGAM (500 SM – 500 M)

 Guna teknologi gangsa dan besi  Melakukan inovasi logam besi & gangsa dlm alat

 Sudah mula berlayar

 Menjalankan aktiviti tukar barang (Barter) yg berasas gangsa yg banyak terdapat di A. Tenggara

 Peralatan besi (kapak, tulang mawas, beliung & mata lembing) diguna untuk memburu, bertani &

aktiviti harian.

5. Apakah sebab zaman Paleolitik dianggap zaman yang serba mencabar?

 Manusia perlu meneruskan hidup dng guna teknologi batu yg serba ringkas

 Mereka jg gunakan peralatan yg diperbuat dr tulang haiwan dlm aktiviti harian

6. Namakan petempatan masyarakat zaman prasejarah seperti berikut


ZAMAN PETEMPATAN
PALEOLITIK  Tumpuan petempatan dalam gua & bawah tanah
 Berlindung bawah pokok & tempat berlindung yg diperbuat dari ranting kayu

MESOLITIK  Petempatan masih spt zaman Paleolitik


 Tumpuan petempatan di tepi sungai & laut
 Mudah mendapat bekalan air & makanan
NEOLITIK  Tinggal secara menetap
 Tumpuan di lembah sungai & tepi pantai
 Membina rumah dengan batu, tanah liat & kayu

LOGAM  Hidup menetap & mendirikan kediaman yg > baik


 Binaan dari batu, tanah liat & kayu & > tersusun
 Menetap di lembah sungai, tepi pantai & Kawasan tanah tinggi
7. Masyarakat Zaman Prasejarah tinggal di dalam gua, bawah tanah, bawah pokok, tempat berlindung

dan tepi sungai. Pada pendapat anda, apakah punca pemilihan lokasi tersebut?

 Faktor keselamatan dari cuaca & binatang, bekalan air, sumber makanan seperti ikan

8. Buktikan alam sekitar penting bagi kelangsungan kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah

 Gua menjadi tempat tinggal yang selamat dari binatang dan cuaca

 Sungai menjadi tempat mendapatkan sumber air, tanah yang subur untuk pertanian dan bekalan ikan

untuk makanan dan jalan pengangkutan

 Batu menjadi alat untuk memburu, memotong dan menggali

 hutan menjadi tempat mendapatkan makanan seperti buah, binatang dan sayur

9. Nyatak ciri-ciri peralatan yang digunakan oleh masyarakat zaman berikut

ZAMAN CIRI-CIRI PERALATAN


PALEOLITIK  Peralatan dari batu, kayu & tulang haiwan
 Alat dalam bentuk sedia ada, ringkas & kasar
 Pentingkan fungsi penggunaanya
 Cth alat: 1. Alat penetak 2. Kapak genggam 3. Alat repihan

MESOLITIK  Masih diperbuat dari kayu, batu & tulang haiwan


 Pembuatannya lebih halus & kemas
 Terdapat mikrolit (Alat lebih kecil)
 Menggunakan panah untuk memburu & perangkap untuk menangkap ikan

NEOLITIK  Alat lebih halus, kemas & pentingkan kesenian


 Mengutamakan pelbagai fungsi seperti Beliung untuk menggali
dan mengetam kayu
 Manusia juga sudah mula mencipta roda
 Cth alat: 1. Beliung, 2. Pemukul kulit kayu
LOGAM  Alat dari logam spt tembaga, gangsa & besi
 Berhubungkait dengan pengetahuan melebur logam dan mencipta acuan.
Tahap hidupan lebih tinggi berbanding sebelumnya (Lebih Maju)
 Cth alat: 1. Tulang mawas 2. Sabit 3. Kapak 4. Mata lembing 5. Pisau

10. Nyatakan ciri-ciri kegiatan ekonomi masyarakat zaman berikut

ZAMAN CIRI-CIRI KEGIATAN EKONOMI


PALEOLITIK  Ekonomi sara diri
 Kegiatan bergantung dengan alam semula jadi
 Hidup nomad untuk mencari makanan & dikongsi bersama

MESOLITIK  Masih mengutip hasil hutan, memburu dan menangkap ikan.


 Masih berkongsi makanan

NEOLITIK  Tidak bergantung kepada sumber alam


 Menghasilkan makanan melalui pertanian dan penternakan
 Menjalankan perdagangan dengan sistem tukar barang (barter)
 Pengkhususan kerja telah bermula

LOGAM  Pertanian, penternakan & perdagangan (barter) merupakan kegiatan utama


 Mula menjalankan aktiviti pembuatan & pertukangan

11. KBAT : Bandingkan aktiviti ekonomi manusia prasejarah dengan masyarakat hari ini

 Kegiatan ekonomi sara diri menjadi penting bagi menampung hidup masyarakat prasejarah. Kini

kegiatan perdagangan menjadi keutamaan bagi mencari sumber pendapatan dan kekayaan.

 Zaman prasejarah menggunakan peralatan teknologi yang serba ringkas bagi kegiatan ekonomi.

Contohnya pengunaan alat batu seperti kapak genggam, beliung dau alat repihan. Kini manusia

menggunakan peralatan yang moden seperti robot dan mesin untuk memudahkan kegiatan mereka

 Kegiatan ekonomi manusia prasejarah bergantung kepada alam sekitar seperti hutan, tanah dan

sungai. Kini ia bergantung pada bangunan seperti kilang kedai dan gedung perniagaan

12. KBAT : Bandingkan kegiatan pertanian Zaman Prasejarah dengan masa sekarang

 Prasejarah : Tanam secara sara diri, untuk makanan seperti padi, gandum dan barli. Gunakan

teknologi ringkas seperti alat dari batu dan besi seperti beliung, sabit. Ditanam secara kecil-kecilan

 Kini : Ditanam secara besar-besaran untuk tujuan eksport dan dijadikan bahan mentah dalam industri

seperti getah dan kelapa sawit. Menggunakan teknologi moden seperti traktor.

13. Bandingkan peralatan yang digunakan pada zaman Prasejarah dengan zaman moden
 Prasejarah : Diperbuat drpd batu, kayu & tulang untuk pelbagai kegunaan

 Peralatan gangsa & besi dicipta setelah mengetahui cara peleburan, campuran logam & acuan

 Antara alat : pedang, parang, tombak, keris,dan cangkul & kapak yg kekal sehingga hari ini

 Zaman moden : Mesin & jentera digunakan untuk memotong & menghiris bagi kegiatan komersial

BAB 4 : MENGENALI TAMADUN


1. Apakah maksud tamadun?

 Merupakan pencapaian tertinggi oleh masyarakat dalam pelbagai bidang

2. Ketamadunan manusia boleh dilihat dalam aspek

 Kegiatan pertanian, perdagangan, sistem pemerintahan, pembentukan bandar, pengkhususan

pekerjaan, teknologi, organisasi sosial, agama, kepercayaan, tulisan, menyimpan rekod, kesenian dan

kesusasteraan

3. Huraikan pengertian tamadun mengikut bahasa berikut:

i. Bahasa Yunani: tamadun disebut “Civitas” bermaksud bandar @ kota

 Di bandar, tahap kemajuan masyarakat dicapai dalam bidang kebudayaan, sains, industri &

sistem kerajaan

ii. Bahasa Inggeris tamadun disebut “civilisation” yang diambil dari perkataan “Civitas”

Yang bermaksud tahap pembangunan manusia & organisasi yg paling maju dalam aspek

pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat & kebolehan manusia @ organisasi

iii. Perkataan Arab :  “Mudun, Madain & Madana”  Tinggi budi Bahasa & pembukaan bandar

 Istilah Arab lain yang sama pengertian dengan tamadun ialah “Hadharah & Hadari” yang

bermaksud

i. Hadharah : kawasan, daerah, bandar, kota, kampung & kawasan yg diguna untuk pertanian

ii. Hadari : tanah @ rumah yg didiami oleh masyarakt, tahap kemajuan & memperolehi kekayaan

4. Dalam Bahasa Melayu tamadun bermaksud suatu peradaban. Huraikan maksud peradaban

 Pencapaian kemajuan masyarakat dalam aspek kebendaan & perkembangan pemikiran

dalam aspek sosial, budaya & politik

 Kemajuan kebendaan meliputi penciptaan seni bina (bangunan & empangan), sistem ekonomi

(percukaian & kewangan) dan hasil ciptaan (kertas, lukisan & ukiran)

 Tamadun membina kemajuan & kemodenan kehidupan


5. PERBANDINGAN MAKSUD TAMADUN ANTARA ISLAM DENGAN BARAT

Jelaskan konsep tamadun daripada pandangan :

(a) Islam

(b) BARAT

6. SEBAB TAMADUN TERLETAK DI LEMBANGAN SUNGAI / KEPENTINGAN SUNGAI (FOKUS PETA :


NAMA SUNGAI)

Kepentingan sungai dalam perkembangan tamadun

a. Sistem pengangkutan dan perhubungan.

Perantaraan perhubungan antara negara kota dengan negara kota lain atau sesuatu tamadun dengan
tamadun lain. Contohnya: masyarakat Mesopotamia menggunakan Sungai Tigris dan Sungai
Euphrates. Sungai juga boleh digunakan untuk membawa barangan yang banyak untuk
perdagangan. Sebagai bukti, penciptaan kapal layar telah di kesan pada Tamadun Mesopotamia.

b. Pertanian.

Tamadun wujud kerana pertanian membekalkan sumber makanan. Pertanian berkembang kerana
terdapatnya sungai yang mengairi kawasan pertanian melalui sistem pengairan. Sungai membentuk
tamadun kerana kota muncul di sepanjang sungai yang bertanah pamah. Tanah pamah membolehkan
pertanian komersil dijalankan. Banjir membawa mendapan tanah lanar yang kaya dengan garam
galian ke kawasn pertanian setiap tahun telah membantu dalam kesuburan tanah. Masyarakat tidak
perlu berpindah-randah untuk mencari kawasan subur.

c. Bekalan air dan pengairan

Sungai membekalkan air untuk pertanian, membina terusan dan kincir air. Contohnya syaduf dan
kincir air di tamadun Mesir dan China.

d. Sumber Protein.

