Anda di halaman 1dari 30

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PROPOSAL KAJIAN PENYELIDIKAN


TAJUK: KAJIAN TAHAP SIKAP KERJA DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PRESTASI KERJA: KAJIAN DI JABATAN KASTAM DI RAJA
MALAYSIA, PERLIS.

SZZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
SEMESTER JULAI 2020/2021

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. MADYA DR. MD. ZAWAWI


ABU BAKAR

DISEDIAKAN OLEH:

Bil. Nama Pelajar No. Matriks


1.

KAMPUS: UUM-PJJ, SINTOK


ISI KANDUNGAN
ABSTRAK M/s – 02

ABSTRACT M/s – 03

1.0 PENGENALAN M/s – 04


1.1 Pernyataan Masalah M/s – 06
1.2 Objektif Kajian M/s – 08
1.3 Persoalan Kajian M/s – 09
1.4 Skop dan Batasan Kajian M/s – 09
1.5 Hipotesis Kajian M/s – 10

2.0 SOROTAN LITERATUR M/s – 11

3.0 KERANGKA KAJIAN M/s – 13

4.0 METODOLOGI KAJIAN M/s – 14


4.1 Rekabentuk Kajian M/s – 15
4.2 Kaedah Persampelan M/s – 16
4.3 Kaedah Pengumpulan data M/s – 17
4.4 Kaedah Analisis data M/s – 19

5.0 RUJUKAN M/s – 20

6.0 LAMPIRAN M/s – 22


Carta Gantt M/s – 22
Borang Soal Selidik M/s – 23

1
ABSTRAK

Umumnya, pekerja dengan sikap yang baik mempunyai prestasi yang lebih kuat, dan

pekerja dengan sikap yang buruk menunjukkan prestasi yang lebih rendah daripada

yang lebih tinggi. Terserah kepada pengurus untuk memantau sikap pekerja dan

menangani masalah sikap seperti negatif dan kemalasan. Sikap didasarkan pada banyak

faktor yang dibawa oleh pekerja ke tempat kerja. Akar sikap pekerja yang mendalam

telah menjadikannya sukar untuk berubah. Sikap mempengaruhi reaksi pekerja terhadap

orang lain, termasuk rakan sekerja, penyelia dan pelanggan; sikap mempengaruhi

tanggapannya terhadap pekerjaan dan nilainya terhadap organisasi. Sekiranya tugas

kerja seseorang pekerja melibatkan kerjasama dengan orang lain, sikapnya boleh

mempengaruhi kejayaan atau kegagalan kumpulan. Terdapat pelbagai faktor yang boleh

memotivasikan individu untuk bekerja. Maslow (1954), menegaskan bahawa bekerja

adalah merupakan keperluan kemanusiaan yang harus dipenuhi untuk mencapai

keperluan kesempurnaan diri. Bonnely dan Gibson (1978) menyenaraikan 3 fungsi

mengapa individu bekerja. Menurut pengkajian itu juga menyatakan bahawa manusia

bekerja untuk menjadikannya sebagai sumber ekonomi yang membolehkan manusia

hidup dalam keselesaan; selain daripada itu sebagai penyelaras aktiviti kehidupan dan

akhir sekali penanda ataupun identifikasi harga diri. Kajian ini akan melihat tentang

aspek sikap kerja dan hubungannya terhadap prestasi kerja, sebuah kajian kes di

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Perlis.

2
ABSTRACT

When an employee reports for work, his or her attitude affects his or her work

performance and can affect the morale of other employees around him or her. Generally,

employees with a good attitude have a stronger performance, and employees with a bad

attitude show lower performance than higher ones. It is up to the manager to monitor the

attitude of employees and deal with attitude problems such as negativity and laziness.

Attitude is based on many factors that employees bring to the workplace. The deep roots

of employee attitudes make it difficult to change. The attitude of an employee has the

potential to influence his or her interactions with others and his or her work performance

individually. Attitudes influence employee reactions to others, including co-workers,

supervisors and customers; attitudes influence his response to work and its value to the

organization. If an employee’s work duties involve collaboration with others, his or her

attitude can influence group success or failure. There are various factors that can

motivate an individual to work. Maslow (1954), asserts that work is a human need that

must be met to achieve the need for self-perfection. Bonnely and Gibson (1978) list 3

functions why individuals work. According to the study it also states that humans work to

make it an economic resource that allows humans to live in comfort; other than that as a

coordinator of life activities and finally a marker or identification of self-esteem. This

study will look at aspects of work attitude and its relationship to job performance, a case

study at the Royal Malaysian Customs Department, Perlis.

3
1.0 PENGENALAN

Sikap yang berkaitan tentang pekerjaan dan juga prestasi organisasi adalah

masalah asas pengkajian kepuasan pekerjaan. Hubungan antara faktor-faktor ini adalah

amat penting dalam setiap organisasi demi mengekalkan kecekapan serta prestasi

pekerjaan. Beberapa kajian yang meneliti tahap produktiviti industri dan syarikat serupa

mendapati bahawa beberapa perusahaan terus beroperasi jauh lebih efisien daripada yang

lain (Gibbons, R., & Henderson, R. 2012). Peranan tahap sikap kerja dan hubungannya

dengan prestasi kerja menjelaskan perbezaan produktiviti berterusan sehingga kini

mendapat pertimbangan pengkajian tentang bidang yang berkaitan. Prestasi pekerjaan

dianggap sebagai parameter penting dalam setiap jenis pekerjaan. Terutama dalam

perkhidmatan awam dan prestasi kerja perkhidmatan awam dianggap sebagai salah satu

faktor utama yang membentuk pertumbuhan pekerjaan.

