Anda di halaman 1dari 26

Bab 4: Mengenali Tamadun

Pencapaian tertinggi masyarakat dalam


pelbagai bidang yang didorong oleh daya
kreatif dan inovasi.
MAKSUD TAMADUN
Bahasa Huraian
Yunani 1. Civitas = bandar / kota
2. Tahap kemajuan dicapai dalam bidang kebudayaan,
sains, industri dan sistem kerajaan.
Inggeris 1. Civilisation = tahap pembangunan manusia dan
organisasi yang paling maju merangkumi
pengetahuan, seni, kepercayaan, moral, undang –
undang, adat dan kebolehan.

Arab 1. Mudun, madain, madana = tinggi budi bahasa dan


pembukaan bandar
2. Hadharah = kawasan, daerah, kota, bandar, kampung,
dan kawasan yang digunakan untuk bercucuk tanam.
3. Hadari = tanah / rumah yang didiami oleh masyarakat,
tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan.
Bahasa Melayu
• Tamadun bermaksud:
– Suatu peradaban yang merujuk kepada
pencapaian kemajuan masyarakat dari segi
kebendaan dan perkembangan pemikiran meliputi
bidang sosial, politik, dan budaya yang tinggi.
– Kemajuan kebendaan bermaksud pencapaian
dalam seni bina (bangunan dan empangan),
sistem ekonomi (percukaian dan kewangan), dan
hasil cipta (membuat kertas, lukisan, dan ukiran).
– Kemajuan dan kemodenan kehidupan manusia
yang teratur dalam masyarakat.
Konsep Tamadun
• Sudut pandangan Islam:
– Dibina atas kerangka islam sebagai al – Din (cara
hidup)
– Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah
– Berasaskan nilai dalam pendidikan seperti yang
disarankan dalam al – Quran, hadis dan ajaran
Nabi Muhammas SAW
Ibn Khaldun
• Hasil karyanya, Muqqadimah
memperkenalkan konsep umran dan
hadharah.
• Hadharah meliputi aspek akidah, syarak,
akhlak, falsafah, kebudayaan, dan peradaban.
• Madaniyyah merujuk kepada aspek
kebendaan dalam kehidupan dan bersifat
umum kepada semua manusia.
Syed Muhammad Naquib Al - Attas
• Tamadun = keadaan insan bermasyarakat
yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakatnya.
Tamadun (Pandangan Barat)
• Menggunakan istilah civilisation
• Menggambarkan tahap sesuatu masyarakat
atau budaya yang kompleks.
• Diukur melalui pencapaian ilmu dan teknologi,
ekonomi, struktur politik, kemasyarakatan,
dan penempatan di bandar.
• Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
dalam bidang kebudayaan seperti kesenian,
penulisan, undang – undang dan
perbandaran.
Arnold J. Toynbee
• Tamadun = suatu sistem masyarakat yang
memperkasakan sistem politik, ekonomi,
sosial, kesenian dan kebudayaan.
• Karya: A study of History
CIRI – CIRI TAMADUN AWAL DUNIA
Ciri – ciri
• Sistem pemerintahan
• Pembentukan bandar
• Teknologi
• Pengkhususan pekerjaan
• Kesenian dan kesusasteraan
• Organisasi sosial
• Pertanian & perdagangan
• Agama dan kepercayaan
• Tulisan dan penyimpanan rekod.
Pertanian dan Perdagangan
• Kegiatan pertanian dalam tamadun awal telah
meningkatkan kehidupan masyarakat.
Perkembangan kegiatan pertanian:
– Pembinaan saliran
– Pengenalan kincir air
– Penciptaan pelbagai peralatan
– Pembinaan teres di tanah tinggi
Kegiatan Perdagangan
• Perdagangan Tempatan
– Masyarakat kota mendapatkan makanan dan hasil
pertanian dengan menukarnya dengan hasil kraf
tangan dan perkhidmatan termasuk kegiatan
keagamaan.
• Perdagangan Jarak Jauh
– Masyarakat daripada tamadun lain bertukar
barangan dengan penduduk tempatan yang
mempunyai bahan mentah seperti logam besi dan
emas.
Pembentukan Bandar
kampung
Pertambahan penduduk, kampung
berkembang, dan disatukan
membentuk bandar

Bandar menjadi pusat pentadbiran,


ekonomi, dan kebudayaan.