Sungai membekal ikan untuk sumber protein. Menggunakan kaedah tangkapan tradisioanal. Protein
mudah diperolehi, manusia mula menetap di satu tempat dan membentuk tamadun.

e. Kegiatan Seharian.

Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian, seperti membasuh, memasak dan sebagainya.

f. Bekalan Bahan Binaan dan Peralatan

Sungai membekalkan tanah lumpur untuk membina rumah serta pelbagai jenis bangunan lain seperti
rumah berhala, tembikar dan peralatan harian. Contohnya di Sungai Tigris, Sungai Euphrates.

g. Upacara Keagamaan.

Air dianggap suci dan menyucikan oleh sesetengah kepercayaan dan agama. Masyarakat Tamadun
Indus menggunakan sungai untuk membersihkan diri daripada dosa. Membersihkan dosa dan
menghanyutkan abu mayat. Contohnya di Sungai Indus.
7. CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN / CIRI-CIRI TAMADUN

8. TAMADUN INDUS : BANDAR TERANCANG

 NAMA BANDAR (LABEL DALAM PETA)

 Mohenjo-Daro & Harappa

CIRI-CIRI BANDAR TERANCANG

 Ciri-ciri bandar Harappa:-

 Jurutera mencipta sistem paip & pembentungan yg canggih

 Kota dikelilingi dinding bata sepanjang 4.8 km untuk mengelakkan banjir

 Dalam kota dibina benteng untuk melindungi keluarga diraja

 Jalan raya dibina selebar 30 kaki

 Dinding memisahkan antara daerah perumahan

 Rumah pelbagai saiz ada yg bina tiga tingkat

 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBOLEHKAN BINA BANDAR TERANCANG

 BANDAR IDAMAN ANDA DAN SEBAB

BAB 6
PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM
1. TAMADUN ROM : SENI BINA

 NAMA SENI BINA SEPERTI DALAM GAMBAR  TUJUAN BINAAN TERSEBUT

a. Colosseum
 Pembinaan dimulakan raja Vespian (72 M) dan diselesaikan oleh anaknya Titus (80 M)

 Menjadi lambng keagungan Tamadun Rom

 Bertujuan mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar spt “gladiator”

 Struktur binaan:- Ketinggian 50 meter  lebar 156 meter  Luas 2.5 hektar
 Kawasan arena seluas 85M X 54M yang mampu memuatka 50,000 orang

 80 pintu masuk & tempat duduk penonton yang bertingkat-tingkat

 Mempunyai sistem pengurusan penonton yang setanding dengan stadium moden kini

b. Pantheon
 Binaan berkubah terbesar di dunia

 Diguna sebagai tempat penyembahan dewa dewi masyarakat Rom

 Dibina oleh Marcus Visanius Agrippa (27 M) :  80 M musnah dalam kebakaran

 125 M dibina semula oleh Maharaja Hadrian

 Struktur binaan:- Dibina dengan meniru gaya binaan Yunani

 Terutama bahagian hadapan yang mempunyai tiang yg kukuh

 Atap:  Kubah bersaiz besar berdiameter 43 Meter

 Dinding  Dibina dengan batu bata yang dilepa dengan simen

 Bahagian puncak  Mempunyai ruang terbuka dikenali Oculus berukuran 13 meter lebar

membolehkan cahaya masuk menyinari ruang dalam

c. Amfiteater
 Merupakan Colesseum mini  Merupakan gelanggang terbuka

 Digunakan untuk membuat persembahan seni, pertunjukkan & gladiator

 Berbentuk lingkaran

 Terdapat 230 amfiteater di seluruh Rom dengan pelbagai saiz yang berbeza

 Amfiteater El Djem di Tunisia dan amfiteater Arles, Perancis merupakan amfiteater terkenal

 Binaan amfiteater di wilayah Rom buktikan masyarakat menggemari aktiviti di luar rumah

d. Akueduk
 Menjadi lambang kemajuan teknologi kejuruteraan Rom

 Merupakan sistem merancang & mengawal air yang sistematik

 Berfungsi membekalkan air untuk kegunaan rumah

 Juga disalur ke tempat mandi awam & binaan2 utama seperti Colosseum sewaktu acara gladiator

 Akueduk yang pertama dibina di Aqua Appia (312 SM)  16 KM panjang

 Marcus Agrippa merupakan jurutera yang terkenal membina akueduk Aqua Virgo (19 SM)

 ia dibina berdasarkan kajian mendalam terhadap mutu sumber air, aliran air & lokasi
 Akueduk tiga tingkat Pont du Gard di Perancis merupakan Akueduk yang terkenal

e. Jalan Raya
 Mula dibina sejak tahun 500 SM

 Bertujuan menghubungkan bandar2 utama  Memudahkan pergerakan tentera & pengangkutan

 Dibina berlapis-lapis  Gunakan batu besar, batu kecil & batu kerikil

 Supaya tahan & kuat menahan beban & pergerakan pasukan tentera

 Luas 4 kaki @ 1.3 meter tebal & 20 kaki @ 6.7 meter lebar

 Terdapat batu tanda  Menunjukkan jarak satu kawasan dengan kawasan lain

 Longkang di tepi jalan  Bagi mengalirkan air supaya tidak bertakung atas jalan

f. Tembok Pertahanan
 Bertujuan melindungi Rom dari serangan musuh

 Juga bertujuan sebagai pemisah antara wilayah yang terletak di bawah kekuasaan Rom dengan
kawasan bukan wilayah Rom

 Usaha membina tembok telah bermula sejak tahun 100 M.

