Anda di halaman 1dari 88

TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA
TENGGARA (TITAS)

PENGENALAN ILMU
KETAMADUNAN
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
HASIL PEMBELAJARAN:

1. Menjelaskan konsep dan ciri-ciri sebuah


tamadun.
2. Menerangkan hubungan tamadun dengan
agama, budaya dan bangsa.
3. Menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan
sesebuah tamadun.

2
i. Pengenalan
Apakah TITAS?
• Kombinasi Tamadun
lslam dan Tamadun Asia
• Kursus wajib perlu diikuti oleh pelajar
institusi pengajian tinggi di Malaysia
• Salah satu kursus yang bermatlamatkan
pembinaan nusa bangsa.
3
PENGENALAN
Apa makna ketamadunan?
Apakah landasan pengertian dan konsepnya??
mark)
Apakah ukuran, nilai atau penanda aras (bench
bagi menentukan
tahap pencapaian
bagi sesuatu
tamadun?

5
ii. Definisi ilmu Ketamadunan
• Terdapat beberapa persoalan yang selalu bangkit
dalam polemik tentang tamadun dan ketamadunan.
• Antaranya: Apakah tamadun?
Apakah yang menjadi landasan dalam
memahami pengertian dan konsep tamadun?
Apakah ukuran,nilai atau penanda aras bagi
menentukan tahap pencapaian ketamadunan bagi
sesuatu tamadun?
Apakah yang menjadi rujukan bagi
menentukan suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu
bertamadun atau sebaliknya?
6
• Bagi tujuan ini, pendekatan yang lebih wajar adalah
memulakannya dengan mengetengahkan suatu
gambaran umum tentang istilah-istilah yg lazim
digunakan dalam perbincangan ketamadunan.
• Penjelasan ini amat perlu kerana tanpa memahami
konsep-konsep dan istilah-istilah tersebut akan
menyebabkan tersimpangnya pemahaman dan
tersasarnya pandangan tentang tamadun dan ilmu
ketamadunan.
• Dalam perbahasan tentang tamadun dan ketamadunan,
seseorang perlu memahami dan mengenal pasti apakah
kriteria dan asas rujukan sesuatu tamadun berdasarkan
teori-teori ketamadunan.
7
• Perkataan sama makna dengan tamadun dlm bahasa
Inggeris – ‘civilization’ – berasal daripada perkataan
latin ‘civitas’ = kota / bandar.
• Civilization menekankan penggabungan ketinggian
budaya dengan kemajuan kebendaan.
• Dalam tradisi Barat, civilization ditandai dengan
pencapaian ilmu dan teknologi, aktiviti ekonomi,
politik, kemasyarakatan dan penempatan di bandar.
• Civilization juga menggambarkan budaya (culture).
Oleh yang demikian pencapaian suatu tamadun
sering diukur berasaskan tahap kompleksiti suatu
organisasi sosial melalui aktiviti masyarakat.
8
Definisi Tamadun

Definisi Tamadun

Bahasa Inggeris Bahasa


Bahasa Arab
Melayu

9
Dalam Bahasa Arab
• Tamadun berasal dari perkataan Bahasa Arab
tamaddun.
• Ia diambil daripada akar kata - maddana yang
bererti:
1. mengasas, membina atau membentuk
sesebuah bandar. @ kata kerja yang merujuk
kepada perbuatan membuka bandar atau kota
2. memperhaluskan budi bahasa dan
memperelokkan tingkah laku/ akhlak.

