Anda di halaman 1dari 37

TAMADUN ISLAM & TAMADUN

ASIA
(TITAS)
BAB 1
PENGENALAN ILMU
KETAMADUNAN

1
TOPIK PERBINCANGAN

1.2 1.3
1.1
Definisi ilmu Konsep
Pengenalan
ketamadunan Tamadun

1.5
1.4
1.6 Hubungan
Hubungan ilmu
Tamadun
Pemikiran Ibn ketamadunan
dengan Agama,
Khaldun dan Sejarah
bangsa &
Tamadun
Budaya

1.8
1.7
Interaksi 1.9
Kitaran
antara Penutup
Ketamadunan
Tamadun
2
1.2 DEFINISI ILMU KETAMADUNAN

Ilmu Ketamadunan

Pengajian ketamadunan perlu dibina di atas asas sumber-


sumber ilmu (epistemologi) yang jelas dan bertitik tolak
daripada premis yang disesuaikan dengan acuan pandangan
semesta / world view yang tertentu bersandarkan latar
agama, budaya, ideology dan mitos di mana ianya dibina.

Matlamat dari pembinaan dan kefahaman tentang


pandangan semesta untuk menjana upaya intelektual bagi
mengukur pencapaian tamadun sesuatu masyarakat atau
bangsa
3
1.3 KONSEP TAMADUN

Perkataan tamadun menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani


sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.

Perspektif semasa, merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi.

Perkataan tamadun berasal dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa
Melayu.

Dari sudut etimologi, berasal daripada kalimah maddana, kata kerja merujuk perbuatan
membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.

Daripada perkataan maddana, diterbitkan perkataan madani, merujuk kepada sifat


sesuatu yang berkaitan dengan satu cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi
pekerti yang terpuji.
Tamadun menekankan dua perkara penting, kehalusan budi pekerti dan pembangunan
perbandaran atau penempatan.

4
Konsep-Konsep Tamadun
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Civilization- berasal daripada perkataan civitas Tamadun dan peradaban (kedua-dua perkataan
dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar bahasa Arab):
atau kota. kedua-dua perkataan ini menekankan
Dalam tradisi Barat digunakan bagi penggabungan antara ketinggian budaya dan
menggambarkan tahap sesuatu masyarakat kemajuan kebendaan.
atau budaya yang kompleks

Bahasa Arab
umran hadhari – masyarakat
yang telah mencapai tahap
Maksud – sebuah tempat tinggal dan kemajuan dalam kehidupan
HADARAH kawasan tanah yang ditanami
umran badawi - masyarakat
yang masih pada tahap belum
maju dalam kehidupan.
Istilah yang digunakan oleh Ibn Khaldun bermaksud
UMRAN masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan
dalam pelbagai segi kehidupan.

TAMADUN Istilah yang diperkenalkan secara khusus oleh Jurji Zaydan


dalam karyanya Tarikh al-Tamaddun al-Islami.
5
o Syed Muhammad Naquib al-Attas:
Tamadun dari sudut
peristilahan Masyarakat telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur

o Idris Abdul Rauf al-Marbawi:


kemurniaan pencapaian manusia yang
hidup di kota dan memiliki peraturan yang
baik serta penghasilan teknologi yang
menyempurnakan kehidupan yang bahagia

o Arnold Toynbee:
tamadun sebagai kebudayaan yang
berkembang di dalam kota.

o Abu al-A’la al-Maududi:


hadharah sebagai segala apa yang dihasilkan oleh
suatu bangsa yang berdasarkan pelbagai sumber
yang digunakan dalam kehidupan.
Kesimpulannya

TAKRIF TAMADUN

sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,


pemikiran dan kemajuan tinggi, baik, halus dan sopan ke arah
pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti,
tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah
masyarakat atau negara bangsa.

ELEMEN SISTEM NILAI & ELEMEN


KEBENDAAN ESTETIKA KEROHANIAN
CIRI-CIRI TAMADUN

• Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri atau penonjolan yang


tersendiri seperti:
– Tamadun Yunani - terkenal dengan kesusasteraan falsafah dan
kesenian
– Tamadun Cina - kemahiran kraf
– Tamadun Islam - perspektif pandangan dunia yang
menyeluruh dan perkembangan sains dan teknologi.