 Mereka menggunakan batu yg disusun memanjang & 5 meter tinggi

 Terdapat kubu kecil yg dikenali “Milecastel” selang sebatu sepanjang tembok.

 Menempatkan tentera mengawal tembok

 Tembok Hadrian yg dibina oleh Mahraja Hadrian di Britain sepanjang 117 KM dan 5 meter tinggi

g. Tempat Mandi Awam


 orang rom mandi utk kebersihan & kesihatan serta sebagai lambang ketamadunan

 Oleh itu membina tempat mandi awam yg boleh digunakan oleh sesiapa sahaja

 Pengguna dikenakan bayaran

 Ia dilengkapi dengan tandas, ruang mandi, ruang mengurut, perpustakaan, bilik rehat &

bersenam

 Ruang mandi terbahagi kepada mandi air panas, air sejuk, suam serta berwap

 “Caracalle” di Rom yg dibina oleh Maharaja Caracalla merupakan yg terkenal

 Boleh memuatkan sehingga 1500 orang pada satu-satu masa

 FAKTOR YANG MEMBOLEHKAN BINAAN TERSEBUT

kepakaran, pendidikan, dasar pemerintahan, kewangan, teknologi, sumber alam dan buruh
(KENA HURAIKAN)

 KEPENTINGAN BINAAN TERSEBUT PADA MASA SEKARANG

 Menjadi destinasi pelancongan  Menjadi inspirasi untuk membina bangunan moden sekarang
seperti stadium  Menjadi bukti kewudan masyarakat bertamadun pada zaman tersebut
Menaikkan imej negara kerana rakyat mampu bina bangunan dengan gunakan teknologi rendah

2. TAMADUN YUNANI : SISTEM DEMOKRASI

 LATAR BELAKAN SISTEM DEMOKRASI DI ATHENS

DEMOKRASI

 Pemerintahan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

TIRANI (DIKTATOR) / TENTERA

 Pemerintahan dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat

ARISTOKRASI

 Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan (Org Kaya)

OLIGARKI

 Pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa

MONARKI

 Sistem beraja yang berasaskan keturunan

Raja dibantu oleh Konsul (Golongan bijak pandai)

 CIRI-CIRI SISTEM DEMOKRASI DI ATHENS

 Dewan Perhimpunan merupakan badan pentadbiran yang paling tinggi.

 Dianggotai semua warganegara lelaki Athens

 Setiap warganegara berpeluang memegang jawatan selama 6 bulan hingga 1 tahun

 Bersidang 3 kali sebulan

 Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan

 Ahlinya boleh mengemukakan pandangan berkaitan dasar-dasar pentadbiran yang dijalankan oleh
pemerintah

 Ia menimbulkan perasaan kebersamaan dalam kalangan warganegara hingga sanggup

mengorbankan diri demi Athens

 Dewan Perhimpunan boleh mengawal pentadbiran dan menetapkan dasar-dasar untuk


dilaksanakan
 Mempunyai kuasa memutus dan mengeluarkan deklarasi peperangan

 Athens tidak boleh terlibat dalam peperangan tanpa deklarasi

 Dewan Perhimpunan juga berfungsi sebagai mahkamah

 Rakyat yang mempunyai masalah (Kes besar), boleh membuat aduan kepada Dewan perhimpunan
jika tidak dapat diselesaikan oleh badan pentadbiran yang lain

 PERANAN : JURI / MAJISTRET / MAJLIS / DEWAN PERHIMPUNAN

Fungsi Dewan Perhimpunan

1. Melantik Ahli Majlis :  menganggotai sistem pentadbiran

2. Mengubal undang-undang (Buat Dasar)

 bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dengan adil

3. Membuat deklarasi peperangan : Bagi mempertahankan kedaulatan Athens

4. Membuat perjanjian dengan negara lain : Bagi melicinkan hubungan atarabangsa

5. Membincangkan hal kewangan & percukaian: Bagi mengukuhkan ekonomi

6. Menerima duta dari negara asing

 Bagi mengukuhkan hubungan antara kedua pihak

Majlis
 Merupakan jawatankuasa yang mengendalikan urusan & perbincangan hal-hal berkaitan
pemerintahan & pentadbiran

 Keanggotaanya

1. Ahlinya dilantik oleh Dewan Perhimpunan

2. Ahlinya terdiri 500 orang:  Keahlian selama 2 tahun

3. 500 ahli dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (prytany)

 50 orang dalam satu jawatankuasa

4. Pengerusi baru dipilih pada setiap kali persidangan

 Fungsi Majlis

a. Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan

b. Ahlinya bertanggungjawab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan

c. Kuasa Majlis tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan

Majistret
 Merupakan badan yang melaksanakan segala dasar yang telah diputuskan oleh Majlis

(sama seperti perkhidmatan awam di Malaysia)

