Anda di halaman 1dari 32

IDEOLOGI POLITIK DIMALAYSIA.

PENDAHULUAN

Masyarakat hari ini mula membuka mata mengenai sistem politik khususnya di Malaysia memperlihatkan kearah kematangan. Kematangan ini dijelmakan dalm pelbagai bentuk penyertaan yang akhurnya memberi kesan kepada pola dan trend pengundian.

Kebanyakakn penulis mengaitkan maksud politik kepada satu konsep yang berkaitan dengan keseluruhan proses sains yang membincangkan negara . Istilah politik diperolehi dari perkataan Greek iaitu polis atau negara kota dan politela. Walaubagaimanapun, hari ini, lazimnya perkataan politik merujuk kepada ; pertama, amalan politik yang bermaksud suatu seni mengawal sebuah parti dan melantik seseorang yang menang dalam pilihanraya ke jawatan pemerintah; kedua, satu seni berkerajaan iaitu seni memimpin dasar-dasar kerajaan bagi mencapai sesuatu matlamat(Asirvatham,1990).

Dalam konteks senario politik di Malaysia tokoh veteran UMNO berpendapat bahawa politik Malaysia ditunjangi oleh dominasi Melayu atau lebih dikenali sebagai ketuanan Melayu. Politik ketuanan Melayu ini didukung oleh parti Umno dan wacana politik ini telah dimartabatkan sebagai ideologi UMNO. UMNO yang lahir dari natijah penyemarakan semangat nasionalisme Melayu dalam peristiwa penentangan rancangan Malayan Union pada akhir 1946 telah menjadi kuasa pemangkin dan pencorak kepad politik Malaysia hingga kini. Kejayaan-kejayaan yang diperolehi UMNO dalam sejarah perjuangan parti itu memang dapat dibanggakan oleh orang Melayu. Dari pencapaian Kemerdekaan Malaysia, pemantapan kuasa politik Melayu selepas Peristiwa 13 Mei sehinggalah ke kejayaan membina bangsa Melayu yang penuh berkeyakinan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). UMNO ternyata mengungguli hierarki sejarah politik Malaysia.

IDEOLOGI

Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku sesorang. Pada lazimya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.Ideologi itu bermula dengan kepercayaan bahawa sesuatu perkara itu menjadi lebih baik daripada yang sedia, pada asanya adalah usaha untuk memperbaiki masyarakat. Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan ideologi adalah

fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan. Ideologi politik pila dijelaskan sebagai sistem idea yang berkaitan dengan tindakan dimana ia merupakan suatu set idea tentang perubahan atau pengekalan struktur politik dan perhubungan yang sedia ada. Ia berkaitan dengan kepercayaan terhadap sesuatu pemikiran dalam sistem sosial dan masyarakat berkenaan. Anthony Downs mentakrifkan ideologi

sebagai a verbal image of a good society, and of the chief means of constructing such a society. Ia juga dilihat sebagai belief system that society can be improved by following certain doctrines, usually ends in ism.

Semua ideologi adalah berkenaan dengan sifat pengagihan kuasa politik, pada asasnya ideologi ialah hujah normatif atau reaksi. Ia boleh dikaitkan secara khusus kepada satu kumpulan dalam masyarakat, tetapi ideologi sentiasa didakwa oleh penyokongnya sebagai sesuatu yang mempunyai kesesuaian yang luas dan berkecuali kepada semua pihak yang berkepentingan dalam sistem politik.