8
CIRI-CIRI ASAS TAMADUN
1. Wujudnya sistem kepercayaan dan agama
2. Kewujudan penempatan masyarakat - membentuk kota, bandar atau
madinah.
3. Peningkatan kualiti kehidupan dan peningkatan jangka hayat.
4. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial (bidang politik,
pentadbiran, ekonomi dan pendidikan) yang teratur.
5. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan
satu sistem tulisan yang tersendiri.
6. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral
untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya.
7. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi
dan pembinaan.
8. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah,
kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.
FAKTOR KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

1. Kedudukan yang strategik


2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian
3. Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai.
4. Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi.
5. Interaksi dengan tamadun lain.

10
KEGEMILANGAN TAMADUN

• Memperolehi pencapaian yang luar biasa di dalam pelbagai


bidang seperti:
– Kesenian.
– Kesusasteraan.
– Pemikiran dan falsafah.
– Penciptaan teknologi.

11
KEMEROSOTAN TAMADUN

Faktor-faktor kemerosotan sesebuah tamadun:

1. Jurang sosial.
2. Kezaliman.
3. Keruntuhan moral & nilai dalam masyarakat.
4. Wujud sikap & pemikiran yang tertutup.
5. Tragedi malapetaka & bencana alam
PENGAJIAN KETAMADUNAN
VS
SEJARAH TAMADUN

PENGAJIAN KETAMADUNAN
Membicarakan teori, konsep-konsep
SEJARAH KETAMADUNAN
asas, ciri serta sifat tamadun secara Merujuk kepada pengalaman yang dilalui
konseptual, teoritikal dan abstrak. oleh sesuatu tamadun dari segi
Merentasi perbincangan masa lampau, pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan
masa kini dan masa depan; dinamik dan kemunduran. lazimnya dibatasi oleh
sentiasa berkembang mengikut faktor masa.
peredaran masa.

Namun begitu…SEJARAH adalah komponen asas kajian ketamadunan kerana melalui


sejarahlah ILMU dan TEORI ketamadunan di BENTUK, diBINA, diBANGUN, dan
13
diKEMBANGKAN
1.5 HUBUNGAN ANTARA TAMADUN, AGAMA,
BANGSA & BUDAYA

14
1.5 HUBUNGAN ANTARA TAMADUN DENGAN KEPERCAYAAN AGAMA

• Kepercayaan dan agama adalah aspek yang penting dalam membentuk


kehidupan bertamadun.
• Sistem kepercayaan atau agama membentuk pandangan semesta (world
view) seseorang atau sesebuah masyarakat.
• Ini akan menentukan peri laku tindakan seseorang atau sesebuah
masyarakat.
• Daripada bukti tamadun-tamadun silam, dapat dilihat bagaimana agama
mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun.
• Bukti-bukti peninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam yang
dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkan penghayatan yang
tinggi terhadap kehidupan beragama.
– ntoh: penemuan patung-patung wanita di Lembah Indus membuktikan masyarakatnya
menyembah Dewi Ibu.
• Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh
agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih
memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakat.

15
1.5 HUBUNGAN ANTARA TAMADUN, AGAMA, BANGSA & BUDAYA

Pandangan Hubungan agama dengan tamadun


Sarjana
“in the course if its evolution, a civilization
Arnold Toynbee produced, among other things, a universal state
and higher form of religion”.
Edward Sullivan “Muslim civilization was the product of Muslim
(peranan Islam) religion”.
tamadun ketimuran (oriental civilisation)
Thomas Berry seperti China dan India tidak dapat difahami
sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada
agama-agama besar Asia

16
1.5 HUBUNGAN ANTARA TAMADUN, AGAMA, BANGSA & BUDAYA

TAMADUN DAN BANGSA

• Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah,


tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu.
• Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan geografi yang
secara langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan.
• Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu
bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa
bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika Utara.
• Tamadun Islam pula telah bangun dan berkembang dengan dilatari oleh
pelbagai budaya dan bangsa.
• Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun selalunya
tamadun melampaui batasan kebangsaan.
• Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa
yang menerajui tamadun itu seperti Tamadun Cina dan Tamadun Islam di
Alam Melayu/Nusantara.