 Keanggotaan

a. Warganegara Athens b. Dianggotai 6000 ahli c. 200-500 orang merupakan hakim

d. 10 orang merupakan jeneral tentera

 Fungsi Majistret

1. Merupakan kakitangan kerajaan

2. Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis

3. Mengurus hal-ehwal pendidikan, percukaian dan lain-lain

Juri
 Merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan keadilan

 Keanggotaan

1. Dianggotai 101-1001 orang berdasarkan keberatan kes

2. Perbicaraan diketuai oleh pengerusi

 Fungsi Juri

a. Menjadi pemutus kepada sesuatu kes (Buat keputusan)

b. Pesalah akan merayu terus kepada warganegara

c. Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara

 Kes-kes kecil diselesaikan di mahkamah tempatan

 Kes basar diselesaikan di Mahkamah Athens

 KBAT : KEPENTINGAN / KELEBIHAN SISTEM DEMOKRASI

 Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemempin dan kerajaan melalui pilihan raya

 Rakyat akan patuh dengan dasar kerajaan kerana kerajaan dipilih oleh rakyat

 Tidak berlaku pembolotan kuasa oleh mana2 pihak

 Negara aman dan maju kerana rakyat memilih pemimpin yang berwibawa

 Pilihan pemimpin akan dijalankan dengan cara yang telus iaitu melalui pilihan raya

BAB 7
PENINGKATAN TAMADUN INDIA DAN CHINA
1. TAMADUN INDIA : PEMBENTUKAN EMPAYAR

 2 CARA PEMBINA EMPAYAR : JELASKAN

i. Fizikal
 Bermakna, perluasan kuasa yang dilakukan dengan menguasai wilayah2 lain
 Dengannya mampu membentuk empayar
 Perluasan kuasa jg dapat dilakukan dengan sesebuah kerajaan mengakui taklukan & mematuhi
peraturan ditetapkan kerajaan yang menang yg lebih berkuasa
 Kekuatan dan disiplin pasukan tentera serta dasar seorang raja merupakan faktor penting dasar
perluasan kuasa
 Dalam Tamadun India, perluasan kuasa berlaku dalam Dinasti Nanda, Maurya & Gupta
 Gabungan kekuatan tentera & dasar pemerintah membolehkan dinasti ini
mencapai tahap tinggi dalam perluasan & pembentukan empayar
 Dinasti Nanda melakukan perluasan kuasa dengan menggunakan tentera Kavalri (20,000),
Infantry (200,000) dan bergajah (3,000)
 Empayarnya menganjur dari Benggal (Timur India) hingga Punjab (Barat India) serta Deccan
(Tengah India)
 Pataliputra menjadi pusat pemerintahan
 Danasti Maurya terutamanya Chandragupta Maurya & Asoka juga menggunakan kekuatan
tentera untuk membentuk empayar
 Menggunakan 9,000 tentera bergajah, 30,000 kavalri & 600,000 infantri
 Empayarnya meliputi Bengal di timur hingga Hindu Kush di barat
 Pataliputra menjadi pusat pemerintahan
 Asoka berusaha menguasai kawasan2 yang belum berada bawah kekuasaan Maurya iaitu Kalinga
 Akhirnya Kalinga Berjaya dikuasai dengan memberi kesan:- Kesan perang Kalinga

100,000 terkorban 150,000 orang kehilangan harta benda

 Memberi keinsafan kepada Asoka sehingga pemerintahannya berubah menjadi lebih toleransi &
bertanggungjawab

 Zaman Gupta peerluasan diterajui oleh Chandragupta I (Pataliputra sbg pusat ptd)
 Tentera digunakan untuk perluasan kuasa yang menganjur dari Punjab hingga Bengal

ii. Keagamaan
 Berbeza dengan cara fizikal  tidak bergantung dengan sempadan wilayah tetap

 Merentasi sempadan (DI LUAR INDIA)

 Dinasti Maurya terutamanya Asoka dikenali kerana penekanan aspek keagamaan

 Usaha perluasan secara fizikal dihentikan selepas perang Kalinga

 Tumpuan pada perkembangan agama Buddha

 Peraturan & undang-undang yang telah ditetapkan dalam pemerintahan telah diukir pada tiang
batu & diletakkan di tempat yang strategi  “Tiang Asoka”
 Asokka memulakan misi pengembangan agama Buddha

 Misi dihantar ke Tibet, Nepal, Alexandria, Antioch, Bactria & Burma


 Misi ke Sri Lanka diketuai oleh Mahendra
 Misi ke Asia Tenggara diketuai oleh Sona & Uttara

 Zaman Gupta, penekanan diberikan kpd agama Hindu

 Dikenali zaman keemasan agama Hindu

 Agama Hindu berkembang pesat

 Agama Hindu diberi penekanan dalam aspek kebudayaan, kesusasteraan, seni bina, perdagangan

dan pemerintahan

 Raja Samudragupta meminati puisi berbentuk keagamaan

 Dikenali “Kaviraja” @ Raja penyair

 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN MEMBINA EMPAYAR

i. Kekuatan ketenteraan

 Kerajaan perlu mempunyai pasukan tentera yang kuat

 Ia juga digunakan untuk mempertahankan negara dari serangan musuh

ii. Dasar Pemerintah

 Raja yang mengetuai pemerintahan menentukan dasar perluasan kuasa sesuatu kerajaan

iii. Sumber Manusia (Tenaga Manusia)

 Penduduk yang cukup, menjamin sesebuah kerajaan ditadbir dengan berkesan

iv. Diplomasi Keagamaan

 Aspek keagamaan & kemanusiaan berperanan memperluas kuasa & pengaruh kerajaan

v. Kewangan

 Perluasan kuasa perlu mendapat+- pembiayaan dari perbendaharaan kerajaan

 KEPENTINGAN PEMBENTUKAN EMPAYAR

 Mewujudkan keamana dengan hapuskan musuh yg menjadi ancaman kepada kedaulatan negara

 Majukan ekonomi negara dengan menguasai sumber dari empayar yang luas

 menaikkan imej negara dengan kekuatan yang ada pada kerajaan

 Tiada pihak yang akan berani mengancam kedaulatan negara berkenaan


4. TAMADUN CHINA : SISTEM PENDIDIKA

 HURAIKAN TAHAP PENDIDIKAN

 Terdapat tiga tahap @ peringkat:-

i. Pendidikan Rendah
 Tumpuan kepada menghafal tulisan Ideogram serta buku suci tanpa memahami maksud

ii. Pendidikan Menengah


 Tumpuan menulis karangan dan sajak

iii. Pendidikan Tinggi


 Menterjemahkan & mengintepretasikan buku suci
 Pelajaran berkaitan etika upacara, adat istiadat & tanggungjawab rakyat kepada raja dan
negara

 JELASKAN SISTEM PEPERIKSAAN

 Peperiksaan awam merupakan komponen penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan
masyarakat China

 Ia membolehkan seseorang menerima penghormatan & meningkatkan taraf hidup

 Peperiksaan diperkenalkan oleh Maharaja Wu (Dinasti Han) dan dimansuhkan oleh Maharani
Dowager Cixi

 Ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam:-

i. Peperiksaan yang sangat kompetitif

ii. Hanya lelaki dibenarkan menduduki peperiksaan

 Tanpa mengira latar belakang dan status sosial

iii. Mengekalkan tradisi & budaya China : Mengikut ajaran Konfusianisme

iv. Larangan terhadap sebarang bentuk perubahan : Untuk mengekalkan keaslian tradisi China

 Lulus peperiksaan merupakan matlamat utama pendidikan bagi anak lelaki

 Calon berpotensi akan menerima tajaan dari penduduk kampong

 Harapan berjaya dalam peperiksaan & menaikan nama, keluarga, kaum dan kampong

 Peperiksaan dikawal ketat:  Mereka yang meniru dikenakan hukuman

 Bagi mengelakan penipuan, calon dikurung sebelum peperiksaan

 Mereka yang lulus dengan cemerlang sahaja diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan

 Peperiksaan berkisar pada Sembilan buku suci


 Empat Buku (The Four Books )  Lima Kitab (The Five Classics)

 Tiga Tahap Peperiksaan Perkhidmatan Awam:-

I. Tahap pertama (Xiucai)  Dijalankan pada peringkat daerah  Terbuka kepada semua orang

 Dua kali setiap tiga tahun  Tempoh peperiksaan ialah sehari

 Bilangan calon 500 – 2,000 orang  Kadar kelulusan 1 : 35

ii. Tahap Kedua (Juren):  Dijalankan di ibu kota daerah

 Hanya dibuka bagi yang lulus tahap pertama  Diadakan tiga tahun sekali

 Tempoh peperiksaan tiga hari  Bilangan calon 4,800 – 10,000 orang

 Kadar kelulusan 1 : 120

iii. Tahap Tiga (Jinshi):  Dijalankan di ibu kota kerajaan

 Diadakan tiga tahun sekali  Tempoh peperiksaan 13 hari

 Mereka yg lulus peperiksaan, diserap dalam perkhidmatan awam kerajaan


 Memperolehi pelbagai keistimewaan berdasarkan tahap kelulusan
 Lulus tahap 1 akan mendapat butang keemasan yg akan dilekatkan pada topi
 Diterima sebagai kakitangan kerajaan peringkat rendah
 Menyertai Majlis Santapan Diraja
 Lulus Tahap 2, menerima butang keemasan & jawatan dalam kerajaan
 Rumah mereka akan mempunyai tanda nama yang diletakkan di pintu masuk & mempunyai
kakitangan pengiring

 APAKAH KEPENTINGAN PENDIDIKAN BAGI SESEBUAH NEGARA

 Lahirkan masyarakat yang berilmu pengetahun yang boleh membantu dalam pembangunan negara

 Menyediakan tenaga pekerja yang berkualiti yang mampu menjana ekonomi negara

 mampu manarik kemasukan pelabur luar kerana yakin dengan keupayaan tenaga kerja

 Boleh membuat keputusan yang tepat untuk kebaikan dan membangunkan negara

 CARA MENARIK MINAT GOLONGAN PELAJAR UNTUK PERGI KE SEKOLAH

 Sediakan makanan percuma supaya pelajar yang tidak berkemampuan tidak berkelaparan semasa
berada di sekolah

