Anda di halaman 1dari 22

ZAMAN AIR BATU vs ZAMAN KONKRIT BATU: IMPAK DAN JALAN

PENYELESAIAN

PENGHARGAAN

Alhamdulliah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat

saya menyiapkan folio Sejarah ini dengan sempurna. Sekalung penghargaan ditujukan

buat semua pihak yang membantu memberi maklumat dan kerjasama dalam

penghasilan folio ini.

Banyak maklumat berguna yang saya perolehi menerusi kajian ini. Pengalaman

menjalankan kajian ini merupakan suatu proses yang tidak ternilai bagi saya terutama

ketika mengumpul data dan maklumat kajian kerana segala proses yang dihadapi amat

menyeronokkan walaupun mencabar.

Sekalung budi khas buat guru mata pelajaran Sejarah………….atas penerangan

berkaitan kaedah menjalankan kajian Sejarah. Jutaan terima kasih yang tidak

terhingga buat ibu Masadliahani Masduki dan ayah Ishamudin Jimat yang memberi

banyak dorongan, cadangan, tunjuk ajar, galakan dan nasihat sepanjang proses

menjalankan kajian ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan sekelas yang banyak

memberi pandangan dan berkongsi ilmu.


1.0 PERNYATAAN MASALAH

Zaman IR 4.0 mengubah cara kehidupan manusia. Dunia semakin maju dengan

teknologi-teknologi menjadi semakin canggih sehingga memudahkan cara manusia

bekerja. Hutan-hutan banyak dimusnahkan demi mencapai pembangunan yang

diidamkan. Kenderaan-kenderaan mewah dicipta tanpa mengambil kira kepentingan

alam sekitar. Kilang-kilang melepaskan sisa tosik dan asap beracun demi mencapai

keuntungan maksima. Akibatnya, zaman air batu yang nyaman digantikan dengan

‘Zaman Konkrit Batu’ yang semakin panas dengan pelbagai kerosakan alam sekitar

dan ketidakseimbangan ekosistem. Jika tiada tindakan diambil bagi mengatasi

masalah ini, suhu dunia akan terus meningkat dan lautan akan semakin lama semakin

menutupi bumi, merampas tempat tinggal manusia dan haiwan. Justeru, kajian

mengenai zaman air batu perlu dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada manusia

tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan Zaman Air Batu. Objektif kajian ini

ialah:

i. Menghuraikan ciri-ciri Zaman Air Batu


ii. Menjelaskan perubahan Zaman Air Batu Akhir
iii. Menerangkan kesan perubahan Zaman Air Batu Akhir di Asia Tenggara
iv. Menyatakan tiga cadangan cara memelihara alam sekitar
3.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu;

i. Melayari internet

Internet merupakan sumber untuk mendapatkan maklumat dengan pantas

pada masa ini. Maka, saya telah melayari beberapa laman web yang boleh

dipercayai daripada internet untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang

tepat dan terperinci kerana maklumat yang didapati daripada kaedah

pemerhatian adalah terbatas.

ii. Rujukan Buku Ilmiah

Pelbagai buku ilmiah berkaitan Sejarah dijadikan bahan rujukan bagi kajian

ini bagi memastikan fakta yang diperolehi tepat.

4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

4.1 Zaman Air Batu

Zaman air batu dianggarkan bermula antara 2.6 juta hingga 3.5

juta tahun dahulu. Zaman air batu adalah tempoh di mana suhu

iklim bumi turun menyebabkan peningkatan jumlah pembentukan

air batu di kutub dan glasier gunung.

4.1.2 Ciri-ciri Zaman Air Batu


Zaman air batu ialah zaman ketika air batu menutupi permukaan

bumi. Pada zaman air batu, iklim dunia terlalu sejuk

sehingga air sungai dan laut surut dan kawasan darat lebih

luas daripada kawasan laut dan sungai.

Tidak lama kemudian, berlaku pergerakan glasier yang

pertama sehingga menyebabkan wujudnya daratan dan

lautan. Apabila suhu bumi semakin meningkat, berlaku pula

pergerakan glasier kali kedua. Akibat pergerakan glasier kali

kedua ini, maka terbentuklah tujuh lautan dan tujuh benua

(KPM, 2016).

Tujuh lautan ialah:

i. Lautan Pasifik Utara


ii. Lautan Pasifik Selatan
iii. Lautan Atlantik Utara
iv. Lautan Atlantik Selatan
v. Lautan Hindi
vi. Lautan Artik
vii. Lautan Antartika

Tujuh benua ialah:

i. Amerika Utara
ii. Amerika Selatan
iii. Eropah
iv. Afrika
v. Asia
vi. Oceania (Australia, New Zealand dan sekitarnya)
vii. Antartika

Terdapat empat tahap zaman air batu iaitu Zaman Miosen, Zaman Pliosen,
Zaman Pleistoisen dan Zaman Holosen.
i. Zaman Miosen
Zaman Miosen merupakan zaman geologi pertama yang berkembang
dari sekitar 23.03 hingga 5.333 juta tahun lalu. Ketika itu, padang
rumput terus berkembang dan hutan semakin berkurangan. Mamalia
dan burung membiak dengan baik. Paus, anjing laut dan penyebaran
rumput laut berlaku.

ii. Zaman Pliosen


Waktu geologi yang berlangsung 5,332 hingga 1806 juta tahun yang
lalu. Berlaku penyejukan global pada zaman ini yang menyumbang
kepada penyebaran besar padang rumput dan savanna. Jambatan darat
Panama antara Amerika Utara dan Amerika Selatan terbentuk dan
mendorong penghijrahan tumbuhan dan haiwan ke habitat baharu.

iii. Zaman Pleistoisen


Berlaku pada 2.588 juta hingga 12,000 tahun S.M yang meliputi
zaman pengglasieran berulang-ulang. Ketika itu, manusia sudah tahu
cara membuat api dan banyak binatang wujud ketika itu masih kekal
sehingga kini. Manusia telah sampai ke Australia melalui jalan darat
dari asia tenggara (pentas Sunda) sekitar 50 000 tahun dahulu.

iv. Zaman Holosen


Bermula kira-kira 11700 tahu yang lalu. Zaman ketamadunan mula
wujud. Manusia ketika itu telah mengetahui cara mendapatkan
makanan melalui aktiviti pertanian. Ketamadunan manusia terus
berkembang dari sudut keagamaan, pendidikan, pentadbiran dan
undang-undang.

4.1.3 Ringkasan ciri-ciri Zaman Air Batu:


i. cuaca terlalu sejuk
ii. sungai dilitupi air batu

iii. kawasan darat lebih luas

4.2 Zaman Air Batu Akhir

Zaman Air Batu Akhir digelar Zaman Holosen. Pada zaman tersebut, terbentuk
tasik-tasik air tawar. Manusia berhijrah dari Benua Afrika ke Benua Eropah dan
Benua Asia. Bumi mengalami cuaca panas bermula 8,500 tahun dahulu. Suhu
dunia meningkat dan menyebabkan berlaku kecairan air batu. Proses ini
dinamakan pengglasieran yang memberikan kesan besar terhadap rupa bentuk
fizikal bumi. Kecairan air batu menyebabkan paras air laut dunia meningkat.
Kesannya bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi mulai terbentuk seperti tasik dan
pulau. Pembentukan tasik dan pulau telah memisahkan haiwan dan tumbuhan di
kawasan yang berbeza. Maka berakhirlah Zaman Air Batu Akhir.

Perubahan cuaca yang tidak lagi sejuk memberikan kesan terhadap aktiviti
manusia. Manusia mula menjalankan aktiviti pertanian dan pengeluaran bahan
makanan. Perkembangan perindustrian, aktiviti pembakaran terbuka, penebangan
pokok dan pembakaran minyak daripada enjin kenderaan telah meningkatkan
suhu dunia.

4.2.1 Perubahan Zaman Air Batu Akhir


Zaman Air Batu Akhir mempunyai ciri-ciri khusus yang dapat
membezakannya dengan zaman-zaman lain. Ciri-ciri ini dapat dilihat seperti
yang berikut:

Ciri Fizikal Bumi


Permukaan air laut yang membeku menyebabkan sebahagian besar bumi
dilitupi salji.

Aras Laut
Permukaan air laut membeku. Paras air laut rendah. Pulau-pulau bersambung
dengan tanah besar dan memudahkan manusia serta binatang bermigrasi.

Kehidupan Manusia
Terdapat manusia yang tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk. Mereka
hidup secara nomad dan memburu binatang.

Binatang
Binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda, dan singa tinggal di kawasan
tanah pamah yang sejuk.

Tumbuhan
Tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar.

Suhu
Suhu dunia terlalu sejuk. Dunia dipenuhi oleh salji terutamanya di kawasan
kutub dan benua Eropah.

Suhu merupakan ciri penting Zaman Air Batu Akhir. Walaupun benua di
utara dan benua di selatan masih lagi sejuk, namun di benua Asia, suhu
mulai panas. Keadaan ini membolehkan manusia berhijrah ke benua Asia
yang sebelum ini bersuhu sejuk. Selain itu, bentuk muka bumi juga
mengalami perubahan. Kecairan air batu menyebabkan kawasan tanah
rendah ditenggelami oleh air dan membentuk tasik. Kecairan air batu
menyebabkan paras air laut meningkat seperti pada hari ini.
4.3 Kesan Perubahan Zaman Air Batu Akhir di Asia Tenggara

Sebelum 10,000 tahun dahulu, Asia Tenggara merupakan kawasan tanah yang luas
terbentang, yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan. Gugusan
tanah dikenali sebagai Pentas Sunda. Pentas Sunda tenggelam apabila paras air laut
meningkat kerana pencairan air batu. Kini, tanah tinggi dikeliling Pentas Sunda
dikenali sebagai Kepulauan Melayu. Perkembangan yang berlaku pada Zaman Air
Batu Akhir memberikan kesan yang sama di Asia Tenggara.
Dua kesan penting ialah:

i. kenaikan paras air laut di Pentas Sunda


ii. pergerakan manusia di sekitarnya.

Perubahan paras air laut yang aktif berlaku pada 17,000 hingga 20,000
tahun dahulu. Sejak tempoh tersebut, aras laut telah naik antara 100 hingga 120
meter. Ketika itu, Pentas Sunda merupakan daratan yang mempunyai kawasan
tanah rendah di antara pulau-pulau yang wujud pada hari ini. Kepulauan Sumatera,
Jawa dan Borneo berada di atas Pentas Sunda.

Kawasan yang dihubungkan melalui daratan seluas lebih 3.2 juta kilometer persegi
yang menyatukan Burma (Myanmar), Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam,
Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Singapura. Keadaan ini menyebabkan
negara-negara di Asia Tenggara mempunyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang
hampir sama. Manusia yang tinggal di rantau Asia Tenggara khususnya di kawasan
Pentas Sunda berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul
keturunan, bahasa, budaya dan masyarakat.

Kecairan air batu pada peringkat akhir Zaman Holosen menyebabkan terjadinya
sungai dan tasik di Asia Tenggara. Sungai yang terbentuk telah mengalirkan air ke
dalam tasik dan ke laut. Antara sungai terbesar termasuklah Sungai Sunda Utara.
Aliran sungai yang mengalir telah menenggelamkan kawasan tanah rendah di
sepanjang tepi pantai. Perkembangan ini mempengaruhi pembentukan Selat
Melaka, Teluk Siam dan Laut Jawa.

Perubahan yang berlaku di kawasan Asia Tenggara pada Zaman Air Batu Akhir
khususnya peringkat akhir Zaman Holosen memberikan kesan kepada bentuk
fizikal dan hidupan di kawasan ini. Kawasan Asia Tenggara telah dihuni oleh
kumpulan mamalia bersaiz sederhana dan besar. Asia Tenggara merupakan
kawasan tumpuan mamalia kerana kawasan ini didiami oleh sebanyak 13 peratus
mamalia dunia. Walau bagaimanapun, beberapa binatang seperti stegodon (gajah)
dan pachycrocuta (hyena atau dubuk) bersaiz besar telah pupus.

4.4 Cadangan Memelihara Alam Sekitar

Peningkatan suhu dunia boleh menyebabkan kenaikan paras air laut. Kenaikan
paras air laut lambat laun akan menyebabkan daratan ditenggelami air dan
memusnahkan tempat tinggal manusia dan haiwan. Maka, langkah memelihara
alam sekitar perlu diambil bagi mengurangkan peningkatan suhu dunia (Ngah,
2017). Antara cadangan pemeliharaan alam sekitar ialah:

4.4.1 Mengurangkan pelepasan gas karbon, metana dan kloroflorokarbon (CFC)

i. Menggunakan kenderan elektrik/ berkongsi kereta


Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan akan membebaskan gas
beracun seperti karbon monoksida dan karbon dioksida ke udara. Ini
akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan seterusnya
mengakibatkan penipisan lapisan ozon.
Penggunaan kenderaan elektrik di negara-negara maju dapat
menghindar pelepasan gas beracun sementara negara-negara
membangun perlu menggalakkan rakyat berkongsi kenderaan bagi
mengawal kemasukan gas karbon ke udara.
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan
plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.

ii. Memasang penapis asap

Kilang atau industri hendaklah memasang penapis di cerobong asap.


ini dapat mengurangkan pembebasan gas merbahaya ke udara.
seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya hujan asid yang
boleh menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan dan bangunan
seperti melunturkan warna bangunan, pokok mati dan batuk.

4.4.2 Menghijaukan kawasan

Pokok yang telah ditebang perlukan digantikan dengan pokok yang cepat
matang. Keadaan ini dapat mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan
dapat mengelakkan daripada berlaku bencana alam seperti banjir lumpur
dan tanah runtuh.
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman
perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu,
kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan
meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya

4.4.3 Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk


di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka
menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang
terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar,
majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh
diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

                                                        
RUJUKAN

Buku
KPM. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Menengah: Buku Teks Sejarah Tingkatan
1 (Cetakan Pe). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal
Ismail, A. I., Ahmad, S., Hashim, N. M., & Jani, Y. M. (2017). Kesan penyahhutanan ke atas
pola suhu dan kelembapan bandingan di Cameron Highlands, Malaysia: Satu analisis
awal (The impact of deforestation on the patterns of temperature and relative humidity
in Cameron Highlands, Malaysia: A preliminary analysis). Geografia-Malaysian
Journal of Society and Space, 7(3).

Internet
Laman Web Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia. Retrieved from
http://www.met.gov.my/pendidikan/iklim/perubahaniklim

Surat Khabar Digital


Ngah, N. (2017). Pemanasan global kini tahap kritikal. BH Online. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/node/238852
Sabtu, 12 Oktober 2019 - 10:44AM

 Berita

 Sukan

 Dunia

 Hiburan

 Bisnes

 Rencana

 Wanita

 Hujung Minggu

 BH Kapsul

 Log Masuk

BHplus
Selasa, 24 Januari 2017 | 12:09am
Pemanasan global kini tahap kritikal

Oleh Nazura Ngah


nazura_ngah@bh.com.my
Kuala Lumpur: Keadaan cuaca tidak menentu yang menyaksikan kawasan tidak pernah
dilanda banjir mengalami banjir besar dan masalah kemarau panjang adalah antara kesan
daripada pemanasan global yang membawa perubahan atau gangguan terhadap kitaran iklim,
habitat dan ekosistem.

Pemanasan global adalah fenomena pemerangkapan gas dikenali sebagai gas rumah hijau
membabitkan kumpulan gas (karbon dioksida (CO2), karbon monoksida (CO),
kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida) menghalang dan memerangkap haba bumi
daripada terbebas keluar ke angkasa.

Kumpulan gas itu membenarkan bahang matahari menembusinya tetapi menghalang


pembebasan semula bahang bumi ke atmosfera.

Menurut Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),


Prof Dr Fredolin Tangang, trend pemanasan yang menyaksikan 2016 diisytiharkan sebagai
tahun ketiga berturut-turut suhu kekal meningkat berterusan sejak 2001 yang mana 16 tahun
daripada 17 tahun terpanas berlaku pada tempoh berkenaan.

Beliau yang juga bekas Naib Pengerusi Kumpulan Kerja I, Panel Perubahan Iklim Antara
Kerajaan (IPCC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, laporan IPCC kelima 5
yang diterbitkan pada 2013 menyatakan tiga dekad sebelum ini adalah dekad terpanas secara
berturutan sejak 1850.
Katanya, semua itu disebabkan oleh pemanasan global akibat peningkatan kepekatan gas
rumah hijau, terutama CO2 yang mencecah paras 400 ppm, satu paras yang tidak pernah
berlaku dalam sejarah bumi sejak hampir sejuta tahun lalu.

"Peningkatan kepekatan CO2 akan memerangkap haba dalam sistem iklim bumi dan sejak
tiga dekad lalu laporan IPCC juga mendapati sistem iklim bumi berada tidak seimbang, iaitu
menerima lebih haba daripada matahari berbanding haba yang keluar daripada sistem
berkenaan.

"Saya menjangkakan trend peningkatan suhu ini akan berlaku pada tahun berikutnya selari
peningkatan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera seperti yang dilaporkan dalam laporan
IPCC," katanya kepada BH.

Sementara itu, Felo Penyelidik Utama, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara UKM
(SEADPRI-UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata kenaikan suhu dunia
disebabkan kegiatan manusia, terutama perindustrian yang membebaskan gas rumah hijau.

Katanya, tiga tahun berturut-turut menjadi tahun paling panas adalah amaran keras kepada
manusia dan kini sudah sampai ke tahap kritikal.

Beliau berkata, pencairan glasier, paras laut semakin meningkat dan cuaca ekstrem juga
petanda kesan perubahan iklim sudah sampai tahap tidak boleh dikawal.

"Masyarakat masih belum memahami dan menghayati betapa serius fenomena perubahan
iklim. Oleh itu pendidikan awam yang lebih berkesan perlu dipertingkatkan.

"Dasar berkaitan perubahan iklim perlu diarusperdanakan dalam semua sektor pembangunan
dan perlu ada tindakan bersifat holistik, membabitkan semua sektor untuk berhadapan dengan
fenomena baharu ini," katanya.
Fakta: Pemanasan global membawa tiga impak:
- Perubahan iklim
- Peningkatan paras laut
- Peningkatan suhu

Langkah mengurangkan kesan akibat pemanasan global

 Kurangkan kebergantungan penggunaan kereta dan kenderaan persendirian


 Amalkan aktiviti kitar semula
 Projek landskap dalam taman
 Hentikan penebangan hutan secara tidak terkawal
 Kurangkan penggunaan tenaga elektrik, digantikan dengan tenaga diperbaharui
 Giatkan aktiviti penanaman pokok.
Punca berlaku pemanasan global

1. aktiviti manusia
- perindustrian
- pengangkutan
- pembakaran hutan
- pertanian dan penternakan

2. faktor semula jadi


- letusan gunung berapi
Kesan akibat pemanasan global

 tanah menjadi tandus menyebabkan hasil pertanian berkurangan


 kadar hujan berkurangan kerana kemarau menyebabkan proses sejatan tidak
mempunyai wap air untuk membentuk awan tebal
 peningkatan paras laut
 ancaman hidupan laut
 perubahan habitat
 gangguan cuaca
 penyebaran penyakit.