10
• Tamadun boleh ditakrifkan sebagai:
pencapian dan pembangunan dalam segala
perlakuan pemikiran dan kemajuan (seperti
sains dan teknologi, kesenian kesusasteraan
dan lain-lain) tinggi,luhur, baik, halus dan
sopan. Sifat-sifat ini membentuk peribadi
dan masyarakat yang memiliki jati diri,
tatasusila dan budi pekerti yang terpuji
untuk membentuk sebuah masyarakat atau
negara bangsa

11
Dalam Bahasa Inggeris
Tamadun dikenali sebagai civilization.
• Civilization berasal daripada perkataan Latin -
Civitas iaitu city (bandar).
• Civilization diertikan sebagai:

1. kehidupan bandar
2. mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi
bertentangan dengan kehidupan biadap (barbaric)

• Definisi civilization merujuk kepada kebandaran


sebagai asas tamadun.
12
Kehidupan yang biadap

Kesopanan yang tinggi

13
Dalam Bahasa Melayu

Dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu,


dua istilah sering digunakan iaitu Tamadun dan
Peradaban.
1. Peradaban
• Diambil dari perkataan adab = iaitu sopan,
terhormat, hidup tersusun, tingkat kebudayaan
dan akhlak lebih tinggi dari orang biadab.

Peradaban menurut Kamus Dewan (1998:6):


• keadaan serta tingkat kemajuan pada
kehidupan jasmani dan rohani dalam sesuatu
bangsa atau masyarakat.

14
2. Tamadun
menurut Kamus Dewan (1998:1335):
Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh
taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran (sosial, budaya, politik dll) yang tinggi.

15
Pendapat ahli sejarah tentang Tamadun

1. Ibnu Khaldun:
“Masyarakat madani sebagai masyarakat yang
maju sama ada di kota atau di desa”.

16
2. Malik Bennabi:
“Suatu fenomena sosial dalam perkembangan
persejarahan manusia yang meletakkan
keseimbangan antara aspek moral dengan
aspek material”.

17
3. Edward L. Farmer:
3.

“Tamadun sebagai unit budaya yang terbesar


dalam organisasi manusia yang terdiri daripada
perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan
institusi-institusi yang berterusan dari satu generasi
ke satu generasi yang lain”

EDWARD L. FARMER
18
iii.Konsep Ketamadunan
• Perkataan tamadun diguna bagi menggambarkan
taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani
sesebuah masyarakat khususnya dari aspek ilmu
pengetahuan dan fizikal.
• Dari perspektif semasa, perkataan tamadun merujuk
kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan
teknologi seperti yang kini diperhatikan dengan
penonjolannya dalam tamadun Barat.

19
Pencapaian yang tinggi dalam
sains dan teknologi

20
• Perkataan tamadun berasal dari bahasa Arab –
maddana yang merujuk
kepada perbuatan membuka
bandar/kota serta perbuatan
memperhalus budi pekerti.

21
• Daripada perkataan tersebut diterbitkan perkataan madani.
• Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan
dengan cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi
pekerti yang terpuji.
• Perkataan maddana & madani sebenarnya berasal daripada
din yang bermaksud agama iaitu menggambarkan
kehidupan beragama.

22
• Pengertian tamadun menekankan 2 perkara yg penting,
iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan
perbandaran atau penempatan.
• Tamadun ditakrifkan sebagai pencapaian dan
pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan
kemajuan (seperti sains dan teknologi, kesenian,
kesusasteraan dll) yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan.
• Sifat-sifat ini akan membentuk peribadi dan masyarakat yg
memiliki jati diri, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji
untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.
• Istilah tamadun mula-mula diperkenalkan oleh Jurji Zaidan
dlm bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islami.

23
Istilah tamadun mula-mula
diperkenalkan oleh Jurji
Zaidan dlm bukunya Tarikh
al-Tamaddun al-Islami.

24
25
iv.Hubungan ilmu Ketamadunan
dan Sejarah Tamadun
• Berlaku kekeliruan dalam memahami pengajian ketamadunan
dan sejarah tamadun.
• Pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep-konsep
asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan
abstrak.
• Sejarah tamadun merujuk kepada pengalaman yang dilalui
oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, kemajuan dan
kemundurannya.
• Secara amnya – pengajian ketamadunan tidak begitu terikat
kepada batasan zaman, manakala sejarah tamadun dibatasi
faktor masa.
26
• Kedua-duanya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian
ketamadunan akan menjadi subjek yang hambar dan kosong.
Melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina
dan dibangunkan serta dikembangkan.
• Selain sejarah, disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga
menjadi komponen dlm pengajian ketamadunan seperti agama,
falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi, kebudayaan,
sains dan teknologi, seni dan kesusasteraan.
• Bahkan, semua disiplin ilmu yang menghuraikan tentang
manusia dan kehidupan serta persekitarannya adalah termasuk
di bawah lapangan ilmiah(disiplin) yang memperkukuh bidang
kajian ketamadunan.
• Pengajian ketamadunan turut merentasi perbincangan tentang
masa lampau, masa kini dan masa depan.
27
28
v. Hubungan antaraTamadun Agama,
Bangsa dan Budaya

29
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA
• Kepercayaan dan agama merupakan
aspek yang penting
dalam kajian
ketamadunan.
• Peranan agama
penting difahami
kerana ia merupakan
sebahagian daripada
kehidupan manusia.
30
Tamadun-tamadun dunia yang pernah muncul seperti Aztec,
Sumeria/Babylonia, Mesir Purba, China, Lembah Indus mempunyai
sistem kepercayaan yang membentuk tamadun tersebut.

31
Kehidupan berbudi pekerti dan bermoral tinggi berkait
rapat dengan kepercayaan beragama dalam
kehidupan seseorang dan ia penting dalam kehidupan
bertamadun.
Agama berperanan membentuk pandangan semesta
seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku
tindakan mereka dalam kehidupan.
Dari tamadun-tamadun silam, dapat dilihat
bagaimana kepercayaan dan agama mempunyai
kaitan yang begitu rapat dengan tamadun.
Bukti-bukti peninggalan tamadun-tamadun silam
menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap
kehidupan berasaskan kepercayaan dan beragama.
32
AMCIENT EGYPT ACROPOLIS

33
ANGKOR WAT STATUE OF WORSHIP
• Namun begitu, bukan semua tamadun
dipengaruhi dengan kuat oleh agama
sebagaimana tamadun Barat kontemporari
yang lebih cenderung memisahkan nilai-nilai
keagamaan dlm kehidupan masyarakatnya.
• Umumnya, terdapat 2 pandangan para
sarjana:
– A) yang berpendapat agama mempunyai
pengaruh dan peranan terhadap tamadun
– B) mereka yang sangsi tentang peranan
agama terhadap tamadun
34
Contoh: i) Arnold Toynbee: “in the course of its
evolution, a civilisation produced, among other
things, a universal state and higher form of
religion”. (pandangan B)

35
• ii) Thomas Berry : tamadun-tamadun timur
seperti China dan India tidak dapat difahami
sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada
agama-agama besar Asia. (pandangan A)

36
iii) J.Edward Sullivan : mengulas dan mengiktiraf peranan
Islam dalam pembinaan tamadun Islam mencatatkan
“Muslim civilisation was the product of Muslim religion”.
(pandangan A)

37
Hubungan Tamadun Dengan Budaya
• Dalam kehidupan bertamadun, masyarakat manusia
dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki budaya yang
tinggi dan terpuji.
• Budaya – tatacara
bertindak ke atas
persekitarannya
dalam mengurus
kehidupan bermasyarakat.
• Berbudaya tinggi dan
terpuji merujuk kepada
kehalusan budi dan kesempurnaan moral 38

yang diamalkan dalam kehidupan.


BUDAYA MALAYSIA 39
Bagaimanapun, tamadun berbeza daripada
budaya apabila dilihat dari 2 keadaan berikut:
1. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan
berbanding pengaruh dan natijah budaya.
Contoh: kesetiaan kepada maharaja (natijah
tamadun) berbeza dengan cara berpakaian
dan pemilihan jenis makanan yang berubah
(natijah budaya)
2. Tamadun melampaui batas kenegaraan dan
wilayah sedangkan budaya dikaitkan
dengan negara/wilayah. Contoh: tamadun
Islam mengandungi beberapa budaya 40

mengikut negara
MEMBERI
ANG POW
MASA
TAHUN BARU
CINA

ORANG MELAYU BERSALAM

UPACARA
MIRING
KAUM IBAN

41

CARA MAKAN ORANG INDIA


42
1. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama
berbanding pengaruh dan natijah budaya.
Dalam erti kata lain, sesuatu natijah budaya yang kekal
lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah
tamadun.
Contoh: kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah
tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik
mereka telah jauh berbeza daripada keadaan lampau.
Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan
merupakan natijah budaya kerana telah mengalami
banyak perubahan dlm tempoh seratus tahun
kebelakangan ini
43
NATIJAH TAMADUN

KESETIAAN KEPADA YANG DI-


PERTUAN AGONG

44
NATIJAH BUDAYA:
PAKAIAN

45
NATIJAH BUDAYA:
MAKANAN

46
2. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan
wilayah sedangkan budaya dikaitkan dengan
negara/wilayah tertentu.
Contoh: tamadun Islam mengandungi beberapa budaya
mengikut negara/wilayah yang berbeza. Budaya
masyarakat Islam di Alam Melayu berpakaian berbeza
daripda masyarakat Islam di Semenanjung Arab
walaupun mereka berada di bawah naungan tamadun
Islam.

47
PAKAIAN ISLAM
DI MALAYSIA

PAKAIAN ISLAM
DI ARAB

48
Hubungan Tamadun dan Bangsa
• Sesuatu bangsa lazimnya ada pertalian dgn
sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi
tertentu.
• Tamadun pula bersifat universal merentasi
sempadan geografi dan melampaui batasan
bangsa dan kebangsaan.

49
Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih
daripada satu bangsa/kaum seperit tamadun Barat yang
mengandungi beberapa bangsa/kaum di Eropah dan
Amerika.
Tamadun Islam berkembang dengan pelbagai budaya dan
bangsa.
Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan
walaupun tamadun melampui batasan kebangsaan.
Namun, imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh
bangsa yg menerajui tamadun itu.
Contoh: tamadun Islam yang berkembang di Alam Melayu
– memperlihatkan imej kemelayuan dan pada masa yang
sama meletakkan Islam sebagai asas sistem nilai dan
50
landasannya..
51
vi.Pemikiran Ibnu Khaldun
• Ibn Khaldun merupakan sarjana Islam lebih awal
menulis mengenai ketamadunan.
• Beliau menggunakan istilah Umran bg menjelaskan
makna tamadun yang merangkumi organisasi sosial
dan budaya.
• Beliau membezakan
masyarakat kepada dua :
umran hadhari - yang
telah capai kemajuan,
umran badawi - yang
belum maju.
52
vii. KITARAN KETAMDUNAN

Ibnu Khaldun telah mengemukakan teori kitaran di


mana sesuatu peradaban akan bertahan sekitar
tiga generasi:
Generasi awal – memiliki semangat juang dan
kekitaan dan solidariti sosial yang tinggi
Generasi pertengahan – memiliki keupayaan
intelek, ilmu dan kemahiran
Generasi akhir – mula lemah dan dilingkungi
kemewahan, kehilangan akhlak dan jati diri yg
membawa kepada kemerosotan peradaban.
53
• Ibn Khaldun telah mengemukakan teori ‘al-ta’awun’
iaitu konsep pergantungan antara satu anggota
masyarakat dengan yang lain bagi mengubah
masyarakat dari badawi ke hadhari.
• Ia menyamai makna ‘division of labour’ dalam
sosiologi moden.
• Istilah ‘tamadun’ dan ‘peradaban’ diguna pakai
dalam bahasa Melayu slps kedatangan Islam.
• Sebelum kedatangan Islam istilah berikut digunakan:
– Budaya = keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti.
– Pembangunan dan kemajuan = menggambarkan
peningkatan kehidupan masyarakat
55
Ciri-ciri Tamadun
1. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di
sesebuah @ beberapa kawasan yang disatukan
membentuk bandar, kota seperti Lembah Nil, Lembah
Indus, Lembah Hwang Ho
2. Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik, seterusnya
terhasil peningkatan jangka hayat
3. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dlm
bidang politik, pentadbiran, pendidikan, dan ekonomi
yang lebih baik dan teratur
4. Wujudnya sistem kepercayaan dan agama
56
5. Kemunculan penggunaan satu bahasa atau beberapa
bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan
tersendiri sebagai perantaraan komunikasi
6. Wujud sistem perundangan yang teratur dan
sistem nilai serta moral yg dikuatkuasakan untuk
mengatur perlakuan dan tindak-tanduk
masyarakatnya dlm segala kegiatan kehidupan
7. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dlm
penciptaan teknologi dan pembinaan bagi
menyempurnakan lagi keselesaan hidup
8. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dlm
menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan
nilai estetika. 57
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun

•Proses perubahan sesebuah masyarakat daripada tamadun yang


rendah kepada tinggi boleh berlaku secara beransur-ansur atau secara
drastik.
•Secara amnya, antara faktor pendorong kepada kemunculan tamadun-
tamadun dunia:

1. Kedudukan yang strategik


• Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan sesebuah
penempatan dan membolehkan penduduk memperoleh
sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan
kehidupan.

58
Faktor geografi yang merujuk kepada
kesesuaian lokasi telah dilihat menyebabkan
kemunculan tamadun China di Lembah
Huang-He dan Yang Tze; tamadun India di
Lembah Ganges dan Brahmaputra; tamadun
Mesopotamia di Lembah Tigris dan
Euphrates; tamadun Mesir di Lembah Nil.

59
60
2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian
– Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia
menghayati nilai kehidupan yang tulus dan suci dan
seterusnya membawa kepada kehidupan bertamadun.
- Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan
beragama akan berusaha memastikan kehidupan mereka
mencapai kesempurnaan kemanusiaan agar dapat
melahirkan ketinggian budaya hinggalah membawa kepada
kehidupan bertamadun.
- Contoh: kemunculan tamadun Islam begitu dipengaruhi
oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup
Islam yang ‘menyeluruh’ berserta dorongan langsung
daripada risalah wahyu.

61
3. Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai. - -
Pemimpin dan masyarakat yang menghayati nilai moral yang tinggi
dan terpuji menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni
yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin
dan sebagainya.
-Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin pula sudah pasti
menggalakkan kepemimpinan yang berhemat, bertanggungjawab
dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu
untuk membangunkan negara.
-Penghayatan nilai-nilai murni telah direalisasikan oleh semua tokoh
tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani,
Lao Tze dan Kung Fu-Zi dalam tamadun China, Kautilya dan Samkara
dalam tamadun India; al-Farabi, al-Mawardi dan Ibn Khaldun
(tamadun Islam)

62
TOKOH-TOKOH
TAMADUN

63
TOKOH-TOKOH
TAMADUN
64
4. Peningkatan kemahiran dan penghasilan
teknologi.
- Kesengsaraan hidup yang dialami oleh
sesebuah masyarakat boleh mendorong
ahlinya bekerjasama menggembleng tenaga
untuk membebaskan diri mereka daripada
belenggu tersebut.
- Situasi demikian boleh menjadikan
masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif
untuk membangunkan kehidupan mereka.
65
5. Persaingan dengan tamadun lain.
• Tamadun-tamadun yang pelbagai mewujudkan
interaksi antara tamadun dan ia merupakan satu
rangsangan dan dorongan kepada pemupukan
kehidupan bertamadun.
• Kepelbagaian tamadun menuntut keterbukaan untuk
menerima sumber-sumber yang baik daripada
tamadun-tamadun lain, yang akhirnya dapat
membantu kemunculan tamadun baru.
• Contoh: Tamadun Islam merupakan tamadun yang
bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber
ilmu daripada tamadun-tamadun Yunani, Parsi, India
dan China.
66
• Kemunculan sesebuah tamadun dapat digambarkan
oleh perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi
dalam pentadbiran dan perekonomian.
• Pada zaman kegemilangan sesebuah tamadun dapat
diperhatikan pencapaian yang mengangkat martabat
dalam pelbagai bidang seperti kesenian,
kesusasteraan, pemikiran dan falsafah dan
penciptaan teknologi yg seterusnya berkembang
dalam tamadun-tamadun selepas itu.
• Bagi sesebuah tamadun, setelah melalui zaman
kecemerlangan pasti juga akan mengalami zaman
kemerosotan.
67
Kemerosotan Tamadun

• Ibn Khaldun – kebangkitan dan kejatuhan sesebuah


tamadun adalah mengikut hukum kitaran sejarah.
• Pada peringkat permulaan, ia berjaya kerana nilai-
nilai baik, tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-
nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan
dan penyelewengan.
• Sarjana lain berpendapat sesebuah tamadun itu
merosot bukanlah disebabkan hukum sejarah.
• Kemerosotan sesebuah tamadun itu boleh dielakkan
sekiranya mereka belajar daripada sejarah dengan
mengekalkan nilai-nilai yang baik. 68
• Antara punca kemerosotan sesebuah tamadun:
1. Jurang sosial
- wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara
antara golongan kaya dengan miskin.
- Contoh : Tamadun Romawi pada kurun ketiga dan
keempat masihi

TAMADUN
ROMAWI

69
2. Kezaliman

- Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga


persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sama
sekali.
- kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi
apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan
tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-
wenangnya.
- Contoh : wilayah-wilayah kolonial yang merupakan
sebahagian daripada tamadun Barat telah tumbang
disebabkan penindasan dan kezaliman yang
dilakukan.
70
3. Keruntuhan moral
- Berlakunya keruntuhan moral dan nilai
dalam masyarakat terutama dalam
kalangan pemimpin yang menandakan
musnahnya penghayatan terhadap budi
pekerti yang murni dan mulia.
- Kemerostan tamadun Yunani, tamadun
Romawi dan tamadun Islam boleh
dikaitkan dengan keruntuhan moral dan
nilai terutama dalam kalangan pemimpin.

71
4. Jumud

- Wujudnya sikap tertutup dan tidak mahu menerima


perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi
atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan
sosial.
- Sikap sebegini pasti akan merencatkan daya kreativiti
dan inovasi sesebuah masyarakat dan seterusnya
menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku
atau jumud berpanjangan.

72
5. Bencana alam
Berlakunya malapetaka yang menyebabkan
kerosakan secara besar-besaran.
Faktor ini di luar kawalan manusia untuk
menghalangnya daripada berlaku.

BANJIR

73
Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun
• Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu
tamadun dengan yang lain.
• Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh
dilihat dari sudut teologi dan etika.
• Perbezaan antara tamadun lazimnya dilihat dari aspek
teologi / kepercayaan.
• Persoalan-persoalan teologi sering menimbulkan
percanggahan pendapat antara satu tamadun dengan satu
tamadun yang lain.
• Malah, percanggahan juga berlaku dalam sesebuah agama
itu sendiri.
• Contoh: kepercayaan kepada Tuhan
74
• Namun persoalan etika kurang menimbulkan kontrovesi.
• Persamaan dan perbezaan antara tamadun dapat dilihat
pada 7 persoalan etika berikut:
1. Keluarga
2. Masyarakat
3. Kerajaan
4. Ekonomi
5. Pendidikan
6. Kesihatan dan Kesejahteraan
7. Alam sekitar
• Memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun
sewajar menjadikan kita bersikap terbuka ke arah
keharmonian.
75
1.Alam Sekitar
• Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu
prinsip yang diterima oleh semua agama.
• Alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan.
• Manusia dipertanggungjawabkan sebagai penjaga alam sekitar.
• Bagi Islam, Buddhisme dan Kristian, memelihara alam sekitar
bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara
bertanggungjawab.
• Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam
sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah.
• Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini, namun tamadun-
tamadun secara umumnya tidak memusnahkan alam sekitar.
• Contoh: dalam tamadun China, alam dan manusia bergabung satu.

76
77
2. Keluarga
• Tamadun-tamadm tradisional begitu
menghayati prinsip keluarga sebagai asas
pembentukan masy.
• Dalam sesebuah keluarga tradisional, telah
menjadi warisan turun-temurun amalan
menentukan kedudukan antara kaum lelaki
dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa.

78
79
3. Masyarakat
• Kehidupan masyarakat sangat penting dan berpengaruh
dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang.
• Masyarakat juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai
dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa
dihormati.
• Masyarakat dapat memberi sokongan moral, material
dan psikologikal kepada anggota-anggotanya.
• Pengasingan individu dan masyarakat jarang wujud
dalam masyarakat tradisional.
• Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral
tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau
kepercayaan.
80
81
4. Kerajaan
• Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan
moral sebagai dasar sesebuah kerajaan.
• Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan
tanggungjawab seseorang pemerintah.
• Sifat-sifat pemerintah yg saksama dan adil merupakan tema utama
tamadun-tamadun silam.
• Dalam tamadun China, tulisan Mo-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Zi, Meng Tzi
dan lain lain sangat menekankan perkara ini.
• Dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan
yang saksama dan adil.
• Dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibn Khaldun
menumpukan perhatian yang sama.
• Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja
kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-
tamadun tradisional.
82
ANGKOR WAT

83
5. Ekonomi
• Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak-hak kehidupan
sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada
Lapan Jalan Mulia.
• Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan
haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan
akhlak.
• Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi
yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia
sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh
merosakkan moral manusia.
• Konsep ‘wang’, ‘laba’, ‘ganjaran’, ‘pasaran’ dan sebagainya
sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral.
84
6. Pendidikan
• Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah
untuk pembinaan sifat-sifat mulia seseorang melalui proses pengajaran
ilmu.
• Menyedari akan perkara tersebut, dimensi rohani diberi penekanan
penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-
agama lain.
• Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum mampu
menguasai persekitaran luaran melalui pengetahunnya tentang alam.
• Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradidi ke tradisi yang
lain.
• Dalam ajaran Islam, tauhid memainkan peranan penting dalam
transformasi manusia.
• Dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat
dapat dicapai melalui proses mengenai diri sendiri.
85
7. Kesihatan dan Kesejahteraan
• Konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak
terpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama.
• Sifat penting dalam konsep kesihatan tamadun-tamadun
tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya.
• Holistik bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa
kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang
lebih luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan.
• Mengubati penyakit, menurut konsep holistik bermakna
memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini
dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit
dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.
86
viii. Interaksi Antara Tamadun
• Telah wujud interaksi antara tamadun dalam
sejarah hasil keterbukaan dan semangat
toleransi. Ianya membawa implikasi sama ada
positif @ negatif.
Tamadun yang Kuat dengan
Lingkungan Budaya yang yang lemah
Sama

Jenis Interaksi

Budaya dan Tamadun yang


Interaksi dalam Sejarah
Berbeza
87
Interaksi antara Tamadun
• Interaksi dalam Lingkungan Budaya yang sama –
Kaum Melayu (Jawa, Banjar, Bugis, Mendailing dan
sebagainya) , Cina ( Hakka, Kantonis, Hainan,
Teochew dan sebagainya
• Interaksi antara Budaya dan Tamadun yang berbeza
– bagaimana interaksi antara satu kaum yang
berlainan budaya dan kepercayaan agama dapat
saling berinteraksi.
• Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang
lemah
• Interaksi dalam Sejarah.
88
ix.Penutup
*Tamadun atau peradaban merupakan suatu
disiplin yang penting untuk diketahui oleh
semua golongan secara amnya dan para
pelajar khususnya.
*Hal ini kerana semua aktiviti kehidupan
manusia merupakan proses membina dan
memperkasa tamadun.
*Para pengkaji mendapati bahawa
perkembangan ketamadunan setiap bangsa
di dunia mempunyai hubungan antara satu
sama lain dan saling memerlukan. 89
*Oleh itu, wajarlah ilmu ketamadunan ini
diketahui dan difahami oleh setiap bangsa
di dunia.
*Justeru, ilmu ketamadunan adalah ilmu
yang menjurus kepada perbincangan
dan penjelasan mengenai proses
pembinaan, perkembangan dan kemajuan
suatu bangsa dan tamadun.

90

Anda mungkin juga menyukai