Kepuasan kerja adalah bidang penyelidikan yang signifikan; ia adalah faktor yang

berkorelasi terhadap peningkatkan prestasi pekerjaan. Pelbagai kajian (tentang hal yang

berkaitan) telah menentukan bahawa kepuasan kerja dan prestasi kerja mempunyai

hubungan yang penting terhadap pekerjaan. Pengkaji yang paling terkenal mengakui

bahawa kepuasan kerja dapat mempengaruhi prestasi kerja pekerja dalam organisasi.

Terdapat syarat-syarat tertentu seperti sikap dan tahap prestasi pekerja dalam sesebuah

organisasi yang mengenal pasti bahawa kepuasan kerja dan hubungan prestasi kerja

bergantung terhadap teori pertukaran sosial; prestasi pekerja memberi pulangan kepada

perniagaan (organisasi) dari mana mereka mendapat kepuasan dalam pekerjaannya. Oleh

4
kerana sektor perkhidmatan dikuasai oleh orang ramai, tumpuan pada faktor-faktor yang

membawa kepada kepuasan pekerja adalah dominan di sini. Sektor awam adalah salah

satu bidang yang didominasi oleh masyarakat. Sektor ini dapat bertahan hanya apabila

kepentingan diberikan kepada tenaga kerja.

Pengkajian ini akan cuba melihat dari konteks hubungan antara sikap pekerja terhadap

prestasi pekerja di Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Kajian akan dilakukan di

Cawangan Kuarantin, Kastam dan Imigresen (ICQ), Padang Besar, Perlis. Jabatan

Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) adalah merupakan sebuah agensi Kerajaan Malaysia

yang bertanggungjawab untuk mentadbir dasar cukai tidak langsung negara,

penguatkuasaan sempadan dan kesalahan narkotik. Dengan kata lain, KDRM mentadbir

tujuh undang-undang utama dan 39 subsidiari. Selain daripada itu, KDRM melaksanakan

18 undang-undang untuk agensi kerajaan yang lain. KDRM kini dikenali sebagai JKDM

(Jabatan Kastam Diraja Malaysia) ketika Ibrahim Jaapar mengambil alih jawatan ketua

jabatan pada tahun 2009. Apabila pengkaji memikirkan tentang keberkesanan seorang

pekerja terhadap sebuah organisasi, beberapa faktor mungkin terlintas dalam fikiran

mereka: kecerdasan, kemahiran, latihan, dan lain-lain. Namun, mungkin ada faktor yang

lebih besar dan lebih berpengaruh terhadap prestasi pekerjaan iaitu sikap. Malah pekerja

yang paling mahir dan berbakat juga mungkin akan terdedah kepada prestasi yang rendah

jika sikapnya di tempat kerja adalah kurang memuaskan. Sebaliknya, pekerja yang

mempunyai sikap serta dedikasi dan komitmen yang positif akan mendorong mereka ke

tahap usaha yang lebih tinggi. Dan sering kali mereka ini 'unggul', walaupun mereka

bukanlah yang paling berbakat dan berkemahiran dalam sesebuah organisasi. Organisasi
5
kini semakin sedar akan kepentingannya; melabur lebih banyak masa dan usaha daripada

sebelumnya untuk mewujudkan suasana sikap terbaik di kalangan pekerjanya; sama ada

secara mesyuarat kecil dengan pekerja dan juga program-program motivasi kepada

pekerja mereka.

1.1 Pernyataan Masalah

Agensi-agensi awam ditubuhkan dengan objektif; untuk memenuhi keperluan rakyat dan

negara. Untuk mencapai objektif itu, sistem penyampaian terhadap perkhidmatan awam

yang berintegriti tinggi adalah amat diperlukan agar dasar-dasar kerajaan dapat

diimplimentasikan dengan lebih berkesan. Kepentingan integriti terhadap perkhidmatan

awam adalah untuk mewujudkan pentadbiran serta perkhidmatan awam yang cekap dan

juga berdisiplin menerusi penerapan nilai-nilai murni yang akan mengatasi permasalahan

dan juga kelemahan dari pelbagai aspek pentadbiran kerajaan seperti pengurusan

kewangan, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan

penyelewengan yang dilarang oleh peraturan, perundangan dan juga agama (Plan Integriti

Nasional, 2004). Menurut Kalleberg (1977), kepuasan kerja itu boleh dihubungkaitkan

dengan sikap pelbagai dimensi pekerja terhadap pekerjaannya. Seseorang pekerja boleh

berpuas hati terdapat sesuatu dimensi pekerjaannya namun pada masa yang sama akan

berasa tidak berpuas hati terhadap dimensi lain dalam pekerjaannya. Misalnya, terdapat

pekerja yang akan merasa sangat berpuas hati terhadap penyelia mereka, tetapi pada yang

sama mereka tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima.