Proses menyebabkan pemanasan global


- jerebu
- penipisan lapisan ozon
- kesan rumah hijau
- pulau haba bandar
- hujan asid
- kemarau
 2016 diisytihar NASA, NOAA dan UK Met Office sebagai tahun terpanas mengatasi
2015
 Kesan El Nino menyumbang satu pertiga daripada peningkatan suhu 2016

 0.87 ° Celsius - purata peningkatan suhu global


 Suhu dunia naik pada kadar membimbangkan sejak 1970-an
 81.1 milimeter (mm) - paras laut pada September 2016
 Antartika kehilangan 134 gigatan (gigatonnes) ais setahun sejak 2002
 Greenlad kehilangan 287 gigatan (gigatonnes) ais setahun sejak 2002
 Pelepasan karbon dioksida (CO2) pada Disember 2016 pada kadar 405.25 ppm
 Amerika Syarikat ramal suhu bumi akan meningkat sebanyak 45° Celsius menjelang
2030
 Proses mengurangkan kepekatan gas CO2 boleh makan masa antara 200 hingga 300
tahun
 Paras laut seluruh dunia meningkat sekitar 14 sentimeter (cm) dalam tempoh 10 tahun
terakhir
 Pemanasan global beri kesan negatif kepada nisbah jantina spesies amfibia dan
reptilia
 Jika suhu terlalu panas, populasi spesies amfibia dan reptilia betina lebih banyak
berbanding jantan
 Kajian panel antara kerajaan mengenai perubahan iklim (IPCC) mendapati 98 peratus
penyebab kenaikan suhu bumi disebabkan pembebasan gas CO2
 Industri pengangkutan dan perkilangan menjadi penyumbang peningkatan suhu bumi
apabila bahan api fosil digunakan sebagai sumber tenaga
 Bahan api fosil mempunyai kandungan karbon sangat tinggi selain pecahan seperti
metana dan antrasit
 Peningkatan suhu dunia secara mendadak bermula sejak zaman revolusi perindustrian
apabila manusia guna bahan api fosil secara meluas
 Aktiviti pembalakan menyebabkan kehilangan pelbagai spesies pokok
 Proses fotosintesis oleh tumbuhan hijau berfungsi sebagai penyerap CO2, bebaskan
gas oksigen.
Perubahan Iklim & Kesan Rumah Hijau

Perubahan iklim merujuk kepada perubahan signifikan statistik dalam purata keadaan
iklim ataupun kepelbagaiannya, untuk jangkamasa yang panjang (biasanya dekad atau
lebih). Perubahan iklim berlaku mungkin kerana proses semulajadi dalaman bumi,
pendorong luaran, ataupun perubahan antropogenik terus menerus dalam komposisi
atmosfera dan penggunaan tanah. Perubahan Iklim ditakrif sebagai: "perubahan iklim
yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti manusia yang
mengubah komposisi atmosfera global dan merupakan tambahan terhadap kepelbagaian
iklim semulajadi untuk tempoh masa yang dapat dibandingkan".

Penemuan oleh dua orang saintis lebih dari 100 tahun yang lalu menunjukkan bahawa
karbon dioksida meningkat di atmosfera memanaskan keseluruhan planet. Saintis
berkenaan ialah penyelidik Perancis, Jean Baptiste Fourier dan saintis Sweeden Svante
Arrhenius. Penemuan mereka kemudiannya dikenali sebagai kesan rumah hijau yang
merangkumi faktor semulajadi dan kegiatan manusia yang menyumbang kepada
penambahan karbon dioksida dalam udara.

Tanpa gas-gas dari kesan rumah hijau ,termasuk karbon dioksida, metana, nitrus oksida,
dan wap air, bumi akan terlalu sejuk untuk didiami. Gas-gas ini yang terdapat di
atmosfera bumi menyerap dan membebaskan tenaga haba, menghasilkan kesan rumah
hijau yang membuatkan suhu planet kita sesuai untuk didiami. Wap air adalah gas rumah
hijau yang paling banyak terdapat di planet ini, merangkumi sekitar 60% dari
keseluruhan gas-gas yang ada. Bahkan ozon membantu menapis sejumlah haba yang
membantu kehidupan di bumi.

Sejak revolusi industri, manusia telah membakar sejumlah besar arang batu, petroleum,
dan bahan bakar fosil lain untuk menghasilkan haba dan elektrik. Aktiviti ini
membebaskan karbon dioksida, gas rumah hijau yang paling banyak dihasilkan manusia,
ke atmosfera. Akibat daripada ini, lebih banyak haba yang sepatutnya terbebas ke
angkasa terperangkap dalam atmosfera.

Anda mungkin juga menyukai