Boleh dikatakan bahawa ideologi merupakan set kepercayaan idea atau tingkah laku individu, kumpulan ataupun komuniti. Ideologi mempunyai ciri-ciri tertentu. Mohd Foad (1998) membahagikan ciri-ciri ideologi kepada empat ciri :

a) Rumusan yang dibuat terhadap sesuatu objek itu hendaklah mempunyai kadar ketetapan dan penjelasan yang tinggi. Ideologi yang dibentuk hendaklah mempunyai fakta yang menyokong bagi menentukan kebenaran sesuatu ideologi. b) Ideologi dihubungkan secara sistematik dengan beberapa nialai terkemuka seperti keselamatan, perasamaan dan etnik. c) Lebih bersifat insistent dalam aspek hubungan dengan pandangan kesedaran ideologi yang lain dalam masyarakat. d) Ideologi lebih bersifat mendesak terhadap pembaharuan dalm menafikan segala kepentingan yang wujud.

Peranan utama ideologi ialah untuk mempertahankan keesahan sistem dan pemerintahan sedia ada, pembahagian kuasa didalamnya dan tindakan-tindakan yang dibuat olehnya(Syed Ahmad,1995). Misalnya keesahan pemerintahan dinegara komunis

dipertahankan oleh ideologi marxismeleninisme. Begitu juga dengan pergolakakn politik di Filipina ketika pemerintahan Marcos dan pencerobohan Soviet Union di Afganistan. Selain itu juga , ideologi juga berperanan menentang sistem yang ada sepertimana yang berlaku di Iran, negara-negara Amerika Latin, Afrika dan yang terbaru seperti yang terjadi keatas negara-negara Arab.

Selain sarjana tempatan, politik di Malaysia juga menarik minat sarjana dari Barat, iaitu Funston. Menurut Funston (1980) Malay Politics in Malaysia : A Study of UMNO and PAS diterbitkan oleh Heinemann Education Books Asia Ltd telah menganalisis perkembangan politik di Malaysia dengan memberikan tumpuan kepada UMNO dan PAS.

Dalam kajiannya, belaiu mendapati terdapat beberapa perbezaan yang jauh antara UMNO dan PAS. Dari sudut pernubuhan, Funston berpendapat PAS ditubuhkan rentetan daripada pengaruh dan semangat gerakan Islah Islamiyah di Timur Tengah dan di Indonesia, kesedaran untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. UMNO pula ditubuhkan di atas kesedaran politik orang Melayu yang memperlihatkan kuasa Raja-raja Melayu yang akan terhakis ekoran daripada cadangan penubuhan Malayan Union oleh penjajah British yang pada tahun 1946. Perbezaan tujuan penubuhan membawa kepada perbezaan perjuangan kedua parti orang Melayu ini.

SEJARAH SISTEM POLITIK DIMALAYSIA

Sistem politik Malaysia adalah berdasarkan konsep Parlimen Raja Berperlembagaan dengan sebuah kerajaan persekutuan yang berlandaskan model Westminister British. British telah membina dasar bagi kerajaan persekutuan di Negeri Melayu pada tahun 1895 apabila mereka berjaya memperkenalkan konsep persekutaun dengan mengabungkan pentadbiran empat buah negeri Melayu iaitu Negeri Sembilan , Perak, Selangor dan Pahang di Bawah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Justeru, perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan kepada

perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam keadaan yang agak istimewa. Dalam manifesto pilihan raya umum tahun 1955, Perikatan telah berjanji untuk berusaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh singkat, iaitu dua tahun lebih awal. Di antara faktor yang mungkin boleh menjelaskan mengapa usaha mencapai kemerdekaan dapat dipercepatkan ialah kesanggupan ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu bertolak ansur dan berkerjasama dalam sebuah parti politik bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul, sebelum memulakan usaha kearah kemerdekaan. Kerajaan British meletakakn syarat bahawa ketiga-tiga kaum terbesar boleh bertolak ansur dan berkerjasama dalam bidang politik, barulah mereka bersedia merundingkan soal kemerdekaan. Syarat ini dikenakan dengan alasan untuk mengelakkan berlakunya kekacauan dan pertelingkahan antara kaum ketika rundingan kemerdekaan sedang diusahakan. Akhirnya tolak ansur tersebut unsur tradisi yang dimasukkan dalam Perlembagaan.

Pilihanraya Umum 1969 adalah pilihanraya yang melakar sejarah tersendiri dalam sejarah negara kita. Keputusan pilihanraya tahun 1969 ini menimbulkan kemegahan partiparti pembangkang yang menang besar, sehingga mendorong mereka meraikan kemenangan. Namun, perlakuan mereka yang menyentuh isu-isu sensitif dalam meraikan kemenangan ini

telah menimbulkan sentimen perkauman, yang akhirnya mencetuskan tragedi berdarah pada 13 Mei. Ekoran daripada peristiwa itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah perpaduan bagi mengelakkan tragedi itu berulang kembali.

Senario politik di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1968 sehingga 1979 tidak lari daripada pergolakan. Berbagai-bagai konflik wujud di antara parti-parti yang masing-masing cuba mepertahankan kedudukan dan mendapatkan sokongan rakyat.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1969

Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 merupakan pilihan raya umum yang ke-3 diadakan. Di Semenanjung Malaysia pilihan raya diadakan pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini meyertai pilihan raya umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat di tambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi iaitu satu kenaikan 38.5%.

Antara parti yang mengambol bahagian ialah parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC. Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Malaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk megatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpedapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MAC) yang diterajui oleh Tunku dan Tun Tan Cheng Lock di tubuhkan. Pertubuhan memulakan uijian pertama pada

tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.(Idris Salleh 1994).

Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubunhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudiannya menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daropada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan. Kaum Cina dan India bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang Kapal Layar. Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan

menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk Sabah dan Sarawak. Parti perikatan inilah yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri.

Selain itu parti Perikatan, parti pembangkang iaitu Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP) turut mengambil bahagian dalm pilihanraya ini. DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura, telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965,

tahun yang sama. Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nam Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu Parti Tindakan Demokratik atau DAP. Pada 3 Mac 1996, Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan undang-undang Pendaftaran Persatuan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura kedalam Malaysia. Sbelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli dewan Undangan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menag dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.

Disamping itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga turut mengambil bahagian dalam pilihanraya ini. PAS dalah merupakan parti pembangkang yang tertua sekali. Parti ini bukan sahaja Parti Islam tetapi juga Parti Perkauman Melayu dan menentang hebat orang-orang Cina. (Leon Comber.1985). PAS atau Persatuan Isalam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Isalam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslim diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948. Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang bertapa pentingnya menghapuskan penjajahan Barat bagi menwujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islama yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Parti pembangkang lain yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN). Gerakan telah ditubuhkan dlam tahun 1968 sebagai sebuah parti yang bukan perkauman oleh beberapa orang cendiakawan, termasuk juga ahliahli politik lain, yang turut serta daripada Parti Demokratik Bersatu (UDP). UDP telah dimansuhkan dalam tahun 1968 dan parti itu telah menyokong Parti Gerakan yang baru ditubuhkan itu. Gerakan juga disertai oleh mereka yang menyeberangi dari Parti Buruh Malaya (Labour Party of Malaya)(LPM). Adalah suatu perkara yang menarik perhatian bahawa UDP telah ditubuhkan dalam tahun 1962 oleh DR.Lim Chong Eu, seorang Doktor Perubatan Swasta dan bekas yang dipertua MCA. Beliau telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.(Leon Comber,1985). Penaja-penaja yang utama dalam Gerakan adalah Profesor Wang Gungwu, bekas professor Sejarah, Universiti Malaya; Dr Lim Chong Eu; dan Dr. Tan Cheen Koon, bekas pemimpin LPM.

Selain itu, parti pembangkang lain yang mengambil bahagian adalah Parti Progresif Rakyat (PPR). Pengaruh Parti Progresif Rakyat (PPR) adalah tertumpu di Perak. Parti itu telah ditubuhkan untuk memperjuangkan hak orang-orang Cina, dibawah pimpinan dua orang peguam adik-beradik daripada bangsa Ceylon-Tamil. Salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia sebelum pilihanraya pada tahun 1969. Cogankata pilihanrayanya adalah Malaysia Untuk Rakyat Malaysia. Dalam masa pilihanraya yang pertama dalam tahun 1955, Parti itu telah menyokong hak istimewa orang-orang Melayu dan pendirian Perikatan tentang bahasa dan soal-soal pelajaran. Bagaimanapun selepas kemerdekaan, sikap Parti itu telah berubah sama sekali dengan menyusun semula dasarnya, dengan menentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu. Parti ini secara terang-terangan memperjuangkan dasar berbagai-bagai bahasa dan untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi akan Bahasa Cina dan Tamil. Parti itu juga lebih menonjolkan sikapnya menyokong Cina daripada DAP. Walaupun

Yang Dipertuanya bukan ornag Cian tetapi kebanyakan daripada penyokongnya adalah orangorang Cina.

Di samping itu parti Rakyat dan calon bebas juga turut serta bertanding bersama parti perikatan (UMNO, MCA, dan MIC), Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP), Parti Progresif Rakyat (PPR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam pilihanraya umum Malaysia pada tahun 1969.

IDEOLOGI POLITIK HARI INI Wacana politik ketuanan Melayu yang selama ini menjadi dukungan dan nadi perjuangan UMNO kini kian tercabar. Politik ketuanan Melayu yang sekian lama direalisasikan melalui pelaksanaan agenda Melayu di bawah dasar-dasar kerajaan mula disuarakan oleh pemimpin-pemimpin kaum Cina dan India dari BN(Barisan Nasiaonal) sebagai menghakis kepentingan-kepentingan kaum bukan Melayu. Sebelum ini Presiden MCA sebelum Ong Ka Ting iaitu Dr. Ling Liong Sik pernah menyatakan bahawa kaum Cina sebagai kumpulan minoriti di Malaysia harus memainkan peranannya sebagai kumpulan minoriti model dengan tidak mengajukan tuntutan-tuntutan yang berlebihan dan pendirian Presiden parti itu dapat dilihat dengan jelas menerusi nukilan di bawah : ...the MCA no longer believes in fighting or strunggling for rights of the Chinese community.Ling

believes taht the Chinese community, given the

demographic trends,economic realities and Malay political

dominance, will not be in a position to confront the Malay community on any Chinese right...Ling believes that the Chinese community must be model minorities and not seek political equality.

(Chin 2001:85)

Pembentukan dan perkembangan kelas menengah dalam masyarakat Melayu terutamanya di kawasan bandar telah membawa kepada kesedaran politik mereka. Meraka tidak lagi seperti orang Melayu luar bandar/ kampung yang lebih cenderung menjadi pengikut dan penerima habuan dari UMNO. Sebaliknya mereka kini didapati lebih berdikari dalm pendirian politik dan tidak begitu bergantung kepada politik penanungan tajaan UMNO yang sudah sekian lama mempengaruhi pegangan politik mereka. Mereka juga bersifat kritikal terhadpa pentadbiran kerajaan dan merka ingin memantau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

Sentimen-sentimen komunal/perkauman yang mudah dimanipulasi oleh ahli-ahli politik kita tidak lagi mudah menawan hati mereka. Golongan ini cenderung memilih nilainilai demokrasi dalam usaha penyertaan politik secara formal atau tidak formal. Oleh yang demikian mereka didapati lantang memperjuangkan keadilam yang menjangkaui batasan kaum, kebebasan bersuara dan berkumpul, ketelusan pentadbiran kerajaan, antirasuah, membela nasib golongan miskin tanpa mengambil kira kaum dan sebagainya. Tahap pendidikan yang diterima mereka telah menyumbang ke arah kematangan pemikiran dan kesedaran politik yang demikian.

Kecederungan yang demikian dapat dilihat dengan jelas apabila kita meninjau kesediaan orang Melayu PKR dan PAS yang sanggup memperjuangkan gagasan ketuanan rakyat dan mengkritik pelaksanaan DEB yang berterusan. Bagi para pengikut kedua-dua buah parti politik ini, politik komunal/perkauman yang selama ini menjadi dukungan UMNO tidak mampu membantu orang Melayu secara tuntas dan rakyat secara umum. Malah pengamalan politik yang demikian hanya memanfaatkan segelintir orang Melayu dan menyumbang kepada jurang perbezaan yang semakin ketara dikalangan orang Melayu. Dasar- dasr pembangunan yang berpaksikan pertimbangan kaum sudah menimbulkan peminggiran dan ketidakpuasan golongan bukan Melayu, terutamanya komuniti India dan Cina.

Apa yang lebih mencabar kepada UMNO ialah gagasan/wacana politik ketuanan rakyat yang diperjuangkan oleh PR sangat menawan hati rakyat dari keturunan Cina dan India. Keadaan ini demikian kerana prinsip perjuangan pakatan itu yang berlandaskan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum menjanjikan harapan yang lebih baik kepada masyarakat Cina dan India. Oleh itu PR akan memperolehi sokongan kuat daripada pengundi Cina dan India. Sungguhpun kedua-dua kumpulan etnik ini telah menjadi golongan minoriti, namun kehebatan mereka dalam PRU ke 12 dan PRU-PRUyang bakal diadakan itu tidak boleh dipandang enteng lagi. Umapamanya peralihan undi mereka yang serntak telah mengakibatkan kejatuhan 4 kerajaan negeri ke tangan pihak pembangkang. Oleh Muhyiddin Yassin menyifatkan fenomena demikian sebagai kemunculan kuasa politik kaum Cina dan India di arena politik Malaysia (Mingguan Malaysia April 2008). malah ramai pendukung politik ketuanan Melayu beranggapan bahawa kedudukan, hak istimewa dan kepentingan orang Melayu sudah tercabar dan tergugat natijahnya daripada kebangkitan kuasa bukan Melayu ini dalam PRU ke-12.

Pucuk pimpinan baru UMNO yang diterajui oleh Datuk Seri Najib terpaksa memikul tanggungjawab berat untuk memulihkan dan mereformasikan UMNO dengan kadar segera. Akibat daripada keupayaan UMNO untuk memberi dan mengagihkan sumber ekonomi, parti itu kini telah kelihatan menjadi telalu elitis dan hanya membela kepentingan umnoputras. Seperti kata pemimpin veterannya dan bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad bahawa ahli-ahli UMNO tidak lagi berminat memperjuangkan kepentingan parti dan negara, perjuangan mereka kini bersandarkan kepada kepentingan peribadi (Star Mei 2008). Kencenderungan ini menyebabkan parti itu semakin disisihkan orang Melayu lantaran UMNO tidak lagi depersepsikan sebagai pelindung dan pembela kepentingan kaum Melayu. Datuk Seri Najib perlu berusaha menukar imej parti dan

mengembalikan landasan pejuangan dari segi penagihan sumber ekonomi yang terbentuk sejak pelanksanaan DEB sukar dirobohkan.

Parti-parti Politik di Malaysia

Parti Melayu Bersatu (UMNO)

1946
Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Dato Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga

usul

telah

dululuskan Pertubuhan pertubuhan

oleh

Kongres Kebangsaan Malayan

seperti

berikut:

1.Menubuhkan 2.Membantah

MelayuBersatu Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.

Dato' Onn Jaafar Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antara pemimpin awal UMNO

Tun Hj. Abdul Razak Antara pemimpin UMNO yang berjaya dan sangat dihormati rakyat

Pada 1987 parti UMNO terbubar dengan keputusan mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO. Ada pihak dalam UMNO menyalahkan Dr. Mahathir membiarkan perkara tersebut dibawa ke mahkamah dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Dr. Mahthir ketika itu ditentang oleh kem Tengku Razaleigh sebagai 'team B'. Dr. Mahathir disokong oleh Musa Hitam dalam 'Team A'.

Tun Dr. Mahathir Mohamad Pemimpin UMNO yang berjiwa besar, berani , lantang dan tegas dalam tindakan

Dengan kuasa yang masih ada sebagai PM Dr. Mahathir berjaya menyingkir team penentangnya dan mandapatkan semuala harta-harta UMNO. Tengku Razaleigh yang kecewa menubuhkan parti baru 'Semangat 46'dengan sokongan Datuk Suhaimi Kamaruddin (Presiden belia 4B).

Walau apa pun yang telah terjadi kepada UMNO , ia tetap kukuh memerintah Malaysia.

Parti Islam Semalaysia (PAS)

1951

Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan

Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948. Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang tawakuf daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis UMNO bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.

Sheikh Abdullah Fahim Antara pengasas Persatuan Ulamak Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan Manifesto al-Badawi dengan tema Ulamak ke Jalan Allah bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.

Dr. Burhanuddin Al Helmy Pelopor Perubatan Homeopathy dan Bekas Pimpinan PAS Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap masih kosong dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang

diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanantekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

Datuk Asri Muda Pemimpin PAS yang bertanggungjawab membawa PAS ke dalam BN PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan

menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Us. Fadzil Noor memimpin perubahan besar dalam PAS Beliau membawa PAS ketengah-tengah masyarakat. Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-UMNO pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, UMNO pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar Membangun Bersama Islam, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasanya.

Ku Li keluar daripada UMNO lalu menubuhkan Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Tuan Guru Hj. Nik Aziz Ulama' dan Pemimpin yang disegani Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Presidan PAS

Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap

kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DAP lebih disenangi oleh kaum Cina dan diterima sebahagian kecil kaum India. DAP lebih dikuasai oleh kaum Cina dan diterima dengan baik oleh kaum Cina di bandar-bandar. Kaum Cina sedar walaupun mereka secara majoritinya menyokong DAP, tetapi segala pembangunan akan tetap berjalan dan mungkin lebih pesat kerana BN terpaksa memberikan segala kemudahan atas dasar kepentingan ekonomi negara.

DAP pernah berjuang secara bersendirian di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka , Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Willayah Persekutuan. DAP kemudian mengubah strategi dan mula berlembut dengan PAS sekitar 1990 dalam Barisan Alternatif. Akibat daripada sikap berlembut dengan PAS dalam isu Negara Islam DAP kehilangan pengaruhnya dikalangan orang Cina. Banyak kerusi DAP telah hilang. DAP kemudiannya keluar dari BA dan bersendirian sekali lagi bertanding dalam pilihan raya dan mereka kembali menambah kerusi dalam negeri dan parlimen.

En. Lim Kit Siang Tokoh Pembangkang yang Lantang

En. Dr. Tan Seng Giaw Tokoh Pembangkang yang dihormati oleh BN

En. Lim Guan Eng Tokoh DAP yang berjaya menyandang jawatan Ketua Menteri

KESIMPULAN

RUJUKAN

Mohd Idris Salleh e.all. (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi : Utusan PublicationSdn.Bhd. hlm 105

Leon Comber : Terjemahan Omardin Ashaari.,Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu Cina,Petaling Jaya (1985). hlm 82

http://www.freewebs.com/sejarahkita/partipolitik.htm

Funston (1980) Malay Politics in Malaysia : A Study of UMNO and PAS . Heinemann Education Books Asia Ltd.

Dewan Bahasa dan Pustaka.(2000).Kamus Dewan (edisi ke-3).Kuala Lumpur:Pengarang

Star 27.5.2008

Noor Azam (2008,23 April). Melayu Jangan Jadi Bacul .Mingguan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai