Anda di halaman 1dari 8

UNIT 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada
Padaakhir
akhirunit
unitpelajar
pelajardapat
dapat: :

Membincangkan
Membincangkanmengenai
mengenaitamadun
tamadundalam
dalampelbagai
pelbagaisudut
sudutoleh
oleh
para sarjana.
para sarjana.
Membincangkan
Membincangkanciri-ciri
ciri-ciripenting
pentingsesebuah
sesebuahtamadun,hubung
tamadun,hubungkaitnya
kaitnya
dengan aspek jasmani dan rohani.
dengan aspek jasmani dan rohani.
Membezakan
Membezakanantara
antaratamadun
tamadunIslamIslamdan
dantamadun
tamadunBarat.
Barat.

Sinopsis

Unit ini merupakan pengenalan kepada konsep tamadun. Penjelasannya dibuat


berdasarkan perspektif tiga tamadun utama iaitu Tamadun Islam, Tamadun
Barat dan Tamadun Melayu. Konsep perkembangan sesuatu tamadum dinilai
berdasarkan hubungan yang wujud dengan eleman agama,budaya dan
bangsa.Disamping itu perincian ciri-ciri penting yang melambangkan kewujudan
sesuatu tamadun dipaparkan sebagai rangkuman eleman penting kewujudan
dan kelangsungan sesuatu tamadun.

Perkataan “tamadun” sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan


kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan
oleh seorang penulis Kristian ( Jurji Zaidan ) yang menulis tentang sejarah
Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah diterima pakai sebagai
perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir
manusia masih lagi hidup dalam keadaan amat dhaif, namun pada umumnya
dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun yang tinggi. Ini terbukti dengan
gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih, kemajuan sains
teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengkagumkan dan
sebagainya. Ini di tinjau dari sudut fizikal. Bagimanapula dengan spiritual?
Sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak dan moral?. Hal ini masih boleh
diperbincangkan panjang lebar. Walaupun begitu ada baiknya kita bincangkan
apakah dia pengertian perkataan tamadun telebih dahulu.

1
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Tamadun ini


dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap
lain-lain sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan
rakan-rakan yang lain.

Carian
Carianperlu
perlumeliputi
meliputikonsep
konseptamadun
tamadunyang
yangmerangkumi
merangkumi
definisi
definisidan
danciri-ciri
ciri-ciriasas
asaspembinaan
pembinaandan
danperkembangan
perkembangan
sesebuah
sesebuahtamadun.
tamadun.

1.1 Pengertian Tamadun Dalam Pelbagai Bahasa

Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dam civilitas = Civilization. Bererti warganegara,
undang-
undang dan sistem pemerintahan Rom.

Bahasa Greek : Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang. datang
kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang. disimpan.

Bahasa Inggeris : Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan


menyelaraskan
mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian
(primitif)
kpd. kehidupan yang. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.

Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan
bandar.

Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Jg. merujuk kpd.
unsur-unsur
material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan
manusia.

Kedua-dua Bahasa Tamil dan cina menyentuh tentang tingkahlaku yang baik.

Bahasa Arab : Tamadun berasal dari perkataan Arab “maddana, yamuddunu,


madinatan” Madani adalah sifat nama yang membawa yang membawa erti sifat
pembangunaan, atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini
bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri. Lawan kepada sifat
tersebut ialah “Badw” yang bererti kehidupan badwi. Nama Kota Madinah kepada
suatu tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib. Perkataan-perkataan lain yang
biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah, madaniyat, umran dan
hadharah.

2
Thaqafah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Kart Wittfogel
dalam bukunya Approaches to Asian Civilization, iaitu ciri kebudayaan secara
keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. Dan
Arnold Toynbee menerusi bukunya, A Study of History menjelaskan bahawa
tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota.

Madaniyat dalam Bahasa Arab bermaksud kota-kota. Profesor Madya Dr. Lutfi
Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh satu-
satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk
di tahap yang lebih tinggi. Iaitu pencapaian dari segi kebendaan seperti alat
teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan sebagainya, seni bina
dan lain-lain lagi. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat
kebendaan. Ia juga bersumberkan wahyu. Abu Nasir al-Farabi ( abad 11M ) telah
memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat yang
membawa maksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.
Istilah ini juga digunakan oleh Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-
Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ). Dan juga digunakan oleh Syeikh Muhammad
Abduh di dalam risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-‘Ilmu wa al-Madaniyat dan
Tafsir al-Mannar.

Umran dalam Bahasa Arab bermaksud bangunan atau perbandaran. Istilah ini telah
digunakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya,al-Muqaddimah(abad 14M – 19M ).

Hadharah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Ibnu Khaldun


hadharah ialah sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota
atau wilayah dan tanah pertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam
kitabnya, Al-Islam wa al-Hadharah al-Arabiah. M.A.J Beg dalam bukunya The
Image of Islamic Civilization, menjelaskan bahawa hadharah dan umran
mempunyai pengertian yang sama. Istilah umran lebih popular digunakan dalam
abad 14M manakala hadharah dalam abad 20M. Menurut Dr. Lutfi Ibrahim,
hadharah ialah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan
sebagainya yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan
manusia dengan manusia yang bersumberkan wahyu.

Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan


atau pemikiran, budaya ,sosial , politik, beradaban dan dan lain-lain (Teauku
Iskandar : 1994). Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf
perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi - peradaban. Negara dan
penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya)
yang tinggi. Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau
sesuatu zaman) tertentu. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus.

Beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa inggeris ialah Culture,
Reneissance, Urbanization, dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu
menyamai makna perkataan tamadun dalam bahasa Arab?

Umumnya memang terdapat perbezaan antara perkataan tersebut yang mencakupi


makna dan skop perbahasan mengenainya walaupun ada ciri dan perkaitan di
antara satu sama lain. Culture, Urbanization dan Reneissance mempunyai makna
yang sempit dan Civilization di anggap mencakupi ketiga-tiga makna tersebut.

3
Berhenti sejenak dan fikirkan.
Berhenti sejenak dan fikirkan.

Lihat zaman Nabi Nuh as. Tentu anda tahu kemajuan yang telah dicapai pada
Lihat zaman Nabi Nuh as. Tentu anda tahu kemajuan yang telah dicapai pada
masa itu. Ceritakan dengan rakan-rakan anda. Bagaimana pula pencapain dunia
masa itu. Ceritakan dengan rakan-rakan anda. Bagaimana pula pencapain dunia
masa kini? Buat suatu kesimpulan tentang ketamadunan manusia.
masa kini? Buat suatu kesimpulan tentang ketamadunan manusia.

1.2 Tamadun Menurut Sarjana Barat dan Sarjana Islam


1.2.1 Tamadun Menurut Sarjana Barat

a) Arnold Toynbee
Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Beliau
menambah lagi tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang
bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan
moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam) atau dengan kata lain tamadun
ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah
hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu
bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

b) A.S. Hornby dan E.C. Parnwell


Menyatakan dalam bukunya “The Progressive English Dictionary” tamadun
bermaksud “meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran
kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan
sebagainya.

c) J. R. Strayer
Menerangkan dalam bukunya “ The Mainstream of civilization” menjelaskan
perkataan tamadun amat ramat hubungan dengan perbandaran. Beliau
mengatakan tamadun Itu lahir di bandar. (Mustafa Haji Daud: Pengantar
tamadun Islam

d) J.K. Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.
Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri
menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

e) E.B. Taylor:
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek
keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat
dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

f) Oswarld Spengler
Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu
membawa kepada kemajuan.

4
g) Will Durat :
Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan
pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber
ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

PENGALAMAN
PENGALAMAN
AKTIVITI
AKTIVITI1.11.1
Hasilkan
Hasilkansebuah
sebuahpeta
petakonsep
konsepi-Think
i-Thinkberasaskan
berasaskan
kefahaman
kefahaman anda terhadap maksud tamadundari
anda terhadap maksud tamadun dari
perspektif
perspektifbarat.
barat.

1.2.2 Tamadun Menurut Sarjana Islam


a) Ibnu Khaldun
menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang
tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan
nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka
mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.

b) Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi


mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup
di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan
keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang
sempurna.

c) Muhammad Rasyid Redha


Agama adalah asas tamadun, Ini kerana peningkatan unsur maknawi
(spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun
di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau
kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan
agama atau sebaliknya.

d) Sayyid Qutb :
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat.

e)Said Hawa
Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam
dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang
tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan
itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan
dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan
moral.

5
f) Umar Audah al-Khatib
Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan
moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik,
kesenian dan seluruh kehidupan.

g) Muhammad al-Bahiy
Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang
menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah,
pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.

PENGALAMAN
PENGALAMAN
AKTIVITI
AKTIVITI1.21.2
Hasilkan
Hasilkansebuah
sebuahpeta
petakonsep
konsepi-Think
i-Thinkberasaskan
berasaskan
kefahaman
kefahaman anda terhadap maksud tamadundari
anda terhadap maksud tamadun dari
perspektif
perspektifIslam.
Islam.

1.3 Ciri-ciri Asas Tamadun


Mengikut sejarawan terdapat pelbagai ciri asas tamadun. Di sini dinyatakan
beberapa ciri yang telah disepakati .

1.3.1 Kerajaan dan Sistem Pentadbiran

Kerajaan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang baik memeberi kesan besar
kerana sudah menjadi lumrah, sesuatu masyarakat sukakan pemerintah yang adil
dan mampu member manfaat kepada mereka.

1.3.2 Kemajuan Teknologi

Perkembangan dari segi teknologi contohnya seperti penciptaan mesin-mesin


pertanian mahupun perindustrian juga merupakan salah satu ciri kebangkitan
sesuatu tamadun. Ini membuktikan tamadun tersebut tidak ketinggalan zaman dan
mampu membina peralatan yang cangggih.

1.3.3 Kota dan Bandar

Kota dan bandar memberi makna meluas dalam perkembangan sesebuah tamadun.
Sesebuah kota itu hendaklah mempunyai infrastruktur yang baik dan kawasan-
kawasan di sekitarnya mestilah bersih dan kemas berbanding di tempat lain kerana
kota merupakan kawasan tumpuan pembangunan sesebuah tamadun.

1.3.4 Organisasi Sosial Yang Tersusun

Perlunya organisasi sosial yang kukuh dan teratur. Ini untuk mengelak sistem
pentadbiran yang berpecah belah di antara pemimpin tertinggi dan pemimpin
bawahan. Ia juga dapat mendorong mencipta suasana yang harmoni di kalangan

6
semua lapisan masyarakat agar mereka dapat bergaul tanpa menghiraukan dan
membezakan status masing-masing.

1.3.5 Perkembangan Ekonomi

Perkembangan ekonomi merupakan antara ciri terpenting dalam pembangunan


sesebuah tamadun. Sesebuah masyarakat hendaklah mempunyai struktur ekonomi
yang kukuh. Ini membuktikan kemampuan tamadun tersebut menjalankan
tanggungjawab sebuah institusi ekonomi dengan baik dan lancar.

1.3.6 Mempunyai Kepercayaan Tertentu atau Agama

Kepercayaan agama merupakan tunjang pembangunan sesebuah tamadun. Jika


runtuh pegangan masyarakat terhadap kepercayaan yang dianuti mereka, maka
runtuhlah juga sesebuah tamadun itu. Justeru, pembinaan rohani anggota
masyarakat juga perlu di ambil kira dalam pembangunan sesebuah tamadun.

1.3.7 Tulisan dan Bahasa

Sesebuah tamadun perlu mempunyai sistem tulisan dan bahasa mereka sendiri. Ini
bagi membuktikan bahawa mereka mempunyai peradaban yang tinggi sehinggakan
mempunyai bahasa ibunda sendiri. Sistem tulisan juga perlu dicipta agar masyarakat
tidak keliru. Sistem bahasa dan tulisan adalah punca perkembangan ilmu dan
kesusasteraan. Tamadun yang tinggi adalah tamadun yang mempunyai sistem
tulisannya sendiri dan ketinggian bahasa dan kesusasteraanya.

1.3.8 Perkembangan Ilmu Pengetahuan

Perkembangan ilmu pengetahuan sudah semestinya merupakan inti penting kerana


tanpa ilmu pengetahuan, tiadalah wujudnya tamadun. Tokoh-tokoh pemikir yang lahir
akan membangunkan tamadun sesebuah bangsa. Ketinggian sesebuah tamadun
sangat berpegang kepada perkembangan ilmu pengetahuan .

1.4 Objektif Tamadun

Tamadun dibangunkan hasil gabungan pelbagai faktor positif yang bermula dari
kepercayaan agama, ilmu pengetahuan, sistem pentadbiran dan organisasi sosial
yang tertatur, kecantikan seni dan ketinggian budaya, serta beberapa elemen
penting yang lain. Namun, tanpa kita sedari, tamadun jugalah yang telah
memperbaiki kesemua elemen tersebut. Tamadun menambahkan kekuatan
beragama dalam kalangan ahli masyarakat. Tamadun juga yang telah melahirkan
ramai cendekiawan dan sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang. Sistem pentadbiran
dan struktur sosial menjadi semakin kukuh di mana masyarakat dapat merasakan
perasaan selamat antara satu sama lain. Kesenian yang timbul dan kebudayaan
yang tercipta juga melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat itu sendiri
secara tidak langsung.

Tamadun dibangunkan adalah untuk memenuhi kelangsungan hidup manusia dan


kemanusiaan. Manusia dicipta oleh Allah untuk menjadi Khalifah di bumi. Kepada
manusia Allah tugaskan untuk memakmurkan bumi ini dengan segala kemajuan.

7
Semua keperluan dan alat pembangunan tamadun telah sedia ada . Maka Allah
bekalkan manusia dengan segala potensi diri termasuk “akal fikir” untuk
memanipulasi segala isi bumi demi kepentingan hidup mereka. Allah juga kurniakan
“peraturan dan panduan” pelaksanaannya.

PENGALAMAN
PENGALAMAN
Aktiviti
Aktiviti1.3
1.3
Berdasarkan
Berdasarkan kenyataan
kenyataan yang
yang anda
anda baca
baca tentang
tentang objektif
objektif
tamadun di atas, beri huraian lanjut mengenainya secara
tamadun di atas, beri huraian lanjut mengenainya secara
perbandingan
perbandinganmenurut
menurutperspektif
perspektifIslam
IslamdandanBarat.
Barat.

Refleksi :

Berdasarkan
Berdasarkanbacaan
bacaandan
danpengamatan,
pengamatan,beri
beri
pandangan
pandangananda
andakepada
kepadapersoalan
persoalanberikut:
berikut:
i.Mengapakah
i.Mengapakahkesemua
kesemuaciri-ciri
ciri-ciriasas
asastamadun
tamadunperlu
perlu
direalisasikan untuk kelangsongan dan
direalisasikan untuk kelangsongan dan
perkembangan
perkembangansesebuah
sesebuahtamadun.
tamadun.
ii.Bandingkan
ii.Bandingkanmaksud
maksuddan danciri-ciri
ciri-ciritamadun
tamadun
mengikut
mengikutperspektif
perspektifIslam
Islamdan
danBarat
Barat

Anda mungkin juga menyukai