Anda di halaman 1dari 13

DIALOG PERADABAN SEBAGAI SATU

USAHA MEMUPUK SALING


PERSEFAHAMAN DAN
KEAMANAN ANTARABANGSA
11/03/2015IBN SHAH RANI
Pendahuluan
Paparan mengenai pencerobohan, peperangan, pengeboman dan rusuhan yang
mengakibatkan kematian banyak nyawa, kehilangan orang tersayang, kerosakan
harta benda dan kemusnahan alam sekitar yang berlaku di beberapa buah negara
adalah paparan biasa di media-mediamassa. Begitulah situasi dunia dewasa ini
yang penuh dengan ketegangan dan persengketaan sehingga sukar untuk diramal
bilakah dunia dan penghuninya akan menikmati kehidupan yang damai dan aman
tanpa konflik?

Ketegangan dan persengketaanyang berlaku dalam sejarah peradaban manusia


yang sedang melanda kini, seolah-olah membenarkan ramalan Samuel P.
Huntington melalui bukunya yang menimbulkan kontrovesi iaitu “The Clash of
Civilization and The Remaking World Oder”, bahawa dunia akan menyaksikan
pertembungan dan pertentangan antara peradaban pada abad ke 21 ini dan akan
menjadi penentu kepada masa depan politik dunia( Faudzinaim Hj. Badaruddin,
t.t,). Malah melalui teorinya, Huntington telah mengaitkan Islam sebagai punca
tercetusnya segala konflik. Maka tidak hairanlah sekiranya Barat hari ini telah
menjadikan teori ini sebagai alasan untuk memerangi kumpulan-kumpulan Islam
yang dianggap dalang keganasan dan pencetus konflik seperti yang diisytiharkan
oleh pentadbiran Amerika Syarikat selepas peristiwa pengeboman pada 11
September 2001 di New York dengan melancarkan operasi ketenteraan di
Afghanistan. Tindakan Amerika tersebut yang ternyata tiada alasan kukuh telah
mengundang banyak ketegangan selepas itu.
Namun disebalik ketegangan dan persengkataan serta peperangan yang berlaku
yang kononnya dicetuskan oleh pengganas-pengganas Islam oleh pihak-pihak
tertentu, masih ramai sarjana dan pemerhati berpendapat bahawa keegoan dan
keangkuhan kuasa Barat khususnya Amerika selepas tamat Perang Dingin adalah
punca sebenar kepada pertembungan peradaban Barat dengan bukan Barat atau
lebih khusus Timur/Islam sehingga meledakkan ketegangan dan konflik antara
peradaban.

Hal ini sememangnya ada kebenarannya, di mana dunia global kini telah
dicorakkan oleh peradaban Barat melalui proses hegemoni dari aspek politik,
ekonomi, budaya dan sebagainya. Penentuan baik atau buruk, betul atau salah
seakan hanya boleh ditentukan oleh kuasa-kuasa Barat. Perjuangan umat Islam
untuk mendapatkan keadilan sepertimana yang berlaku di Palestin misalnya,
dipandang sambil lewa. Fenomena uni-polar dan sikap double standard kuasa-
kuasa Barat ini dilihat meletakkan masyarakat di negara-negara kecil, khususnya
negara-negara Islam berada di dalam keadaan resah, kecewa dan marah yang
mendorong golongan tertentu untuk bertindak-balas. Apatah lagi, mesej tegas yang
disampaikan Presiden Amerika misalnya bahawa mereka tidak bersama Amerika
adalah menentang Amerika telah menambah lagi kekusutan hubungan Timur-
Barat. (Musa Ahmad: 2005)
Kerumitan hubungan antara peradaban yang begitu serius sifatnya sehinggakan ada
sarjana menyifatkan alternatif yang wujud bagi manusia buat masa hadapan cuma
dua sahaja, iaitu “mati” atau “dialog”. Namun menurut pemerhati dan sarjana yang
mengkaji, manusia hari ini  sedang menempa satu cara hidup yang lebih dialogikal
dan sedang menuju satu zaman Dialog Peradaban kerana manusia hari ini semakin
sedar akan kuasa dan kegunaan dialog. (Azizan Baharuddin: 2005)

Persoalan yang harus diamati ialah apakah dialog antara peradaban merupakan
jalan terbaik menangani krisis yang genting ini? Apakah mampu dialog peradaban
merealisasikan harapan masyarakat dunia untuk mengecapi keamanan dan
kesefahaman? Atau, apakah konflik yang melanda akibat pertembungan antara
peradaban ini sememangnya tidak mampu dielak atau ditolak sebagaimana yang
digambarkan oleh Huntington?Persoalan-persoalan inilah yang seharusnya diamati,
difahami dan ditangani bersama oleh setiap masyarakat dunia.

Konsep Dialog Peradaban


Perkataan “dialog” diertikan sebagai perbincangan atau perundingan antara kedua
pihak yang bertelingkah kepentingannya. Apabila disebut “berdialog”, maka
maksudnya mengadakan dialog atau bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu
secara terbuka.(Kamus Dewan:1996) Manakala dialog di dalam Bahasa Inggeris
disebut “dialogue” bermaksud perbualan atau percakapan (conversation): bertukar-
tukar pandangan antara dua pihak (exchange of views between two parties).
(Kamus Dewan: 1992)
Bagi menjelaskan lagi maksud dialog, Prof. Leornard Swidler mengemukakan
pandangannya, iaitu (Prof. Leornard Swidler, 1984):

“…a conversation on a common subject between two or more persons with


differing views, the primary purpose of which is for each participant to learn from
the other so that she or he can change and grow. This very definition of dialogue
embodies the first commandment of dialogue”
Bagi Dr. Azizan Baharuddin pula, dialog adalah suatu bicara dengan pihak yang
berfikiran berbeza daripada kita. Tujuan utamanya adalah untuk kita belajar dari
pihak atau orang lain itu suatu cara berfikir yang berlainan dan baru. Selain itu
dialog bukannya semata-mata satu siri perbicaraan malahan ia adalah satu cara
berfikir yang baru. Di dalam sesebuah dialog semua pihak mesti mendengar
dengan perasaan yang berempati supaya dapat difahami kedudukan pihak yang lain
dengan setepat yang mungkin”(Azizan Baharuddin:2005)
Jelaslah di sini, dialog adalah suatu perbincangan atau bertukar-tukar pandangan
yang melibatkan dua atau lebih pihak yang berbeza pandangan dengan cara yang
beretika mengenai sesuatu isu bagi mencari persefahaman dan seterusnya
mewujudkan keharmonian dan keamanan.

Manakala perkataan “peradaban” pula adalah kata terbitan daripada perkataan


“adab” yang bererti tingkahlaku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa,
budi pekerti yang halus, kesopanan. Maka apabila disebut “peradaban”, ianya
merujuk kepada; keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan
rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya). (Kamus Dewan:1996)

Menurut Syed Naquib al-Attas, peradaban ialah keadaan kehidupan insan


bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.(Amir A. Rahman: 1990)

Apabila dua perkataan, dialog dan peradaban digabungkan menjadi “dialog


peradaban” maka ia membawa maksud “perbincangan antara dua atau lebih pihak
yang terdiri daripada dua bangsa atau masyarakat yang mempunyai latar belakang
yang berbeza, yang mana berbeza, yang mana, dalam konteks ini ialah peradaban
yang berbeza.( Faudzinaim Hj. Badaruddin: 2005)

Ringkasnya, dialog peradaban bolehlah diertikan sebagai satu bentuk interaksi


yang wujud di kalangan masyarakat pelbagai budaya, agama, bangsa, warna kulit
dan seumpamanya untuk memenuhi objektif kehidupan mereka sama ada dalam
aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Interaksi ini dicapai
melalui semua aktiviti rasmi atau tidak rasmi yang menggunakan pendekatan
berbincang.

Oleh kerana peradaban tidak menjadi kepunyaan sesiapa atau mana-mana atau
kawasan mana-mana atau agama apa pun sama sesuatu kumpulan manusia  itu
beragama Islam, Kristian, Hindu atau Buddha, sama ada Timur, Barat, Utara atau
Selatan seperti yang dinayatakan oleh Datuk Musa Hitam dalam kertas kerjanya
bertajuk Peradaban Dunia Abad ke-21 (A. Aziz Deraman dan Rohani Zainal
Abidin: 2002), maka tidak hairanlah pertembungan antara peradaban
sememangnya akan berlaku apabila manusia atau masyarakat yang
berlatarbelakangkan peradaban yang berbeza ini berinteraksi antara satu sama lain
atas dorongan atau faktor-faktor tertentu.

Persoalannya sama ada interaksi itu membawa kepada kebaikan atau sebaliknya,
adalah bergantung bagaimana pihak-pihak yang terlibat melakukan dan
mengendalikan aktiviti interaksi antara mereka. Sebarang prasangka atau
persengketaan yang berlaku akibat peradaban atau budaya atau agama yang
berbeza seharusnya di atasi dengan cara profesional bukan dengan cara emosional
supaya titik persafahaman dapat ditemui dan seterusnya melahirkan budaya saling
hormat menghormati antara satu sama lain. Maka langkah terbaik untuk mengatasi
kemelut ini adalah dengan berdailog seperti yang dinyatakan dalam satu resolusi
Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu yang menyebut bahawaDialogue
Amongst Civilizations ialah satu proses dialog antara peradaban, yang diwujudkan
hasil dari keinginan kolektif masyarakat dunia untuk mempelajari, mengkaji dan
mendedahkan nilai-nilai utama yang dikongsi bersama dalam pelbagai peradaban
di atas prinsip persamaan dan toleransi demi mencapai kefahaman dan rasa saling
hormat menghormati antara pelbagai kebudayaan.(www.islamjapandialogue.net)
Lantaran itu, semua masyarakat antarabangsa perlu memahami konsep dialog
peradaban ini.
Perlunya Dialog Peradaban Bagi Memupuk Kesefahaman dan Keamanan
Antarabangsa
Kaedah peperangan atau menggunakan kekuatan militan untuk menangani
persengketaan atau keganasan oleh pihak kuasa-kuasa besar seperti Amerika, puak
militan, kumpulan ekstremis atau kegiatan kumpulan pemisah dan sebagainya yang
terus berlaku pada abad ke-21 ini seolah-olah tidak lagi berkesan. Bahkan apa yang
terjadi hanya mencetuskan lebih banyak ketegangan dan mencambahkan lagi
keganasan dalam bentuk baru dan dahsyat. Persengketaan umat manusia dewasa
ini umumnya berbeza bukan sahaja dari sudut peradaban, malah budaya dan
pegangan agama. Semua konflik yang berlaku ini perlu ditangani dan diselesaikan
dengan cara yang lebih berhikmah agar api persengketaan tidak terus marak.
Antara konflik berdarah yang dikenalpasti di dunia kini, ialah:( Dr. Hashim Hj.
Musa: 2006, 2004)

Di Timur Tengah,konflik yang tiada berkesudahan khususnya Israel, Palestin, dan


lain-lain, antara tiga kumpulan agama – Yahudi, Islam dan Kristian yang telah
mengorbankan ribuan nyawa.

1. Di Eropah Timur, Eropah Tenggara dan Rusia-Chechnya antara pemeluk


agama Kristian Orthodoks dengan Islam
2. Di Kashmir antara pemeluk agama Hindu dan Islam
3. Di antara India dan Pakistan antara pemeluk agama Hindu dan Islam.
4. Di Amerika, pengeboman bangunan World Trade Centre di New York dan
bangunan Pantegon di Washington D.C pada 11 September 2001 yang kononya
dilakukan oleh kumpulan ekstremis Islam dari rangkain al-Qaedah
5. Di Afghanistan, tindakan Amerika dan sekutunya melancarkan operasi
ketenteraan secara habis-habisan ke atas kumpulan al-Qaedah yang berlindung
di negara tersebut.
6. Pencerobohan dan penyerangan ke atas Iraq oleh tentera-tentera Amerika
dan sekutunya dari Eropah pada tahun 2003 kerana mengesyaki Presiden
Saddam Hussein memiliki dan menyimpan senjata pemusnah yang hakikatnya
tidak wujud. Ramai penduduk tempatan yang tidak berdosa menjadi mangsa
korban dan kemusnahan harta benda. Pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak
Amerika semakin sukar apabila siri penculikan, pengeboman, perbalahan antara
mazhab dan serangan hendap yang berterusan oleh pejuang anti-Barat tidak
dapat dibendung lagi.
7. Keganasan dan pembunuhan di Selatan Thailand antara militan Islam
dengan kerajaan Thailand.
8. Pengeboman di kota London pada 7 Julai 2005 oleh remaja muslim telah
melahirkan fenomena ‘Islamophobia’ yang memberi implikasi negatif kepada
penduduk minoriti Islam.
9. Ancaman kuasa-kuasa besar Barat untuk menyerang Iran atas dakwaan Iran
membangunkan senjata nuklear yang boleh mengancam keselamatan dunia
walaupun telah dinafikan oleh presidennya dan bersedia menyerang balas
sekiranya diserang.
10. Melalui pelbagai saluran media, Barat menaburkan fitnah, propaganda  dan
memomokkan Islam dengan tanggapan Islam dan umatnya sebagai ‘intolerant
dan fanatic’. Termasuk juga, kebiadaban akhbar Denmark Jyllands-Posten
menyiarkan karikator nabi Muhammad s.a.w telah menimbulkan kemarahan
umat Islam seluruh dunia kerana pihak media berkenaan tidak menghormati
dan memahami hak agama lain dan ianya merupakan satu penghinaan.
Menyedari akanhakikat konflik yang telah, sedang dan akan berlaku di dunia kini
seperti yang dinyatakan di atas, bahawa tindakan melalui ketenteraan atau
peperangan dan konfrantasi bukanlah suatu tindakan yang boleh menyelesaikan
persengketaan antara manusia yang mewakili peradaban masing-masing, apatah
lagi mewujudkan kesefahaman dan keamanan. Justeru, dialog adalah suatu yang
tidak boleh dielakkan pada zaman ini sebagai satu kaedah atau alat alternatif bagi
menggantikan kaedah peperangan dan diplomasi semasa era perang dingin dengan
pendekatan budaya peradaban

Melihat akan kepentingan dan perlunya dialog peradaban ini, Tun Abdullah
Ahmad Badawi pernah menyebut  dalam ucaptama dalam seminar kebangasaan
bertajuk “Dialog Peradaban: Peranan dan Kepentingannya di Malaysia” di
Universiti Malaya pada tahun 2004, katanya: (Azizan Baharuddin:2005):

 
“Kita tidak boleh menganggap dialog suatu yang remeh kerana dalam sejarah
manusia, berbagai peradaban, kebudayaan dan masyarakat mahu tidak mahu
terpaksa menjalin hubungan antara satu sama lain secara berterusan dan
berpanjangan. Namun, kejahilan yang disertai dengan rasa sangsi dan sikap
permusuhan terhadap satu sama lain menghalang mereka daripada menjalinkan
hubungan berkekalan dan berkembang maju. Kadangkala permusuhan meledak
hingga menjadi pertikaian berdarah seperti yang dapat disaksikan dalam
berbagai pergolakan tragis sejak kebelakangan ini.Memandangkan keganasan
kaum semakin memuncak dalam keadaan di mana pelbagai masyarakat dan di
merata-rata tempat, menjadi lebih berbilang kaum, maka perlu ditekankan betapa
pentingnya dialog antara kaum, antara budaya dan antara peradaban diadakan
masa kini. Dialog dan persefahaman antara satu sama lain merupakan prasyarat
untuk membina hubungan yang adil dan saksama antara pelbagai budaya dan
peradaban. Dialog membolehkan kita memahami perbezaan dan juga persamaan
yang wujud dalam peradaban antara kita”.
Tambah beliau lagi,

“Hanya apabila kita memahami dan menghargai persamaan serta perbezaan


antara peradaban barulah dapat kita mewujudkan peradaban dunia yang betul-
betul adil, berperikemanusiaan yang bebas dari segala bentuk kezaliman dan
penindasan”.
Apa yang diluahkan oleh mantan  Perdana Menteri melalui kata-katanya di atas
jelas bahawa dialog antara peradaban atau antara kaum atau antara budaya dan
agama adalah suatu yang amat penting kerana melalui dialog pihak-pihak atau
kumpulan-kumpulan yang terheret ke dalam kemelut konflik dapat menyelami
segala permasalahan yang menjadi punca persengketaan hingga ke akar umbi.
Justeru masing-masing akan memahami perbezaan dan persamaan yang wujud
dalam peradaban antara mereka yang perlu dihormati.

Nada yang serupa juga pernah diluahkan oleh Presiden Republik Islam Iran dalam
ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangs-bangsa Bersatu (PBB), 21
September 1998 akan perlunya dialog peradaban di peringkat antarabangsa, di
mana beliau telah menyeru masyarakat antarabangsa agar menginstitusikan dialog
bagi menggantikan konfrantasi dan keganasan. Kaedah ini memberi alternatif
praktikal bagi mengatasi konflik yang sedang melanda dunia semasa. Katanya
(Hars Van Ginkel: 2001):

“Establisment and enhancement of civility, wether at national or international


level is contigent upon dialogue among societies and civilizations representing
various views, inclinations and approaches. If humanity at the threshold of the new
century and millenium devotes all efforts to institutionalize dialogue, replacing
hostility and confrontation with discourse and understanding, it would leave an
invalvable legecy for the benefit of the future generations”
Susulan daripada seruan itu, Perhimpunan Agung PBB pada 4 November 1998
telah meluluskan resolusi untuk menerima dan mengisytiharkan tahun 2001
sebagai ‘The United Nations Year of Dialogue Among Civilizations’
Kofi Annansewaktu berucap di School of Diplomacy and International Relations,
Universiti Seton Hall, New Jersey pada 2001selaku Setiausaha Agung PBB ketika
itu turut mengakui perlunya dan pentingnya penganjuran dialog peradaban ini,
katanya; (Hans Van Ginkel:2001)

“The United Nation – at its best – can be true home of the dialogue among
civilizations; the forum where such dialogue can flourish and beer fruit in every
field of human endeavour. Without this dialogue taking place every day among all
nations – within and between civilizations, cultures and groups – no peace can be
lasting and no prosperity can be secure. That is the lesson of the United Nation
first half century. It is a lesson that we ignore at our peril”
Idea keperluan dan kepentingan dialog peradaban ini diadakan turut dikongsi Dr.
Mohamad Khir Toyo sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Beliau
menyarankansupaya  dialog antara peradaban diadakan dengan melihat cabaran
yang melanda masyarakat dunia pada hari ini dari sudut yang berbeza.
Penyebarluasan pengaruh peradaban Barat melalui proses globalisasi  adalah suatu
gejala yang mencabar peradaban manusia sejagat. Menurutnya, dampak globalisasi
ke atas masyarakat Asia misalnya, boleh menjadi begitu mendalam sehingga
pengenalan diri (identiti) boleh luntur atau terus hilang dan implikasinya, sukar
dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan
kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang sehinggalah
kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan. Kebebasan yang sepatutnya
wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam menentukan haluan kehidupan
dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi
yang baru. Oleh yang demikian, dialog antara peradaban yang disarankan itu
adalah sebagai satu strategi yang boleh berperanan untuk mengimbangi kompenan
pembangunan insan dan mewujudkan kesefahaman (Azizan Baharuddin: 2005).

Bekas Presiden Iran, Muhamad Khatami merupakan orang yang memulakan


cetusan idea wacana dialog antara peradaban pernah menyatakan bahawa
keamanan masyarakat dunia tidak akan terjamin tanpa dialog. Dan dalam konteks
perkembangan dunia hari ini, dialog Islam-Barat adalah tuntutan yang paling
utama. Beliau menyeru umat Islam agar memahami Barat sepenuhnya sebagai asas
dalam berdailog.(Berita Harian: 1 Ogos 2005)

Pada perspektif Islam pula, Islam adalah agama yang mengutamakan keharmonian
dan kedamaian.Untuk itu, Islam menggalakkan umatnya bersifat toleransi dan
hidup secara aman antara manusia.Tanggapan sesetengah pihak bahawa Islam
adalah agama yang mengajar keganasan adalah tersasar jauh dari falsafah ajaran
Islam. Malah al-Quran menegaskan agar berdailog dengan orang bukan Islam
dengan cara yang baik kecuali sekiranya diperangi. Sepertimana firman Allah s.w.t
dalam surah al-Ankabut ayat 46, maksudnya:
“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab kecuali dengan cara yang baik,
kecuali golongan yang zalim di antara mereka”
Dalam ayat yang lain pula, Allah s.w.t menyarankan agar manusia mengadakan
mesyuarat dalam menghadapi sebarang pertikaian yang melibatkan banyak pihak
sebelum membuat sebarang keputusan  kerana itu adalah lebih baik. Firman Allah
s.w.t dalam surah Ali Imraan ayat 159, bermaksud:

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam memutuskan urusan kamu. Maka


apabila kamu telah tetapkan azam (untuk melakukan sesuatu perkara yang
diputuskan itu), hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah”
Dalam konteks yang sama, Islam juga menganjurkan umatnya supaya bersifat
lemah lembut, berbudi bahasa serta meninggalkan sifat kasar kerana berbudi
bahasa yang baik akan mendekatkan orang lain kepada kita, sementara sifat kasar
akan hanya mengundang permusuhan. Begitulah yang rakamkan di dalam al-Quran
apabila Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun supaya berdailog
dengan Firaun dengan kata-kata yang lembut. Firman Allah s.w.t dalam surah Taha
ayat 44, bermaksud:
“Pergilah kamu berdua (wahai Musa dan Harun) kepada Firaun dan katakanlah
kepadanya dengan kata-kata yang lembut. Moga-moga ia akan beringat atau
takut”
Berdasarkan contoh-contoh ayat al-Quran di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah
s.w.t mengingatkan manusia supaya mewujudkan suasana kesefahaman dan
keamanan melalui proses dialog terutamanya ketika berhadapan dengan mereka
yang berlainan agama dan budaya atau berbeza peradaban. Namun dalam hal ini,
proses dialog antara peradaban yang dianjurkan yang melibatkan banyak pihak
perlu kepada perancangan dan strategi yang rapi agar tidak menyinggung perasaan
atau salah faham mana-mana pihak yang boleh membawa implikasi negatif.

Strategi dan Panduan Dialog Antara Peradaban


Dalam usaha pihak-pihak tertentu termasuklah badan-badan atau pertubuhan-
pertubuhan yang wujud diperingkat antarabangsa seperti PBB, OIC (Organization
of the Islamic Conference) dan sebagainya menangani konflik yang sedang
melanda yang melibatkan pihak-pihak yang bertelagah menerusi kaedah rundingan
atau dialog, namun kedapatan salah satu pihak yang bertelagah atau pihak-pihak
lain yang mungkin ada kepentingan sendiri merasa kurang senang dengan usaha
tersebut. Malah awal-awal lagi sudah menolak ajakan supaya berdailog.Hal ini
tentu sekali  menyukarkansegala usaha untuk mencapai hasrat membentuk
kesefahaman dan keamanan dunia sedangkan semua pihak menyedari kepentingan
dialog sebagai langkah terbaik mengawal sebarang konflik dari terus merebak yang
mengakibatkan banyak kematian dan kemusnahan.
Oleh yang demikian, beberapa strategi perlu diambil di samping mematuhi
beberapa panduan dan prinsip bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan dialog
peradaban dan seterus mencapai objektif dialog. Selain dari itu, perlu juga diambil
kira etika dan adab ketika berdialog.

Menyedari akan hakikat bahawa kebanyakan konflik yang sedang melanda


melibatkan pertembungan peradaban Islam dan bukan Islam atau Barat sama ada
melibatkan persoalan agama, budaya mahu pun politik, namun kebiasaannya
persoalan agama seringkali dikaitkan dengan faktor utama konflik misalnya,
keganasan yang dilakukan oleh orang yang beragama Islam maka pihak bukan
Islam akan mengaitkan Islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan,
justeru lahirlah bibit perseteruan. Maka dalam hal ini strategi dialog yang
dikemukakan oleh Dr. Hashim Musa boleh diketengahkan. Antara strategi yang
beliau gariskan ialah (Dr. Hashim Musa: 2004):

1. Hendaklah dipatuhi sepenuhnya prinsip kebebasan beragama iaitu tiada


paksaan dalam agama dan juga persetujuan untuk berbeza agama dengan erti
kata lain setiap anggota masyarakat antarabangsa perlu mengiktiraf kebebasan
mengamalkan agama masing-masing dengan aman tanpa ada prejudis.
Berhubung perkara ini telah disebut di dalam al-Quran dan perlu difahami,
antaranya firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Tidak ada paksaan dalam agama, kerana sudah nyata petunjuk kebenaran
daripada kesesatan” (al-Baqarah: 256)
“Aku (orang Islam) tidak beribadat sepeti yang kamu (orang bukan Islam)
beribadat. Dan kamu juga tidak beribadat seperti aku beribadat. Bagi kamu
agama kamu dan bagi aku agama aku”(al-Kafirun: 3-6)
Berdasarkan maksud ayat al-Quran di atas jelas Islam mengingatkan supaya tidak
memaksa orang bukan Islam menerima Islam malah menghormati pegangan agama
orang lain. Oleh yang demikian, jangan jadikan perbezaan agama sebagai alasan
untuk tidak boleh berdialog.

2. Orang Islam dan bukan Islam harus mengelakkan tiga gejala buruk yang
memang ditegah oleh al-Quran, begitu juga dalam ajaran agama lain dan etika
kemanusiaan sejagat, iaitu:

a. Extremism atau melampaui batas dan keseimbangan apabila


melakukan sesuatu peraturan atau hukum secara ekstrem.
b. Chauvinism atau taksub apabila menganggap fikiran dan cara sendiri
atau kumpulan sendiri adalah terbaik dan benar manakala fikiran orang atau
kumpulan lain tidak benar dan mesti ditolak dan ditentang. Ini termasuklah
menolak sikap yang dipanggil “kita” dengan “mereka” seperti yang menjadi
dasar Amerika, iaitu kita berbanding dengan mereka – siapa kita dan siapa
mereka? Sikap inilah yang perlu dikikis.
c. Fanaticismatau membuta tuli (menghampiri psikosis) dalam
mengikuti dan melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan sendiri
tanpa memperdulikan bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat dan cara
orang lain.
Sikap dan perbuatan tersebut apabila disertai oleh sikap menekankan pendirian
sendiri ke atas orang lain secara paksaan, kekerasan dan militan boleh membawa
kepada konflik dan pertumpahan darah. Malangnya dalam sebarang agama,
organisasi dan kumpulan, sentiasa ada segelintir manusia yang bersifat ekstremis,
cauvinis dan fanatik akibat beberapa faktor yang menimbulkan rasa tidak puas hati
dan tertekan.Walaupun kecil dari segi bilangannya namun ianya boleh
mengakibatkan kesan yang besar kerana adanya senjata dan peralatan yang
canggih.Seorang atau kumpulan yang fanatik dan psikosis boleh melepaskan bom
(nuklear) yang boleh memusnahkan seluruh penduduk sebuah bandar atau negara
tanpa mengira kanak-kanak, wanita dan orang awam, sedangkan perbuatan
demikian ditegah bukan sahaja oleh semua ajaran agama tetapi juga etika
kemanusiaan.

Oleh yang demikian, musuh yang paling utama dalam peradaban manusia kini
ialah kumpulan ekstremis, cauvinis dan fanatik dan militan yang secara kelompok
kini dinamakan ‘pengganas’(terrorist). Dan kemunculan kumpulan-kumpulan ini
seringkali dikaitkan dengan penganut-penganut agama Islam sepertimana yang
diwar-warkan oleh pihak Barat melalui ucapan pemimpin-pemimpinnya dan juga
melalui saluran media mereka. Mereka menyebarkan kebencian terhadap agama
Islam dan keseluruhan umatnya dengan pelbagai momokkan yang tidak berasas
sehingga apa yang dilakukan oleh umat Islam sebagai memenuhi tuntutan agama
pun dianggap ekstremis seperti isu pemakaian tudung oleh kaum wanita Islam.
Sedangkan sikap tidak berlaku adil dan tidak menghormati peradaban orang lain
olehmasyarakat bukan Islam/Barat ini dengan menjatuhkan ‘hukum’ke atas umat
Islam tanpa menyelidiki punca dan masalahnya bukankah itu juga dianggap
sebagai taksub atau ekstremis?

Hakikatnya tindakan yang bercorak keganasan ini sebenarnya bukan sahaja


dilakukan oleh orang-orang yang beragama Islam sahaja tetapi merentasi agama,
budaya dan negara bangsa. Misalnya, tindakan Amerika dan sekutunya
menceroboh Iraq pada tahun 2003 tanpa alasan yang munasabah cukup
membuktikan bahawa Barat juga memiliki sikap ekstremis dan fanatik  terhadap
mereka yang dianggap tidak sehaluan dengan peradaban mereka dengan menolak
semua desakanmasyarakat antarabangsa melalui PBB supaya menghentikan
pencerobohan dan peperangan. Apa yang jelas tindakan kuasa-kuasa Barat ini telah
menjadi punca kemunculan kumpulan-kumpulan kecil baru yang bersikap
ekstremis, cauvinis dan fanatik. Selain itu, tindakan tidak berperikemanusiaan oleh
tentera-tentera Amerika  ke atas tawanan perang Iraq di penjara Abu Gharib, Iraq
adalah contoh susulan lain untuk menggambarkan sikap ganas dan samseng
Amerika.

Contoh lain ialah tindakan ekstrem oleh sekumpulan orang bukan Islam dengan
mencampakkan najis daging babi ke dalam masjid dan membakar masjid di Britain
dan di beberapa buah negara Barat lain ekoran fenomena Islamophobia kesan
daripada peristiwa pengeboman di London pada bulan Julai 2005 dan juga
peristiwa 11 September 2001, yang menyebabkan golongan minoriti Islam di sana
menjadi resah dan takut. Justeru itu, golongan minoriti Islam ini seharusnya
berusaha memperbetulkan keadaan dengan lebih terbuka antaranya seperti
mengadakan sesi dialog seperti yang disarankan oleh tokoh wacana dialog muslim,
Muhamad Khatami di mana beliau menyatakan (Berita Harian: 1 Ogos 2005):

“Memahami tamadun Barat tidak harus sekadar aspek politiknya saja. Di


samping politik, ia meliputi sistem nilai dan pemikiran, yang harus kita fahami
dan depani. Kita kini diasak dengan serangan pemikiran dan moral dan bukan
sekadar pesaing politik.Cara terbaik memahami Barat adalah menerusi rasional,
bukan dengan kecaman dan emosi tidak terkawal.”
Selain itu, tindakan yang tidak berkesudahan rejim Zionis Israel terhadap
penduduk-penduduk Palestin dan juga tindakan memerangi negara-negara yang
berjiran dengannya seperti di Selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket
pemusnah secara melulu ke atas penempatan awam atas alasan memerangi
pejuang-pejuang Hizbullah adalah contoh yang jelas bahawa rejim Yahudi ini
memiliki sikap ekstremis, cauvinis dan fanatikyang tidak berperikemanusiaan.
Walau pun ada yang berpendapat bahawa isu pergolakkan Israel-Palestin adalah
suatu isuyang sukardiselesaikan melalui dialog kerana banyak siri rundingan damai
yang diadakan malah beberapa perjanjian damai yang telah ditandatangai masih
belum dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai sejak pencerobohan
Yahudi pada tahun 1947. Ini adalah kerana telah menjadi misi yang perlu
direalisasikan oleh rejim Zionis untuk menguasai sepenuhnya bumi Palestin dan
Asia Barat keseluruhannya. Justeru itu, tidak hairanlah rejim Israel ini kerapkali
berdolak-dalik dalam setiap rundingan atau dialog yang dianjurkan oleh pelbagai
pihak di peringkat antarabangsa. Namun, menjadi tanggungjawab penduduk Islam
Palestin untuk terus berusaha mempertahankan tanahair mereka daripada dirampas
oleh rejim Israel walaupun tanpa senjata secanggih rejim.

Walau apa pun, usaha rundingan damai mengenai isu Israel-Paletin dalam bentuk
berdialog harus diteruskan kerana suatu hakikat yang tidak boleh ditolak oleh
sesiapa pun bahawa kaedah berdialog sahajasuatukonflik yang berlaku dapat
dikawal setidak-tidaknya dapat mengurangkan angka korban dan kerosakan harta
benda, dan mungkin juga  meredakan tindakan yang berbentuk ekstrem dan
fanatik.

3. Orang Islam dan bukan Islam seharusnya sentiasa berdialog dan berinteraksi
dengan pengamal agama dan budaya lain terutama sekali sesama warga negara
dengan agama dan budaya yang majmuk. Termasuklah dalam hal ini peranan
orang Islam memberikan penerangan dan penjelasan yang sebenarnya mengenai
agama Islam kepada masyarakat bukan Islam kerana objektif utama kegiatan
dialog di peringkat ini adalah untuk merubah perspektif negatif masyarakat Barat
terhadap Islam. Masyarakat barat perlu diberi keyakinan bahawa kegiatan
keganasan tidak mempunyai kaitan dengan Islam sebagai agama (Berita Harian: 3
September 2006).

Ketika mengadakan sesi-sesi dialog beberapa etika dan adab berbeza pendapat
harus dipatuhi bagi mengelakan rasa kurang senang di antara pihak-pihak yang
terlibat, antaranya (Dr. Hashim Musa: 2004):

1. menerima plurality agama dan menghormati perbezaan pendapat sebagai


lumrah di kalangan manusia yang berbeza latar belakang budaya, agama, suku
bangsa dan puak-puaknya.
2. mengelakkan cemuhan budaya dan agama yang lain
3. bersopan santun dan berbudi bahasa yang baik dalam berdailog
4. mengelakkan relativisme dan sinkretisme dalam agama.
5. menekankan titik persamaan yang sepunya dan universal dalam agama dan
budaya.
Selain itu, beberapa prinsip perlu digunakan sebagai peraturan bagi memastikan
dialog berjalan lancar, antaranya (Azizan Baharuddin: 2005):

1. Menyedari bahawa tujuan dialog yang utama ialah untuk mempelajari,


untuk berubah  dan untuk menjadi lebih matang
2. Dialog perlu wujud secara ‘intra’ dan ‘antara’ peradaban
3. Pendailog mestilah bersifat jujur dan ikhlas
4. Pendailog mestilah boleh mendefinisikan dengan jelas pendiriannya sendiri
5. Dialog hanya boleh wujud antara mereka yang mempunyai hak dan status
yang sama
6. Dialog hanya boleh berlaku sekiranya wujud perasaan salain percaya
mempercayai
7. Pendialog mestilah bersifat ‘berempati’ terhadap pihak yang berdailog
dengannya.
Sebagai tambahan kepada prinsip yang dianjurkan di atas, Islam juga
menganjurkan supaya menggunakan kebijaksanaan (hikmah) dan pengajaran yang
terbaik serta berdialog secara terbaik sebagaimana firman Allah s.w.t, bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan


dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua
yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”(al-Nahl:
125)
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang
lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka;” (al-
Ankabut: 46)
Di samping memenuhi strategi dan panduan dialog antara peradaban, perlu juga
mengambil kira peserta dialog di mana dialog hendaklah digerakkan oleh pihak-
pihak yang mempunyai autoriti dan boleh memberi sumbangan dan kesan serta
pengaruh yang besar ke atas hala tuju dan corak aktiviti dan tindakan susulan
supaya objektif dialog dapat direalisasikan. Selain itu, tanggungjawab berdialog
bukan sekadar peranan kerajaan semata-mata, bahkan membabitkan cendikiawan,
aktivis sosial, ahli ekonomi dan wartawan selagi mana mereka memahami dan
mematuhi prinsip dan etika dialog.(Berita Harian: 1 Ogos 2005)

Kesimpulan
Menjalani kehidupan yang lebih aman dan selesa merupakan fitrah bagi setiap
manusia yang mendiami bumi Allah s.w.t ini. Namun kewujudan manusia secara
berkelompok-kelompok dan atas faktor persekitaran tempat tinggal dan kedudukan
geografi yang berbeza mendorong kelahiran tamadun dan peradaban yang berbeza
juga. Maka tidak hairanlah apabila berlakunya interaksi antara manusia ini akan
berlaku pertembungan antara peradaban yang memungkinkan tercetusnya konflik
sehingga menodai keamanan dan keselesaan hidup oleh kerana hanya disebabkan
salah faham atau tiada keserasian atau satu pihak memandangkan rendah
peradaban pihak yang lain. Perbezaan pegangan agama, ideologi politik dan
amalan budaya adalah antara aspek wujudnya perbezaan peradaban.Oleh yang
demikian semua manusia harus memahami kewujudan perbezaan peradaban ini.
Apa pun alasan yang membawa kepada tercetusnya konflik antara peradaban
haruslah ditangani dengan bijaksana bukan dengan kaedah kekerasan, penaklukan,
pencerobohan, peperangan, rusuhan atau apa-apa sahaja tindakan yang merugikan
semua pihak. Justeru, berdialog adalah langkah yang sebaik-baiknya untuk
mengatasi sebarang kemelut yang melibatkan peradaban antara bangsa. Namun
pihak-pihak yang terbabit dalam sesi-sesi dialog yang diadakan haruslah mematuhi
segala prinsip dan etika ketika berdailog oleh semua pihak yang terbabit agar titik
kesefahaman yang menjadi objektif utama dialog dapat dijelmakan dan seterusnya
dapat melahirkan sikap saling hormat menghormati. Selain itu, perlu juga diberi
perhatian bahawa peserta-peserta dialog hendaklah terdiri daripada mereka yang
mempunyai autoriti, berilmu dan mampu mengawal emosi demi kelancaran
perjalanan dialog.

Usaha-usaha yang dilakukan secara berterusan oleh badan-badan dan pertubuhan-


pertubuhan di peringkat antarabangsa untuk menyelesaikan pelbagai konflik antara
peradaban yang melanda sekarang ini melalui kaedah dialog dan diplomasi harus
diteruskan kerana semua bangsa mengakui dan percaya bahawa keamanan dan
kestabilan dunia yang diwarnai dengan berbagai peradaban hanya mampu
dikembalikan melalui dialog.

Anda mungkin juga menyukai