Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan


diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.
Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses
pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai keupayaan untuk
mengawal proses berkenaan.
Chaffee (1988) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan
yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.
Swartz (1989) menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu
bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran memerlukan
kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan menyepadukannya dengan maklumat
baru.
Proses ASIMILASI dan AKOMODASI terlibat dalam keseimbangan (EQUILIBRIUM)
memperoleh pengetahuan (Piaget, 1952)
Edward de Bono (1976) : kemahiran pemikiran adalah perkaitan dgn pemikiran lateral yang
bukan sahaja untuk selesaikan masalah tetapi berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai
perspektif bagi selesaikan masalah.
Berdasarkan beberapa definisi di atas maka takrifan kemahiran berfikir dapat disimpulkan
sebagai pemikiran yang mempunyai ciri-ciri proses mental yang memerlukan pengetahuan,
melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu bagi digunakan untuk menyelesai masalah dan
menentukan tingkah laku yang hendak dihasilkan sebagai sikap yang ditunjukkan.

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR


Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan
untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitive). Dengan penggunaan akal yang bijak, manusia
dapat membuat:
a) Proses Penaakulan iaitu memberikan sebab (reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.
Contohnya mengapa berlaku pasang surut air laut.
b) Pembentukan konsep iaitu berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan
dirumuskan sebagai konsep dan teori.

1
c) Memahami fenomena yang diperhatikan hasil daripada pemerhatian keadaan yang
berlaku di sekeliling kita. Contohnya bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.

Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati.Seseorang yang bijak akan menggunakan akal
dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas. Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus
memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain. Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang
mengajak manusia untuk berfikir. Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR


Aspek yang penting untuk belajar berfikir adalah keupayaan memindahkan kemahiran yang
sudah dipelajari kepada situasi yang baru. Kemahiran berfikir penting dalam proses meninggikan
lagi keupayaan menangani masalah kerana melaluinya kita dapat mengawal, menentukan arah dan
mengukur kemajuan tindakan. Kita juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari
dengan lebih produktif. Penting bagi kita agar dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang terurus dalam kehidupan.

KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH


Socrates: menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan
seseorang untuk menjana idea yang bernas. Untuk menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras
tinggi” harus digunakan. Soalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :-
 Mengapa
 Kenapa
 Bagaimana
Soalan “aras rendah” :-
 Siapa nama awak?
 Bila
 Siapa
Idea Socrates telah dikembangkan oleh anak murid beliau seperti Plato dan Aristotle (ahli falsafah
Greek). Pada 1956, Bloom memperkenalkan istilah Aras Pemikiran (Taksonomi Bloom).

2
Taksonomi Bloom

Pengetahuan - Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep.


Contoh : siapa nama awak? Bakar
Pemahaman - Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dalam situasi yang berlainan
dengan perkataan sendiri.
Contoh : jelaskan makna fotosintesis

Aplikasi - Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yang baru.
Contoh : anda dibekalkan dengan alat untuk proses fotosintesis, cuba lakukan...

Analisis - Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kepada bahagian-bahagian dan mengenal
pasti perkaitan antaranya.
Contoh : fotosintesis perlu air, cahaya dan sebagainya.

Sintesis - Kebolehan mencantumkan unsur-unsur supaya mendapat satu corak yang bermakna.
Contoh : pelajar-pelajar diberi maklumat dan data.

Penilaian - Kebolehan menilai idea, konsep atau tindakan.

Krathwohl et.al (1964) menghasilkan taksonomi domain afektif dalam proses berfikir.
a) Maklum balas tentang perasaan :
 Geram
 Mata merah
 Menangis

b) Maklum balas tentang emosi :


a. Sedih
b. Kecewa

c) Ada pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara.

3
DOMAIN KOGNITIF
1. Bloom (1956) mengkategorikan domain kognitif kepada 6 aras :

Pengetahuan aras rendah (low order or convergent )


Kefahaman
Aplikasi
Analisis aras tinggi (high order or divergent )
Sintesis
Penilaian

2. Beyer (1992) mengemukakan model ‘Functional Thinking’.

Lingkaran 1 : Mengingat & menyimpan fakta

Lingkaran 2 : Memproses & penaakulan


Lingkaran 3 : Pemikiran kritis & kreatif
Lingkaran 4 : Menyelesaikan masalah, membuat
keputusan & menjana konsep.
Metakognitif

Meta kognitif pengetahuan dan kesedaran yang wujud pada seseorang yang membolehkan
mengawal proses berfikir serta aktiviti yang dijalankan.

METAKOGNITIF
1. Metakognitif ditakrifkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran yang
wujud pada seseorang yang membolehkannya mengawal proses berfikir dan aktiviti yang sedang
dijalankan. Ia merupakan kebolehan seseorang mengaplikasi strategi, membuat perancangan,
menganalisis, dan menilai bagi melahirkan idea atau membuat sesuatu.

4
2. Brown (1980) menakrifkan metakognitif sebagai kesedaran atau pengetahuan seseorang untuk
mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya.

3. Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir dipengaruhi oleh faktor umur
dan pengalaman seseorang.

4. Beyer (1992) menjelaskan metakognitif merangkumi kebolehan seseorang untuk merancang,


membuat pemantauan dan menilai sesuatu keputusan atau kenyataan yang ingin diutarakan. Ia
terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif.

Terdapat tiga perkara yang dikawal dalam proses metakognisi iaitu;


i) Perancangan: Kebolehan menyatakan matlamat, memilih operasi, mengatur operasi, dan
mengenal pasti halangan.
ii) Pengkonsepan: Kebolehan diri untuk sentiasa sedar tentang matlamat, menentukan
aktiviti dan operasi seterusnya, mengesan kesilapan atau halangan dan tahu cara
mengatasinya.
iii) Penaksiran: Kebolehan menilai tahap pencapaian matlamat, menilai kesesuaian prosedur,
dan kualiti hasil kerja.

DOMAIN AFEKTIF

Domain Afektif menekankan kepentingan elemen perasaan, kepercayaan, keyakinan diri dalam
membuat keputusan, memberikan pendapat, membentuk personaliti dan pegangan hidup seseorang.
Krathwohl et.al (1964) mengkategorikan domain afektif kepada :
Penerimaan ( receiving)
Tindak balas (responding)
Menilai (valuing)
Menyelaras sistem nilai (organizing a value set)
Mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks.

5
Peringkat Contoh Aktiviti Tingkah Laku
Afektif
1 Penerimaan  Membina sikap toleransi terhadap pelbagai kaum dan
bangsa.
(Pemerhatian`)  Mendengar pertuturan berkaitan dengan agama, bangsa dan
adat resam kaum lain.

 Menunjukkan kesediaan dan kerelaan bekerjasama dengan


2 . Membuat orag lain.
gerak balas  Mematuhi undang-undang lain jalan raya
 Meminati persekitarannya- puas hati membantu menjaga
lanskap.
2. Mengharg
ai/ Menilai  Berkerjasama sacara aktif untuk mengaturkan
persembahan.
 Setia kepada sesuatu kumpulan sebagai seorang ahli.
3. Organisasi
 Penerimaan peranan agama dalam kehidupan sendiri dan
/
keluarga.
Menyelaraska
n
 Membentuk teknik mengawal perasaan yang terdapat dalam
kebudayaan kita.
 Menerima mengikut batasan kebolehan, minat dan keadaan
4. Mengamal
fizikal.
kn /
Perwataka
 Sedia mengubah pertimbangan, atau tingkah laku mengikut
n oleh
maklumat baru.
sesuatu
 Menggunakan cara yang objektif dan perancangan
nilai atau
sistematik untuk mengatasi sesuatu.
kompleks
 Membentuk tingkah laku berdasarkan prinsip-prinsip etika
nilai.
untuk panduan kehidupan sehari-hari.

6
Morgan & Saxton (1991) mentakrifkan soalan domain afektif sebagai ‘questions of feelings’
(soalan berasaskan perasaan). Soalan domain afektif memerlukan murid bergerak balas terhadap
kenyataan tentang perasaan, emosi, pendapat, sikap dan kepercayaan. Soalan tahap ini dikategorikan
sebagai soalan aras tinggi kerana ia melibatkan pemikiran ‘divergent’ dalam membuat pertimbangan
atau memberi pendapat.

Contohnya : Lagu NegaraKu dimainkan.


Penerimaan : Mendengar dan hormat lagu itu
Tindak balas : Turut sama menyanyikan
Nilai : Meneliti nilai-nilai dalam lagu itu
Selaraskan : Menyesuaikan nilai diri dengan nilai dalam lagu
Mengamalkan: Nilai dalam lagu dapat diterap dan diamalkan dalam kehidupan

KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS


1. Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju.
2. Memupuk dan mewujudkan pemikiran yg baik.
i. Kesimpulan yang dibuat boleh dipercayai
ii. Keputusan yang dihasilkan lebih bijak.
iii. Perkara dapat dikaji lebih mendalam.
iv. Kritikan yang dibuat lebih membina.
3. Memperkembangkan daya intelek.
4. Mengelakkan kesilapan berfikir.
i. Terburu-buru : tidak meluangkan masa untuk meneliti faktor yang terlibat
ii. Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi
iii. Kabur : tidak mengorganisasi maklumat dan pemikiran dengan jelas
iv. Bercelaru : tidak mempertimbangkan semua faktor secara sistematik

Secara amnya, Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2 domain iaitu Kemahiran Berfikir
secara kritis dan Kemahiran Berfikir secara kreatif. Kesemua Kemahiran Berfikir secara kritis dan
kreatif akan digunakan untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran Berfikir Secara KritisDan Kreatif


7
Kemahiran Berfikir Secara Kritis Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

1. Membanding dan membeza 1. Menjana dan menghasilkan idea


2. Membuat kategori baru
3. Meneliti setiap bahagian 2. Mencipta metafora (perumpamaan)
4. Menerangkan sebab 3. Mencipta analogi (penyamaan)
5. Menyusun mengikut turutan 4. Mencipta definasi
6. Mengusul periksa andaian
7. Membuat inferens
8. Membuat ramalan
9. Mengesahkan sumber maklumat
10. Membuat generalisasi
11. Membuat kesimpulan

Membuat keputusan dan


menyelesaikan masalah

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MENYATAKAN PENDAPAT


1. Kemahiran Berfikir dapat digunakan untuk menyakinkan seseorang dalam mengemukakan
dakwaan dan memberikan hujah. Contohnya menjadi ejen insurans.
2. Ciri – ciri dakwaan :
a. Terdiri daripada ayat-ayat pernyataan. Cth: kemahiran berfikir itu mudah.
b. Mempunyai nilai kebenaran samada ayat itu benar atau tidak benar.
cth:ayat arahan
c. Kenyataan tersebut dalam bahasa yang difahami.
3. Pernyataan hujah :
a. Bertujuan untuk menyakinkan dakwaan
b. Isu bagi sesuatu hujah dikenali sebagai penutup hujah (kesimpulan).
c. Kenyataan yang menyokong sesuatu hujah dan menghala ke arah kesimpulan dikenali
sebagai “PREMIS”

8
KOMPONEN TEORI PELBAGAI KECERDASAN

Komponen Maksud Aktiviti boleh dijalankan


Kebolehan mengguna bahasa, menulis, membaca, menulis
Kecerdasan
makna perkataan, dan hubungan sajak, perbahasan
Linguistik
antara perkataan
Kecerdasan ruang Kebolehan membuat gambaran merumus dalam bentuk carta,
dalam minda atau bentuk nyata peta minda, melukis,
membuat hiasan, lukisan
bangunan
Kecerdasan Memahami, menghasilkan, dan Bayangkan bunyi burung,
muzikal peka terhadap struktur muzik bunyi hutan, hasilkan lagu
Kecerdasan Kemahiran mengguna dan Menari, bermain bola, aktiviti
kinestetik mengkordinasi bentuk badan psikomotor
Kecerdasan Kebolehan menaakul dalam Menyelesaikan masalah
logikal - matematik dan sains matematik, membuat
matematik kesimpulan hasil eksp.
Kecerdasan Kebolehan berinteraksi, memahami Aktiviti berkumpulan,
interpersonal perasaan, fikiran dan perlakuan perbincangan, berkenalan
orang lain
Kecerdasan Memahami dan menilai diri sendiri Reflek diri, kenalpasti
intrapersonal secara mendalam matlamat diri dan minat
sendiri
Kecerdasan emosi Keupayaan mengenal dan Dapat memotivasi diri dan
memahami emosi sendiri dan orang mengurus emosi (displin diri)
lain
Kecerdasan Minat terhadap hidupan
Mengenalpasti flora dan fauna
naturalistik sekeliling
Peka terhadap alam sekitar

ALAT BERFIKIR
Penggunaan alat berfikir membantu meningkatkan kemahiran berfikir. Alat berfikir dapat membantu
menyampaikan idea dengan lebih tersusun , jelas dan mudah difahami. Otak akan lebih mudah

9
mengingat jika maklumat dapat disusun dalam suatu corak yang sistematik dan menunjukkan
perkaitan konsep. Alat berfikir yang boleh diadaptasikan adalah seperti peta minda, pengurusan
grafik, soalan dan penyoalan, dan Cort 1.

ALAT BERFIKIR CORT


Diperkenalkan oleh Edward de Bono (1997). Beliau telah memperkenalkan cort pada 1970-an dan
telah memperkenalkan 6 cort (6 jenis projek). Menghasilkan tidak kurang 30 buah buku berkaitan
kemahiran berfikir dan menggunakan konsep literal thinking (meluaskan pandangan) dan vertical
thinking (melihat secara mendalam).

Cort bermaksud Cognitive Research Trust.

Cort 1 bertujuan utk meluaskan persepsi (pandangan) seseorang ttg sesuatu


idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan
berkesan.
Cort 2 mengorganisasi proses berfikir
Cort 3 pemikiran kritis (kritik)
Cort 4 pemikiran kreatif (hasilkan sesuatu yg baru)
Cort 5 maklumat yg diterima dan kesan efektif (perasaan)
Cort 6 tindakan

RUJUKAN:

1. Beyer, B.K. (1987). Practical strategies for the teaching of thinking. Boston : Allyn and
Bacon.

10
2. Elias, Maurice, J. et. al. (1997). Promoting social and emotional learning: Guidelines for
educators. Virginia: ASCD.

3. Epstein, R.L. (1999). Critical thinking. Belmont: Wadsworth Publishing Co.

4. Goleman, D. (1996). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. New York:
Bantam Books.

5. Abdul Fatah Hasan (1996). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak
dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Pub.

6. Abdul Fatah Hasan (1998). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran.
Kuala Lumpur: PTS Pub. & Dist. Sdn Bhd

7. John Arul Phillips (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan. Kuala
Lumpur: Utusan Pub.

8. Poh Swee Hiang (1996). KBKK: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kuala
Lumpur : Budiman

9. Som Hj. Nor dan Dahlan (2000). Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Longman

10. Tajularipin dan Maria Chong (2004). Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran Sains. Shah
Alam : Karisma Publications

11

Anda mungkin juga menyukai