Bandar pertama dibina pada tahun 4000 SM


Ciri – ciri Bandar
• Susun atur bangunan dan kediaman
sistematik.
• Rumah mempunyai perigi, tandas dan bilik
mandi.
• Pembinaan sistem perparitan dan
pembentungan.
• Terdapat kemudahan seperti pasar, rumah
ibadat dan kawasan perumahan.
• Pembinaan kota atau tembok untuk mengelak
serangan luar dan menjadi sempadan.
Bandar – bandar utama
• Ur & Uruk di sungai Tigris dan Euphrates
• Memphis di Sungai Nil
• Mohenjo – Daro di Sungai Indus
• Anyang di Sungai Huang He
Sistem Pemerintahan
• Kesan daripada pembentukan bandar, kerajaan
telah dibentuk untuk menguruskn pemerintahan
di negara kota.
• Pada peringkat awal, pendeta mengetuai
pemerintahan dan kemudiannya diganti oleh
raja.
• Raja yang memerintah negara kota akan dibantu
oleh golongan bangsawan dan pendeta.
• Sistem undang – undang dibentuk untuk
melicinkan dan melancarkan pentadbiran negara.
Pengkhususan Pekerjaan
• Kesan pembentukan dan perkembangan
bandar:
– Meningkatkan jumlah penduduk.
– Mewujudkan pengkhususan pekerjaan.
– Menawarkan banyak peluang pekerjaan.
• Antara pekerjaan yang wujud dalam tamadun
awal ialah pengutip cukai, jurutera, tentera,
petani, dan pentadbir.
• Artisan melakukan kerja mengukir, menempa
besi dan membuat tembikar.
• Golongan pedagang akan bertukar barang
dengan hasil yang dikeluarkan oleh artisan.
Organisasi Sosial
• Kemunculan golongan pekerja dalam tamadun
Mesir Purba telah membentuk kelas sosial
• Kelas sosial dibentuk berasaskan jenis
pekerjaan, kekayaan, dan pengaruh
Organisasi sosial dalam tamadun
Mesir Purba
• Firaun
• Wazir, pengawai kanan, golongan agama dan
bangsawan
• Golongan penyalin atau penulis
• Artisan berkemahiran, saudagar, dan
karyawan
• Petani dan buruh (pekerja tidak mahir)
• Pembantu rumah dan hamba (Hamba perang
dan hamba yang dijual)
Teknologi
• Kemahiran masyarakat tamadun awal dalam
bidang teknologi telah menghasilkan pelbagai
barang, hasil pertukangan, dan monumen.
Perkembangan teknologi dalam
tamadun awal dunia:
Tamadun awal Hasil ciptaan
dunia
Tamadun Pembinaan Taman Tergantung Babylon dan
Mesopotamia penciptaan roda (kereta kuda dan kereta
lembu)
Tamadun Mersi Pembinaan piramid dan sfinks
Purba
Tamadun Indus Pembinaan negara – kota Mohenjo – Daro
Tamdun Huang Pembuatan logam tembaga, gangsa, dan besi
He serta penciptaan bajak untuk pertanian
Agama dan Kepercayaan
• Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tujuan.
• Mereka menyembah tuhan bulan, matahari, ibu dan
sungai
• Institusi agama diwujudkan untuk menguruskan upacara
ritual seperti korban binatang atau memberi makanan
kepada kuasa roh.
• Rumah ibadat yang besar dibina bagi menghormati
tuhan.
• Masyarakat Mesir Purba mempercayai kehidupan
selepas mati. Mereka akan menanam mayat dengan
barangan kelengkapan harian.
Tulisan dan Penyimpanan Rekod
• Sistem tulisan wujud kira – kira 5000 tahun lalu.
• Pengenalan tulisan membezakan kehidupan Zaman
Prasejarah dan Sejarah.
• Manusia mencipta tulisan menggunakan simbol
abstrak untuk melahirkan pelbagai idea.
• Tulisan pertama menggunakan simbol gambar atau
piktograf.
• Fungsi tulisan adalah untuk menyimpan rekod
penting tentang diri dan masyarakat.
Kesenian dan Kesusateraan
• Hasil sastera dan seni bina yang mengagumkan
telah dihasilkan oleh masyarakat tamadun awal.
• Artisan menggunakan gaya dan teknik tertentu
untuk menggambarkan budaya masing – masing.
• Mereka menghasilkan patung dan lukisan yang
menggambarkan tuhan, dewa, pahlawan dan
pemerintah.
• Patung daripada tembaga dibuat apabila
penggunaan tembaga diperkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai