Anda di halaman 1dari 21

JKA218 / 4

JKA218TG1

ISU-ISU ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI


ANTHROPOLOGY AND SOCIOLOGY ISSUES
Academic Session 2019/2020

TUGASAN TG1

Name RAGUPATHY A/L BALAKRISHNAN

Matric No. JK/11869/17

I.C No. RF/191839

Regional Centre. IPOH


RF/191839
House :
Phone No.
H/P: 016-7973858

Name NOOR SHAKILA BINTI ABDUL KADIR

Matric No. JK/11816/17

I.C No. 900803025652

Regional Centre. ALOR SETAR


900803025652
House :
Phone No.
H/P:019-4356442

Name WILSON YEO ANAK JONATHAN SUNGGOH

Matric No. JK/11976/17

I.C No. 900113137067

Regional Centre. ALOR SETAR


900113137067
House :
Phone No.
H/P:014-6914489

0
Name NYANAPRAKASHAM A/L SANGAR

Matric No. JK/11866/17

I.C No. 960423075767

Regional Centre. PULAU PINANG


960423075767
House : 045871167
Phone No.
H/P:012-4735164

MUKA
NO ISI KANDUNGAN
SURAT

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Isu Sosial Berdasarkan Pandangan Biasa 6

3.0 Isu Sosial Berdasarkan Pandangan C. Wright Mills 9

4.0 Kesimpulan 15

5.0 Rujukan 18

6.0 Lampiran 19

1
2
MAKLUMAT AHLI KUMPULAN TARIKH KEHADIRAN SUMBANGAN
PERBINCANGAN

 Membuat isu sosial


Nama: Noor Shakila Binti Abdul Kadir 03.12.2019 HADIR berdasarkan
No KP: 900803025652 pandangan biasa
 Membuat Poster dan
No Matrik: JK/11816/17 06.12.2019 HADIR
QR Code
No Tel: 019-4356442  Mengemaskini
02.01.2020 HADIR tugasan
Email: kila_jwms@ymail.com

 Membuat isu sosial


Nama: Wilson Yeo Anak Johnathan 03.12.2019 HADIR
dan sebab
Sunggoh
 Membuat rumusan
No KP: 900113137067 06.12.2019 HADIR untuk maklumat ahli
kumpulan, merekod
No Matrik: JK/11976/17
tarikh perbincangan,
No Tel: 014-6914489 02.01.2020 HADIR kehadiran dan
sumbangan
Email: yeo.wilson90@gmail.com

 Membuat
kesimpulan
03.12.2019 HADIR perbezaan untuk isu
Nama: Ragupathy A/L Balakrishnan
sosial berdasarkan
No KP: RF191839 pandangan C Wright
06.12.2019 HADIR Mills dan pandangan
No Matrik: JK/11869/17
biasa
No Tel: 016-7973858  Membuat muka
02.01.2020 HADIR
depan dan isi
Email: ragupathy3636@student.usm.my
kandungan lampiran
tugasan

03.12.2019 HADIR
Nama: Nyanaprakasham A/L Sangar  Membuat isu sosial
berdasarkan
No KP: 960423075767
06.12.2019 HADIR pandangan C Wright
No Matrik: JK/11866/17 Mills
 Menghantar dan
No Tel: 012-4735164
02.01.2020 HADIR menyemak tugasan
Email: kingnyana@gmail.com

3
1.0 Pendahuluan

Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial saban hari semakin berleluasa di serata dunia.

Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak khususnya golongan ibu bapa.

Kebelakangan ini, masalah sosial seperti gejala buli, diskriminasi, melepak dan sebagainya

semakin menjadi-jadi diperkatakan di media massa dan di segenap lapisan masyarakat kerana

golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara. Media massa seringkali

menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan

pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan

perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Oleh

itu, kita tidak dapat memandang mudah akan masalah gejala sosial ini untuk generasi muda

menerajui dan menjadi harapan negara kelak.

Gejala sosial dapat dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah yang merangkumi

etika dan moral seseorang individu. Dewasa ini, gejala sosial ini bukan sahaja berlaku kepada

golongan dewasa mahupun remaja bahkan golongan kanak-kanak turut terlibat dalam

permasalahan ini. Pada pandangan umum, masalah gejala sosial ini merangkumi kepada

perlakuan negatif masyarakat yang tidak memberi sokongan dan kebaikan kepada sistem dan

persekitaran yang patut diamalkan dalam mana-mana masyarakat dan negara.

4
Gejala sosial dapat dihuraikan seperti berikut; iaitu gejala bermaksud tanda-tanda

(akan terjadinya sesuatu) atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan

istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa

masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan

masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). Manakala, perkataan

sosial ialah perkataan yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan

kemasyarakatan. Oleh itu, gejala sosial dpat dimaksudkan dengan definisi tanda-tanda atau

petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, ataupun hal

yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang seseorang individu.

Melalui wayang gambar yang terpilih, isu sosial yang terdapat dalam wayang gambar

tersebut adalah gengsterisme dan budaya samseng yang berlaku di kawasan kediaman watak

utama di Los Angeles, Amerika Syarikat. Menerusi wayang gambar iaitu ’Boyz N The Hood

(1991) merupakan filem yang diarahkan oleh John Singleton menceritakan tentang tiga lelaki

Afro-Amerika, Tre, Ricky dan Doughboy. Tre merupakan watak utama dalam filem ini. Tre

berumur 10 tahun ketika ibunya memutuskan bahawa dia lebih baik tinggal bersama bapanya

di Los Angeles. Di Los Angeles, beliau bertemu dengan Ricky dan Doughboy yang

merupakan bersaudara tiri dan mereka menjadi kawan rapat. Tre, watak utamanya, sentiasa

bergelut dengan berusaha untuk terus fokus dalam mencapai matlamat pendidikannya, sambil

terus berusaha bersahabat dengan anak-anak lain di kawasan kejiranan yang tidak

mempunyai aspirasi untuk keluar dari South Central. Ricky merupakan seorang atlet berbakat

yang kelihatannya bakal mengetuai biasiswa bola sepak kolej beliau. Manakala, Doughboy

bukan seorang yang bermasalah, tetapi dia menjadi kaki minuman keras dan ubat-ubatan

yang menjadikan beliau cepat atau lambat mencari masalah yang buruk keapda orang lain.

5
Dalam satu bahagian di akhir filem ini, di mana Tre pergi dengan Doughboy dan

kawan-kawannya untuk membunuh kumpulan Bloods yang membunuh Ricky, membuktikan

perjuangan dalaman ini yang selalu dihadapi Tre. Furious iaitu bapa kepada Tre juga

membincangkan tentang perjuangan yang sama ketika dia berumur 17 tahun dan bersiap

untuk menjadi seorang ayah. Walaupun kawan-kawannya mula minum, mencuri dan

membunuh, Furious tahu bahawa dia ingin menjadi seorang yang berguna iaitu mahu menjadi

role model dan peranan positif untuk Tre, dan tahu cara menjauhkan diri dari masalah

tersebut.

Punca terjadinya isu sosial yang terdapat dalam wayang gambar ‘Boyz N The Hood’

ini adalah berpunca daripada institusi kekeluargaan yang retak. Institusi kekeluargaan yang

mengalami masalah menyebabkan berlakunya gejala sosial gengsterisme dan budaya

samseng ini. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil akan

didikan agama. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-

anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial berlaku. Selain itu, ibu bapa

seharusnya mendidik anak mereka tanpa membezakan ataupun pilih kasih terhadap anak-

anak agar mereka tidak merasa tersisih ataupun dibeza-bezakan. Melalui wayang gambar ini,

Ricky merupakan anak yang lebih disayangi oleh ibunya. Manakala, Doughboy dapat

merasakan ketidakadilan dalam layanan daripada ibunya itu yang menyebabkan beliau

memilih untuk menyembunyikan perasaan ketidakpuasan hatinya dan bersikap memberontak

dengan menghabiskan sebahagian besar hari-harinya dengan meminum arak, menjadi

samseng dan penyalahgunaan dadah.

6
2.0 ISU SOSIAL BERDASARKAN PANDANGAN BIASA

Gangsterisme secara umumnya merupakan satu perbuatan yang tidak selari dengan normal

masyarakat. Ini kerana budaya gangsterisme bertentangan dengan mana-mana ajaran agama

di dunia. Tidak ada satu agama pun yang menggalakkan pengikutnya untuk berbuat kejahatan

seperti gangsterisme. Pada asasnya, budaya gangsterisme adalah disebabkan oleh beberapa

faktor. Faktor yang pertama adalah tekanan daripada persekitaran. Persekitaran memainkan

peranan yang sangat penting untuk perkembangan seseorang individu. Persekitaran sekeliling

adalah termasuk persekitaran keluarga, komuniti, rakan-rakan, budaya dan sebagainya.

