Anda di halaman 1dari 9

Topik 1: Siri 3

Soalan 1

(i). Sumber tamadun pertama adalah Ilmu, kerana dengan kurnian Tuhan iaitu ilmu pengetahuan,
manusia membina tamadun dan peradaban, melalui idea, pemikiran mereka, penciptaan dan
inovasi yang dibawa oleh masyarakat, ahli-ahli falsafah Yunani yang Agung seperti Socrates,
Plato dan Aristotle, dan tokoh-tokoh Islam iaitu Ibn Sina dan Ibn Khaldun.

(ii). Sumber tamadun yang kedua adalah dengan cara Pemikiran, kebudayaan dan pembangunan
bangsa, tamadun-tamadun awal manusia seperti Yunan, Mesopotamia dan mesir telah
berkembang. Serentak dengan perkembangan Ilmu dan Pemikiran , pelbagai ciptaan contohnya
Colosseum, Pantheon dan Cirsus Maximus iaitu ketika kerajaan Romawi mempunyai monumen
yang dikagumi sehingga hari ini.

(iii). Sumber yang ketiga adalah sumber Material yang terdiri daripada hasil bumi yang terdapat
dalam tamadun itu sendiri. Contohnya terbina tamadun Mesir kerana sumber tamadun itu adalah
daripada Sungai Nil dan sungai ini adalah sumber kepada ekonomi dan membentuk tamadun
yang maju dan hebat pada ketika itu. Contohnya lahir kota Memphis dan kota ini telah lahir
sebelum zaman Nabi Yusuf.

(iv).Sumber yang keempat adalah sumber Agama. Agama membentuk satu trademark setiap
tamadun, iaitu cara berfikir, cara pertuturan, berpakaian, etika dan berkomunikasi adalah hasil
daripada agama itu. Agama itu mempunyai hubungan yang rapat dengan tamadun, bangsa dan
negara. Contohnya, sumber rujukan Ilmu dan sumber utama tamadun Islam adalah Al-Quran
yang berbentuk saranan, suruhan serta larangan dan juga sumber wahyu Sunnah dan lain-lain
lagi.

Soalan 2

Adakah Tamadun itu bertembung dengan Agama, Budaya dan Bangsa.?Sebenarnya, tamadun,
budaya, agama dan bangsa saling berkait-rapat dan saling mempunyai hubungan.

Sebuah bangsa perlu mempunyai budaya. Bangsa dipengaruhi oleh agama. Dari agama ini
membentuk tamadun. Dari agama ini membentuk budaya. Dari agama juga dianuti oleh bangsa.
Kesemuanya saling berkait-rapat, bermakna Tamadun tidak mempunyai masalah dengan Agama,
Budaya dan juga Bangsa.

Terdapat perbezaan antara Tamadun dengan Budaya kerana:

(i). Pengaruh tamadun kekal lebih lama berbanding pengaruh budaya.

Contohnya masyarakat Jepun, mereka setia kepada Maharaja, kerana itu adalah satu tamadun
masyarakat Jepun. Sistem politik Jepun telah berubah dari dahulu. Cara mereka berpakaian dan
memilih jenis makanan yang juga merupakan pengaruh budaya kerana telah mengalami banyak
perubahan dalam tempoh-tempoh sebelum ini.

(ii). Tamadun bersifat universal merentasi sempadan geografi dan budaya. Tamadun melampaui
batas kenegaraan sedangkan budaya terhad kepada wilayah negara tertentu. Contohnya, tamadun
Islam mengandungi beberapa budaya mengikut negara. Budaya masyarakat Islam di rantau Asia
berpakaian iaitu berbaju kurung, dengan cara berpakaian masyarakat Arab yang perlu memakai
purdah atau jubah. Mereka berada di bawah satu tamadun iaitu tamadun Islam, tetapi hanya
budaya sahaja yang berbeza.

Soalan 3

Persamaan dan perbezaan antara tamadun.

Perbezaan yang sangat ketara di-antara tamadun adalah berbezanya dari sudut Agama. Sekiranya
agama itu sama, maka pasti menyembah tuhan yang sama. Secara umumnya, setiap tamadun
mempunyai persamaan dari sudut nilai etika dan moral mengenai isu-isu seperti, Alam Sekitar,
Keluarga, Komuniti atau Masyarakat, Kerajaan yang memerintah pada waktu itu, Ekonomi,
Pendidikan dan Kesihatan.

Elemen-elemen ini di setiap tamadun adalah sama. Contohnya kerajaan Islam yang memrlukan
kerajaan yang dipimpin oleh pemerintah yang adil, begitu juga dengan Tamadun Cina, Tamadun
India, Tamadun Mesir yang dahulu dan juga Tamadun Barat Contemporary hari ini.

