Anda di halaman 1dari 24

KONSEP TAMADUN

PENGERTIAN
TAMADUN

Madain atau mudun


Madana (bahasa Arab):
tinggi budi bahasa &
pembukaan bandar Civilisation (bahasa Greek):
bandar
Peradaban manusia
Hadarah (bahasa Arab): perilaku
kehidupan yang tinggi

Dari pandangan Barat Dari pandangan Islam

1- Berkaitan dengan 1- Merangkumi pembangunan


pembangunan lahiriah seperti lahiriah dan rohaniah.
aspek kebudayaan penulisan 2- Menurut tokoh,Ibnu
undang-undang,kesenian,dan Khaldun,beliau melihat dari
perbandaran aspek kehidupan bandar.
2- Pencapaian lahiriah:kemajuan 3- Menurut Syed Naquib al-
sesebuah masyarakat Attas: pencapaian tahap
3- Pembangunan lahiriah:proses tatasusila yang tinggi dan
perkembangan tamadun kebudayaan luhur sesebuah
masyarakat.

TAMADUN

1
KONSEP ASAS

Menurut Bahasa Arab:

1) Maddana- membuka Bandar atau kota / memperhalus budi pekerti


2) Madani- pembangunan pembandaran dan kehalusan budi pekerti yang terpuji
3) Hadarah- perbuatan duduk di Bandar dan perilaku hidup yang tinggi
4) Tamadun- ciri-ciri hidup di Bandar,dan kota-kota dipanggil mudun yang ada ciri
tamadun

Menurut Epistemologi Bahasa Inggeris:

Civilization- kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk


peradaban dan tamadun.

Menurut Sarjana Islam:

1) Syed Muhammad Naquib Al-Attas:


- Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyrakatnya.
2) Ibn Khaldun:
- Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan
sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya
cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.
3) Al-Syirazi:
- perbincangan ttg sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran,kemajuan
sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan
industri,pembangunan ekonomi.

Kewujudan sistem perundangan


yang teratur dan sistem nilai
serta moral untuk mengatur
perlakuan dan tindak tanduk
masyarakat dalam2kehidupan.
Kewujudan penempatan di Peningkatan kualiti kehidupan
sesebuah kawasan yang yang lebih sempurna berbanding
disatukan membentuk sebelumnya dan peningkatan
kota,bandar,madinah atau jangka hayat kehidupan yang
kepolisan. lebih stabil.

CIRI-CIRI ASAS
TAMADUN

Kewujudan sistem organisasi Kemunculan satu bahasa atau


dan institusi social dalam bidang beberapa bahasa yang
politik,pentadbiran,ekonomi dan serumpun dengan satu sistem
pendidikan yang sempurna dan tulisan yang menjadi perantaraan
teratur. komunikasi.

Peningkatan daya reka cipta


dalam penciptaan teknologi dan
pembinaan bagi
menyempurnakan lagi
keselesaan kehidupan.

TAMADUN ISLAM

3
pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang
berpusat di kota dalam bentuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi,
kepercayaan, undang-undang dan sebagainya yang berasaskan kepada
akidah, syariah dan akhlak bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

ASAS TAMADUN ISLAM

Keteguhan Akidah Pembentukan akhlak

Mengaplikasikan hukum-hukum Allah


(syariah)

1) Rabbani:
- Didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan.
- Al-Quran menjadi pegangan hidup.
2) Keseimbangan dan kesempurnaan:
- seimbang antara kerohanian dan kebendaan antara
tanggungjawab ibadah terhadap Allah dan urusan
kehidupan, antara kepentingan individu dan masyarakat
3) Universal:
- tidak terikat, milik semua umat Islam yang berpegang
pada konsep ummah.
4) Ideal dan realistik:
CIRI-CIRI
- hakikat kewujudan Allah S.W.T.
5) Tetap dan anjal:
- tidak berubah pada matlamat tetapi bebas pada dari
sudut cara dan teknik perlaksanaannya.

4
6) Menyeluruh:
- melingkungi semua aspek kehidupan manusia

PRINSIP-PRINSIP

Memelihara agama Memelihara harta

Memelihara hak kebebasan Memelihara akal

Memelihara nyawa dan jiwa Memelihara maruah dan keturunanan

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DI MAKKAH

Zaman Jahiliah Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

- jangka masa selepas runtuhnya -Lahir pada 20 April,tahun 570 M,malam


Empangan Maarib di Sabak Isnin bersamaan 12 Rabiulawal pada
Tahun Gajah.
sehingga turunnya wahyu pertama
bermula dari tahun 300 M. hingga Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

610 M. iaitu selama 310 tahun. 1) Turunnya wahyu pertama,wahyu


kedua.
2) Pengisytiharan Nabi Muhammad
s.a.w. sebagai Rasulullah

5
ISLAM DI ASIA TENGGARA

Teori Kedatangan Islam ke Asia Cara penyebaran Islam di Asia.

1) Teori dari Semenanjung Tanah 1) Perdagangan


Arab oleh John Crawford dan 2) Perkahwinan
disokong oleh Prof.Syed 3) Pengislaman raja dan golongan
Naquib Al-Attas bangsawan
2) Teori dari China oleh Emanuel 4) Kelahiran Kerajaan Islam
Gadinho Eredia & S.Q.Fatimi 5) Peranan pusat kebudayaan
3) Teori dari India oleh Snouck 6) Peranan mubaligh
7) Keistimewaan Islam
Hurgronje.

TAMADUN CHINA

PENGENALAN

- Merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia.


- bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan).
- Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai The Painted Culture
dan The Black Pottery Culture.

LATAR BELAKANG
a) Zaman Permulaan
- kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou.
- Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan
The Hundred Schools of Thought.
b) Zaman Pertengahan / Keagungan
- bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.

6
- dikenali sebagai zaman keemasan kerana pencapaiannya
dalam pelbagai bidang seperti sains, kesusasteraan,
pentadbiran, agama dan sebagainya.
c) Zaman Peralihan
- Merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke
atas China.
- Abad ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol pada masa
pemerintahan Dinasti Song.
d) Zaman Moden
- Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam
tamadunChina.
- 1839-1842 China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang
Candu.

TAMADUN INDIA

PENGENALAN

- Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia.


- Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. yang
boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu:
1) India Utara
2) India Selatan
- Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua
Lumeria di Selatan India.
- Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan
Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India.

LATAR BELAKANG

a) Zaman Kuno (1500 s.m.-1200 m)


- kedatangan orang Aryan dan menguasai beberapa bahagian di India seperti
Lembah Ganges-Jamuna-Doab.
- Perkembangan agama Buddha dan Jainism.
- Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal dengan
perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil.

7
b) Zaman Pertengahan
- Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan
satu tamadun yang lebih cemerlang.
- Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan
Mughal.
c) Zaman Penjajahan Barat (mulai 1750)
- Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah
Vasco da Gama.
PERSAMAAN ANTARA TAMADUN ISLAM,CHINA DAN INDIA

ASPEK KETERANGAN
- Menekankan pembinaan nilai dan
etika yang baik.
KEKELUARGAAN - Mementingkan nilai kekeluargaan.
- Masyarakat memainkan peranan
yang penting dalam sesebuah
KEMASYARAKATAN tamadun.
- Alam sekitar perlu dijaga dengan
sebaiknya agar tidak menjejaskan
ALAM SEKITAR kehidupan secara keseluruhan.
- Mementingkan pendidikan yang
bertujuan untuk membentuk
PENDIDIKAN peribadi seseorang.
- Menekankan konsep ketuhanan.
AGAMA
- Rakyat perlu mentaati pemerintah.
PEMERINTAHAN
- Menjadikan gandum sebagai
KEBUDAYAAN makanan ruji.

PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM,CHINA DAN INDIA

ASPEK KETERANGAN
1) Tamadun Ialam-wujudnya satu kuasa
Pencipta
KETUHANAN 2) Tamadun India-kepercayaan terhadap

8
pelbagai dewa
1) Tamadun Islam-menggalakkkan
perniagaan
EKONOMI 2) Tamadun China-perniagaan ditegah
sama sekali
1) Tamadun Islam- makan apa sahaja
kecuali yang haram
PEMAKANAN 2) Tamadun India- haram makan daging
lembu

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN


ISLAM, CHINA DAN INDIA TERHADAP
TAMADUN MALAYSIA.

Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri


daripada tiga bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi
Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari
Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India.
Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam
hidup bermasyarakat.

Kesan Positif: Kesan Negatif:

1) Pertambahan bahasa dan


kosa kata Melayu dalam 1) Jurang perbezaan ekonomi
pelbagai aspek.
2) Kesan sosial
2) Kebudayaan
3) Kesenian
3) Pencapaian yang tidak
4) Dasar Pendidikan Negara
5) Dasar Integrasi Nasional seimbang
6) Bahasa Melayu sebagai
alat perpaduan
9
DIALOG PERADABAN

MAKSUD DIALOG

bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah


kepentingannya (Kamus Dewan, 2005: 3482). Selain itu berdialog yang
disebutkan dalam Kamus Dewan juga memberi erti bertukar-tukar pendapat atau
pandangan mengenai sesuatu isu secara terbuka.

MAKSUD PERADABAN

didefinisikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat


kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dsb)
(Kamus Dewan: 2005).

KEPENTINGAN DIALOG
PERADABAN

10
1) sebagai perundingan,interaksi positif antara dua pihak, komunikasi dua
hala atau lebih.
2) berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh
perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat.
3) untuk memupuk persefahaman dan pengertian,
4) berkongsi perspektif dalam menyelesaikan masalah dalam pelbagai
aspek,
5) bertoleransi sesama rakan dialog yang berlainan peradaban.
BERTAMADUNKAH KITA?

Malaysia sebuah negara yang unik dari segi populasi dan komposisi kaum.
Kaum-kaum utama yang menyemarakkan perkembangan dan pembangunan Malaysia
ialah Melayu, Cina, dan India. Walaupun begitu masyarakat Malaysia dapat hidup
dengan harmoni, aman, dan damai. Konsep 1 Malaysia, `Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak merupakan satu cara yang sangat bijak
bagi menangani masalah jurang antara kaum yang pernah berlaku pada sedikit masa
dahulu. Buktinya, seruan oleh beliau ini mendapat reaksi positif dan sambutan yang
menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia. Rata-rata berpuas hati dengan
konsep yang diwujudkan ini bersesuaian dengan objektifnya sendiri yang
melambangkan visi negara untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan
mempunyai semangat cinta akan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan
Rukun Negara selain dari mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama,
bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara
Bangsa.
Masyarakat kita pada hari ini sudah membangun dan boleh dianggap
lebihbertamadun berbanding dahulu. Buktinya melalui konsep tamadun dari sudut
pandangan Islam yang merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Ini
bermaksud sesebuah masyarakat mahupun negara akan dianggap bertamadun
sekiranya terdapat banyak pembangunan yang dicipta dan bersifat maju dari setiap
aspek seperti ekonomi, ilmu pengetahuan, masyarakat, pekerjaan dan banyak lagi.
Menurut tokoh,Ibnu Khaldun,beliau melihat dari aspek kehidupan bandar. Ibnu Khaldun

11
merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun
ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-
Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan
'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang. Umran memberi
pengertian kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di
suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur. Menurut
seorang lagi tokoh iaitu, Syed Naquib al-Attas tamadun bererti pencapaian tahap
tatasusila yang tinggi dan kebudayaan luhur sesebuah masyarakat. Terdapat banyak
lagi istilah bahasa Arab yang merujuk kepada makna tamadun seperti madana, madain,
mudun dan hadarah. Dari sudut pandangan Barat pula, tamadun berkaitan dengan
pembangunan lahiriah seperti aspek kebudayaan penulisan undang-
undang,kesenian,dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah kemajuan sesebuah
masyarakat manakala pembangunan lahiriah ialah proses perkembangan tamadun.
Menurut bahasa Greek, perkataan civilization bererti bandar yang turut berkaitan
dengan makna tamadun.
Terdapat pelbagai ciri untuk menentukan sejauh mana ketamadunan itu
mencapai tahapnya. Ciri asas yang pertama ialah kewujudan penempatan di sesebuah
kawasan yang disatukan membentuk kota,bandar,madinah atau kepolisan.
Penempatan yang ada membuktikan kewujudan sesebuah masyarakat sekaligus
menjadikannya sebuah tempat dan masyarakat yang bertamadun. Ciri yang kedua ialah
kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral untuk
mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakat dalam kehidupan. Melalui sistem
perundangan, seseorang individu dapat dibentuk akhlaknya sekaligus menjadikannya
mencapai tahap individu yang bertamadun dengan memaparkan nilai-nilai perilaku yang
tinggi dan terpuji. Ciri yang ketiga ialah peningkatan kualiti kehidupan yang lebih
sempurna berbanding sebelumnya dan peningkatan jangka hayat kehidupan yang lebih
stabil. Ciri seterusnya ialah kewujudan sistem organisasi dan institusi social dalam
bidang politik,pentadbiran,ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur. Sistem
organisasi ini memudahkan pengurusan sesebuah masyarakat supaya lebih terjaga dan
terjamin selain dari menjadikan kehidupan berorganisasi lebih teratur. Ciri yang kelima
pula ialah kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu
sistem tulisan yang menjadi perantaraan komunikasi. Kominukasi juga penting dalam

12
melahirkan masyarakat bertamadun kerana dengan adanya komunikasi, menjadikan
masyarakat lebih mudah untuk berinteraksi dan menjadikan diri lebih bertamadun. Ciri
tamadun yang terakhir ialah peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi
dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan. Buktinya kini, kita
lebih bertamadun melalui penciptaan pelbagai jenis alat teknologi dan pembinaan.
Tamadun Islam berkisar di sebalik tiga istilah utama iaitu umran, hadarah,
madaniyyah. Tamadun Islam bermaksud pencapaian manusia dalam bidang kerohanian
dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains,
teknologi, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya yang berasaskan kepada
akidah, syariah dan akhlak bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Terdapat lima
sumber bagi tamadun Islam iaitu pertama, Al-Quran, sebuah mukjizat yang
menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT
sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak Allah
SWT.. dan kedua, hadis, menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah
dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran. Sumber ketiga ialah ijmak,qiyas,istihsan,
keempat melalui akal fikiran dan terakhir, penemuan baru. Tamadun Islam berkembang
pada mulanya di Mekah. Ia bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib di Sabak
sehingga turun wahyu pertama bernula dari tahun 300 Masihi sehingga 610 Masihi iaitu
selama 310 tahun. Islam semakin giat disebarkan selepas kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. yang berketurunan pemimpin Mekah. Terdapat dua cara penyebaran Islam di
Mekah iaitu melalui rahsia dan secara terbuka. Ada yang dapat menerima dan tidak
kurang juga yang menentang. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempunyai tiga
teori. Teori pertama dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed
Muhammad Naquib Al-Attas yang menyatakan Islam datang dari Semenanjung Tanah
Arab. Teori kedua datang dari China oleh Emanuel Gadinho dan S.Q.Fatimi. Teori
ketiga dikemukakan oleh Snouck Hurgronje yang menyatakan Islam datang dari India.
Kesemua teori ini mempunyai bukti masing-masing. Perkembangan Islam di Asia
Tenggara tersebar melalui tujuh cara iaitu perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja
dan golongan bangsawan, kelahiran kerajaan Islam, peranan pusat kebudayaan,
peranan mubaligh dan terakhir ialah keistimewaan Islam itu sendiri.
Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia. Tamadun
China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan). Budaya yang lahir di dua

13
kawasan ini dikenali sebagai The Painted Culture dan The Black Pottery Culture.
Pada zaman permulaan tamadun China, beberapa dinasti telah muncul seperti Hsia,
Shang dan Chou. Pada masa ini, sistem pemerintahan beraja feudal menjadi amalan
manakala peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini. Pada masa tersebut juga,
telah muncul falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of
Thought. Selepas itu, muncul zaman pertengahan ataupun dipanggil zaman
keagungan. Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang. Tahap ini juga
dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam
pelbagai bidang seperti sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya.
Kemudian muncul zaman peralihan dimana merujuk kepada kedatangan atau
pencerobohan orang Gazar ke atas China. Pasa masa ini, negara China buat pertama
kalinya diperintah oleh orang luar. Pada abad ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol
pada masa pemerintahan Dinasti Song. Zaman terakhir pada tamadun China ialah
zaman moden yang memperlihatkan zaman cabaran kepada China. Pada masa
tersebut, pengaruh barat telah meresap ke dalam tamadun China. Akhirnya, pada 1893
sehingga 1842, China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Chandu. Kemudian
Barat telah memperkenalkan konsep ``Most Favored Nation. Tidak lama kemudian,
China telah mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan ``Gerakan
Menguatkan Diri pada tahun 1861 sehingga 1895 dan ``Reformasi Seratus Hari pada
1898 tetapi gagal.
Tamadun India mempunyai tiga tahap perkembangan iaitu zaman kino, zaman
pertengahan, dan zaman penjajahan Barat. Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku
sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m.
wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian
tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang
merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan
arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang
tinggi. Zaman kuno pada tamadun ini bermula pada 1500 sebelum Masihi sehingga
1200 Masihi. Ianya menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan
menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab.
Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula

14
dibahagikan kepada dua zaman iaitu Vedile Awal (1500 s.m. 100 s.m) dan Vedile
Akhir (1000 s.m. 500 s.m.) Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan
melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya
diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka. Mencapai
kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih penting dalam perkembangan
agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta
yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil. Pada
masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya. Bagi
zaman pertengahan pula, dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam
telah melahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal
ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal. Peringkat terakhir ialah Zaman
Penjajahan Barat (mulai 1750). Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah
Portugis (1498) di bawah Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan
perdagangan, politik, dan agama kristian. Kedatangan penjajah ini telah membawa
masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama
Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat.
Terdapat perbezaan dan persamaan di antara tamadun. Persamaan dan
perbezaan dapat dilihat dalam konteks wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang
berkongsi bersama antara manusia di dalam sesebuah tamadun. Ini kerana dalam
sesebuah tamadun, nilai-nilai dan budaya kesejagatan ini diamalkan oleh masyarakat
sebagai budaya dan nilai hidup masing-masing. Dalam memperkatakan tentang
tamadun juga adalahlebih mudah mencari perbezaan dan perbezaan masing-masing.
Perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat dari aspek-aspek yang
berbeza antaranya ialah alam sekitar, kekeluargaan dan kemasyarakatan, idea
intelektual, teologi dan pendidikan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kompenan yang sewajarnya hidup
dengan manusia. Oleh itu, kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan
perlu dijaga untuk manusia hidup di dunia seperti dalam Tamadun Cina ajaran
Konfucianisme menyatakan adalah penting bagi manusia menjaga keharmonian alam
sekitar dengan tidak melakukan sesuatu yang merosakkan unsur alam kerana ia akan
menjejaskan sistem kehidupan secara keseluruhannya. Dalam Tamadun Islam pula,
ajaran islam menjelaskan tentang kepentingan alam sekitar kerana kurniaan Allah

15
S.W.T yang dapat digunakan untuk faedah dan kepentingan kehidupan manusia. Malah
tugas manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini adalah untuk mentakbir
ala mini dengan sebaiknya. Tidak ada perbezaan yang didapati tentang kepentingan
menjaga alam sekitar ini. Semua tamadun bersetuju untuk menjaga alam sekitar
dengan baik. Namun yang mungkin berbeza adalah masyarakat setiap tamadun dari
segi ketelusan untuk menjaga alam sekitar berdasarkan masyarakat setiap tamadun. Ini
kerana ada masyarakat tamadun yang sanggup merosakankan alam sekitar dengan
kerakusan mereka mencipta kemodenan.
Dari segi kekeluargaan dan kemayarakatan pula, semua tamadun
menitikberatkan pembinaan nilai dan etika yang baik dalam sebuah masyarakta yang
bertamadun dan ianya bermula daripada institusi kekeluargaan. Dalam Tamdun
Cina,keluarga merupakan unit asas. Ajaran Konfusianisme yang menjadi asas kepada
Tamadun Cina memberi penekanan penting kepada hubungan kasih sayang dan hirarki
kuasa dalam hubungan sesama manusia. Bagi ajaran ini, kasih sayang antara manusia
ini kan mewujudkan ketenteraman dan harmoni. Kesetiaan dan pertalian yang erat juga
merupakan konsep kekeluargaan yang penting. Melalui konsep li menekankan lima
jalinan khusus iaitu hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak,
hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan
dengan kawan. Dalam Tamadun Islam juga memberi kepentingan kepada keluarga.
Islam memberi panduan pembentukan keluarga sejak dari peringkat asas lagi bagi
membentuk keluarga yang diingini. Setiap individu mesti memahami tanggungjawab
dan hak-hak berikut, hak dan tanggungjawab suami, hak dan tanggungjawab isteri, hak
dan tanggungjawab bapa, hak dan tanggungjawab ibu, hak dan tanggungjawab anak.
Dalam Tamadun India turut mementingkan kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk system sokongan yang
berbentuk fizikal dan kerohanian disamping dapat penerus zuriat.
Idea intelektual yang lahir oleh golongan intektual dalam sesebuah tamadun juga
ada persamaan dan perbezaan tertentu. Dalam Tamdun Cina, tokoh falsafah Kung Fu
Tze telah memperkenalkan Kod 17 melalui ajaran konfinianisme sebagai satu kod etika
atau panduan bagimelahirkan pemimpin yang baik dan bertanggunngjawab. Tokoh
islam dari Tamadun Islam seperti Abu Nasir al-Farabi atau al-Ghazali turut mempunyai
idea melahirkan kerajaan yang baik dan bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir al-

16
Farabi dalam bukunya Madianah Al-Fadhilah telah menggariskan cara-cara seharusnya
pemerintah memainkan peranan bagai mewujudkan sebuah pemerintahan yang baik
melalui sikap pemimpin yang telus, jujur, dan bertaqwa pada Allah S.W.T. sebagai
syarat penting kepada kewujudan kerajaan yang diingini. Dalam Tamadun India,
Kautilya turut membincangkan cirri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil.
Terdapat juga persamaan dan perbezaan dari sudut teologi bagi tamadun-
tamadun ini. Teologi adalan aspek tamadun spiritual yang penting bagi sesebuah
masyarakat. Kepercayaan kepada tuhan merukan pegangan setiap agama. Semua
agama membincangkan mengenai konsep monoteisme. Namun demikian, manisfestasi
konsep monoteisme Kristian, Yahudi, Hinduis dan Islam adalah berbeza. Semua agama
dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari Allah S.W.T. kecuali agama
hinduis. Agama Hinduis agak kabur dan tidak mempunyai pengasas ataupun nabi.
Agama yang ada nabi mempunyai persamaan tentang konsep hidup selepas mati dan
balasan diakhirat,konsep syurga, neraka, hari perhitungan dan pembalasan juga sama.
Sementara itu, Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi
merupakan sebuah ajaran moral dan etika. Disamping itu wujud juga perbezaan antara
agama Hindu dengan Buddhisme seperti konsep reinkarnasi ataupun penjelmaan
semula kerana konsep ini hanya terdapat dalam agama Hindu. Asalnya konsep ini
hanya digunakan untuk penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi perkembangan sejarah
Hindu kini memperlihatkan bahawa konsep ini juga dikaitkan dengan manusia.
Pendidikan umumnya memperlihatkan kemajuan sesebuah masyarakat
bertamadun. Ini kerana penghasilan artifak yang maju dan terkini oleh sesebuah
tamadun itu bergantung kepada sejauhmana masyarakat dalam tamadun itu mengusai
ilmu pengetahuan. Oleh itu semua tamadun mementingkan pendidikan kerana ia juga
melambangkan peribadi seseorang individu. Dalam Tamadun Islam konsep tauhid
memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Manakala dalam ajaran
Hindu transfomasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.
Secara konklusinya jelas terdapat perbezaan dan persamaan dalam setiap
tamadun. Seharusnya kita perlu menanam dan menjadi pendorong untuk kita bersikap
lebih menghormati, bekerjasama, bertoleransi kea rah kewujudan keamana dan
kesejahteraan manusia di dunia ini. Ini kerana dengan mengetahui persoalan-
persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan memberi peluang kepada semau

17
manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih pada masa
akan datang
Interaksi bermaksud hubungan, pertamuan, komunikasi dan lain-lain yang
berlaku antara kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. Interaksi antara tamadun
berlaku bertujuan untuk mengurangkan kekurangan dan meningkatkan kelebihan
supaya tamadun menjadi lebih stabil dan semakin membangun. Setiap tamadun
mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, melalui interaksi antara
tamadun pada peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan dapat
memastikan kelansungan tamadun masing-masing. Bersikap terbuka dan menerima
sebarang perubahan dari pengaruh tamadun lain sebenarnya akan memastikan
kesimanbungan dan kelansungan sesebuah tamadun itu.
Antara contoh-contoh interaksi dalam Malaysia ialah bahasa, kesenian,
kebudayaan, dan kesusasteraan. Interaksi antara tamadun wujud berdasarkan faktor
kepimpinan, peranan dari para ulama, geografi, perkahwinan, perdagangan, dan misi
politik.Kewujudan interaksi seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan
negatif. Tamadun yang wujud di Malaysia pada hari ini adalah hasil daripada interaksi
yang wujud di sepanjang sejarah dari dulu hingga kini. Interaksi antara tamadun yang
berlaku dari pelbagai aspek telah membangunkan tamadun di negara kita membentuk
sebuah tamadun yang berjaya.
Terdapat beberapa kesan positif daripada interaksi antara tamadun di Malaysia
dari sudut bahasa dan membentuk istilah-istilah lain dalam bahasa Melayu telah
meningkatkan pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek.
Contohnya istilah yang wujud yang diambil dari bahasa Cina ialah mesua, cincau,
taugeh, kuaci, kucai, tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), tocang, kekwa (bunga),
gincu, tahil, angklong, candu, pangkin, loceng, sampan, beca, sempua, cawan, tekoh,
dacing, taukeh, mahjong. Terdapat juga istilah dalam bahasa Melayu yang diambil dari
hasil interaksi dengan tamadun India. Antaranya ialah, bhumi (bumi), bhasa(bahasa),
nagaram(negara), danda (denda), dan akasah(angkasa). Terdapat juga istilah yang
telah digunakan yang berasal dari interaksi antara tamadun Malaysia dengan tamadun
islam iaitu iman, taubat, solat, redha, fikir, akhir dan faham. Hasil gabungan daripada
istilah-istilah tersebut telah meningkatkan pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu
dalam pelbagai aspek. Jika bahasa Melayu tidak menerima istilah dari bahasa yang

18
lain, maka bahasa Melayu mengalami kelemahan dalam merujuk sesuatu benda seperti
bahasa atau perkataan dalam bidang ilmu.
Selain daripada itu, interaksi antara tamadun juga telah menyumbangkan kesan
posotif dari sudut kebudayaan, adat resam dan hiburan. Contoh kesan interaksi antara
tamadun Melayu dan India telah mewujudkan amalan seperti wanita hamil perlu
membawa pisau bagi melindungi diri dari semangat jahat dan prinsip ini mempunyai
persamaan dengan tamadun India yang membawa pisau bertujuan untuk mengelakkan
dari sihir atau hantu-hantu yang jahat. Selain itu, dari sudut hiburan terdapat persamaan
antara tamadun Melayu dengan Tamadun India seperti ronggeng, boria, wayang kulit
dan mak yong. Selain itu, interaksi dari sudut kebudayaan dan kesenian dengan
tamadun Cina dengan ketara dapat dilihat melalui wujudnya komuniti Baba dan
Nyonya. Baba dan Nyonya menetap kebanyakannya di Melaka sejak awal kurun ke-17.
Selain itu, seni bina masjid seperti masjid Tanjung Kling dan Masjid tengkera
mempunyai ukiran yang berbentuk seperti pagoda. Dalam bidang seni lukis dan
kaligrafi dalam tamadun Melayu yang menggunakan cat minyak adalah menyerupai
dengan tamadun Cina. Kesan interaksi kebudayaan,kesenian,adat resam dan hiburan
ini telah memberi kesan positif seperti tamadun Melayu menjadi lebih menarik,indah
dan pelbagai.
Interaksi antara tamadun memberi kesan yang positif dengan semua dasar
pendidikan negara mengetengahkan aspek memupuk perpaduan dan kesepakatan
antara masyarakat dalam pendidikan seperti yang terdapat dalam penyata Barnes,
penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, penyata Razak, penyata Rahman
Talib, Dasar pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan.
Melalui interaksi sebegini dapat meningkatkan lagi perpaduan antara kaum lain dan
dapat juga mengelakkan berlaku persengketaan.
Dasar integrasi nasional yang diwujudkan adalah untuk membentuk identiti
nasional dalam kalangan kaum yang pelbagai dan berbeza dari segi kebudayaan,
sosial, dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Pada 27 Oktober 1990,Malaysia telah
menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Kementerian telah memberi kesan seperti meningkatkan perpaduan masyarakat,
membangunkan masyarakat orang asli,memajukan dan membantu penglibatan wanita
dalam pembangunan negara.

19
Bahasa Melayu merupakan alat perpaduan. Kesannya ialah bahasa Melayu akan
menggalakkan komunikasi antara kaum yang berbeza untuk berkomunikasi dan
seterusnya akan mengekalkan interaksi antara kaum terus berlaku. Bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi negara (perkara 152) dan digunakan dalam acara rasmi dan
setiap individu tanpa mengira latar belakang kaum mesti belajar menggunakannya.
Terdapat juga kesan negatif melalui interaksi antara kaum ini. Antaranya ialah
berlaku jurang perbezaan antara ekonomi. Semasa pemerintahan penjajah, mereka
tidak mengambil berat tentang kebajikan dan masalah rakyat tempatan. Malahan pihak
penjajah lebih mementingkan golongan imigran berbanding rakyat tempatan. Hal ini
menyebabkan rakyat tempatan hidup dalam kemiskinan dan kesusahan manakala
golongan imigran hidup dalam kemewahan dan kesenangan.
Antara kesan negatif lain terhadap interaksi antara tamadun di Malaysia ialah
dari aspek sosial, jurang perbezaan yang berlaku dalam sektor ekonomi turut
mempengaruhi sosial. Pengaruh daripada ekonomi moden telah menjadikan
masyarakat Melayu peribumi dan struktur masyarakat berubah kepada kompleks dan
berkelas-kelas. Kesan negatif ini juga seperti mewujudkan susun lapis dan kelas
masyarakat yang berlandaskan lunas perkauman.
Kesan negatif yang lain juga adalah pencapaian yang tidak seimbang seperti
yang terdapat dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Sistem pendidikan penjajah telah
mewujudkan sekolah mengikut kaum dan ditempatkan berasingan mengikut tempat
tinggal masing-masing. Pengasingan ini telah menyebabkan perpaduan antara kaum
tidak berlaku dan mengelakkan dari lahir semangat perpaduan dan nasionalisme serta
patriotisme antara masyarakat. Selain itu,pengasingan dari sudut pendidikan ini telah
menyebabkan interaksi antara kaum kurang berlaku seterusnya akan menyebabkan
tamadun tidak membangun dan mundur. Hal ini,memberi peluang kepada penjajah
untuk terus berkuasa dan menakluki tanah Melayu. Sebagai rakyat Malaysia, kita
seharusnya berusaha gigih bagi mencapai yang terbaik untuk negara selain dari
mencurahkan setia dan bakti sebagai seorang rakyat yang sayang akan negara.
Hari ini pakar bidang sejarah menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog
(The Age of Dialogue yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu).
Pertukaran ini berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh
perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat. Dalam konteks Barat juga dialog

20
telah menjadi satu keperluan baru akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa
pelbagainya masyarakat manusia di dunia ini dari segi geografi, budaya dan agama.
Dan seperti yang telah dijelaskan, kesedaran mengenai kepelbagaian ini berlaku oleh
sebab berkembangnya teknologi ICT dan teknologi transportasi misalnya yang
membuatkan dunia semakin kecil. Perkataan dialog ialah istilah bahasa Inggeris,
dialogue. Maksud perkataan tersebut ialah pertama, perbicaraan, perbualan,
percakapan, kedua pertukaran pendapat, dan ketiga tanya jawab. Berasaskan maksud
tersebut, dialog boleh diertikan sebagai suatu percubaan antara dua belah pihak yang
berlainan pendapat, kepercayaan atau pandangan untuk melakukan satu aktiviti
pertukaran pendapat, dengan tujuan menambahkan pengetahuan, meningkatkan
kefahaman dan seterusnya membolehkan wujudnya sikap saling memahami antara
kedua-dua belah pihak. Perkataan peradaban pula didefinisikan sebagai
tamadun,keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani bagi
sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya, menurut Kamus Dewan keluaran tahun
2005. Justeru, Dialog peradaban adalah suatu perbincangan yang dilakukan oleh dua
pihak atau lebih, yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tujuan utamanya adalah
untuk saling belajar antara satu sama lain sehingga pihak masing-masing dapat
mengubah pandangannya dan meningkatkan kefahaman agamanya. Dialog bukanlah
satu pendebatan.
Dialog peradaban amat penting untuk menjamin perkembangan tamadun yang
harmoni di Malaysia. Dalam konteks tamadun Malaysia, dialog antara budaya atau
peradaban bertujuan untuk menjelaskan asas-asas kewujudan budaya (the foundation
of the way of being of the participating cultures) yang mengambil bahagian di dalam
pembinaan tamadun Malaysia tersebut. Pada tahun 1999 di dalam The Islamic
Symposium on Dialogue, negara-negara OlC telah menerbitkan sebuah deklarasi
mengenai dialog peradaban. Deklarasi ini telah diterima pula sebagai satu resolusi
semasa Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu yang telah mengisytiharkan
tahun 2001 sebagai tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia. Di antara lain deklarasi
yang dikemukakan ke persada dunia oleh negara-negara Islam ini telah dipandu oleh
ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama Islam mengenai kebolehan manusia, keadilan,
toleransi, meraikan kepelbagaian umat manusia serta peningkatan dialog untuk saling

21
memahami berdasarkan sifat saling menghormati. Justeru, dialog peradaban amat
penting bagi menjamin sesebuah masyarakat yang harmoni, lebih-lebih lagi Malaysia
dimana rakyatnya berbilang kaum. Dengan dialog peradaban, konflik dan
pertembungan antara peradaban akan dapat di selesaikan. Oleh sebab itu, langkah-
langkah yang sistematik perlu dijalankan pada peringkat global dan lokal untuk
menerapkan nilai-nilai murni menerusi dialog antara peradaban. Sesungguhnya
perbezaan antara peradaban-peradaban bukanlah satu masalah tetapi satu peluang
untuk kita mendekati, mengenali, berinteraksi, bersefahaman dan bekerjasama serta
bertoleransi membina sebuah masyarakat yang aman dan harmonis.
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berdialog adalah satu
tanggungjawab bagi orang-orang Malaysia hari ini. Memahami hakikat ini YAB
Perdana Menteri kita telah menekankan betapa penting dan perlunya diadakan Dialog
Antarabangsa sebagai satu-satunya jalan mencari keamanan di dalam dunia yang
dipenuhi kebencian, kecurigaan dan keganasan khususnya selepas peristiwa
September 11 tahun 2001. Beliau menekankan bahawa hanya melalui dialog akan
dapat ditanamkan rasa penghargaan, pemahaman dan penerimaan yang sebenar akan
hakikat pelbagainya peradaban, budaya dan agama di dunia ini di samping sebab-
sebab sebenarnya terorisme wujud. Satu aspek dialog peradaban Malaysia hari ini ialah
usaha mengadakan pelbagai seminar dan bengkel menjelaskan gagasan Islam Hadhari
contohnya. Dengan mengambil contoh daripada pucuk pimpinan kita, kita dapat melihat
pelbagai pihak di dalam negara telah mengatur langkah dan menjalankan program bagi
menjayakan cita-cita murni tersebut. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan
penghormatan terhadap konsep teras tamadun Malaysia. Bersesuaian dengan objektif
dialog peradaban menurut Laporan Persidangan Antarabangsa, dialog peradaban
penting bagi mewujudkan sikap saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman
sejarah dan realiti kebudayaan yang wujud. Selain itu, ianya penting bagi melahirkan
sikap toleransi terhadap pemikiran peradaban yang lain. Ini merujuk terhadap aktiviti
sedia mendengar dari peradaban orang lain. Seterusnya, bagi mewujudkan sikap
lapang dada dan keterbukaan terhadap pandangan semesta orang lain dengan
akomodasi dalam perspektif diri. Dengan itu, dialog peradaban dapat menghalang
daripada terjadinya konflik di peringkat antarabangsa, nasional dan peringkat tempatan

22
melalui pengurangan kesalahfahaman dan ketidakpercayaan. Ia juga mempunyai
potensi yang sangat besar untuk menyelesaikan ekonomi semasa dan masa depan,
sosial dan masalah-masalah politik melalui perkongsian pengalaman seterusnya dapat
mencari penawar kepada pelaksanaannya.
Sebagai kesimpulannya, sesebuah tamadun sebenarnya bergantung kepada ciri-
ciri dan sikap sesebuah masyarakat yang dipamerkan selain daripada dasar
pembangunan sesebuah negara. Bagi mengekalkan ciri-ciri dan dianggap bertamadun,
kita mestilah sentiasa menjaga perilaku diri di samping berusaha teguh untuk menjaga
nama baik negara. Secara tidak langsung, kita dapat menyahut slogan Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sekaligus konsep 1 Malaysia dapat dicapai.

BIBLIOGRAFI

Zuraini Hj.Jamil @ Osman dan Ahmad Yunus Kasim, 2006. Modul Titas-
Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Perak: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Ong Loo Chen, Dianne Khoo, dan Norhaslinda Harun, 2006. Vvisi Baru
Emas Sejarah Tingkatan 4 dan Lima, Shah Alam: SNP Panpac (M)
Sdn.Bhd

23
http://writer.zoho.com/public/kamalshah/Kuliah-1--Konsep-Tamadun-
Islam1/fullpage

http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-
tamadun.html

http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2005/07/pengenalan-ilmu-
ketamadunan.html

http://cikgumini.lefora.com/2009/04/26/konsep-tamadun/

http://myais.fsktm.um.edu.my/5543/1/2-
Peranan_Dialog_Peradaban_di_dalam_Wacana_Tamadun_Malaysia.pdf.

http://ummatanwasatan.net/?p=213

24

Anda mungkin juga menyukai