 Banyakan aktiviti sukan semasa mengajar kerana pelajar lebih suka bermain dari belajar

 Kurangkan aktiviti rumah supaya pelajar tidak terbeban

 Bagi anugerah kepada pelajar yang tidak pernah ponteng


BAB 8
TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA
1. ZAMAN JAHILIAH

 LATAR BELAKANG

 Tinggal di Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi

padang pasir

 Utara (Syam), selatan (Laut Arab), timur (Teluk Parsi)

dan barat (Laut Merah)

 Terdapat wilayah Hijaz, Najd, Yaman, Hadramaut

dan Oman

 Di bahagian tengah (Hijaz), terdapat tiga ibu kota yang

penting  Makkah, Madinah & Taif

 Kedudukannya yang strategik

 berkembang sebagai pusat perdagangan dan pertanian

 300 M, Empangan Maarib runtuh (MULA ZMN JHIL)

 berlaku kemerosotan ekonomi di kalangan

masyarakat

 Kehidupan sosial yang lemah

 menyebabkan mereka tidak mewarisi ilmu dari

zaman sebelumnya

 Oleh itu, mereka tidak mampu membina semula

Empangan Maarib

 Masyarakat mengalami zaman kegelapan yang dikenali

“Zaman Jahiliah”
 Jahiliah berasal daripada perkataan Arab, jahala

bermaksud jahil
 Mereka tidak mempunyai nabi & kitab suci sebagai

petunjuk
 Mereka juga menolak undang2 & nilai2 Islam

semasa ia mula diperkenalkan oleh Nabi Muhammad

 CIRI-CIRI ZAMAN JAHILIAH : EKONOMI / POLITIK / SOSIAL

a. Politik
 Hidup dalam kumpulan kabilah  Kaum Hadhari dan Badwi

 Kaum Hadhari tinggal di kota  Menjalankan perniagaan & penternakan


 Kaum Badwi hidup secara nomad  Memelihara binatang ternakan
 Mereka mengamalkan sistem kabilah  Diketuai oleh Syeikh kabilah
 Syeikh mestilah disukai ahli kabilah, matang, berani, pandai berpidato dan
sanggup mempertahankan puaknya
 Mereka bersatu berdasarkan keturunan  Dikenali semangat assabiyah
 Mereka bermegah dengan kabilah mereka  Sering berperang untuk merebut kuasa,
pengaruh dan harta
 Di Makkah, kaum Quraisy mentadbir dan memajukan perdagangan
 Pernah diancam musuh seperti Raja Abrahah, dari Habsyah ingin menghancurkan Kaabah
 Pentadbiran Makkah diuruskan oleh badan (jabatan)  Mentadbir beberapa bidang
 Dengan tugas tertentu seperti “Darun-Nadwah”
b. Ekonomi
 Tanah Arab mempunyai tanah yang kurang subur untuk pertanian. Namun pertanian masih

dijalankan

 Gandum & kopi yang ditanam di Yaman amat bergantung dengan air hujan

 Sekoi dan padi ditanam di Oman

 Kemenyan merupakan tanaman berharga di Hadramaut & Mahra

 Orang Badwi menternak secara nomad  Menternak unta, kambing & biri-biri

 Berpindah randah mencari air & rumput Untuk ternakan mereka

 Terdapat juga orang Badwi yang mengamal sistem tukar barang

 Menukarkan binatang ternakan dan hasil ternakan dengan barangan keperluan seperti

pakaian & kurma

 Masyarakat Hadhari, ada yang keluar berdagang secara kafilah

 Masyarakat Yaman, memasarkan hasil dagangan dari Hadramaut ke India.

 Juga pasarkan hingga Syam dan Mesir


 Sejak abad ke-6 M, masyarakat Hijaz menjadikan Makkah sebagai pusat perdagangan yang
baharu  Penduduk Hijaz membeli barang dari Yaman & Habsyah Dan menjualnya di Syam & Mesir
 Laluan Sutera yang menghubungkan Arab dengan China, India dan Asia merupakan jalan
perdagangan yang penting

 Perniagaan masyarakat Arab Jahiliah mementingkan keuntungan, sistem riba & penipuan
timbangan

 KAFILAH = Rombongan pengembara @ pedagang yg membawa barang dagangan merentasi


padang pasir
c. Sosial
i. Agama Dan Kepercayaan
 Wathani  Menyembah berhala spt al-Latta, al-Uzza & Hubal

 Terdapat 360 berhala di sekeliling Kaabah

 Majusi  Menyembah api  Berasal dari Parsi

 Kebanyakan penganut tinggal di Yaman, Oman & Bahrain kerana dipengaruhi oleh Parsi

 Yahudi  Dianuti oleh Bani Israel yg tinggal di utara Tanah Arab

 Nasrani  Dianuti oleh Bani Israel

 Agama ini berkembang di utara Semenanjung Tanah Arab melalui penduduk Ghassan & Hirah

 Animisme  Percaya kepada roh dan kuasa ghaib

 Hunafa  Masa ini juga terdapat penganut yang mengamal ajaran yg dibawa oleh Nabi Ibrahim

ii. Adat Dan Kehidupan Seharian


 Menilik nasib untuk meramal masa depan

 Sebelum keluar atau buat sesuatu perkara, mereka akan memerhatikan keadaan sekeliling