6
Rajah 1: Model Perhubungan Antara Sikap dengan Prestasi Pekerjaan

Permasalahan kajian adalah perkara penting sebelum memulakan kajian dan ia juga boleh

dikemukan dalam bentuk persoalan atau kenyataan umum. Sejajar dengan permasalahan

kajian latar belakang kajian yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah tentang hubung

kaitan antara sikap (attitude) dengan prestasi (performance) pekerja di kalangan penjawat

awam yang dipilih dari kalangan pegawai-pegawai JKDM di Cawangan ICQ, Padang

Besar, Perlis. Pengkajian ini adalah yang ulung sekali dilaksanakan dengan menamakan

'Pegawai Kastam' sebagai responden utama untuk sesebuah kajian sains sosial. Dengan

mengambil kira suasana terkini, tatkala negara juga sedang dilanda oleh Pandemik

Koronavirus (Covid-19). Kerajaan Malaysia telah mengimplimentasikan pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang bermula pada 18 Mac 2020. Berdasarkan

kemungkinan merebaknya virus Covid-19 yang meluas dan disokong oleh Kementerian

7
Kesihatan Malaysia (KKM), fasa MCO telah diperpanjangkan sebanyak lima kali dari

rancangan asal dan fasa semasa dijangka berakhir pada 9 Jun 2020. Jabatan Kastam Di

Raja Malaysia merupakan antara badan-badan awam yang tergolong dalam apa yang

dikategorikan sebagai 'Frontliners'. Kajian ini juga akan melihat aspek sikap dan

pengaruhnya terhadap prestasi pegawai jabatan ini semasa wabak pandemik berlangsung

ketika ini.

1.2 Objektif Kajian

1. Mengenalpastikan tahap sikap kerja dan hubungannya terhadap prestasi kerja

dikalangan pegawai-pegawai Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Cawangan ICQ

Padang Besar Perlis.

2. Mengenalpastikan perkaitan ciri-ciri demografi terpilih dengan tahap sikap kerja

dan prestasi kerja pegawai yang dikaji.

3. Mengenalpastikan kaitan antara sikap kerja dengan prestasi kerja berdasarkan ciri-

ciri demografi pegawai yang dikaji.

4. Mengenalpastikan perhubungan antara faktor sikap dengan prestasi kerja pegawai

yang dikaji.

1.3 Persoalan Kajian


8
Persoalan kajian ini dibentuk berdasarkan objektif kajian. Berikut adalah antara

persoalan-persoalan kajian:

1. Apakah perkaitan yang wujud di antara ciri-ciri demogmfi yang terpilih dengan

tahap sikap kerja pegawai yang dikaji?

2. Apakah perkaitan yang wujud di antara ciri-ciri demografi dengan prestasi kerja

pegawai yang dikaji?

3. Adakah terdapat perkaitan faktor sikap kerja dengan prestasi kerja di antara

kumpulan ciri-ciri demografi terpilih?

4. Adakah terdapat perbezaan tahap sikap kerja di antara kumpulan ciri-ciri

demografi terpilih pegawai yang dikaji?

5. Adakah terdapat perbezaan prestasi kerja di antara kumpulan ciri-ciri demografi

pegawai yang dikaji?

1.4 Skop dan Batasan Kajian

Bagi mendapatkan butiran yang diperlukan untuk kajian, skop dan batasan kajian adalah

seperti berikut:

1. Kajian akan dijalankan di Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM), Cawangan

ICQ Padang Besar, Perlis.

2. Mengenalpastikan tahap sikap kerja dan hubungannya terhadap prestasi kerja

dikalangan pegawai-pegawai Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Cawangan ICQ

Padang Besar Perlis.

3. Sasaran responden adalah pegawai JKDM yang bertugas di ICQ Padang Besar,

Perlis yang terdiri daripada pegawai.


9
4. Kajian yang dijalankan berdasarkan piawaian untuk sistem pengurusan kualiti dan

mengikut standard kualiti MS ISO 9001: 2015 yang diamalkan oleh jabatan di

sektor awam (Piawaian MS ISO 9000).

1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis yang hendak dijelaskan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Sejauhmanakah hubung kait antara ciri-ciri demografi dan sikap kerja

mempengaruhi prestasi kerja dikalangan pegawai JKDM di ICQ Padang Besar?

2. Apakah wujud perbezaan tahap sikap kerja di antara kumpulan ciri-ciri demografi

terpilih pegawai JKDM di ICQ Padang Besar?

3. Apakah wujud perbezaan prestasi kerja di antara kumpulan ciri-ciri demografi

terpilih pegawai JKDM di ICQ Padang Besar?

2.0 SOROTAN LITERATUR

10
Kajian yang berkaitan tentang sikap kerja pekerja merupakan kajian yang agak

kerap dibuat, terutama sekali pengkajian dalam bidang kepuasan pekerjaan dalam

sesebuah organisasi. Locke (1976) menganggarkan bahawa lebih daripada 3,350 artikel

yang berkaitan tentang kepuasan kerja telah dihasilkan. Kajian-kajian yang berkaitan

tentang 'sikap kerja' pekerja, telah dikaji secara berulang-ulang dari semasa ke semasa. Ini

terbukti dalam kajian oleh Cranny, et.al (1992) menganggarkan berkemungkinan

sehingga 1992 terdapat lebih daripada 5.000 artikel kajian yang berkaitan tentang 'sikap

kerja' pekerja yang dihasilkan.

Chu et al. (2005) melakukan kajian tentang hubungan antara konflik peranan, sikap kerja,

tekanan kerja dan kecenderungan untuk berhenti kerja. Hasil kajian itu menunjukkan

bahawa sikap kerja adalah kecenderungan tingkah laku di tempat kerja, yang mana

mempunyai pengaruh langsung terhadap tingkah laku kerja. Wei dan Chu (2008)

melakukan tinjauan ke atas pekerja di industri perkhidmatan kewangan, dan mendapati

bahawa sikap kerja mempunyai kesan positif terhadap prestasi kerja. Sikap kerja yang

lebih baik membawa kepada prestasi kerja yang lebih baik. Chih et al. (2008)

menunjukkan bahawa kepuasan kerja dan penglibatan kerja mempunyai kesan positif

terhadap prestasi kerja. Komitmen organisasi untuk mempengaruhi prestasi kerja melalui

pengenalpastian dan internalisasi individu dalam organisasi. Apabila pekerja komited

secara emosional terhadap organisasi, keuntungan mereka meningkat. Beberapa definisi

sikap kerja pekerja yang telah diberikan; sebagai contohnya Lofquist dan Dawis (1969)

dalam Cranny et.al. (1992) mendefinisikan sikap kerja sebagai ‘a function of the

correspondence between reinforcer system of the work enviroment and the individual's
11
needs'. Manakala Locke (1976) pula mendefinisikan sikap kerja sebagai 'a pleasurable or

positive emotional state resulting from the appraisal of one’s job or job experiences.'

Menurut Kalleberg (1977) sikap kerja pekerja boleh dilihat daripada beberapa sudut

pekerja menerusi pelbagai dimensi. Mengikut Kalleberg (1977) lagi, pekerja boleh berasa

puas hati terhadap perkara-perkara yang wujud dalam pekerjaan yang mereka sedang

lakukan, akan tetapi pada masa yang sama boleh berasa tidak puas hati terhadap perkara

yang lain. Sebelum itu menurut pengkajian oleh Smith Kendall dan Hullin (1969),

melihat sikap kerja pekerja mempunyai berkaitan dengan 5 dimensi berikut; iaitu keadaan

kerja, gaji, penyelia, kenaikan pangkat dan juga rakan sekerja. Sikap didefinisikan

sebagai suatu konstruk hipotesis yang mewakili perasaan asas manusia; iaitu suka atau

tidak suka seseorang individu terhadap tingkah laku apa pun (Mowday, Porter, dan Steers

(1982) dalam Ahmad et al, 2010).

Allport (1935) mendefinisikan suatu sikap sebagai keadaan kesediaan mental atau saraf,

yang disusun melalui pengalaman, memberikan arahan ataupun pengaruh dinamik tindak

balas individu terhadap semua objek serta situasi yang mempunyai kaitan dengannya.

Definisi sikap yang lebih sederhana adalah pola fikir atau kecenderungan untuk bertindak

dengan cara tertentu disebabkan oleh pengalaman dan perilaku seseorang individu itu.

Bagaimana tingkah laku seseorang individu itu di tempat kerja sering kali bergantung

terhadap bagaimana rasanya berada di sana. Oleh itu, memahami bagaimana tingkah laku

individu berkait rapat tentang memahami sikap kerja mereka.

3.0 KERANGKA KAJIAN

12
Kajian penyelidikan sains sosial ini adalah untuk mengenalpastikan tahap sikap kerja dan

hubungannya terhadap prestasi kerja pegawai Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM),

Perlis. Disamping itu kajian ini adalah untuk melihat akan perbandingan sikap kerja dan

prestasi kerja berdasarkan ciri-ciri demografi pegawai-pegawai kastam tersebut. Dalam

kajian ini, pengkaji telah memilih pemboleh ubah tidak bersandar sebagai personaliti iaitu

pergaulan, persetujuan, kesungguhan, keterbukaan minda dan penyesuaian manakala

pemboleh ubah bersandar adalah prestasi kerja bagi pegawai Jabatan Kastam Di Raja

Malaysia (JKDM). Prestasi kerja pekerja amat dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran

mahupun dalaman seseorang pekerja itu sendiri.

Oleh itu kajian ini akan menghasilkan kerangka kaedah kajian penyelidikan bagi

mengkaji faktor komitmen kerja mempengaruhi prestasi kerja. Kerangka kaedah kajian

penyelidikan ini boleh digunakan untuk mengkaji latar belakang umum pekerja seperti

jantina, umut dan tempoh perkhidmatan; mengenalpasti faktor dan tahap komitmen kerja

yang mempengaruhi prestasi kerja; mengkaji hubungan antara faktor komitmen kerja

dengan prestasi kerja; dan mengkaji perbezaan di antara jantina, umur dan juga tempoh

perkhidmatan dengan prestasi kerja. Sikapnya adalah dari produk asuhannya, termasuk

pola pemikiran dan cara melihat dunia yang telah individu itu pelajari selama bertahun-

tahun sama ada dari rakan sebaya, ibu bapa, guru, pelatih dan orang dewasa lain. Sikap

pekerja berpotensi mempengaruhi interaksinya dengan orang lain dan prestasi kerjanya

secara individu.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

13
Metodologi kajian adalah perkara yang meliputi cara, kaedah serta pendekatan

yang akan digunakan untuk mencapai objektif serta matlamat kajian. Metodologi kajian

menjadikan kajian yang dijalankan oleh pengkaji lebih bersistematik dan perjalanan

kajian menjadi lebih terarah dalam mencapai objektif utama kajian tersebut. Pengkaji

telah merancang dengan teratur metodologi kajian dan strategi-strategi yang akan

digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data melalui kaedah-kaedah tertentu.

Berikut adalah perkara-perkara strategi yang digunakan untuk menyiapkan kajian ini:

a. Populasi dan pensampelan.

b. Instrumen kajian.

c. Prosedur pengumpulan data.

d. Teknik penganalisis data.

Sebarang teori-teori sentiasa perlu diuji supaya ianya kekal relevan, maka metodologi

penyelidikan digunakan untuk menguji serta mengkaji teori tertentu. Penerapannya dalam

satu set piawaian akademik tertentu, dan ini adalah mandatori supaya semua bentuk

kajian penyelidikan memenuhi standard khusus bidang tersebut. Kajian ini merupakan

kajian kes berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Rekabentuk

kajian kes ini dipilih untuk membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam

tentang tahap sikap kerja dengan hubungannya ke atas prestasi kerja. Kajian ini dilakukan

ke atas pegawai-pegawai kastam gred W19 yang bertugas di Jabatan Kastam Di Raja

Malaysia (JKDM) di Cawangan ICQ Padang Besar, Perlis.

4.1 Rekabentuk Kajian

14
Reka bentuk kajian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah kajian berbentuk

tinjauan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan edaran borang soal selidik.

Kajian ini meninjau tahap sikap kerja dan hubungannya dengan prestasi kerja dikalangan

pegawai kastam W19 Di Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) di Cawangan ICQ

Padang Besar, Perlis. Tinjauan dan kaji selidik ini juga akan mengenalpastikan beberapa

aspek yang dikira penting dalam pengkajian ini seperti:

1. Mengenalpasti perkaitan ciri-ciri demografi terpilih dengan tahap sikap kerja dan

prestasi kerja pegawai.

2. Mengenalpasti perkaitan tahap sikap kerja dan prestasi kerja berdasarkan ciri-ciri

demografi pegawai.

3. Mengenalpasti hubungan faktor sikap kerja dengan prestasi kerja pegawai.

Ciri-ciri demografi yang dipilih untuk pengkajian ini adalah seperti berikut; Pergaulan,

Persetujuan, Kesungguhan, Keterbukaan Minda dan Penyesuaian. Ciri-ciri demografi ini

merupakan pembolehubah tidak bersandar, manakala 'prestasi kerja' adalah

pembolehubah bersandar untuk kajian ini.

Rajah 2: Rekabentuk Kajian


15
4.2 Kaedah Persampelan

Kaedah persampelan adalah merupakan pengambilan sebahagian dari pecahan sesebuah

populasi atau juzuk penuh yang mewakili populasi ataupun juzuk tersebut (Marshall,

1996). Sampel dalam kaedah persampelan adalah merupakan suatu bentuk sub-set

populasi dan juga sampel yang berupaya untuk mewakili keseluruhan populasi kajina.

Sampel atau responden-responden terpilih untuk kajian soal selidik haruslah memenuhi

beberapa kriteria dan mereka perlu mempunyai kaitan secara langsung terhadap topik

kajian tersebut. Secara asas, persampelan membolehkan maklumat diperoleh daripada

kumpulan yang lebih besar; yang mana ianya juga dikenali sebagai populasi. Reka bentuk

kajian merujuk terhadap pengunaan kaedah yang paling berkesan bagi mencapai

matlamat pengkajian dengan kos yang minimum. Kajian deskriptif merupakan kajian

penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku,

ia juga digunakan untuk menjelaskan bahawa reka bentuk kajian deskriptif mempunyai

dua tujuan utama iaitu; untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian dan untuk

mengawal pembolehubah. Selain daripada itu, maklumat yang diperolehi mempunyai

tahap kebolehpercayaan yang tinggi (tepat). Populasi merujuk kepada sekumpulan

individu, objek atau benda kejadian yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin

dikaji. Menurut Rohana Yusof, (2004), setiap individu atau objek dalam sesuatu populasi

berkemungkinan berbeza-beza dalam pelbagai aspek, namun ianya mestilah mempunyai

tidak kurang daripada satu ciri yang sama. Manakala persampelan merupakan

pengambilan sebahagian pecahan daripada suatu populasi sebagai mewakili populasi

16
tersebut. Responden kajian adalah merupakan pegawai Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

(JKDM) yang bertugas di Cawangan ICQ Padang Besar, Perlis.

Rajah 3: Proses Prosedur Persampelan Kebarangkalian secara Rawak

4.3 Kaedah Pengumpulan data

Kaedah pengumpulan data adalah merupakan suatu kaedah mengumpul maklumat secara

terperinci sama ada yang diketahui atau yang telah dikumpulkan mengenai sesuatu dan

seterusnya dijadikan asas dalam membuat kajian secara analisis atau kesimpulan.

Menurut Ott dan Longnecker (2015), ‘method of collection data is technique for

physically obtaining data to be analyzed in a research study.’ Kaedah pengumpulan data

boleh didefinisikan sebagai suatu teknik bagi mendapatkan data secara fizikal yang mana

akan dianalisis dalam sesebuah kajian penyelidikan. Bagi mendapatkan data (maklumat)

yang terbaik maka pengkaji perlu mengembangkan suatu instrumen yang baik serta yang

bersesuaian dengan tujuan kajian penyelidikan itu. Mertens (2010), menjelaskan terdapat

beberapa langkah dalam mengembangkan instrumen-instrumen pengkajian penyelidikan

sains. Langkah-langkah pengembangan instrumen ini adalah bersifat umum serta dapat

diimplementasi terhadap beberapa jenis pengumpulan data; misalnya di tahap

pengembangan instrumen soal selidik, wawancara dan juga pemerhatian. Terdapat 2

bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu pengkajian kualitatif dan kuantitatif.

17
Pengkajian kualitatif adalah penggunaan fakta, maklumat, pernyataan, ulasan, tanggapan,

maksud, konsep, ciri-ciri, simbol, persepsi, metafora, perasaan dan seumpamanya.

Melalui kaedah kualitatif ini, pengkaji dapat mengkaji secara mendalam mengenai

fenomena yang berlaku dalam pengkajian tersebut secara realitinya (Idris Awang, 2001).

Sumber data yang diperolehi melalui penngkajian kualitatif ini adalah dalam bentuk

buku, majalah, disertasi, jurnal, kertas kerja, buku, seminar, buku harian rasmi, pamplet,

temubual dan pemerhatian. Manakala kaedah kuantitatif dalam pengkajian pula adalah

data yang didapati dalam bentuk angka atau bilangan; dikumpulkan secara menggunakan

kaedah yang tertentu. Penganalisisan data melalui kaedah kuantitatif selalunya dilakukan

dengan menggunakan kaedah statistik. Data-data yang diperolehi kemudiannya

dipersembahkan secara carta atau jadual (Idris Awang, 2001). Sumber data yang

diperolehi terdiri daripada borang soal kaji selidik yang telah diedarkan kepada

responden-responden yang telah dipilih. Responden perlu menjawab atau menanda item-

item kaji selidik yang berdasarkan ‘Skala Likert’; Sangat Setuju, Tidak Setuju, Setuju,

Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.

4.4 Kaedah Analisis data

Usaha-usaha pengkajian tidak akan berakhir setakat langkah pengumpulan data. Langkah

yang seterusnya mempersembahkan data kepada bentuk ilmu pengetahuan. Tanpa proses

analisis, data yang terkumpul hanya akan bersifat data mentah. Data mentah ialah data

asal yang dikumpul oleh pengkaji demi menjawab soalan-soalan pengkajian. Data bentuk

ini juga dikenali sebagai data primer (utama). Dalam konteks pengkajian penyelidikan
18
secara tinjauan soal selidik, data juga boleh dianggap pengiraan terhadap ciri-ciri, fakta-

fakta, kejadian ataupun ukuran sesuatu peristiwa boleh direkodkan berdasarkan

pembolehubah yang diselidiki. Bagi pengkaji yang baru, analisis data-data tertumpu

terhadap pengukuran statistik deskriptif yang asas seperti min (purata), median (titik

tengah), mod (kekerapan), peratusan, serta pangkatan. Penggunaan data dalam kajian

penyelidikan adalah untuk meringkaskan maklumat yang berkaitan sampel serta populasi

supaya menggambarkan tindak balas (respons) diperolehi daripada mengurus instrumen

soal selidik yang dijalankan. Dari situ pengkaji akan dapat menentukan sama ada data

maklumat yang diperolehi akan berbentuk normal atau pencong (skewed). Kadangkala

data maklumat yang dikumpul itu mungkin akan berbentuk campuran (bimodal).

5.0 RUJUKAN

1. Ahmad, H., Ahmad, K., and Syah, I.A. (2010) Relationship between job satisfaction,

job performance attitude towards work and organizational commitment, European

Journal of Social Sciences, 18, 2, 257-267.

2. Bandura, A. (1982). Self-efficacy mechanism in human agency. American

Psychologist, 37: pp 122–147.

3. Bonnely, J.H. and J. L. Gibson (1978). Fundelmentals of management Selected

Reading. New York: Business Pub. Inc.

19
4. Chih WH, Yang TJ, Lu CH (2008). Effects of Internal Marketing and Emotional

Quotients on Employee Performances. Chung Hua J. Manage., 9(3): 1-22.

5. Chu LC, Hsu HC, Chen SH (2005). Role Conflicts, Work Attitudes, Work Stress and

Departure Tendency of Legal Reinforcement Personnel. Oper. Manage. Rev.,

1(1): 35-46.

6. Cranny, C. J., Smith, P. C., & Stone, E. (1992). Job satisfaction: How people feel about

their jobs.

7. Dicapai dari http://www.customs.gov.my/en pada 01 Sept. 2020.

8. Dicapai dari http://www.customs.gov.my/en/Download/Risalah/Kerjaya

%20Kastam.pdf pada 01 Sept. 2020.

9. Kalleberg, A. L. (1977). Work And Job Rewards: A Theory of Job Satisfaction,

American Sociological Review. 4(2): 124- 143.

10. Khaleque, A. (1979). Performance and job satisfaction in short cycled repetitive

work. In Sell, R.G., Shipley, Patrica (Eds.) Satisfaction in Work Design:

Ergonomics and Other Approaches, London: Taylor and Francis Ltd.

11. Locke, E. A. (1969). What is job satisfaction?. Organizational behavior and human

performance, 4(4), 309-336.

20
12. Martin N. Marshall (1996). Sampling for qualitative research. Family Practice,

Volume 13, Issue 6, Pages 522–526. Dicapai dari

https://doi.org/10.1093/fampra/13.6.522 pada 01 Sept. 2020.

13. Maslow, A. H. (1954). Motivation and personality.

14. Plan Integriti Nasional. 2004.

15. Smith, K., & Kendall, L. Hulin (1969). The measurement of satisfaction in work and

retirement: A strategy for the study of attitudes.

16. Wei WC, Chu SH (2008). Empirical Study on the Correlation among Personality

Traits, Work Attitudes, Service Quality, Job Performances and Customers’

Satisfaction – A Financial Holding Company in Taiwan. Int. J. Lisrel, 1(2): 1-24.

21
6.0 LAMPIRAN
JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
Penerangan
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
Mendapatkan maklumat keperluan
dan kehendak tugasan.
Perbincangan dengan Penyelia.
Menentukan tajuk, objektif serta
penyataan masalah projek.
Pelaksanaan FASA 1 Kajian: Tinjauan
awal.
Pemerhatian masalah dan pemilihan
responden kajian.
Menyediakan borang soal selidik
serta surat permohonan/kebenaran.
Menyiapkan serta menghantar kertas
cadangan kajian penyelidikan.
Menghantar surat permohonan
kebenaran untuk membuat kajian luar
dari PACE UUM.
Menghantar surat memohon
kebenaran untuk melakukan kaji
selidik di ICQ Padang Besar, Perlis.
(SETELAH MENDAPAT
KEBENARAN)
Perlaksanaan FASA 2 Kajian:
Memulakan kaji selidik.
Pengumpulan Item Kaji Selidik.

Menganalisa Item Kaji Selidik.

Laporan akhir.
Menghantar laporan akhir kepada
Penyelia.
Mengisi Analisa Kajian ke dalam buku
kajian.

CARTA GANTTT
BORANG SOAL SELIDIK; TAHAP SIKAP KERJA DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PRESTASI KERJA: KAJIAN DI JABATAN KASTAM DI RAJA MALAYSIA, PERLIS.

Terima kasih kerana melibatkan diri dalam kajian ini. Tuan/puan tidak perlu menulis nama. Semua
maklumat yang tuan/puan berikan adalah rahsia dan tidak dihebahkan kepada sesiapa pun. Segala
kenyataan akan diproses untuk tujuan akademik semata-mata. Sila tandakan dan isikan jawapan
pada ruangan yang berkaitan serta menjawabnya dengan teliti, jujur dan tepat.

A. MAKLUMAT ASAS / BIODATA DIRI


Sila tandakan (/) di petak yang berkenaan. Dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda.
1. Jantina 4. Pekerjaan
Lelaki Bekerja di Agensi Swasta
Perempuan Bekerja di Agensi Kerajaan/Badan Berkanun
Bekerja Sendiri
2. Umur Berniaga
20-29 Tidak Bekerja/Suri Rumah
30-39
40-49 5. Adakah tempat tinggal anda dalam kawasan
50-59 Kangar?
60 dan ke atas Ya
Tidak
3. Bangsa 4. Taraf Pendidikan
Melayu PMR
Cina SPM
India Diploma
Lain-lain Ijazah
Tamat Sekolah Rendah
5. Adakah anda telah mendapat latihan berkaitan tugas sekarang?

Ya

Tidak

6. Sudah berapa larnakah anda beke rja di sini? _______tahun.

7. Berapakah jarak rumah kediaman anda dari tempat kerja? _______km.

8. Bagaimanakah cara anda datang ke tempat kerja?

Motorsikal Van Bas

Kereta Jalan Kaki Lain-lain (Nyatakan)

9. Berapakah jumlah anak dalam tanggungan anda? (jika ada) ______orang.

10. Jurnlah pendapatan bulanan anda: RM ___________ .

BAHAGIAN B

Untuk bahagian ini, sila nyatakan ‘Perasaan’ atau ‘Pendapat’ anda tentang keadaan atau faktor-
faktor seperti yang terdapat dalam organisasi anda sekarang dengan menandakan [] di tempat yang
telah disediakan.

1. Pekeriaan saya sekarang adalah;


Menyeronokkan (Fascinating) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Berulang-ulang (Routine) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Memuaskan (Satisfying) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Membosankan (Boring) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Baik/bagus (Good) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Dihormati (Respected) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju

24
Kurang selesa (Uncomfortable) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Menyelesakan (Pleasant) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Berfaedah (Useful) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Meletihkan (Tiresome) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Menyihatkan (Healthy) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Mencabar (Challenging) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Terlalu banyak untuk dibuat (Too Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
Much to do) setuju setuju Pasti Setuju
Mengecewakan (Frustrating) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Mudah (Simple) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Memberi rasa pencapaian (Gives sense Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
of accomplishment) setuju setuju Pasti Setuju

2. Gaji saya sekarang adalah;

Mencukupi (Adequate) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat


setuju setuju Pasti Setuju
Memuaskan (Fair) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Cukup makan (Barely live on Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
income) setuju setuju Pasti Setuju
Tidak bagus (Bad) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Memberikan kemewahan (Provide Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
Luxuries) setuju setuju Pasti Setuju
Tidak terjamin (Insecure) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Tidak berpatutan (Not Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
commensurate) setuju setuju Pasti Setuju
Rendah (Lowly paid) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Bayaran setimpal dengan kerja Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
(Well paid) setuju setuju Pasti Setuju

25
3. Kenaikan pangkat di tempat Kerja saya adalah;
Mempunyai peIuang kenaikan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
pangkat yang baik (Good setuju setuju Pasti Setuju
opportunity for promotion)
Peluang agak terbatas (Opportunity Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
somewhat limited) setuju setuju Pasti Setuju
Berasaskan prestasi (Dependent on Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
performance) setuju setuju Pasti Setuju
Kerja tidak ada masa depan (Dead- Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
end-job) setuju setuju Pasti Setuju
Dasar kenaikan pangkat tidak adil Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
(Unfair promotion policy) setuju setuju Pasti Setuju
Kenaikan pangkat tidak kerap Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
(Unfrequent Promotions) setuju setuju Pasti Setuju

4. Penvelia (ketua) saya;


Meminta nasihat atau pandangan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
saya (Asks me for my views or setuju setuju Pasti Setuju
opinion)
Susah untuk memuaskan hatinya Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
(difficult to please) setuju setuju Pasti Setuju
Tidak berbudi bahasa (Impolite) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Memuji pekerjaan yang baik Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
(Praises a job well done) setuju setuju Pasti Setuju
Berhati-hati (Tactful) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Berpengaruh (Influential) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Kemas kini (Up to date) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Kurang menyelia (Inadequate Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
supervision) setuju setuju Pasti Setuju
Cepat marah (Easily upset) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Menerangkan di mana kedudukan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
saya (Tells me where I stand) setuju setuju Pasti Setuju
Mengganggu (Annoying) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat

26
setuju setuju Pasti Setuju
Keras hati (Stubborn) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Mengetahui kerja dengan baik Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
(Knows his/her job well) setuju setuju Pasti Setuju
Tidak baik (Bad) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Cerdas (Intelligent) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Biarkan saya bersendirian (Gives Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
me autonomy) setuju setuju Pasti Setuju
Sentiasa ada bila diperlukan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
(Always around when needed) setuju setuju Pasti Setuju
Malas (Lazy) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju

5. Rakan sekeria saya adalah;


Menggalakkan (Stimulating) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Menjemukan (Boring) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Lembab (Slow) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Bercita-cita tinggi (Ambitious) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Bodoh (Stupid) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Cerdas (Intelligent) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Bertanggungjawab (Responsible) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Pantas (Fast) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Mudah bermusuh (Easy to make Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
enemies) setuju setuju Pasti Setuju
Cakap banyak (Talk too much) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Kemas (Smart) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Malas (Lazy) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Tidak menggembirakan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
(Unpleasant) setuju setuju Pasti Setuju
27
Selalu mengumpat (Gossip a lot) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Aktif (Active) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Mempunyai minat yang sedikit Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
(Narrow interest) setuju setuju Pasti Setuju
Jujur (Loyal) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Sukar ditemui (Hard to meet) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju

6. Faedah-Faedah sampingan yang anda perolehi adalah;


Kemudahan perubatan untuk diri Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
dan keluarga setuju setuju Pasti Setuju
Pinjaman perumahan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Bonus hujung tahun Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Saham syarikat (Jika ada) Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Elaun/Biasiswa anak-anak sekolah Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Kemudahan mendapat cuti Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Pengangkutan percuma ke tempat Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
kerja setuju setuju Pasti Setuju
Tempat dan alat-alat rekreasi dan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
sukan setuju setuju Pasti Setuju
PeIuang mempertingkatkan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
pendidikan dengan pembiayaan setuju setuju Pasti Setuju
syarikat
Kemudahan beribadat dan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
mengadakan aktiviti kerohanian setuju setuju Pasti Setuju
Anugerah kecemerlangan kerja Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
EIaun perpindahan/pertukaran kerja Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
ke tempat baru setuju setuju Pasti Setuju
Elaun-elaun kerja lebih masa Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Skim perlindungan diri dan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
keluarga setuju setuju Pasti Setuju
Kursus perkahwinan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
28
Pembiayaan menunaikan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
haji/umrah setuju setuju Pasti Setuju
Jadual kerja anjal/fleksibel untuk Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
waktu-waktu tertentu setuju setuju Pasti Setuju
Penggunaan kenderaan syarikat Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Kemudahan tempat tinggal atau Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
asrama setuju setuju Pasti Setuju
Kemudahan kantin dan kadar Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
bayaran berpatutan setuju setuju Pasti Setuju
Khidmat kaunseling Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Sistem bayaran gaji anjal Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju Pasti Setuju
Kemudahan pusat Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
sumber/perpustakaan setuju setuju Pasti Setuju

TERIMA KASIH
DI ATAS KERJASAMA ANDA

29

Anda mungkin juga menyukai