17
1.5 HUBUNGAN ANTARA TAMADUN, AGAMA, BANGSA & BUDAYA

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

• Dalam kehidupan bertamadun, masyarakat dicirikan


sebagai memiliki budaya yang tinggi dan terpuji.
• Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke
atas persekitarannya dalam menguruskan kehidupan
secara kolektif.
• Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada
kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang
dipaparkan dalam kehidupan mereka.

18
Perbezaan antara Tamadun dengan Budaya

Tamadun Budaya
Pengaruh dan natijah berkekalan Pengaruh dan natijah tidak bertahan
lebih lama: lama:
Contoh – Kesetiaan masyarakat Jepun
berkekalan hingga ke hari ini. Contoh- cara berpakaian masyarakat
Jepun hari ini telah berubah.
Melampau batas-batas kenegaraan Dikaitkan dengan negara dan wilayah
dan wilayah: tertentu:
Contoh – Tamadun Islam merangkumi Contoh – budaya berpakaian
negara dan wilayah yang luas yang masyarakat Islam di Malaysia berbeza
mempunyai pelbagai budaya. dengan masyarakat Islam di Arab.
1.6 PEMIKIRAN IBNU KHALDUN

20
Latar belakang IBN Khaldun

Dilahirkan di Tunisia pada 27 May tahun 1332M-


1406M
• Menuntut ilmu agama, logik, falsafah, matematik
dan bahasa Arab.

• Pada tahun 1387M mula menumpukan perhatian


dalam bidang penulisan.

Ketokohannya diakui oleh sarjana Barat :

1. Arnold Toynbee : - falsafah sejarah yang dihasilkan Ibn Khaldun merupakan


sumbangan terbesar pernah dilahirkan manusia di atas muka bumi ini.
2. R. Flint :- ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam yang tiada taranya.
3. G. Sarton:- Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung bukan
sahaja pada kurun-kurun pertengahan, malah sepanjang zaman.

21
Buku Mukadimah Ibn Khaldun
(berupa jilid pertama kitab sejarah dunia yang menjadikan beliau ahli sejarah,
ahli sosiologi dan falsafah)

• Penerangan pembentukan peradaban


Bab 1
manusia

Bab 2, • Peradaban masyarakat Badawi

Bab 3 • Pembentukan Dinasti dan kedaulatan

• Perkembangan peradaban sehingga


Bab 4
terbentuk kota dan tamadun
• Pekerjaan dan kehidupan manusia sehari-
Bab 5 hari sertah hal yang berkaitan dengan
ekonomi secara umum

Bab 6 • Ilmu pengetahuan dan pendidikan


22
Pemikiran ibn Khaldun mengenai peradaban.
Konsep peradaban (umran).

• Peradaban adalah sebagai satu cara kehidupan manusia dalam


sekumpulan yang berbeza-beza, tanpa mengambil kira sama ada di
dalam atau di luar bandar (1995).
• Manusia harus tinggal menetap secara berkumpulan serta
mempunyai organisasi sosial.
• Gabungan peradaban dan organisasi sosial akan membentuk
hadarah.
• Peradaban yang berkembang akan menjadikan hadarah lebih
sempurna
• Faktor yang memainkan peranan dalam proses memajukan
peradaban manusia dan perjalanan sejarah masing-masing ialah
faktor psikologi, ekonomi, alam sekitar, dan kemasyarakatan

23
“…matlamat peradaban, adalah mencapai hadarah dan
kemewahan. Apabila peradaban mencapai matlamatnya
dan ia berubah kepada pencemaran dan mulai mengalami
kemerosotan sebagaimana dialami oleh makhluk yang
hidup yang berlaku secara semula jadinya…kualiti moral
yang dihasilkan daripada hadarah dan kemewahan adalah
serupa dengan penyelewengan…hadarah merupakan titik
penamat dalam peringkat peradaban dan dinasti-dinasti

(ibn Khaldun, 1995 :433-4)

24
• Pemikiran Ibn Khaldun tentang hadarah mempunyai kaitan
dengan teori perkembangan peradaban.