 Bagi menentukan nasib yg akan menimpa baik @ buruk

 Mereka mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat

 Memandang rendah kedudukan wanita dan memberi penghormatan lebih kepada anak lelaki

 Hidup dalam kemaksiatan  Seperti berjudi, berzina, minum arak & bersifat angkuh

 Hamba dipandang hina  Status terendah dalam kalangan masyarakat

 Sikap baik dikalangan masyarakat Arab  Sering memuliakan tetamu

 Menepati janji  Menghormati tuan rumah  Menjaga kehormatan diri

 Sanggup menghadapi kesukaran dengan kegigihan


 Sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk tetamu, golongan miskin & lemah

 Cth: Mereka memasang api di tempat tinggi untuk membantu pengembara yang sesat

: Apabila seseorang meminta bantuan dari sesuatu kaum, maka menjadi tanggungjawab kaum
tersebut melindunginya

 Ada yang pandai bersyair, bersajak dan berpidato

 Karya yang bermutu, akan dibaca dalam temasya-temasya tahunan di Pasar Ukaz &

digantung di Kaabah

 KESAN AMALAN JAHILIAH / LANGKAH MENGATASI

KESAN :  Kehidupan menjadi kucar kacir dengan amalan jahiliah seperti mencuri dan merompak. Ia
boleh diatasi dengan cara mengadakan kempen kesedaran supaya rakyat akan sedar tentang kesan
amalan jahiliah dan seterusnya akan mengelakan diri terlibat kedalam amalan tersebut

 Ekonomi tidak akan berkembang kerana amalan ekonomi yang berasaskan jahiliah seperti riba,
penipuan dalam sukatan dan timbangan. Ia boleh diatasi dengan cara mengadakan kursus kepada para
peniaga dan pengusaha supaya mereka sedar tentang kepentingan ekonomi berasaskan islam dan
seterusnya akan mengamalkannya.

2. NABI MUHAMMAD

 RIWAYAT HIDUP

 lahir pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah (20 April 570 M)

 Daripada keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy

 Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib

 Ibunya bernama Aminah binti Wahab

 Bapanya meninggal semasa Nabi masih di dalam kandungan ibunya

 Ibunya, Aminah meninggal ketika Nabi berumur 6 tahun

 Nabi dipelihara oleh datuknya, Abdul Muttalib

 Ketika 8 tahun, datuknya meninggal

 Baginda dipelihara bapa saudaranya, Abu Talib

 Baginda pernah berniaga hingga ke Syam & sekitar kota Makkah

 Pernah menjalanakan perniagaan Siti Khadijah

 Sifat amanah, budi pekerti yang baik semasa berurus niaga telah menimbulkan rasa hormat

Khadijah terhadap baginda

 Akhirnya Khadijah berkahwin dengan baginda


 STRATEGI PENYEBARAN ISLAM

i. Secara Rahsia:  Selama 3 tahun

 Yg awal menerima Islam = Siti Khadijah, Ali b Abi Talib, Zaid b Harithah & Abu Bakar al-Siddiq

 Juga disebarkan melalui sahabat & melalui dakwah di Rumah al-Arqam b Abi al-Arqam

ii. Secara Terang-terangan:  Selama 10 tahun

 Dimulakan dengan kaum keluarga melalui pertemuan di Bukit Safa

 Ditentang oleh Abu Lahab (Bapa saudara)

 Nabi tabah menghadapi penentangan dari masyarakat Quraisy

 SIFAT NABI YANG BOLEH DICONTOHI

 Siddiq (benar)  Amanah  Tabliqh (Menyampaikan ajaran Islam)  Fatanah (Bijaksana)

(SIFAT LAIN YANG BERSESUAIAN JUGA BOLEH DITERIMA) SPT: TIDAK PUTUS ASAS

 FAKTOR ISLAM MUDAH DITERIMA / FAKTOR KEJAYAAN MENYEBARKAN ISLAM

1. Kesyumulan (KEISTIMEWAAN) Islam

 Menekankan keseimbangan rohani & jasmani untuk membentuk masyarakat yg maju

 Islam tdk menolak kemajuan di dunia (perbendaharaan & pembangunan) disamping menekankan
akhlak yg baik

2. Prinsip Keterbukaan & toleransi membolehkan Islam diterima umum

3. Prinsip Kesaksamaan & Keadilan

 Walaupun wujud pelbagai bangsa & Bahasa, namun berjaya membentuk ummah yang bersaudara

4. Dakwah dijalankan secara bijak & berdiplomasi

5. Hubungan diplomatik antara kerajaan Islam dengan negara lain spt Eropah menarik minak mereka
mengikuti perkembangn Islam

6. Perdagangan

 Kegiatan perdagangan mengeratkan hubungan antara pedagang Arab dengan negara luar seperti
Asia & Afrika dan ia membantu utk sebarkan Islam

7. Pembukaan wilayah baharu

 Berlaku sejak kerajaan Khulafa al-Rasyidin

 Islam dapat sebarkan spt Iraq, Syam & Mesir

Anda mungkin juga menyukai