Anda di halaman 1dari 22

Tamadun Islam

dan Tamadun
Asia

1
Definisi Tamadun
Definisi Tamadun

Bahasa Arab Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Dalam Bahasa Arab
• Tamadun berasal dari perkataan Bahasa
Arab tamaddun.

• Ia diambil daripada akar kata - maddana


yang bererti:

1. mengasas, membina atau membentuk


sesebuah bandar.
2. memperhaluskan budi bahasa dan
memperelokkan tingkah laku/ akhlak.

3
• Tamadun boleh ditakrifkan sebagai:

Sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam


segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan
(seperti S & T, kesenian, kesusasteraan dan
lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke
arah pembentukan peribadi dan komuniti yang
memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti
yang terpuji untuk membentuk sebuah
masyarakat atau negara bangsa.

4
5
Dalam Bahasa Inggeris
Tamadun dikenali sebagai civilization.
• Civilization berasal daripada perkataan Latin -
Civitas iaitu city (bandar).
• Civilization diertikan sebagai:

1. kehidupan bandar
2. mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi
bertentangan dengan kehidupan biadap (barbaric)

• Definisi civilization merujuk kepada kebandaran


sebagai asas tamadun.
6
7
Dalam Bahasa Melayu
Tamadun diertikan sebagai peradaban, kemajuan dan
kebudayaan.
Peradaban
• Diambil dari perkataan adab = iaitu sopan, terhormat, hidup
tersusun, tingkat kebudayaan dan akhlak lebih tinggi dari
orang biadab.

Peradaban menurut Kamus Dewan (1998:6):


• keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan
rohani dalam sesuatu bangsa atau masyarakat.

Tamadun menurut Kamus Dewan (1998:1335):


• Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial,
budaya, politik dll) yang tinggi.
8
9
Pendapat ahli sejarah tentang Tamadun

1. Ibnu Khaldun:
“Masyarakat madani sebagai masyarakat yang
maju sama ada di kota atau di desa”.
2. Malik Bennabi:
“Suatu fenomena sosial dalam perkembangan
persejarahan manusia yang meletakkan
keseimbangan antara aspek moral dengan aspek
material”.
3. Edward L. Farmer:
“Tamadun sebagai unit budaya yang terbesar
dalam organisasi manusia yang terdiri daripada
perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan
institusi-institusi yang berterusan dari satu
generasi ke satu generasi yang lain”
10
Piramid Giza Mesir

11
Kesimpulan:
Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukan
digambarkan oleh limpahan kemewahan tetapi
suasana kemakmuran sesuatu bangsa.

12
13
Ciri-ciri Tamadun Sejagat
• Kewujudan penempatan manusia di sesebuah
kawasan yang membentuk kota atau bandar.
• Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial
dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan
pendidikan yang sempurna dan teratur.
• Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam
menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan
nilai estetika tersendiri.
• Peningkatan kualiti hidup berbanding sebelumnya,
terhasil peningkatan jangka hayat yang lebih stabil
dan panjang.
14
Ciri-ciri Tamadun Sejagat
• Kemunculan bahasa dengan satu sistem tulisan
tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi dan
pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai
bidang ilmu.
• Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan
sistem nilai serta moral yang berwibawa dalam
mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakat.
• Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam
teknologi dan pembinaan bagi keselesaan hidup
15
Ciri-ciri Tamadun
Menurut Edward L. Farmer (Comparative
History of Civilization in Asia), ciri-ciri
tamadun ialah:
• Penempatan kekal
• Revolusi pertanian
• Stratifikasi sosial
• Kewujudan agama
• Pengkhususan kerja dan
inovasi teknologi
• Urbanisasi
• Sistem tulisan
16
17
Kelahiran & Perkembangan Tamadun
• Kelahiran tamadun didorong oleh faktor kedudukan
strategik bagi memperolehi sumber semulajadi untuk
kelangsungan hidup.
Faktor geografi~Sg. Hwang-He, Sg. Ganges, Sg.
Tigris & Euphrates, Sg. Nil & Selat Melaka.
• Rangsangan keagamaan dan kerohanian mendorong
menghayati nilai-nilai murni kehidupan ketinggian
budaya.
Tamadun Islam~cara hidup kamil dorongan wahyu.
18
Kelahiran & Perkembangan Tamadun
• Penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai
terpuji. Memupuk kecintaan kepada ilmu,
ketekunan, rajin, disiplin, t’jawab mendorong
rakyat berganding bahu membangunkan negara.
Plato & Aristotle, Lao Tze, Kung Fu Tze, Al-Farabi,
Al-Ghazali dan Ibn Khaldun.
• Toleransi dan interaksi antara tamadun.
Keterbukaan menerima dan menyebar idea serta
teknologi membantu kemunculan tamadun baru.
Yunani-India-Cina-Islam.
19
Kelahiran & Perkembangan Tamadun

• Kesengsaraan dan penderitaan juga mendorong


masyarakat menggemblengkan tenaga dalam
membangunkan kehidupan mereka.
“Neccessity is mother of invention”
Dalam konteks zaman moden, kebangkitan
negara Jepun adalah contoh terbaik selepas
kekalahan mereka dalam perang dunia ke-2.

20
Faktor-faktor kelemahan &
kejatuhan Tamadun
Setiap tamadun dalam sejarah mengalami zaman
kemerosotan masing-masing disebabkan faktor:
• Ketidakadilan dan jurang perbezaan ketara
antara golongan kaya dan miskin.
• Penindasan dan kezaliman yang berleluasa.
Sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak
dihormati.

21
Faktor-faktor kelemahan &
kejatuhan Tamadun
• Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat
terutama di kalangan pemimpin.
• Sikap tertutup dan tidak mahu menerima
perubahan dari segi teknologi, struktur politik,
ekonomi dan sosial.
• Bencana alam yang menyebabkan kerosakan
secara besar-besaran. (Diluar kawalan manusia)

22

Anda mungkin juga menyukai