Topik 2: Siri 1 Jawapan

1) Jelaskan maksud tamadun Islam dari sudut bahasa, istilah dan pandangan sarjana.
Definisi Tamadun Islam:
i. Bahasa – Islam berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud selamat,
berserah, tunduk dan patuh kepada Allah.
ii. Istilah – Berserah, tunduk, patuh kepada Allah dengan melaksanakan segala
perintah Allah dan Rasul-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Contohnya,
menunaikan solat dan menunaikan zakat. Islam bukanlah agama yang
mempromosikan keganasan.
iii. Pandangan Sarjana – Ibn Khaldun, nama sebenarnya, Abdur Rahman Abu Zaid
Waliuddin Bin Khaldun, terkenal di dalam bidang sejarah dan sosiologi. Beliau
menjelaskan tamadun merupakan pencapaian manusia yang sudah melebihi
keperluan asasi kehidupan dan membuka jalan kearah pemikiran dan penghasilan
daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni iaitu Syumuliah. Ini
termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian serta peralatan rumah.
Sarjana-sarjana Islam yang turut menyumbang kepada definisi tamadun Islam,
antara lainnya, Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Muhammad Rasyid Redha,
Sayyid Qutb, Siti Hawa, ‘Umar’ Audah Al-Khatib dan Muhammad Al-Bahiy.
2) Cipta satu ayat yang menggambarkan kefahaman anda berhubung istilah madaniyah,
hadharah dan umran.
Dalam bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk menerangkan
konsep tamadun iaitu ‘umran’, ‘hadharah’ dan ‘madaniyah’.
Istilah ‘umran’ (terbitan kata ‘amara’), bererti kawasan tanah yang didiami, tinggal
menetap dan berkembang subur maju dimana salah satu diantara ciri-ciri utamanya
adalah pegangan agama yang kuat, manakala ‘hadharah’ bermaksud satu wilayah,
daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan yang berlawanan dengan
perkataan ‘badwi’ atau ‘badawah’ iaitu hidup di tepi-tepi bukit yang jauh dari kemajuan,
manakala ‘madaniyah’ atau ‘city’ (bahasa latin) yang mempunyai banyak persamaan
dengan perkataan ‘madinah’ yang membawa erti membina, mendirikan bandar,
menaikkan taraf ke tahap beradab, menghaluskan budi pekerti dan kebudayaan yang
luhur, menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan.

3) Apakah pula yang anda faham dengan konsep tamadun Islam?


Keimanan, kekuasaan dan kemanusiaan di dalam pandangan semesta Tamadun Islam.
Konsep keimanan- diberi maksud Tauhid, hanya beriman kepada Allah, dasar, hukum
dalam al-Quran.
Konsep kekuasaan- dalam pandangan semesta Islam, Allah adalah pencipta, penguasa,
pemilik alam dan manusia. Manusia hanya pemegang amanah dan melaksanakan kuasa
dalam menguruskan alam.
Konsep kemanusiaan- manusia telah diberikan tanggungjawab tertentu yang wajib
ditunaikan, bukan sahaja tanggungjawab sesama manusia, tetapi juga dengan alam,
haiwan dan tumbuhan. Manusia berasal daripada satu keturunan iaitu Nabi Adam dan
Hawa yang telah dicipta daripada tanah dan akhirnya berkembang biak manusia di muka
bumi ini.
Konsep tamadun Islam dapat dipecahkan kepada tiga iaitu akidah, syariah dan akhlak.
Agama menjadi dasar utama pembentukan tamadun Islam. Daripada agama terbentuknya
akidah atau falsafah atau budaya. Dari akidah pula terbentuknya sosial dan bahasa.
Apabila agama mendasari sosial, budaya dan falsafah, maka terbentuknya sebuah negara,
bandar serta wilayah.

4) Perincikan 4 Asas Tamadun Islam.


i. Akidah- keyakinan kepada Tuhan yang berasaskan Tauhid iaitu kepercayaan dan
keyakinan. Akidah adalah mekanisme dan prasyarat yang menyatukan umat Islam
di dunia.
ii. Syariah- peraturan Ilahi (syariat) atau undang-undang yang mengatur hidup atau
hubungan manusia dengan Tuhan, sesama manusia, dengan alam, haiwan dan
tumbuhan.
iii. Akhlak- akhlak merupakan asas tamadun Islam kerana akhlak yang mulia
terbentuk daripada akidah, budi pekerti, perangai, sikap agama atau tabiat
seseorang.
iv. Ilmu- ayat pertama yang dirunkan ke muka bumi ini daripada surah al-Alaq, yang
bermaksud “baca, daripada baca itu kita perlu menuntut ilmu” dan ayat itu
memberi pesanan kepada penganut Islam agar menuntut Ilmu pengetahuan kerana
dengan ilmu inilah manusia akan lebih terbuka dan dapat membezakan baik dan
buruk dalam kehidupan. Ayat itu mempunyai hikmah tersendiri, seperti
contohnya, kenapa Islam melarang minum arak dan mengapa Islam melarang
memakan haiwan yang tidak disembelih mengikut cara Islam.

5) Nyatakan 5 keistimewaan Tamadun Islam.

i. Bersumberkan al-Quran dan Sunnah- Tamadun Islam berbeza dengan


tamadun-tamadun lain kerana didasari nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan.
Sumber matlamat dan tujuan kehidupan manusia ditetapkan oleh Allah dan al-
Quran sebagai kitab Allah diturunkan kepada manusia mengandungi segala nilai,
dasar, prinsip serta hukum yang menjadi bimbingan manusia untuk mencapai
perkembangan dan kesempurnaan hidupnya. Ajaran-ajaran al-Quran telah
menjadikan tamadun Islam sebuah tamadun yang unggul.

ii. Tidak dipengaruhi hawa nafsu dan kebendaan- Tamadun yang berteraskan
kepada ajaran Islam sebagai ‘al-Din’ memiliki panduan yang asli dan menyeluruh
sebagai panduan sepanjang hayat dan tidak dipengaruhi oleh kebendaan atau
hawa nafsu. Perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram, baik-buruk
semuanya tertera dalam kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya dan panduan ini
bersifat kekal.

iii. Terbuka kepada semua tamadun- Tamadun Islam bersifat universal, ajarannya
bersifat terbuka dan menerima semua tamadun atau kebudayaan asalkan tidak
bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

iv. Sesuai dengan fitrah manusia- Tamadun Islam berada di atas dasar yang
seimbang dengan fitrah atau tabiat semualajadi dan selaras dengan kehendak
manusia it sendiri. Ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kemanusiaan ke
peringkat yang sempurna sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri. Ajaran-
ajaran, nilai-nilai dan segala kepatuhan terhadap suruhan Allah yang dibawa
untuk Islam adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan
akhirat.

v. Bersifat Syumul, konsisten dan global (universal)- Kesyumulan atau


kesempurnaan ajaran Islam uang mendasari tamadun boleh diterangkan seperti
berikut:-
Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur
segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan
dunia dan akhirat.

Tamadun Islam tidak menghadkan batas-batas dalam kehidupan manusia, dan


tidak terikat kepada bangsa-bangsa tertentu atau tempat tertentu tetapi ia milik
seluruh manusia yang berpegang kepada al-Din. Perkembangan Tamadun Islam
berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa
atau sempadan geografi tertentu dan inilah yang menjadikannya berbeza di-antara
tamadun China, Greek, Parsi atau tamadun Barat hari ini.

6) Nyatakan 5 sumber pembinaan Tamadun Islam dengan memberikan contoh yang tepat.
Sumber bermaksud daripada mana datangnya sesuatu perkara, sumber-sumber atau ciri-
ciri Tamadun Islam adalah:

i. Al-Quran- merupakan kata-kata iaitu kalam Allah, Lafaz yang disampaikan


kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Al-Quran bukannya ditulis dan
diciptakan oleh Nabi Muhammad.
ii. Al-Sunnah – Bermaksud segala perkataan, perbuatan itu datang daripada
Rasulullah atau Nabi Muhammad. Contohnya: menuntut ilmu itu wajib ke atas
muslim, dari segi perbuatan, cara Nabi makan, Nabi suka mendahulukan anggota
sebelah kanan, manakala dari sudut pengakuan Nabi tidak membantah ketika
sahabat menikmati hidangan ‘dop’ iaitu sejenis haiwan di padang pasir.
iii. Ijtihad- bermaksud usaha yang dilakukan oleh seorang ulama untuk
mengeluarkan satu hukum terhadap permasalahan berdasarkan al-Quran dan
Hadis.
iv. Ijmak- merupakan persetujuan majoriti ulama terhadap hukum yang dikeluarkan
berdasarkan al-Quran dan Hadis. Contohnya hukum mercy killing bagi pesakit
yang sudah koma dan tiada harapan untuk sembuh, samada boleh atau tidak
dilaksanakan hukum tersebut apabila alat penyokong hidup pesakit itu dicabut
atau ditanggal. Terdapat juga hukum botox dan hukum penggunaan alkohol dalam
minyak wangi. Beza Ijtihad dan Ijmak ini adalah, Ijtihad mungkin seorang, dua
atau lebih tiga orang yang mengeluarkan pendapat, manakala Ijmak adalah
majoritinya bersetuju dengan hukum tersebut.
v. Qias- bermaksud menjatuhkan satu hukum baharu yang berlaku pada masa kini
yang mana perkara tersebut dijatuhkan atas dasar Ilah (sebab). Sebagai
contohnya, Ilah Qias, pada zaman itu telah berlakunya penggunaan dadah, dan
bagaimana kita hendak jatuhkan hukuman dadah ini sebagai haram atau tidak
dibenarkan, berpandukan ayat al-Quran surah Anisa, ayat yang ke -43, yang
diambil dari suqarah, yang bermaksud memabuk-kan, dan oleh kerana dadah juga
memabuk-kan, maka dadah dapat dikategorikan dan menjadi haram, kerana di-
Qias-kan melalui ayat al-Quran itu tadi, maka memabuk-kan itu Ilah iaitu menjadi
penyebab dadah menjadi haram.

Topik 2: Siri 2.

Selamat sejahtera encik dan rakan-rakan.

Enam matlamat Tamadun Islam. Menurut Ghazali Darusalam, 2001, terdapat enam matlamat
Tamadun Islam.

a) Hubungan Manusia dengan Pencipta-Nya (Allah s.w.t)


b) Hubungan manusia dengan manusia.
c) Hubungan manusia dengan alam ghaibat (malaikat, jin dan syaitan).
d) Hubungan manusia dengan alam nabatat (tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan).
e) Hubungan manusia dengan alam jamadat ( benda-benda tidak bernyawa;bukan organik).
f) Hubungan manusia dengan alam hayawaniat (haiwan-haiwan).

Dalam konteks Addin Islam, iaitu telah dijelaskan di dalam al-Quran dan menjadi pedoman bagi
seluruh umat manusia, Islam sebagai Addin atau asas pembentukan tamadun yang istimewa dan
berbeza dari tamadun sebelumnya iaitu tamadun Mesopotomia atau tamadun Barat kini, kesemua
hubungan-hubungan iaitu dari (b) ke (f) berpaksikan kepada satu iaitu kepada point (a), iaitu
hubungan Manusia dengan Penciptanya (Allah s.w.t.) dan itu merupakan interaksi yang
dialami oleh manusia secara ‘syumul’ atau ‘holistik’.

Penerangan hubungan manusia dengan manusia, manusia dijadikan oleh pencipta-Nya (Allah
s.w.t.) iaitu daripada Nabi Adam dengan pasangannya Siti Hawa. Daripada kedua-duanya, lahir
manusia yang terus membiak sehingga ke hari ini. Setiap manusia wajib menganggap manusia
yang lain tidak kira bangsa, warna kulit yang mempunyai hak yang sama dari segi kemanusiaan
dan kebebasan. Hubungan sesama manusia harus mengambil kira dan berasaskan persaudaraan
seagama, perbezaan agama dan kemanusiaan secara amnya. Masyarakat yang sempurna dapat
diwujudkan dengan kerjasama, sifat tolong-menolong dengan perpaduan serta mengikut
penyelarasan undang-undang untuk menjaga hak setiap masyarakat tidak terganggu.

Penerangan point (c), (d), (e) dan (f). Allah s.w.t. telah menciptakan alam ini untuk keperluan
manusia. Alam ini penuh dengan hidup-hidupan, tumbuh-tumbuhan, udara, air, cahaya, siang
dan malam yang bersilih-ganti dan perkara-perkara ini merupakan satu amanah kepada umat
manusia untuk menjaga dan mentadbir melalui perancangan supaya manusia dapat meng-
abdikan diri kepada pencipta-Nya (Allah s.w.t.) kerana manusia perlu menjaga kemakmuran
alam dengan hubungan sesama manusia.

Oleh itu dapat saya simpulkan, bahawa matlamat-matlamat Tamadun Islam, dapat merujuk
kepada hubungan manusia dengan pencipta-Nya iaitu Allah s.w.t. Keimanan manusia
terhadap pencipta-Nya adalah menjadi unsur kekuatan untuk membangun individu dan
masyarakat yang berjiwa harmoni, bersifat unggul, bahagia dan suci murni. Keupayaan
seseorang Muslim dalam melaksanakan 5(lima) Rukun Islam dan 6(enam) Rukun Iman,
membuktikan ketinggian keimanan yang berjaya membentuk diri peribadi seorang
muslim/muslimin.

Penjelasan sumbangan Tamadun China terhadap tamadun-tamadun lain.

Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia. Sumbangannya terhadap
perkembangan sains dan teknologi di dunia. Sifat kebudayaan Tamadun Cina dalam berinteraksi
dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkan Tamadun Cina menjadi
lebih mampan. Walaupun mengalami perubahan, namun identitinya tetap dikekalkan sebagai
satu tamadun berkesinambungan dan kekal. Asas sains Cina adalah Yin dan Yang dan Teori
Lima Unsur.

Antara sumbangan terhadap perkembangan ilmu sains: Astronomi, Fizik, Kimia dan Biologi,
Perubatan, Matematik, Penciptaan dan Teknologi.

1)Sumbangan nya terhadap bidang astronomi-

Kai Tien atau Gai Tain – teori mempercayai alam berbentuk kubah, Hun Tien- Teori
menggambarkan alam berbentuk sfera.

Hsuan Yeh- Teori angka raya kosong tak terhingga.

Pada zaman Diansti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod
tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi cina ialah penghasilan
peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna dan tepat. Sistem
kalender cina juga adalah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat.

2) Sumbangan terhadap bidang fizik, kimia dan biologi.

Fizik: - perkembanan tentang magnet, penciptaan kompas matahari yang terawal

Kimia:- menggalakkan aktiviti sihat manusia seperti bersenam, pemakanan dan pernafasan,
usaha untuk menukar logam-logam bermutu rendah kepada emas dan perak.

Biologi:- binatang-binatang digunakan untuk tujuan ekonomi dan harian.

3)Sumbangan terhadap bidang perubatan-

Treatis On Diseases Cause By Cold Factors, Metarial Medica (Pen TsOao Kang Mu), Yin dan
Yang, Anggota badan manusia, Moksibusi dan Akupuntur.

Buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina tradisional dalah Huangdi Nejing (klasik
perubatan Maharaja Kuning) dan Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung), Li Shizhen (1518-
1593)
4)Sumbangan terhadap Bidang Matematik

Angka positif dan Negatif.

Karya matematik

Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli
matematik Xu Yue.

Chou Pei Suan King – membicarakan mengenai kalender, pengiraan masa dan bayang-bayang
dan mengandungi catatan matematik.

Jiuzhang SuanShu- mengandungi sembilan bab berkenaan kira-kira, ukuran dan beberapa teori
matematik, mencatat kuantiti negatif, perkenalan nilai ‘pi’, sistem pecahan dan perpuluhan.

5)Sumbangan terhadap bidang penciptaan-

Seperti magnet, penciptaan mesin cetak dan kertas, dan serbuk peletup.

6)Sumbangan terhadap bidang teknologi-

Iaitu sektor perkapalan, pembinaan Jong-jong Cina, kincir air dan bahan-bahan utama untuk
kegunaan pembinaan pengangkutan air seperti giant bamboo.

Tamadun Cina telah mengubah dunia sehingga ke hari ini dalam aspek sains dan teknologi
seperti bidang astronomi, bidang fizik, kimia dan biologi, bidang perubatan, bidang matematik,
biang penciptaan dan bidang teknologi.

Pembangunan Tembok Besar Cina yang terbentang sepanjang 7000 kilometer di pergunungan
cina. Topografinya yang menerapkan unsur dan struktur yang unik di puncak pergunungan. Ia
mempunyai nilai sejarah hidup manusia di era kerajaan Cina dan menjadikannya sebagai salah
satu antara Tujuh Keajaiban Dunia. Pada zaman tamadun Cina, tembok ini digunakan sebagai
benteng pertahanan askar kuno dan untuk menjaga keamanan kerana ianya terletak di daerah
perbatasan. Sejarah pembangunan tembok cina di sepanjang Danau Great Wall adalah di sekitar
abad ke-9 sebelum masihi yang dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti dalam Dinasti Chin.
Pembinaan tembok –tembok ini memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok batu bata
dan tanah liat. Bandar-bandar purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina
menggunakan rekaan tembok batu. Setiap tembok mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi
oleh parit besar dan menara. Selain daripada tujuan keselamatan iaitu menghalang ancaman
musuh, kawasan dalam tembok juga menjadi kediaman Maharaja. Sebuah istana yang masih
kekal adalah Kota Larangan yang mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan berfungsi
sebagai balai penghadapan dan tempat hukuman, keraian dan perjumpaan.

Anda mungkin juga menyukai