Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan
Internet merupakan jaringan besar yang saling berhubung di antara dunia.Internet
merupakan sebuah sistem yang membantu kehidupan masyarakat di zaman globalisasi ini
menimba ilmu dan mendengar isu-isu semasa antara Negara Malaysia mahupun Negara
luar.Pada era globalisasi ini internet merupakan sumber yang penting dan lebih mudah mencari
maklumat dengan hanya menaip.Pada dasarnya kegunaan computer pada masa sebelum
wujudnya internet dikatakan bersifat berdiri sendiri( stand alone ).Kewujudan internet ini
membuat semua komputer menjadi jaringan yang melibatkan satu dunia.Internet juga digunakan
sebagai sebuah alat untuk berkomunikasi dengan orang lain, sebagai contoh facebook,twitter,my
space ,email dan lain-lain
1
. Kemunculan media yang berunsurkan komunikasi ini semakin
mendapat minat masyarakat dalam memudahkan pekerjaan dan menjimatkan.Sistem
perhubungan ini juga digunakan bagi mempercepatkan proses penghantaran maklumat dengan
mengaksess maklumat sebagai rujukan kepada orang ramai,sebagai contoh
jurnal,blog,Wikipedia,artikel,dan e-book.
2

2.1 Etika Media Kecermatan
Definisi kecermatan bermaksud benar ketelitian dalam menguruskan sesuatu
perkara.Dalam konsep etika media kecermatan memainkan peranan penting bagi menyampaikan
informasi di dalam internet. Kebenaran adalah elemen pertama dari kinerja media. Kebenaran yang
disampaikan bersifat fungsional bukanlah kebenaran religius, ideologis, atau konsep kebenaran
dalam pandangan ahli filsafat
1
.Sehubungan itu,informasi yang tepat haruslah mempunyai kajian
yang terperinci atau fakta sebelum di terbitkan untuk tontonan masyarakat.Internet merupakan
media yang sering digunakan untuk menerbit pelbagai pekara, menyebabkan wujudnya berita
palsu di antara penerbitan yang dilakukan.Berita palsu merupakan kenyataan yang berunsurkan
penipuan yang member impak negatif kepada masyarakat terhadap kegunaan internet sebagai
sumber rujukan atau sumber ilmiah.Oleh itu wujudnya kekeliruan yang menyebabkan persepsi
masyarakat yang menggunakan internet hilang kepercayaan terhadap penggunaannya.
________________________________________________________________________________________
Bibliografi .
1
Santana:Kovach & Rosentiel 2005: 6
2
Bartlett, J. and Miller, C. (2011) Truth, lies and the internet. ms 13

2.2 Etika Media Kebenaran
Definisi kebenaran bermaksud sifat dari kepercayaan dan diturunkan dari kalimat yang
menyatakan kepercayaan tersebut.Kebenaran menurutnya hubungan tertentu antara kepercayaan
dan fakta atau lebih di luar kepercayaan.Bila hubungan ini tidak ada kepercayaan itu adalah
salah.Suatu kalimat dapat disebut benar atau salahnya kepercayaan itu tertentu pada masalahnya.
Menurut Julienne Ford menegaskan bahwa kebenaran memiliki empat makna yg berbeza iaitu
suatu pegakuan atau hipotesis,kebenaran yang logik satu pengakuan yang diketahui benar dalam
pengertian kebenaran,bertindak dengan moral dan kebenaran metafisik.
2.3 Etika media kejujuran
Kejujuran dalam erti sempit adalah sesuainya ucapan lisan dengan kenyataan dan dalam
pengertian yang lebih umum malah kejujuran dalam menyampaikan sesuatu
2
. Maka orang
yang jujur bersama Allah dan bersama manusia adalah yang sesuai dengan lahir dan
batinnya.Jurnalisme yang pantas dan layak adalah jurnalisme yang jujur terhadap masyarakat.
(Shoemaker, 1996 : 96). Jujur dalam mengungkapkan fakta, tanpa adanya manipulasi informasi
dari penulis atau pihak berita.Oleh itu segala yang di tulis lebih di percayai umum. Teori
kejujuran juga menerangkan tentang Teori Perbedaan individual individu sebagai anggota
khalayak sasaran media massa secara selektif, menaruh perhatian kepada pesan pesan terutama
jika berkaitan dengan kepentingannya, konsisten dengan sikap sikapnya sesuai dengan
kepercayaannya yang didukung oleh nilai.
2




Bibliografi:
1
Filsafat ilmu:Ilmu dalam perspektif Jujun Suparjan Suriasumantri (1997)m.s 76
Biblografi:
2
Mass Comunication Theory Foundations:Foundations , Ferment and Future by Stanley
J,Baran,K.Davis 2006,2009,2012 ms153/ms 51

3.0 Kebaikan Dalam Kebebasan Untuk Menerbitkan Apa Jua Dalam Internet
3.1 Individu
Perkembangan kemudahan jaringan internet telah membantu rakyat Malaysia khususnya
golongan pelajar meningkat ilmu pengetahuan dalam pendidikan.Sumber internet dapat dijadikan
sebagai sumber rujukan.Mereka boleh menggunakan sumber internet untuk mencari bahan-bahan
rujukan yang berunsur ilmiah yang tidak terdapat di dalam buku.Hal ini demikian kerana internet
diklasifikasikan sebagai perpustakaan bergerak.Ahli psikologi Nicolas Carr percaya bahawa
penggunaan internet mempunyai kesan terhadap individu,misalnya meningkatkan kemahiran
membaca dan mengimbas bacaan secara mendalam kepada kreativiti yang sebenar.
1

3.2 Masyarakat
Masyarakat juga tidak terkecuali daripada mendapat kebaikan daripada kebebasan
menerbitkan bahan dalam internet.Sekiranya kebebasan menerbitkan bahan dalam internet
diamalkan,golongan masyarakat dapat mengetahui isu-isu semasa yang telah berlaku dalam
negara mahupun luar negara.Isu-isu semasa yang disebarkan melalui internet mudah diketahui
umum kerana maklumat yang disebarkan melalui internet cepat sampai.Masyarakat juga dapat
menggunakan internet untuk meletakkan gambar,video dan audio dalam profil dan menyatakan
latar belakang seseorang itu.
3.3 Politik
Dari segi politik pula kebebasan menerbitkan apa sahaja bahan dalam internet membolehkan
sesuatu parti politik menyebarkan ideologi politik mereka masing-masing.Dengan ini, sesebuah
parti politik dapat menjadikan internet sebagai medium untuk berpolitik bagi menarik sokongan
rakyat terhadap mereka.Sesebuah parti politik dapat menyampaikan manifesto dan kumpulan
politik menggunakan internet sebagai kaedah untuk menjalankan misi mereka.
3

1
The Shallows: What the Internet Is Doing to Our Brains, Nicholas Carr, W. W. Norton, 7 June 2010, 276 pp
2
Bartlett, J. and Miller, C. (2011) Truth, lies and the internet. m/s13
3
"The Arab Uprising's Cascading Effects". Miller-mccune.com. 23 February 2011. Retrieved 27 February
2011.


4.0 Keburukan Dalam Kebebasan Untuk Menerbitkan Apa Jua Bahan Dalam Internet
4.1 Individu
Kebebasan menerbitkan apa jua bahan dalam internet tanpa ditapis akan meningkatkan
gejala negatif dalam kalangan para pelajar dan remaja. Gejala negatif seperti
gengsterisme,sumbang mahram,dan sebagainya mudah berlaku dalam kalangan remaja.Hal ini
demikian kerana mereka mudah terikut dengan pengaruh media internet.Sehubungan dengan
itu,industry perjudian dalam talian dan pornografi Internet telah mengambil kesempatan daripada
World Wide Web dan sering memberikan pengiklanan dari bagi laman web lain.
1

4.2 Masyarakat
Dalam kalangan masyarakat pula kebebasan menerbitkan apa jua bahan dalam internet akan
membawa kepada perpecahan masyarakat dalam sesebuah negara.Sekiranya penggunaan internet
tidak dikawal oleh kerajaan nescaya penyebaran yang yang palsu mudah dilakukan oleh individu
yang tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan pihak lain.Berita yang berbaur fitnah mudah
disebarkan sekiranya rakyat bebas mendedahkan apa jua bahan dalam internet.Masyarakat akan
berpecah belah dan perpaduan tidak akan dicapai sekiranya internet dijadikan medium untuk
menabur fitnah.
4.3 Politik
Kepada politik pula,kebebasan menerbitkan apa jua bahan dalam internet akan menjatuhkan
sesebuah negara.Medium internet seperti Facebook dan Twitter mudah diakses dan digunakan
untuk mengkritik sesebuah kerajaan yang memerintah sesebuah negara.Keadaan ini akan
menyebabkan sesebuah parti politik akan jatuh seperti yang telah berlaku di Mesir.Keadan ini
boleh berlaku kepada Malaysia sekiranya penggunaan internet tidak terkawal.

1 "Internet Pornography Statistics",(2006) Jerry Ropelato, Top Ten Reviews,
2 Sonia Livingstone (2009)children and internetby polity press m/s 174-175


5.0Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan internet di kalangan masyarakat menunjukkan peningkatan
setiap tahun.Peningkatan ini seiring dengan maklumat yang penting yang telah diterbitkan di
dalam internet bagi membantu dalam memperolehi makluamat secara panatas.
1
Oleh itu kawalan
terhadap etika media penting agar tidak wujud pelbagai dakwaan yang salah terhadap penerbitan
dalam laman web.















1
Scott Windeatt et.al(2000)ThE internet, Oxford University Press m/s 13

Tajuk:
1.0 Pengenalan

2.0 Etika Media
2.1 Etika Media kecermatan

2.2Etika Media Kebenaran

2.3Etika Media Kejujuran

3.0 Kebaikkan Menerbit Di dalam Internet

4.0 Keburukkan Menerbit Di dalam Internet

5.0 Kesimpulan













NAMA : ASYRAF BIN RAMLEE 118406
AZFAR FAHEMI BIN MUHAMMAD ASRI 118408
NAMA PENSYARAH: ENCIK PETER GAN CHONG BENG

Anda mungkin juga menyukai