• Dalam Buku Mukadimah, beliau telah mengemukakan teori


kitaran yang berhubung dengan model pembinaan,
perkembangan dan kemerosotan sesebuah tamadun yang
dianalogikan sama seperti yang dialami oleh manusia.

• Menurut Uthman El Muhammady (1982:75-76), teori kitaran


Ibn Khaldun terdapat TIGA TAHAP
1. Tahap awal / kelahiran
2. Tahap kehidupan menetap dan bertamadun
3. Tahap lemah dan kejatuhan

• Walaubagaimanapun tiga tahap tersebut dapat diperincikan


lagi kepada lima tahap.
25
1.7 KITARAN TAMADUN IBN KHALDUN
Tahap 1: Kelahiran
- Badawi
- asabiyyah
dinasti
- kedaulatan

Tahap 5 Tahap 2 Kedewasaan


Kejatuhan
Raja mengenepikan
Pembaziran dan rakyat dan wujudkan
pemborosan halangan dalam
mengambil bahagian
dalam pemerintahan
Tahap 3
Kematangan
Tahap 4
Kemerosotan - Menikmati hasil
kedaulatan
Kepuasan dan
kedamaian - Bersenang-
lenang

Ibn Khaldun mencadangkangkan jangka hayat sesebuah dinasti biasanya tidak


melebihi tiga generasi (1995:165)
Generasi awal: memiliki semangat juang yang tinggi
Generasi pertengahan: memiliki keupayaan intelek, ilmu dan kemahiran
26
Generasi ketiga: lemah, hilang adab, hilang jati diri
Samb. Kitaran tamadun Ibn Khaldun

Tahap pertama
Sesebuah kaum yang bersandarkan semangat Assabiyyah yang tinggi dan kuat
akan mula bergerak untuk membentuk sebuah identiti politik. Dalam kerangka
membentuk identiti politik atau kerajaan, mereka akan menentang dan menyerang
kerajaan yang sedia ada dan menggantikannya.
Penguasa yang baru akan mendapatkan hak kedaulatan daripada dinasti
sebelumnya.

Contoh;
Dinasti Abbasiyyah bermula dengan penentangan terhadap pemerintahan Dinasti
Umayyah yang mula melemah dan penuh dengan kelalaian dan salah guna kuasa.
Atas dasar ini mereka meraih sokongan orang awam dan bangkit menjatuhkan
Dinasti Umayyah. Setelah itu, Dinasti Abbasiyyah mengumumkan diri mereka
sebagai penyambung Dinasti Umayyah.

Dalam fasa ini, perasaan kekitaan atau affiliation begitu kuat dalam kalangan
pendiri kerajaan tersebut. Mereka disokong oleh keluarga atau kaum mereka.
Tulang belakang kejayaan mereka adalah kaum kerabat mereka.
27
Samb. Kitaran tamadun Ibn Khaldun

Tahap Kedua: perluasan dan pengukuhan


Perluasan kuasa,pengaruh dan wilayah bermula dengan giat dilakukan. Oleh sebab
itu, fasa ni dikenali sebagai fasa perluasan dan pengukuhan

Raja akan menolak penguasaan dan pengaruh kaum kerabatnya dengan sedikit
demi sedikit menafikan hak dan penglibatan mereka dalam pentadbiran. Raja
bahkan lebih mempercayai orang luar dalam membantu dan menasihati urusan
pentadbiran.

Hal ini didorong oleh perasaan inginkan kekuasaan kekal di tangan keluarganya dan
mula timbul syak wasangka akan berlakunya perebutan kuasa oleh kerabatnya
yang lain.

Contoh: sejarah Dinasti Abbasiyyah yang mana sedikit demi sedikit orang bukan
Arab mendapat tempat dalam pentadbiran. Secara tidak langsung, pengaruh Arab
dalam pentadbiran semakin berkurang dan meningkatnya pengaruh luar. Menurut
pendangan Ibn Khaldun lagi, fasa ini sebenarnya adalah permulaan kepada
kejatuhan sesuatu kerajaan.
28
Samb. Kitaran tamadun Ibn Khaldun

Tahap Ketiga Kemewahan

Melalui zaman kemewahan dan kesenangan hasil usaha pemerintah sebelumnya.


Tmpuan pemerintah kepada menunjukkan kekuasaan dan kemewahan yang ada serta
mengekalkan kekayaan kerajaan.
Kutipan cukai semakin kerap sebagai sumber utama kewangan kerajaan.
Bangunan-bangunan yang hebat dan melambangkan kemegahan giat dibina seperti
masjid, istana dan kota.
Kelengkapan ketenteraan semakin bertambah dan canggih bertujuan menundukkan
kawan dan menggerunkan lawan serta sebagai lambang kekuasaan dan kemewahan
kerajaan.
Sementara generasi baru lebih suka memilih gaya hidup mewah yang telah sedia ada, tiada
usaha dan semangat juang yang tinggi serta semangat kekitaan yang semakin luntur

29
Samb. Kitaran tamadun Ibn Khaldun

Tahap Keempat Kelalaian dan berpuas hati

Apa yang ada dijaga dengan sebaik mungkin dan dengan ketat. Amalan,tradisi dan norma
yang sedia ada dipelihara dan dipastikan kelangsungannya. Sebarang pembaharuan atau
perubahan bukan sahaja dikecam hebat bahkan dituduh akan merosakkan kemakmuran
dan kemewahan yang dikecapi tanpa menyedari bahawa tanpa perubahan dan
pembaharuan tersebut, kerajaan semakin lama semakin melemah dan mereput. Rakyat
dan pemerintah menjadi begitu lemah dan manja. Cepat mengalah dan tidak tahan lasak.
Apa yang diketahui adalah menikmati kesenangan yang ada seolah-olah semua itu akan
kekal selama-lamanya

30
Samb. Kitaran tamadun Ibn Khaldun

Tahap Kelima

Penguasanya hanya berfoya-foya saban hari dan melakukan pembaziran.


Rakyat dipandang sebagai sumber kekayaan semata-mata dan menjadi kewajipan bagi
rakyat untuk memenuhi nafsu dan selera pemerintah.
Keadaan dan kebajikan rakyat tidak dipedulikan.
Perasaan tidak berpuas hati timbul dalam kalangan rakyat
Tanpa disedari, rakyat mula mengumpulkan kekuatan untuk menggulingkan pemerintah dan
menubuhkan pemerintahan yang baru.
Ataupun pihak luar mula mengatur langkah untuk mengambil alih kekuasaan seperti mana
yang terjadi ke atas Dinasti Abbasiyyah pada 1258 akibat diserang oleh tentera Mongol

31
RUMUSAN

 Kelima-lima fasa ini akan berulang dan terus berulang.

 Walaupun kita peka akan keadaan ini, kita masih tidak dapat
mengelaknya. Perkara yang dapat kita lakukan hanyalah
memanjangkan hayat sesuatu kerajaan.

 Pemikiran Ibn Khaldun mengenai peradaban dan kitaran


tamadun walaupun berlatarbelakangkan masyarakat Arab,
namun perlu dijadikan panduan sepanjang zaman demi
menjamin kelangsungan peradaban manusia.

32
1.8 INTERAKSI ANTARA TAMADUN
• Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan
masyarakat berbilang ras atau etnik.
• Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.

I. INTERAKSI DALAM LINGKUNGAN BUDAYA YANG SAMA


hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum

Contoh : orang Melayu - orang Jawa, Banjar, Bugis, Mandaling sebagainya.


Orang Cina - Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya
Orangkepelbagaian
Mempamerkan India seperti Malayalam,
budaya dan Punjabi dan sebagainya.
adat resam keturunan.

pegangan agama yang berbeza tetapi dari segi budaya sama

golongan masyarakat Hindu di India Utara masyarakat Muslim di India pula menerima
menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik,
berpakaian, pemakanan dan seni bina pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu.
33
kaum yang berlainanII. budaya
INTERAKSI
danANTARA BUDAYA
kepercayaan DANdapat
agama TAMADUN YANG BERBEZA
saling berinteraksi walaupun tinggal di
satu lokasi atau negara yang sama

Cth:
Interaksi
Dari segi antara
konteksmasyarakat
hubungan Muslim dan Buddha
sosial, masyarakat di Asiaberinteraksi
Muslim Tenggara. dengan masyarakat Buddha di
Thailand, Kemboja, Indonesia (Jawa) dan Malaysia

agama dan budaya hidup berbeza dari segi metafizik dan teologi, hak-hak masyarakat untuk
mengamalkan agama mereka begitu dihormati
Kewujudan kuil-kuil seperti Borobudur di Pulau Jawa yang majoriti penduduknya penganut-penganut
Islam serta kewujudan masjid-masjid di tengah-tengah kota Bangkok yang penduduknya penganut
Buddha merupakan lambang kepada sikap toleransi seperti ini.

III. INTERAKSI ANTARA TAMADUN YANG KUAT DENGAN YANG LEMAH


- Interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung
Arab.
- Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok-kelompok kaum yang lain diberi jaminan
perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi uhammad s.a.w. sendiri.
- Tempat-tempat peribadatan kedua-dua kaum ini diberi perlindungan
- penganut agama Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka
- beberapa tokoh Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki jawatan tinggi dalam
pentadbiran kerajaan Islam, khususnya di Andalusia (Sepanyol).
IV. INTERAKSI DALAM SEJARAH

- Interaksi antara tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme pada zaman


silam.
- Buddhisme sebagai sebuah agama yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki
ciri-ciri tertentu dan falsafah Hinduisme, termasuklah Karma (Rebirth), Dhamma
(Righteousness) dan Mokhsa (Liberation).
- reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu dan
Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah
dengan golongan Brahmin, penafian hak-hak tertentu kaum wanita

- Hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme telah bermula sejak kurun ke 7
Masehi.
- peringkat awal, berlaku dalam bentuk perdagangan, iaitu antara saudagar-saudagar
Arab
dan Parsi dengan saudagar-saudagar Cina
- saudagar-saudagar Arab dan Parsi yang bermastautin di China, dan melalui proses
- interaksi termasuklah perkahwinan, mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat
tempatan.
- beberapa tokoh-Islam muncul memberikan sumbangan kepada perkembangan
tamadun Cina seperti Panglima Zheng He/Laksamana Cheng Ho.

35
1.9 Penutup
• Tamadun secara umumnya adalah sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam
segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan tinggi, baik, halus dan sopan ke arah
pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi
pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

• Ilmu tentang ketamadunan hari ini penting kerana boleh membantu ke arah pembinaan
dan kejayaan sesuatu tamadun.

• Pengajaran daripada kitaran sejarah tamadun patut dijadikan iktibar agar generasi
muda tidak leka dengan keamanan dan kemewahan yang dikecapi.

• Mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan ilmu ketamadunan juga membuka


ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang
lebih saksama.

• Sementara pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing


pula boleh memupuk rasa persefahaman antara satu sama lain

36
Rujukan:

Ibn Khaldun, Abdul Rahman. (2002). Mukadimah Ibn Khaldun (terj.).Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS). Edisi kedua. Shah Alam: Oxford Fajar.

Beg, M.A.J., (1985). Islamic and Western Concepts of Civilization. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya Press.

Mohd Razimi Husin (2013) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (2012). Modul Pengajian
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Quigley, Carrol (1961). The Evolution of Civilization : An Introduction to Historical


Analysis. Macmillan . New York.

Sivachandralingam Sundra Raja. (2001). Tamadun Dunia. Shah Alam: Fajar Bakti
Sdn. Bhd. 37

Anda mungkin juga menyukai