Faktor persekitaran keluarga adalah yang paling utama kerana pembentukan sahsiah diri

adalah bermula daripada keluarga. Keluarga yang mempunyai persekitaran yang terpuji dan

akhlak yang baik adaah menjadi penyumbang terbesar kepada peribadi dan sahsiah diri.

Peranan ibu bapa, adik beradik serta saudara mara akan mempengaruhi perkembangan diri

sesorang individu. Persekitaran keluarga yang harmoni akan menghasilkan individu yang

teratur dalam merancang kehidupan dan membina masa hadapan yang cemerlang manakala

tekanan persekitaran daripada keluarga yang porak peranda akan menghasilkan individu yang

berlainan sahsiah diri. Individu yang mengalami tekanan kerana keluarga yang tidak harmoni

dan berpecah belah akan lebih cenderung untuk melakukan perkara yang bertentangan
7
dengan norma masyarakat kerana dahagakan kasih saying dan perhatian yang tidak diperoleh

daripada persekitaran atau institusi keluarganya. Sebagai contoh, individu seperti ini akan

melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak bermoaral seperti gangsterisme. Ahli-ahli di dalam

kumpulan gangsterisme pada kebiasaannya mempunyai masalah yang hampir sama iaitu

terdapat tekanan daripada persekitaran mereka. Apabila mereka berada di dalam satu

kumpulan, mereka merasakan bahawa mereka adalah sama. Daripada perasaan yang timbul

itu, mereka secara tidak langsung akan sentiasa menghabiskan masa bersama kerana mereka

percaya bahawa situasi mereka adalah sama dan sama-sama melakukan kegiatan tidak

bermoral kerana tuntutan perhatian dan kasih sayang. Berdasarkan filem yang dipilih, watak-

watak utama sememangnya mempunyai masalah keluarga, contohnya, ibu dan bapa yang

bercerai. Ini merupakan salah satu perkara yang menyumbang kepada perlakuan tidak

bermoral oleh watak-watak utama. Faktor persekitaran yang seterusnya adalah persekitaran

komuniti. Apabila seseorang individu itu berada di dalam komuniti yang tidak sihat di mana

mereka sentiasa dipandang serong oleh orang lain, maka hal ini secara langsung

menyebabkan mereka menyimpan dendam kepada komuniti tersebut. Sesetengah komuniti

suka melabelkan individu dengan gelaran yang tidak elok dan hal ini merangsang individu

untuk melakukan perkara yang tidak bermoral sesuai dengan gelaran yang diberikan.

Terdapat juga kawasan atau komuniti yang aktif dengan perbuatan jenayah dan individu yang

berada di komuniti tersebut akan terlibat sama kerana perasaan ingin mencuba sesuatu yang

baru seperti bersama dengan kumpulan yang melakukan jenayah. Seperti dalam filem ‘Boyz

n the Hood’, watak utama berada dalam persekitaran yang kurang menyenangkan kerana

terdapat diskriminasi di antara masyarakat dan ini menyebabkan watak-watak utama

membesar dalam masyarakat yang tidak sihat.

Faktor lain yang menyumbang kepada masalah gangsterisme adalah pengaruh rakan sebaya.

Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam pembentukan diri individu. Isu sosial
8
seperti gangsterisme ini sebenarnya boleh dielakkan jika sesorang individu itu pandai dan

bijak dalam memilih kawan sebaya. Hal ini kerana jika kita berkawan dengan orang yang

baik-baik, maka secara tidak langsung kita akan menjadi seorang individu yang baik. Begitu

juga jika kita mempunyai rakan yang tidak baik, maka kita akan terikut dengan rakan-rakan

kita melakukan perkara yang tidak baik. Anak-anak harus diajar dari kecil supaya memilih

rakan yang baik. Ini kerana rakan adalah antara individu yang akan membesar bersama-sama

kita dan kita akan cenderung untuk mengikuti tingkah laku mereka. Pemilihan akhlak dan

sahsiah seharusnya menjadi keutamaan apabila memilih rakan sebaya.

Menjadi satu persoalan, adakah kegiatan atau budaya gangsterisme ini dapat dikurangkan

atau dihapuskan? Jawapannya adalah terletak kepada bagaimana seseorang individu itu mahu

berubah dan bagaimana sesuatu komuniti dapat menerima dengan baik perubahan seseorang

yang ingin mencari jalan yang benar. Seseorang individu harus kuat dalam menghadapi

perubahan. Perubahan akan memakan masa dan tenaga namun ianya adalah berbaloi. Diri

sendiri terlebih dahulu harus berubah, barulah komuniti da persekitaran menerima perubahan

kea rah kebaikan tersebut. Watak-watak utama di dalam filem ini mengalami perubahan yang

pelbagai. Ada yang menjadi lebih baik dan ada yang menjadi lebih buruk. Semuanya

bergantung kepada kemampuan diri untuk berubah dan kemampuan masyarakat untuk

bekerjasama dalam menghadapi perubahan secara keseluruhan.

9
3.0 ISU SOSIAL BERDASARKAN PANDANGAN C. WRIGHT MILLS

Imaginasi sosiologi ialah satu teori yang diperkenalkan oleh falsafah C.Wright

Mills menuntut bahawa penyelidikan sosiologi telah dipandu lebih banyak oleh keperluan

kebimbangan pentadbiran daripada kebimbangan intelektual. ia telah menjadi pengumpulan

fakta bagi tujuan memudahkan mentadbir sesuatu pentadbiran. Untuk Mills perbezaan antara

pemikiran sosiologi adalah tidak berkesan dan juga gagal dalam imiginasi. Imaginasi

sosiologi adalah semata-mata kualiti minda yang membolehkan seseorang untuk memahami

sejarah dan biografi dan juga hubungan antara kedua dalam masyarakat. Ciri kehidupan

social mempunyai makna bagi seseorang individu, dan sangat mempengaruhi nilai watak, dan

kekuatan lelaki dan wanita yang membentuk satu sistem sosiobudaya. Contoh yang paling

umum tentang imaginasi sosiologi adalah pengangguran. Hal ini kerana individu yang

menghadapi pengangguran mungkin terasa kekalahan dan kehilangan. Beliau mengalakkan

orang ramai untuk berhenti memberi tumpuan kepada diri mereka sendiri untuk melihat

pandangan masyarakat yang lebih luas. Jika kita mengambil sikap Mills, kita akan mula

percaya bahawa setiap masalah yang dihadapi oleh individu mempunyai akar dalam

masyarakat secara menyeluruh dan dihadapi oleh banyak lagi. Dengan ini, kita akan

10
mendapat gambaran yang lebih jelas dan contoh yang lebih teliti mengenai imaginasi

sosiologi oleh falsafah C.Wright Mills.

Dalam filem ini terdapat beberapa isu yang kita boleh dikaitkan dengan imaginasi sosiologi

C.Wright Mills. Seseorang tersebut menghadapi masalah peribadi individu berkaitan

dengan zon terhad sosialisasi, di mana seseorang sedar (Mills, 1959). Mills berkata

bahawa Sesuatu juga mempunyai kait rapat dengan masalah sesorang yang dihadapi. Dalam

filem ini, kita didapati tempat Crenshaw iaitu terletak di Selatan Los Angeles, California.

Crenshaw majoriti adalah orang kulit hitam. Crenshaw juga mempunyai banyak kumpulan

kongsi gelap yang menjejaskan keharmonian Crenshaw. Begitu juga masyarakat yang tinggal

di Crenshaw yang mempunyai imej yang kurang baik.

Seterusnya, evolusi gengsterisme boleh dianalisis melalui pandangan imaginasi sosiologi

dengan menunjukkan bahawa masalah peribadi berkaitan kepada isu-isu awam (Mills,

1959). Hal ini boleh dijelaskan menerusi institusi sosial kerajaan. Isu ini kita boleh dilihat

dalam filem ini semasa Furious memancing dengan Tre, memberitahunya pengalaman

ketenteraannya dalam Perang Vietnam. Beliau menasihatkan Tre untuk tidak pernah

menyertai tentera, dengan alasan bahawa seorang lelaki kulit hitam tidak mempunyai tempat

dalam tentera. Masalah Sosial juga tutur diserap dalam perkerjaan mahupun pelajaran.

Di samping itu, Imaginasi sosiologi membolehkan kita mengenal pasti daya sosial tersirat

yang merebak di sekeliling individu dan mengatur tingkah laku mereka dalam

masyarakat dan kita perlu memikirkan pengaruh dalam masyarakat yang

11
menyumbang kepada realiti individu (Mills, 1959), Kebanyakan remaja menyertai dalam

geng adalah semata-matanya untuk menjaga keselamatan mereka. Doughboy merupakan

abang kepada Ricky, pada 1991, Doughboy menyertai kumpulan Grip untuk menentang

kumpulan Ferris.

Selain itu, Imaginasi sosiologi membolehkan kita menyedari bahawa setiap individu

dalam masyarakat dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial yang mengganggu realiti sosial

dan mengatasi orang itu (Mills, 1959). Kaedah analisis ini akan menghuraikan fakta

bahawa isu sosial gangsterisme bukan masalah peribadi, tetapi berakar secara dalam pada

tahap makro masyarakat. Dalam filem Boyz N The Hood, semasa Ricky dan Tre perjalanan

ke rumah mereka ditahab oleh polis tanpa sebab. Salah seorang polis berkulit hitam

mengancam Tre dengan meletakkan pistol di lehernya.Hal ini kerana, beliau menggangap

masyarakat kulit hitam di Crenshaw adalah ancaman kepada orang kulit hitam yang lain.

Dengan ini, Imaginasi sosiologi membolehkan seseorang secara radikal meneroka isu

sosial dan menyimpang dari anggapan sebelumnya (Mills, 1959). Kita menyaksikan

bahawa disebabkan kekurangan sokongan daripada sosial ini, individu sering mencari cara

untuk mengatasi keadaan yang tidak diduga dan menjadi terdedah dan bergabung dengan

kumpulan yang sering melakukan aktiviti ganas. Dalam filem ini Doughboy dan Ricky

diperbesarkan oleh ibunya sendiri. Mereka berdua tidak dapat melihat bapanya. Hal ini

menyebabkan Doughboy menjadi gangster tetapi Ricky memilih laluan yang agak berbeza

iaitu menjadi bintang American Footbal di Crenshaw High School.

12
Seterusnya, perspektif sosiologi yang membawa peristiwa sejarah yang membentuk

ideologi sosial kontemporari. yang mewakili hubungan antara keperibadian dan

sejarah menentukan pengalaman semasa (Mills, 1959). Keganasan dan balas dendam

terhadap manusia adalah menyumbang kepada normalisasi Gangterisme. Hal ini akan

menimbulkan jenayah kekerasan, dan pembunuhan yang memusnahkan keluarga dan

mengganggu keselamatan orang dalam komuniti. Ricky dibunuh oleh Kumpulan Ferris hal

ini kerana Ricky merupakan adik kepada Doughboy dan ini merupakan balas dendam

terhadap Kumpulan Grip. Selepas itu Doughboy dan kawanya balas dendam Kupulan Ferris

dengan membunuh mereka. Dougboy penuh persoalan bertanya mengapa Amerika tidak

peduli dengan kehidupan di gangsterisme .Selepas kejadian itu Doughboy merasa agak

kecewa kerana kematian Ricky. Dalam Epilogue filem mengatakan Doughboy telah dibunuh

dua minggu kemudian.

4.0 KESIMPULAN

Gangsterisme berlaku apabila sekumpulan yang mempunyai tiga atau lebih orang terbentuk

untuk melakukan sesuatu yang mengundang kepada ketidakselesaan dalam kalangan

masyarakat. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gangsterisme ialah golangan muda-

mudi. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya gejala sosial ini. Secara

umumnya, remaja yang tidak mendapati kasih sayang dalam keluarg menyertai gangsterisme

kerana ingin menarik perhatian orang lain dan tidak mahu berasa bersendirian. Hal ini tidak

dapat dinafikan kerana dalam filem Boyz N The Hood, Doughboy terjebak dalam

gangsterisme kerana ibu tunggalnya tidak memberi perhatian spenuhnya terdapat Doughboy

manakala dia lebih mementingkan Ricky. Oleh itu, Doughboy kurang prihatin terhadap hal-

hal kekeluargaan dan masyarakat setempat. Gangster menginginkan perhatian daripada orang

13
sekeliling dan jika perhatian tersebut tidak didapat dari ibu bapa maka mereka mula merasa

berseorangan dan mula mencari cara untuk mendapatkan perhatian. Selain itu, pengaruh

rakan sebaya jugak menjadi faktor seseorang melibatkan diri dalam gangsterisme. Bagi

meneruskan persahabatan dan tidak mahu merendahakan diri, malah individu tersebut

terjebak aktiviti-aktiviti yang tidak berguna. Oleh itu, remaja yang dipengaruhi oleh rakan-

rakan mereka mula melakukan aktiviti gengsterisme.

Menurut pandangan Wright Mills, skop idea beliau mencadangkan pertalian sosial

dengan kriminilogi. Walaupun Mills secara khususya tidak menangani jenayah, namum hasil

kerja Mills yang menerangkan tentang politik institusi, struktur keperibadian, pembentukan

dan interkoneksi berkait rapat dan dapat digunakan untuk menerangkan hubungan antara

amalan dan ideologi kawalan jenayah serta pemahaman tentang dinamika penjenayah dan

pentadbiran undang-undang jenayah pendidikan, buruh, media massa dan jenis undang-

undang yang lain daripada undang-undang jenayah. Hasil Kerja Mills membantu kita untuk

merumuskan metatheoretikal dan struktur dinamik yang menghubungkan aspek-aspek

sosiologi yang terdapat dalam masyarakat terutamanya dari konteks sejarah meraka.

14
Rajah 1: Imaginasi Kriminologi

Gangsterisme disebabkan oleh banyak faktor seperti persekitaran, ibu bapa dan rakan sebaya.

Gangsterisme juga membawa banyak kesan negatif kepada remaja dan masyarakat. Oleh itu,

untuk membendung isu ini, peranan ibu bapa adalah sangat penting dan mereka perlu peka

terdapat persekitaran sekeliling agar dapat mengelakkan anak-anak terlibat dalam

gangsterisme. Ole itu, ibu bapa atau penjaga haruslah memberi kasih sayang kepada anak-

anak, menghormati dan selalu menjadi perhatian kepada mereka untuk agar dapat

mengelakkan mereka terjebak dalam gangsterisme. Ibu bapa juga haruslah mendidik anak-

anak mereka dengan ilmu keagamaan dan moral yang baik. Dengan ini, remaja dapat

mengawal diri mereka untuk melakukan kegiatan yang tidak baik. Ibu bapa juga sentiasa

perlu peka terhadap perubahan dalam diri anak mereka agar dapat memberi sokongan moral

15
kepada mereka. Ibu bapa perlu membantu anak-anak dan menerangkan baik buruk dan

memberi nasihat kepada mereka.

Di samping itu, kerajaan haruslah memainkan peranan penting dalam menangani kegiataan

gangsterisme dalam kalangan masyarakat. Pihak kerajaan haruslah mengambil langkah

radikal dengan mengurangang penyiaran filem berunsur keganasan dan jenayah. Remaja

sering melihat watak dalam filem sebagai idola mereka, oleh itu, menyekat filem sedemikian

boleh memberi impak positif dalam kalangan masyarakat dalam menangani masalah

gangsterisme. Tambahan pula, pengetatkan undang-undang and mengenakan hukuman yang

berat mampu mengelakkan masyarakat terbabit dalam aktiviti gangsterisme. Kesimpulannya,

semua pihak haruslah berganding bahu dalam membasmi akar umbi yang mengundang

kepada fenomena gangsterisme dalam kalangan masyarakat.

16
5.0 RUJUKAN

1. C. Wright Mills (1959) The Sosiological Imagination. Chapter one: The Promise.

https://elearnpppjj.usm.my/pjj1920/pluginfile.php/41386/mod_resource/content/1/Sociologic

al Imagination_The Promise.pdf

2. C.Wright Mills (1959) The Promise of the Sociological Imagination

https://elearnpppjj.usm.my/pjj1920/pluginfile.php/41387/mod_resource/content/2/The

Promise of the Sociological Imagination.pdf

3. Melissa Brinks | Jul 22, 2019 https://blog.prepscholar.com/what-is-sociological-imagination-

examples 20/12/2019

4. Merton ,Robert k.1968 Social Theory and Social Structure New York:The Free Press

5. Social Theory and Social Structure.New York :The free Press ,1957.

17
6.0 LAMPIRAN

18
19
20

Anda mungkin juga menyukai